Ahad, Julai 27, 2008

Kepuasan Selepas Sebulan...

Tak tahu, datang secara tiba-tiba...
Selepas sebulan aku memiliki kamera DLSR aku sendiri, Nikon D80, baru aku memiliki kepuasan terhadap beberapa gambar aku. Itupun muncul setelah lebih seribu gambar aku tangkap sepanjang separuh cuti musim panasku.

Aku rasa, atau aku mahu rumuskan bahawa tak cukup kalau hanya menatap majalah-majalah fotografi, video-video tutorial dimana-mana untuk mendapat gambar yang memuaskan hati. Ada lebih baik keluar kemana-mana sambil ditemani model-model tak berbayar (yakni rakan-rakan sebaya) dan mengambil gambar secara rambang.

Baru aku tahu efek setiap bilangan ISO, apa itu yang dikatakan aperture serta kelajuan 'shutter' (shutter speed). Sebelum ini aku sentiasa kecewa dengan gambar-gambar yang aku tangkap. Kadangkala keluar juga ayat-ayat dari mulut apabila bengang gambar yang ingin dimiliki tidak keluar juga. Mana taknya, gaji sebulan bekerja sambilan aku laburkan kepada kamera aku dan baru sekarang muncul gambar yang aku mahu.

Tetapi ada suatu perkara yang masih menghalang melangkah jauh; lensa aku. Baru aku jumpa batas lensa aku beberapa hari yang lepas. Itupun selepas menangkap gambar seseorang yang diamanahkan kepada aku, tapi mungkin boleh mengecewakan dia (si pengamanah). Ahaks!

Huh. Aku masih mengidamkan lensa seperti Pak Nab. Aku tak mampu memilikinya. Harap-harap esok hujan emas turun di depan rumah aku. Sudah hampir seminggu hujan tak berhenti turun, hampir melenyapkan padang futsal di Anyangcheon.

2 ulasan:

allaboutharif berkata...

Wah Nikon D80!boleh ajarkn teknik2 trsebut sifu...

Tanpa Nama berkata...

mmm....aku pun blaja dr org...
nnt2 aku ajrkan sikit...
masih belajar lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...