Ahad, Oktober 31, 2010

Ketika minggu exam, aku tak update blog sangat pun.

Biasakan dengar macam ini, "Selepas 3 hari tak buka blog, dah berhabuk blog aku!". atau "Rindu sungguh dengan blog aku yang ditinggalkan terbiar selama 5 hari,".

Aku tak rindu blog aku pun, baik aku rindu manusia.
Manusia boleh bercakap, tidak pada blog.


Lama betul minggu exam aku, nak dekat 3 minggu. Aku belum lagi habis, tapi memandangkan aku dah bersedia subjek itu untuk esok, tapi atas sebab-sebab 'special' kepada orang lain, ditangguhkan ke minggu depan.

Hoo-ray.

Entri berunsur serius (ada ke?) kebanyakan aku karang masa aku bosan. Kekadang tersampai 3 entri aku boleh siap, tapi takkan aku nak publish setiap satu, kan? Memang ketika bosan akan datang idea. Tiap-tiap hari aku cuba tidak melakukan benda sama seperti semalam; semalam aku pergi supermarket waktu malam hari ini aku pergi waktu siang sebab nak elakkkan jumpa cashier yang sama. 

Idea, idea, idea. Muncul bila waktu tak kena. Sebab itu aku susun segala buah fikiran yang entah-apa-apa aku dalam blog.

Ada je update.
Cuma tak semua la.



Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Oktober 30, 2010

Mungkin kita tak sengaja meludah ke rezeki orang/sendiri.

Pengkomen-komen ini (tak kisah blog ke, suratkhabar ke, FB ke) cubalah cakap itu beradab sikit. Tahulah cakap tak pandang muka, tak tunjuk IC atau tak ada reaksi wajah. Main sedap je balun apa dengan carutan.

Terima kasih kepada pembaca blog ini, tak ada siapa lagi yang mencarut kat aku depan (maksud aku dalam blog). Aku lebih rela dicarut depan muka dari sorok-sorok nama dengan nama 'anonymous'. Carut depan muka, boleh aku ingat muka dengan nama si polan bin polan. Masa berdoa nanti, minta hati kau dilembutkan.

Ini cerita pasal Proton tarik kereta (untuk kali pertama dan tak sampai berpuluh ribu unit), ramai rakyat mempertikaikan kredibiliti syarikat itu padahal benda ini biasa dalam pasaran automotif. 


Sepatutnya, aku cernakan buah fikiran aku ni masa hal ini hangat. Sekarang tak hangat, maka kool-kool dalam berkata. Pasal syarikat kereta nasional tarik balik kereta. Aku cadangkan pasal hal-hal kereta yang dikaitkan dengan kompeni (bukan skim kaya untuk beli Mercedes, ok), baca perkembangan dunia.

Aku merasakan pasaran automotif sudah tidak hanya berpaksikan imbuhan di negara sendiri. Telah menjadi global. Cakap sahaja, jenama kereta dunia. Toyota? Memanglah Jepun, kat negara lain ada gak. Nissan? Milik Jepun 100 peratus lagi ke? Syarikat automotif milik negara British, ada lagi ke? (Lotus pun milik syarikat Malaysia). Corvette, nama je gempak tapi banyak tak ikut piawaian tertentu.



Itu lah masalahnya, cerita pasal kereta tapi sembang dengan penjual nasi lemak.

Penjual nasi lemak dok melantang cakap, 'Eleh kereta nasional. Kecik mahal tak ada pikap. Pakai 5 tahun rosak. Baik beli Hilux Toyota lama, murah besar,'.

Padahal yang beli nasi lemak dia, pekerja salah satu syarikat automotif.

Dengan senyuman, "Bapa kak semua ni?".
Penjual nasi lemak pun balas senyuman, "RM 1.50 je dik,".

Esoknya, pekerja itu dah tak datang lagi.

5 hari seminggu, 5 kali RM1.50. Berapa?




Itu untung kalau kita sentiasa berkata baik terhadap semua orang tanpa ada wujud perasan diskriminasi.

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, Oktober 29, 2010

Nama dia Hafizul, orang panggil dia Pijun.

Dia ni kawan aku yang sama-sama pergi Beijing hari itu. Dia berasal dari Kedah. Aku kenal dia dalam episod kehidupan yang unik, ketika aku pun tak kenal nama dia masa tu.

Tahulah jua cerita serba sedikit pasal keluarga dia. Sekarang dia adalah salah seorang kawan aku yang tengah menjadi begitu hangat. Dibicarakan dalam pelbagai blog, jadi buah mulut penentang kerajaan dan mungkin juga kepada penyokong kerajaan sedia ada. Ini MUNGKIN jadi 'individual political breakthrough' kepada kawan aku.





Mungkin juga aku yang tak tahu!

Begitulah senario politik yang diwawancarakan oleh peminat politik, khususnya.

Setiap komentar yang dikeluarkan tak akan sesiapa puas hati. Bila masuk sesuatu dimana kau kena sokong sesuatu, kadangkala visualiti terhadap pihak lawan akan jadi semua tak betul.

