Sabtu, Oktober 17, 2009

Lelaki yang suka tenung cermin.

Asas warna semua orang tahu. Siapa yang tak tahu, sila tengok katrij printer dimana-mana samada pejabat atau kawan punya sendiri.

One Colour.

Aku suka warna hijau, coklat, hitam, biru.


Aku suka memakai T-Shirt dan dikenakan dengan seluar jeans lusuh warnanya. Kebanyakan jeans aku pakai adalah tangan kedua (second hand) yang didapati mudah di mana-mana. T-shirt pula, aku tak kisah apa-apa asalkan jangan warna terang seperti kuning menyala, merah macam celaka, atau pink (aku memang memangkah warna pink dalam seleksi pemakaian seharian). Sebabnya, aku berkulit gelap.

Kulit gelap lebih sesuai warna alam, katanya.

Sebenarnya, aku baru perasan satu benda dalam almari aku. Baju aku yang mempunyai logo-logo atau corak-corak, sudah tiada. Kebanyakannya mempunyai jenis plain: satu kaler. Kemana perginya baju-baju bercorak ada aku kenal pasti sudah jadi kain lap motor, atau alas kaki. Ada pula penuh dengan minyak-minyak (tak tahu mana datangnya minyak, bengkel kot).

Ada perempuan Korea bertanya dalam sesi free-English talking yang baru sahaja aku ikuti:

Apa pandangan kamu tentang memakai baju pink?

Jawapan aku:

Agak kelihatan seorang yang gay.

Perbincangan mengenai fesyen baju lelaki dan perempuan adalah salah satu topik aku jarang dapat ikuti. Tapi terima kasih kepada sesi bercakap bebas ini.

Aku pula menanyakan tentang pakaian yang aku pakai sekarang (agak sengal bertanya komen orang terhadap pemakaian aku). Baju yang sedang aku pakai ketika itu adalah t-shirt hijau plain, jeans coklat lusuh gila-babeng dan kasut corak kotak kaler sama dengan baju (hijau).



Jawapannya, aku kelihatan seorang yang metroseksual. Sebab, aku memakai baju plain dan warna baju sama dengan kasut.

WTH.

Aku tahu lelaki metroseksual ini sungguh hygiene.

1. Memakai cologne.
2. Syampo rambut setiap hari kot.
3. Sentiasa touch-up rambut dan ambil masa lebih 10 minit menyapu wax.
4. Tidak akan memakai baju sama untuk hari berikutnya.
5. Seleksi pakaian adalah lebih meluas. (memerlukan almari lebih besar)
6. Memerlukan mesin basuh yang besar (setiap hari tukar baju kot)

Tapi, yang aku tahu ciri lelaki metroseksual...

1. Orang di atas suka tengok cermin lama-lama.
2. Selak rambut, alter sana, sini.
3. Berdiri tegak dalam pose yang gagah depan cermin.
4. Baju ditarik kebawah, naikkan atas sikit kasi nampak belt-buckle.
5. Lebih menggemari cermin yang boleh nampak dari kepala sampai kaki.
6. Selalu membetulkan spek mata di depan cermin.
7. Tak segan kalau berdiri cermin lama-lama.
8. Kalau ada perempuan lalu belakang cermin, pun tak kisah.

Aku sekarang tak ada rambut. Mandi, pakai deodoran, pakai baju, lap kepala...go!

Opps, lupa. Ambil beg.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

zeeyazain berkata...

tibe2 teringat conversation kite psl lelaki metroseks...

satu kenyataan jujur:aku pernah suka lelaki metroseks... walaupun aku rasa lelaki begitu agak ......kelihatan spt gay

Tanpa Nama berkata...

salam..hehehe..sori yer tetiba jer put comment here..em bagi pendapat sy la kan,lelaki metroseksual nie ok ape..
at least mereka menjaga penampilan n sentiasa nampak kemas, bersih n cool..hehhehe..
emm..maybe some person called them gay or something negative but they also human who like something beuty.Right?hehehe.. bagi saya ianya tak salah n kira mcm satu kelebihan la tuk lelaki tu sebab dia tak suka selekeh n kotor. em tapi kalau da over excess metroseksual tu..bahaya gak..takut tak de gurl nak dekat coz suma la nak kena komen penampilan gurl dari hujung rambut paila hujung kaki..hehehhe..ble meleleh air mata darah gurl tu kna kutuk siot..isk..isk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...