Rabu, Julai 08, 2009

Cikgu Sheikh.

[Kalau kamu pernah memiliki buku rujukan Penulisan Bahasa Melayu keluaran Pelangi, dia adalah salah satu penulis buku tersebut]

Aku terkejut, ingat aku seorang mempunyai impak dari cikgu badan besar bernama cikgu Sheikh. Rupanya, ramai berbangga dapat menjadi anak muridnya. Lihat sahaja disini [Klik Sini], kamu boleh mengenali cikgu Sheikh.

Kisah pada tahun 2003...

Aku tak tahu macam mana budak-budak lain dikhabarkan dapat MRSM. Aku dengar mereka dapat selonggok dokumen yang perlu diisi, kena minta tandatangan ketua kampung dan kena buat pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Mungkin kedudukan rumah aku dikawasan pinggir bandar yang baru dibuka. Lagi 3 hari aku dikhabarkan masuk MRSM Muar, aku dapat panggilan dari Pejabat MARA dan dia kata macam begini,

"Adik datang MRSM Muar tarikh sekian, sekian...daftar disana nanti. Maaflah, surat lambat hantar, nanti menyusul kemudian. Bla, bla, bla..."

Kalau kau dapat panggilan macam itu, kau rasa yakin tak itu adalah panggilan prank?

Bingung. Aku datang juga, aku pakai slack hitam. Baju kotak-kotak biru. Tanpa sebarang dokumen melainkan kad pengenalan yang sedia tersisip di poket. Aku jalan cari kaunter nak mendaftar, alih-alih ada orang berbadan besar pakai kot coklat menegur aku.

"Kamu ini pelajar ke?"
"A'ah. Mana tempat nak daftar?" aku bilang dia pekerja pejabat.
"Pergi pondok putih tu, beratur di belakang sana,"
"Erm, saya ini tak ada bawa surat tawaran. Macam mana ni?"
"Tak apa, tak apa. Nama kalau ada disitu, bermakna kamu sudah ditawarkan. Jangan risau. Ada 3 orang lain sama kes dengan kamu,"

Aku yang serba bingung dan gelabah sebentar tadi, rasa tenang pula dengar ulasan dia. Aku beratur, siapkan semua benda dia nak. Aku yang tenang, orang yang jaga kaunter tu pelajar senior, mereka pula yang gelabah. Aku tak tahu, MARA suruh datang, aku datang. Pandai-pandai korang selesaikan untuk aku.

Semua manusia memakai uniform lengkap sebagai pelajar MRSM, seluar coklat dan baju putih. Aku? Lain dari yang lain.

Hari-hari aku ke kelas bermula. Biasalah. Semua diam dalam kelas.

Aku tengok jadual, "Owh, kelas Bahasa Melayu,". Tak semenanya orang badan besar yang aku jumpa masa hari pendaftaran adalah cikgu!. Mak-ai.

Cara dia mengajar bahasa Melayu agak santai, kadang-kadang macam kelas melukis pun ada. Pernah juga terjadi menjadi kelas agama. Orang kata, fleksibel-lah juga. Dia kenalkan nama dia 'Cikgu Sheikh', nama penuhnya tak silap Sheikh Mohamad. Dia guru tahap lagenda-juga (kamu taip nama dia dalam Google, banyak carian beb). Aku amat berbangga dapat jadi anak murid dia. Mana taknya, lihat sahaja gaya aku menulis karangan.

Tutup cerita...





Aku tak ada mood nak teruskan cerita. Maaf. Kalau aku teruskan aku lebih sentimental, aku batalkan niat.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Ithnin's FaMilY berkata...

haha rindu gile kat cikgu shekh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...