Macam aku geng kambing, kau geng monyet. Monyet cakap kambing makan rumput tapi tak boleh terbang panjat pokok pun. Kambing pun nak cari salah monyet, cakap 'kau tu makan pisang tak keluar tanduk macam aku pun'.

Sebab kedua-duanya ada sifat cuba menandingi yang lain.




AKU PUN BENCI PROTOKOL!

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, Oktober 28, 2010

Pokok, ayam, ikan dan cawan.

Dari tadi aku pandang kertas yang sama; nota yang aku masih baca 36 jam yang lepas. Suasana sunyi dalam bilik. Heater sudah dipasang, keluar dari selimut dan duduk di meja.

Untuk memecahkan suasana...aku tanya soalan kat rumet aku.

Aku: Erm, antara pokok dan ayam? Mana kau nak?
X: Apa dia...?
Aku: Pokok dan ayam? Kau suka yang mana?
X: Ikan!
Aku: Ikan erk. Ok.

Selepas beberapa detik sunyi sekali lagi, hanya kedengaran bunyi kertas diselak-selak...

X: Kau plak? Antara pokok dan ayam, mana kau nak?
Aku: Cawan!
X: Kalau ada cawan tadi, aku pilih cawan.
Aku: Cawan la best!

Siapa faham situasi diatas, memang dia gila sekejap.

PS: Jangan ambil subjek yang bukan dari bidang kita. Bagus itu memang, tapi...

Kebosanan mencipta kelainan.

Semangat 1 Malaysia tak boleh aplikasi pada peminat bola sepak tempatan.

Aku main redah je. Konon-kononlah nak cuba cari mood berfikir secara serius. Jadi ini adalah pendapat aku: "Semangat satu Malaysia tak boleh aplikasi pada peminat bola sepak tempatan.".

Setuju atau tidak?

"Kelantan VS N9. Go go N9" - yang cakap adalah orang Kedah.
"Kelantan menang! Tertebusnya maruah!" - yang cakap adalah orang Kelantan itu sendiri.

Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri lain adalah termasuk dalam Malaysia. Apabila taksub dengan semangat kenegerian, automatiknya kita lupa semangat satu Malaysia.

Am I shitting?

Semakin menarik tengok perkembangan bola sepak tempatan. Bosan dengan kes Wayne Rooney yang nak gaji lebih-lebih main macam taik. Ditambah tokok tambah media bahawa England adalah kumpulan hebat. Apatah lagi, cerita kebuasan nafsu pemain bola sepak antarabangsa.

Ok apa tengok bola sepak Malaysia?

Pergh, rindu zaman Selangor bawah Ken Worden. Ada Azman Adnan kat depan, pemain veteran (masa itulah) Ismail Ibrahim, K.Sanbagamaran control tengah, Rusdi Suparman mamat super-sub.

Pemain luar lak yang aku ingat, Chris Kiwomnya (kerek tapi score banyak), pemain England Tony Cottee, Josep Biskic, tak paling popular: David Mitchell, penjaring pertama Golden Goal dalam sejarah final Piala Malaysia.

OK. Sekarang aku tak kenal banyak. Paling ingat adalah Amri Yahyah, sebab dia anak Jawa. Dari Tanjung Karang, Selangor tak silap.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Oktober 27, 2010

Jangan putarkan lagu P.Ramlee, penglipur lara bilik aku kata.

ASTRO cuba mengembalikan nostalgia filem-filem P.Ramlee.

Lawak dia masih 'evergreen'. Aku pun masih hafal sikit-sikit skrip dia. Contoh, "Jual orang lagi bagus dari jual unta. WOW!" dalam filem 3 Abdul. Lagi satu, pak guard kat depan pintu, "Apa cakap hoi, hoi. Ini semua tak ada adab kah?" (ini macam salah je) dalam filem seniman Bujang Lapok.

Tadi aku mainkan lagu Anakku Sazali...

Rumet aku pesan...

"Kau tau tak muzium P.Ramlee. Dulu kalau masuk, diorang pasang lagu P.Ramlee. Tak kisah lah dari mana-mana movie. Ada orang kata, ada orang nampak roh dia datang suruh stop lagu tu...kata roh P.Ramlee tu, dia tersiksa,".

Boleh pakai ke cerita rumet aku ni?

Al-Fatihah untuk seniman kita, Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.

Kebosanan mencipta kelainan.

Angka yang aku cari: 1000 lebih.

Entah apa-apa entah pemilik blog ini, baru lebih 1000 dah kecoh!




Nanti aku reveal-kan bagaimana nak meningkatkan pengunjung blog kau.

OK. Aku dah capai target aku, rendah je pun. Lepas ini aku cuba perlahan-lahan mengundurkan diri dari blog. Ianya masih perancangan.

PS: Aku rasa pelik dengan blogger yang setiap hari update lebih dari 12 kali. Aku pun tulis ini pada pukul 11:45 malam (waktu tempatan Ulsan) pada 26hb.

Kebosanan mencipta kelainan.

Kali pertama aku naik kapal terbang, adalah kapal terbang Air Asia.

Ehem, banyak sangat iklan Air Asia sejak kebelakangan ini.
Lalu mengingatkan aku tentang pengalaman pertama naik kapal terbang, Air Asia. Masa itu aku naik Air Asia masih lagi bukan kaler merah (seperti sekarang). Tapi kaler hijau.

