Jumaat, Mac 12, 2010

Berapa berat badan anda?

Sumber: The Star

Lepas sehari aku balik Malaysia, lepas tu aku jumpa kawan-kawan lama atau saudara mara, dengan nada yang sama akan berkata..


"Kau dah kurus la sekarang!"
'Slim!"

Lepas sehari aku balik DARI Malaysia, lepas tu aku jumpa kawan-kawan aku atau budak bawah aku, dengan nada yang sama akan berkata...

"Badan kau dah naik dow!"
'Sihat sekarang nampak!"




Orang Malaysia memang obses dengan obesiti. Mereka akan berkata dengan tak beradab, aku sudah gemuk mahupun kurus. Aku selalu pekakkan telinga. Kadakalanya, ada juga kawan aku suka mencubit-cubit lemak comel yang terkumpul di bahagian perut dan berkata, "Eiiiiiii".

Aku memang menyampah dengan soalan pasal berat badan aku. Kau dah tahu jawapannya kenapa berat badan aku naik dan turun. Jadi kenapa nak jadikan itu sebagai awalan bicara?


Tanyalah aku soalan macam gini...

"Kau sibuk tak?"




Aku memang cuba menyibukkan diri supaya aku tidak jadi manusia yang bertepuk sebelah tangan.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...