Selasa, Julai 15, 2008

Aku Juga Ingin Berdiet~!

Siapa kata aku tidak keluar bekerja dikala cuti musim panas yang membosankan? Selain menghabiskan soap-opera 5 musim One Tree Hill aku juga melakukan kerja luar yakni 'Workout'. Aku cuba berfikir apa gunanya aku menurunkan berat badan? Adakah untuk memuaskan diri sendiri atau menceburi bidang yang memerlukan saiz manusia yang dikira normal menggunakan Body Mass Index?...

Tapi aku masih ingin lakukannya juga atas dasar dunia remaja yang ingin mencuba apa sahaja (harap-harap aku masih seorang remaja!). Dah lama aku tidak memakan makanan ruji sejak kecil iaitu nasi; kalau makan pun bukan dengan kuantiti yang banyak. Makan asas aku sekarang hanya berlegar-legar antara roti, oat, buah-buahan dan susu serta air kosong. Itulah sarapan aku, itulah makanan tengahari dan itu makan malam. Petangnya disulami aktiviti aeorobik berintensiti rendah tetapi jangka masa yang lama seperti berjoging lebih 3 km.

Hasilnya? Dalam seminggu aku hilang 3 kg. Yang menariknya BMI aku telah menjadi normal! Bukan seperti 3 minggu lepas yang tergolong dalam kategori 'overweight'. Harap-harap aku sentiasa berinspirasi untuk meneruskan 'kerja luar' ini.

Sesiapa yang ingin berdiet, jangan lupa mengambil sarapan, makanan tengahari dan makan malam. Nak puasa boleh juga, tengah bulan Rejab kan?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...