Sekarang, aku banyak terima respon dari kawan aku yang kerap naik Air Asia (yang dari Pantai Timur tu) cakap layanan Air Asia tak bagus. Pramugari bising kat dek dan tak mesra. Itulah 'harga' untuk penerbangan murah.

Pengalaman pertama aku naik kapal terbang masih lekat adalah, aku memegang tangan seorang wanita.




Sehingga sekarang, tak ada perempuan lagi yang telah aku pegang masa naik dan kapal terbang mendarat. Bukan aku ingin bertindak 'sweet'. Aku suka rancangan 'Air Plane Crashes' yang ditayangkan oleh National Geo. Aku berpendapat, setiap kali naik kapal terbang adalah segalanya.

Air Asia, Everyone can fly!

PS: Perempuan itu adalah nenek saudara aku. Aku takut bunyi enjin kapal terbang, sebab bingit (aku duduk dekat ngan sayap).

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, Oktober 26, 2010

Nasib baik tak kena lempang sebab tanya pasal saiz bra.

Aku nak pesan, kalau kau tu dah cukup dewasa nak sebut benda yang patut kena explain baik-baik kat budak-budak, contoh pasal saiz bra, kehidupan seksual, jangan bangkitkan perbualan ini depan budak kecil.

Aku pernah tanya, "Akak, saiz bra kan...apa dia?" kat makcik aku.

Nasib baik aku tak kena tempeleng.

Kalau kau masih belum tahu juga, sila tengok blog ini: My Beautility Diary.






Maaf. Ini agak seleksi pervert. Sekurang-kurangnya umur aku 13 tahun dah tahu 34C apa maksudnya.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Oktober 25, 2010

Bukan genius dengan nombor, tapi nombor itu menarik.

Ya, aku bukan genius. Setiap kali aku nak ambil ujian IQ, give-up. Sebab otak aku akan berkerut-kerut memikirkannya dan boleh menyebabkan aku tak tidur. Kalau ada masalah hari itu, ianya bakal mengganggu kitaran tidur aku.

Sebab itu, masa cakap-cakap kalau dah tersasul tercakap benda rahsia, aku korek sampai habis. Bukan sebab aku juga selak kain orang. Sebab aku tak mahu aturan tidur terganggu. Agak geek, tapi inilah aku cuba terapkan nak hilangkan insomnia.

Setiap kali perubahan musim, potensi untuk demam memang tinggi.

Aku rasa ini kali ke 12 dalam tempoh 5 tahun.

Aku tak tahu ini sihat ke tak. Sekali aku demam, sampai seminggu.
Dari kecil, doktor panel aku sentiasa bagi anti-biotik, dia charge bayaran untuk anti-biotik tapi perlahan-lahan suruh aku jangan habiskan. Dr. Hazman Pakar Neurologi (ada kaitan kepakaran merawat angin ahmar/strok) juga menyarankan jangan minum anti-biotik selalu.

12-5. Dalam 5 tahun, mungkin kali ke 12 demam.

Bila aku ada petanda nak demam, aku akan gelabah cari stokin dan baju sauna yang dipakai atlet peninju. Rajin sikit berlari-lari anak, tak pun buat HIT dalam bilik. Semuanya semata-mata untuk berpeluh. Lepas itu aku akan minum air banyak-banyak.

Satu lagi, aku tak suka pergi hospital di Korea. Demam sikit, boleh cucuk bontot, boleh masuk air sebotol. Giler hape!

Aku serik badan masuk air 5 botol dulu. Ini cerita 10 tahun lalu.

Kebosanan mencipta kelainan.

Belakang Tabir: Kenapa kau tukar layout?

Siapa yang telah mengikuti perkembangan blog aku ni, dari 'zero' pembaca sehingga kepada 'subscriber' pun dah ada, aku tak pernah tukar layout blog aku.

Blog aku dulu hanya menggunakan dua kaler: Hitam dan Putih.
(dalam ilmu kesenian dikatakan hitam dan putih bukanlah kaler)

Sejak pembabitan aku dalam blog hingga beberapa hari lepas...aku terpaksa tukar!

Ceritanya...

Aku rasa nak capai target 1000 pelawat unik, untuk suka-suka. Lagipun Nuffnang kata, ada rezeki lebih kalau lebih 1000. Ye ke? Antara keycontrol dalam usaha target jangka masa singkat aku (>1000 pengunjung) adalah 'share button'.

Kebiasaan, aku hanya klik-klik lepas itu boleh keluar lah 'share button' tu. Tapi tak keluar. Jalan lain adalah membaca dan memahami HTML yang aku sedang pakai. Cari mana-mana coding atau loop yang boleh aku selitkan. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku akan download template sedia ada. Andaikata kalau ada masalah muncul, aku akan upload balik template lama: HITAM dan PUTIH.

Tapi aku tak buat kali ini (lupa kot).

