Sabtu, Ogos 15, 2009

Jangan klik, nanti kamu bosan.

Suruh aku isi blog aku dengan isu semasa? Maaf. Kalau nak aku suruh komen bagaimana menjual ganja atau masalah gosip di kalangan perempuan berumur lebih 30 tahun, boleh saja. Kehidupan sempit. Air terjun, masjid, pantai, kawasan latihan bola lisut, papan bola 9 biji, batang-batang 10 yang perlu di jatuhkan. Owh, lupa. Gambar separa gay.

Kan aku dah cakap, jangan klik. Degil.

Aku baru baca benda ini. Superb. Kamu patut baca, sebab aku tak pasti samada kamu kaki bangku ke tidak. Baca untuk isu semasa yang aku akan baca setiap hari selepas dan sebelum bangun tidur.

Apa kata aku catat (yang mana satu betul, catit ke catat?)-kan pasal harapan dan benda yang aku mahu lihat musim bola sepak Inggeris 2009-2010 untuk pasukan Syaitan Merah yang ditaja syarikat insurans Amerika.

#1. Giliran seterusnya pemain berjersi nombor 7.
Dari era George Best, pemain karisma dan mampu bersyair Eric Cantona, pemain gilaan perempuan David Beckham dan pemain yang penuh egoisme Christiano Ronaldo. Semuanya ada sejarah, dan memainkan peranan utama dalam era-era United. Perpindahan tanpa bayaran, Micheal Owen diberi nombor 7. Pemain yang mendapat cop 'Pengkhianat' dari peminat kumpulan merah yang satu lagi. Mampu-kah dia menjadi 'The Greatest 7' seterusnya?

#2. Pemain yang tak boleh masuk kelab malam.
2 gol kemenangan dari pemain tanpa-nama; Macheda. Nama yang dititipkan sebagai bintang yang bakal bergemerlapan, kononnya. Aku rasa dia masih pemain sampah. Sebab utama aku gelarkannya sebab dia muka berlagak nak mampus. Danny Wellbeck, budak cekeding yang pandai bergelek (aku pernah tonton dia berlatih dengan Ryan Giggs). Darron Gibson, orang kata dia adalah pengganti Scholesy. Ye kot. Pandai 'boom' dari tengah. Lepas itu, budak kembar dari Brazil -Rafael da Silva dan Fabio da Silva- generasi adik beradik bakal cemerlang selepas keluarga Neville campak 2 anak mereka ke Old Trafford.

#3. Muka-muka setia bersama, tak nak tukar kelab sampai tua, kot.
Wes Brown. Adoyai. Budak tahun 1999. Prestasi musim 2007/2008 yang cemerlang jadi titik tolak untuk masuk senarai pemain kegemaran atuk Fergie. Hamba atuk yang lagi hebat, John O'Shea yang sedia ditolak mana. Tengah kanan, kiri, tengah-tengah. Pertahanan tengah, kanan, kiri. Penjaga gol pun rembat. Darren Fletcher pula sekarang tengah tip-top. Sekejap tolak tepi, sekejap tolak tengah. Kumpulan pemain yang masuk senarai bukan bintang, tapi penting: hamba abdi atuk tua. Mungkin.

#4. Stok-stok lama untuk dipakai.
Kenapa Nani dibeli ketika Ronaldo tengah naik? Sebab orang tahu Ronaldo akan pergi dari situ. Anderson pula tengah menjadi-jadi. Tanniah. Aku suka dia. Zoran Tosic? Aku tak banyak info pasal mamat Serbia ni. Cuma kalau main PES, dia hantar bola lintang yang cantik. Musim ini, kamu akan dapat lihat stok-stok ini dipakai. Lupa pula, stok yang selalu masuk bengkel. Tunggulah Krismas nanti, Owen Hargreaves datang lutut baru.

#5. Stok baru yang masih hangat dari jiran se-Eropah.
Datanglah budak bernama Valencia. Lepas itu Obertan. Lepas itu Owen. Jual Ronaldo 90 juta Pound. Tolak harga 3 orang ni, tak sampai 25 juta Pound. Selebihnya? Bayar hutang tertunggak. Hutang ada bunga kena bayar, tinggi pula tu.

#6. Kuda-kuda tua yang masih bernyawa.
Ada lagi lelaki berbulu dada lebat Ryan Giggs. Si rambut merah yang panas baran, Scholesy dan Gary yang mana tak habis-habis buat muka tak bersalah melepaskan bola. Pemilik van, En. Der Sar pun tak nak bagi budak bagak besar macam Foster dan Kuszchak main. Bagilah budak-budak muda berpeluang beli Aston Martin tak pun Audi dengan gaji mingguan diorang.

#7. Kembali kepada asal, sedia ada di buka peluang.
Rooney kembali kepada posisi kegemaran. Boleh berada di mana-mana. Pasangan berumur dia, En. Berba pula akan main lebih atas sikit. Owh ye. Kamu perasan En. Berba sudah berlari lebih pantas dari ketika dia mula-mula masuk?

Kebanggaan Asia, Park Ji-Sung. Aku malas nak cerita pasal dia, sebab tengok ESPN Korea, balik-balik komentator cakap,

"Park Ji-Sung sumbat gol 3 biji," itupun bola muntah.
"Park Ji-Sung set-up gol," padahal dia orang keempat selepas orang penjaring gol.
"Park Ji-Sung sepatutnya dimasukkan," bila mamat tu masuk, tak ada kesan pun.
"Park Ji-Sung bla...bla...bla..." padahal ketika itu Rooney sedang menggelecek.
"Park Ji-Sung bla...bla...bla..." padahal mamat tu tak ada atas padang pun!

Lepas ini, aku kupas isu semasa H1N1 pula. (Aku baca kertas edaran selepas Solat Jumaat edisi bahasa Indonesia. Dia bukan tulis H1N1, tapi Babi Flu.)

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

shiitake berkata...

drpd entry da silva bros, hargreaves sampailah ke ji sung, saya paling suka entry solat jumaat & babi flu..

hanya curahan pendapat saya yg bersahaja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...