Masa aku check coding tu, aku tertekan huruf 'n'. Lepas itu keluar 'error'. Madness. Langkah lain, aku cari layout dibagi dan ubah ke kaler HITAM dan PUTIH. Jadi. Masalah utama adalah 'space' antara widget dan ruang blog. Tengok balik HTML dia, sumpah aku dah tak faham!!!

Adakah aku sudah terlambat untuk memahami HTML5? (Betul ke ianya HTML5?).

Kalau siapa perasan, aku tutup kejap blog ini selama 4 jam.

Aku berusaha nak dapatkan kaler HITAM dan PUTIH, juga mengikuti syarat-syarat yang aku nak (adalah). Tapi gagal memahami coding tersebut. Hampa. Maka jadilah macam ini.

"Buat apa habiskan masa lama-lama kat coding. Lawa bukan tentu ada orang nak baca, kan?" itu yang aku fikir. Maka, 'back to basic'. Ini adalah basic template. Cuma 'basic' dia lawa dari 'basic' yang de-dahulu-nya.

Lawa kan? Kan? Kan?

PS: Pagi tadi aku check, aku dah berjaya lebih 1000. Senang rupanya, aku je yang malas nak cari publisiti.

Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, Oktober 24, 2010

Lecturer suka tengok benda lucah dan aku adalah pelajar dia. Hurm.

Mid-life crisis.

Ini adalah konsep yang diwujudkan merujuk kepada individu yang berada di pertengahan umur. Maksud pertengahan umur ini, mungkin sekitar 30-an, 40-an. Lelaki ada karektor tersendiri, dan perempuan juga bila gejala (adakah ini termasuk dalam gejala?) ini berlaku.

Antara manusia yang paling rapat dan dapat aku lihat 'mid-life crisis' ni, adalah bapa aku sendiri.


Beijing 2010 [38]

Semakin hari kita akan menjadi tua, sebab kita bukan Benjamin Button: Tua ke muda. Dilahirkan tua, dan mati dalam keadaan muda.

Kalau lelaki, paling ternyata adalah sifat untuk menjadi muda dan berdamping dengan orang muda.

Ya. Itu yang dapat aku lihat.

Lecturer aku pun sebegitu.



Pelik. Anak dah dua, ada isteri dirumah tapi asyik keluar minum dengan pelajar. Bukan je lelaki yang dibawa, perempuan muda pun ada sekali. Kadang-kadang aku dapat lihat lecturer aku lincah nak mengayat perempuan di tepi jalan. Cuma aku belum lagi dapat lihat lecturer aku cium sesiapa.

Mungkin, dia masih hendak bertindak profesional. Lecturer dan student.

Hurm. Kenapalah aku jadi pelajar dia...

Baru tadi, ada brader bagitahu satu perkara yang membuatkan aku gelak;

"우리 교수님이...야동 자주 봐, 야동 진짜 많아!".

(Sila translate sendiri)




PS: Aku bosan kena jaga orang mabuk, usung orang mabuk dan dikelilingi orang mabuk. Aku benci bau arak dan kena ditanya keesokan pagi, apa yang berlaku semalam, sebab aku tak mabuk. 

Kebosanan mencipta kelainan.

Jangan gantung flyer McD dalam bilik.

Ini amaran dari aku. Bukan dari mana-mana badan keagamaan.

"tergantung flyer McD di pintu, ditiup angin, seolah-olah memanggil 'Call lah kalau lapar!'."




Kalau tak flyer McD, sudah pasti aku akan teruskan niat aku makan epal je. Godaan giler. Malam ini aku tak kalah dengan french-fries walaupun sudah diugut.

Argh!

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Oktober 23, 2010

Dalam kepala hotak aku, banyak benda sedang berkancah.

Aku rasa otak aku dah ter-explore lebih dari manusia biasa, 3 peratus. Ye ke?



Setiap kali aku habis satu berita/rencana/pendapat/komentar tiba-tiba banyak benda aku fikir. Masa lampau, masa silam, yang sedia ada dan masa depan terutamanya, dari segi efek mendatang.



We woke up in one quite morning. We pray, eat breakfast and open the window.
And then we do morning ritual, sit at the corner of bed.
That's the sound of silence.


Pukul 5 pagi di musim luruh, bukanlah lagi suatu mimpi ngeri.

Sejuk tanpa selimut. Lapar tanpa makanan. Nyenyak tanpa bantal.

Bodoh. Kan dah pesan jangan minum kopi pukul 12 malam. Siapa suruh tidur atas kerusi?

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, Oktober 22, 2010

Sejarah politik komunis sentiasa dilihat negatif.

Sukar hendak aku libatkan diri dalam politik. Boleh saja aku jadi bidan terjun, dan terjun ke bidang politik. Politik, adalah satu skop yang aku suka jadi pendengar dan kalau ada kawan aku duduk bersila sambil cicah biskut Merry ke dalam kopi tongkat Ali Power Root, pasti aku akan duduk sama jua.

Ini adalah dunia yang The Joker suka, "If you're good at something, don't do it for free,".



Beijing 2010 [43]



Nak tak nak, kita adalah bahagian kecil dalam politik. Mungkin kita boleh jadi mainan mereka, jadi musuh mereka atau watak dalam pelan pemikiran mereka dalam agenda merencanakan segalanya (yang menguntungkan mereka).

Demokrasi tulen.

Sebenarnya, aku akui benda ini tiada dalam dunia realiti (ini hanya pendapat aku). Siapa majoriti, dia menang, dia ketua. Ada satu kumpulan minoriti yang berkebolehan besar tapi bakal diabaikan. Semua atas sebab yang biasa, demokrasi.

Sistem pemerintahan negara kita adalah Perlembagaan Berpalimen dan ada raja.

Aku rasa benda ini sukar diubah, sebab ianya adalah Perlembagaan. Seperti mana kontrak sosial, kena mengakui adanya raja dinegara kita.

Noktah.

Aku dah lama tak baca berita pasal Malaysia.
Paling terbaru adalah kematian Datuk Sosilawati.
Tadi aku buka Utusan, masih sama.
Sekarang TV3 pula dah pindah web tonton.com.my, yang melarang aku menonton berita.

Maka, aku nak kata, "Kemut syal!"

Dengar khabar, TV3 pun tak boleh buka di Singapura. Kalau aku ada syarikat media massa sendiri, aku akan buat macam TV di Korea. Jangan lupa, korang yang tergila-gila lagu mereka dan mengikuti rancangan mereka, semua berpunca dari TV.

Ha, aku masih menonton Elle TV, 'how to improve sexual life'.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Oktober 20, 2010

Giordano, Giordano, Giordano. Apa barang der!

Hyeong-nim baru jumpa masa open house 2 minggu lepas, tegur aku.

"Eh, boleh tolong bagi tahu tak kenapa ramai sangat pakai Giordano?"
"Ha, kenapa saya?"
"Gambar kau...semua baju satu brand je, Giordano."
"Owh, a,ah. Sebab...simple?"




Beijing 2010 [39]

Dari baju hingga ke seluar petak-petak itu, adalah dari company yang sama.



Kebanyakan nasihat fashion untuk lelaki, aku tahu dari Askmen.com. Ya, aku ambil dari situ. Tapi tak semua nasihat fashion mereka adalah relevan dengan kehidupan aku: tak berduit banyak. Adakah suruh memadankan baju Marc Spencer dengan seluar khaki Diesel, serta kasut Croc corak kain?

Find your own style, and make it like your own brand.

Ya, itu yang aku sedang lakukan. Sesiapa yang melihat pakaian aku, kebanyakannya warna plain. Jarang bercorak. Kalau baju itu kaler merah, maka merahlah. Tidak ada tompok kuning atau putih. Design yang sebegini banyak dikeluarkan oleh...Giordano. Yang lain ada, cuma kena fikir soal harga.

Aku pernah cuba ke Zara Store. Dan pernah cuba memakai, basuh dan cuba berpengalaman dengan produk Zara. Tapi, aku tak suka Zara. Zara bagus untuk kali pertama pakai, bukan untuk berpuluh kali pakai, dan bukan untuk gaya kehidupan aku.

Giordano murah dan berkualiti. Masih lagi mahal dari T-shirt pagoda, tapi bila dicuci beberapa kali, warna tidak jatuh, kain tak berbulu dan masih lembut. Alah membeli, menang memakai.




Gaya macam aku seorang metroseksual, tapi aku masih kurang gemar memakai perfume, lagi-lagi bedak.

Inilah buku panduan aku dalam memilih jam, baju, seluar, tie, kot: Askmen.com STYLE . Kalau rasa ubah penampilan adik lelaki/teman lelaki/ayah sendiri, ini paling sesuai.

PS: Te Java adalah teh susu yang paling sedap di sini.

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, Oktober 19, 2010

Ortodoks dalam definisi sendiri.

Ini paling pendek:



Aku banyak lihat perubahan. Kawan semasa aku kecil dahulunya pernah terkenal kaki curi dah jadi ahli surau. Mamat dulunya suka cakap besar, sekarang bila bercakap; mak aih sopan sungguh. Boleh aku yang jadi segan.

Kalau perempuan lagilah nampak perubahannya, dari segi pemakaian tu banyak maksudnya. Juga bila memulakan bicara.


Sudah sampai masa aku perlahan-lahan kayuh, kembali kepada fitrah manusia yang dicipta oleh Tuhanku itu sendiri: sukakan kebaikan.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Oktober 18, 2010

Pasar Malam/Pasar Tani berasal dari China?

Apa yang boleh digambarkan dan dicerita dari gambar ini?

Lapar, letih, penat.


Beijing 2010 [45]


12 jam sebelum gambar ini diambil, bajet nak penuh perut dengan makanan. Tapi entah kenapa rasa tak mampu nak telan. Naik train 'seram' dari Beijing sampai ke sini 'Qin Huang Dao'. Ada perasaan yang penuh lega, sebab macam-macam boleh berlaku kalau kami terlambat atau tersalah ambil train; Pijun bakal terlepas perjumpaan dengan menteri, Sood tak boleh Malaysia, begitu jua dengan Muse bakal terlepas perjumpaan kelab.

Sampai sahaja, terus kami bagi ayat tulisan cina kepada pakcik teksi. Mulanya kena kerumun berpuluh-puluh pemandu teksi. Mungkin gaya kami memang macam pelancong, apatah lagi bandar yang kami sampai adalah bandar 'cowboy'.

Sampai depan pejabat Imigresen, tutup.

Tu lah terjadinya kes bentang tikar (kain cadar kami ambil dari kapal masa sampai ke China) depan pintu. Buka ayam begel masak kicap dan daging itik panggang spesial. Sayur yang ada adalah timun-timun.

Aku, Pijun dan Muse pergi ke pasar tani. Aku rasa sistem pasar yang ada di Malaysia adalah adaptasi dari negara ini. Pasar kita jual baju, jual ayam, jual apam balik, jual tau fu fa. Mereka semua ada. Jadi, pendapat aku pasar adalah berasal dari tanah besar China.

Selepas pintu dibuka, aku tidur di ruangan menunggu. Siap mimpi lagi. Aku rasa itu adalah tempoh paling nikmat dalam hidup aku selepas 6 hari tanpa tidur yang cukup.

Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, Oktober 17, 2010

[Tembak Rawak 09] Sifat berani muncul bila tiada orang di sekeliling.

Itu yang berlaku setiap pagi (kalau mandi awal). Ada radio dari 'shower room' sebelah. Aku berpendapat, aras tingkat aku ni banyak pelajar sedang mengambil bahasa Korea. Ini hasil tinjauan aku setiap pagi, pukul 8:30 hingga 8:50. Mereka mengusung buku HANGUGO - 2.

Belajar bahasa dari lagu. Seperti orang yang tengah mandi sebelah aku. Lagu C.N Blue tu!

Bila keluar bertuala, senyap je.




Daegu 003 - 01

Daegu 003 - 02

Daegu 003 - 03

Daegu 003 - 04

Daegu 003 - 05

Daegu 003 - 06

Daegu 003 - 07




Aku berlatih bercakap dalam bahasa Korea (sempena pertandingan Korean-speech) depan cermin tandas. Aku berlatih senyum untuk interview pun, depan cermin tandas.

Sebab tandas tak ada orang tengok, sebab itu aku berani!

PS: Agak jengkel tengok lelaki asyik tengok cermin saja, sambil betulkan baju dan rambut. Belakang pula ada perempuan mengekek pasal lelaki itu. Tak segan ke mereka?

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Oktober 16, 2010

[Tembak Rawak 08] Taegu atau Daegu?

Daegu atau Taegu?
Busan atau Pusan?

Bila menyebut, ada-lah lain bunyinya. Seperti bunyi ayam mengokok, kambing mengembek, ular berdesis dan harimau mengaum; ikut 'pronouncation'nya berbeza mengikut lidah bangsa.

Apa-apa pun, bunyi hujan masih sama.
Monolog dalaman sendiri, "Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang,".
"Bukankah emas lagi bagus dari batu?"



Daegu - 001 - 01

Daegu - 001 - 02

Daegu - 001 - 03

Daegu - 001 - 04

Daegu - 001 - 05

Daegu - 001 - 06

Daegu - 001 - 07


Emas, mesti kau sayang nak baling untuk bunuh orang. Lalu kau simpan je bawah bantal. 10 tahun, 20 tahun.

Batu, kita baling tepi-tepi jalan. Kita guna untuk dapatkan mangga kat pokok tinggi. Kita buat jalan, untuk orang lalu lalang. Batu boleh buat orang kaki terluka.

"If you smell what the rock is cookin'?"

Jadi, aku ingin jadi seperti batu itu.
Badan sasa dan bukan pemalas. Tada!

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, Oktober 15, 2010

Labu sayung dan masak lemak ada labu, berbeza.

Identiti krisis mungkin berlaku ketika aku berada di tahun kedua/tahun ketiga pembelajaran. Semua benda nak rasa, at the end, dah tahu apa rasanya sehingga rasa nak berhenti untuk membesar. Sebab semakin berumur, ada lagi kemuncak perubahan dalam kehidupan lalu cuba menjana evolusi ke arah lain. Kehidupan bertuhan atau tidak menentukan apa yang baik dan buruknya.

Beringat-ingatlah pada-Nya.



Halloween; First Time

Mereka percaya Halloween tiada hantu, tapi sebagai hiburan dalam kehidupan. Kali pertama aku pergi pesta Halloween dan terpaksa menjadi hantu, semata-mata nak menghiburkan anak-anak kecil mereka. Badut sungguh kehidupan malam itu.







Perempuan berduka kena 'dumped' cakap, semua lelaki sama. Kenyataan agak sarkastik dan penuh emosi, kadangkala mencetus perilaku negatif pada egoisme lelaki. Aku bertindak blur, semacam aku adalah lelaki yang 'dump' dia. Padahal aku baru jumpa dia, sudah dikatakan aku adalah lelaki yang sama dengan lelaki yang dia jumpa sebelum ini.

Penipu, player, bangsat, celaka.

Sekarang wujud satu fakta yang amat menggerunkan: Lelaki baik tak mampu memikat wanita. Aku? Baik ke tidak, korang yang cakap. Cuma akan sentiasa kata, "Apa-apa aje lah," semacam dalam rancangan pagi Sheila Rusly dengan Shamsul Ghau-Ghau.

Vice versa. Lelaki yang kena 'dumped' pun akan kata. "Semua perempuan samalah!"

Duit, kekayaan, harta, barang kemas.

Nasib baik, makhluk bernyawa, berakal dan beremosi ada 2 je: lelaki dan perempuan. Maaf, kalau anda gay atau lesbian, sedarlah bahawa anda tak termasuk dalam skop kata-kata aku hari ini. Petua-nya mudah je nak hilangkan perasaan ini.

Aku akan kata dengan muka selamba:

"Let it go, let it go je,"

Aku akan nyanyi part lagu The Beatles "Let It Be", dan aku akan tukar frasa jadi "Let it go,". Hari ini, walaupun nama subjek kelas aku adalah "Automotive Chasis Part", tapi sub-lesson yang dapat aku bawa balik adalah, biarkan diri ini bertemu dengan kegagalan.

Buku "Dare to Fail" menggalakkan manusia supaya bangun semula selepas gagal dalam pekerjaan. Tapi tak ada siapa pun menyarankan supaya kalau kau sukakan sesuatu, kau kena lepaskannya. Ada itu ada, tapi itu drama je. Nak ke kau lepaskan kucing Parsi kesayangan kau yang lemak gebu, campak tepi jalan semata-mata dan latih hati menerima perasaan kena 'dumped'?

Gaya aku seolah-olah aku banyak kali kena dumped, kan?

Tak.

Ramai orang kena dumped, jumpa aku.

Kalau malam ini, esok atau bila-bila kau kena dumped dan jumpa aku juga. Aku akan kata, "Let it go, let it go, let it go,"

Nampak macam kau adalah seorang loser, tapi itulah cara nak menjaga hati kau dan membakar jiwa kau untuk lebih semangat akan datang dalam pencarian kuntum/kumbang. Sekurang-kurangnya, kau tak adalah berjiwa sarkastik terhadap lawan jantina kau.

"Semua lelaki sama!"
"Semua perempuan sama!"

Mereka sama pada satu bahagian; fizikal.

Aku tak suka makan masak labu 5 tahun lalu, sekarang aku boleh. Sebab utama adalah, fikiran terbuka. Dulu makcik dewan makan asrama tepek labu masak lemak kat tray makanan aku macam taik lembu tertepek.

PS: Shite, aku merepek.

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, Oktober 14, 2010

[Tembak Rawak 07] 5 jam di Daegu, mula.

Hari hujan, hari cuti. Tak ada yang memaksa yang memangkin kaki berjalan melainkan kebosanan lampau. Inisiatif sendiri ke bandar entah-keberapa-terbesar di sini.

Bandar. Apa yang boleh nampak disini?


Daegu 001 - 01

Daegu 001 - 02

Daegu 001 - 03

Daegu 001 - 04

Daegu 001 - 05




Bila cikgu merapu dan merepek, bolehlah dilayan kepalanya.
Tapi kalau cikgu tu gelak sendiri, dengan lawak sendiri yang difikirkan lawak?

Kadangkala kita bertindak sarkastik pada sesuatu yang bukan; menggelakkan lawak yang tidak lawak atas sebab menjaga hati dan perasaan.

Kelakuan menipu untuk kebaikan?
Hurm.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Oktober 13, 2010

Pada 28 (atau 29, 30) haribulan, aku harap akan tersenyum.

(Sekarang pun aku tengah senyum)

Tadi aku diminta menulis sesuatu pada sesuatu.

Aku fikir 3 minit, aku tulis ini...


"Kebahagiaan, Harapan, Cinta"




...dan aku menyesal, menepuk dahi. Ada juga perasaan nak hentak pusat perut ke bucu meja.

"Aku harap aku mampu tersenyum pada tarikh itu,"

Lepas itu, aku senyum lagi.

Macam orang giler sawan.

Kebosanan mencipta kelainan.

Basikal tua Raleigh di kampung Kundang, Selangor.

Walaupun aku realistik terhadap banyak perkara, tapi perangai ngengada wujud juga dalam jiwa aku. Aku ingin jadi budak kecil sekali lagi, memegang pedang Power Rangers dan pukul rakan sebaya aku yang melakonkan watak raksasa.


Beijing 2010 [33]

Basikal ini masih lagenda, dan aku masih selesa menaikinya.


Selepas moyang aku meninggal, yang ada permainan yang tinggal dalam bangsal dia adalah basikal tua. Masa dia hidup, aku selalu gatal tangan nak pegang lastik yang dia buat dari kayu yang keras. Tak pasti apakah dia. Getahnya dibuat dari tiub basikal. Ya, lastik.

Ya, kecilnya aku membesar dikampung. Aku mula mendapatkan pendidikan formal di kampung. Aku belajar ABC bukan di tadika swasta seperti kebanyakan adik beradik aku. Sarapan aku bukannya biskut atau Milo. Paling gembira, tempe goreng sebanyak 3 biji dan dicicah sos cili. Klasik.

Habis sekolah, aku akan dibawa menaiki motor oleh atuk aku. Aku akan duduk dibakul motor. Pakaian aku biasanya seluar pendek khaki dan singlet putih. Aku akan dibawa ke sekolah rendah Tanjung Sepat, ini kesemua menunggu pakcik aku pulang dari sekolah. Kawasan paling redup adalah pohon kelapa sawit depan pintu sekolah.

Petangnya, mengaji di rumah nenek ibu (adalah adik kepada nenek aku). Aku selalu akan jadi orang last, sebab malas mengaji dan satu selalu skip ikut nenek aku pergi masjid. Aku pergi masjid bukannya buat apa. Berlari dan tidur, masjid ada kipas kilang yang besar.

Kalau tak, petang aku gi naik basikal, ikut atuk aku bakar sampah, tengok atuk aku petik biji kopi tak pun tengok nenek aku anyam kuih (kalau tak ke surau).

Banyak jalan selok-belok di kampung Kundang aku tahu. Kebanyakan jalan itu sudah diturap dengan tar (semuanya berlaku ketika pilihanraya). Dulu, aku balik kampung seorang diri tak payah mak ayah aku hantar walaupun umur aku 9 tahun. Ada sedara singgah datang rumah, aku akan minta mak aku suruh sedara aku tumpangkan sampai simpang jalan, lepas itu aku menapak ke rumah atuk aku.

Orang kampung itu tak tahu siapa nama aku.
Sebab budaya kampung itu, akan tanya kau anak siapa, cucu siapa.

Biasanya kalau aku ke kedai Lamin atau kedai Syarikat (entah ada lagi ke tak), kalau ada orang tanya aku anak siapa atau cucu siapa:

"Anak tirah, cucu Sujak,"












Itu semua memori aku berumur 6 tahun, duduk di kampung main pasir. Bukan robot Power Rangers. Kenapa aku ungkitkan cerita ini? Aku telefon atuk aku, aku rasa dia sudah lupa sikit-sikit pasal aku. Suaranya lain macam.

Umur 23 dan 6 tahun. Matematikalnya, jauh. Hampir ke dua dekad.

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, Oktober 12, 2010

"Don't judge a book by its cover" adalah salah, bagi situasi begini.

Nak tak nak, hari ini kita berada di zaman orang yang sibuk menjaga penampilan diri. Industri barangan 'make-up' telah menjana pendapatan berbillion dollar (ye ke?). Juga, alat lain: baju, seluar, malah seluar dalam lagi (ada Megan Fox!)

Beijing 2010 [40]

Sentiasalah berbaju.

Setiap hari Khamis, adalah hari berenang. Hari itulah akan terlihat segala pokok-pokok di hutan belantara Amazon, bila berada di bilik mandi. Bila di kolam renang pula, macam biasa (tak payah aku huraikan).

Jadi bila sama kelas dengan perempuan yang memakai baju renang, susah nak cam mereka di luar. Sebab kali pertama jumpa dan berkenalan pun masa aku dan perempuan itu...tanpa pakaian yang 'proper'.

Satu hari, aku dengan Dwen Rejab pergi lambat ke kelas:

A: Mat, ko tengok minah tu...tengok muka dia betul-betul.
D: Haa...
A: Ko tak rasa ke dia sama kelas dengan kita?
D: A'ah dow! Yang selalu pakai swimming cap putih tu ke?
A: Kompem dia sama kelas dengan kita


(aku lihat dia tengah cek kedatangan di kaunter masuk, ketika ini aku tengah beratur nak ambil kunci loker)


D: Perrrrhhhhhhh... lawa GILER!
A: Kan? Tu lah, jumpa orang masa tak pakai baju. Masalah ni.
D: Tengok time berenang macam budak-budak je. Lawa dow!


(Kepada perempuan, mungkin perbualan diatas boleh dijadikan rujukan untuk memahami sifat lelaki yang...pervert, contohnya)


Berbalik kepada 'don't judge a book by its cover'.

Kalau kitaorang dah baca isi dalamnya, dan tidaklah menarik mana pun, tapi 'cover' dia masih menarik. Dan atas sebab itu kami membeli buku itu, maka salahlah kan maksud frasa di atas?

Sengal. Aku pun tak faham apa aku cuba nak sampaikan.

Ok, macam ini. Rasanya lebih manis kan kalau lihat manusia memakai pakaian yang menutup rapi dari nampak segalanya?

Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, Oktober 10, 2010

"Aku rasa, aku ada bakat berkebun la..."

Malam Ahad berlalu seperti biasa, mengharapkan ianya berpanjangan...

Aku terkumat-kamit menghafal nota pemberian lecturer.




"Aku rasa, aku rasa...aku ada bakat berkebun la. Study tak boleh, ini tak boleh,"




Gelaklah aku berdekah-dekah memecah malam Ahad setelah mendengar rungutan budak sebilik aku.
Aku ada perasaan nak jadi macam Optimus Prime dalam Transformer, bila tahap tensi menghafal.

Sekurang-kurangnya, boleh bertukar jadi treler panjang dan pecahkan bangunan 2 engineering, cilok soalan tahun lepas.

Kebosanan mencipta kelainan.

Cara menenangkan diri menghadapi peperiksaan.

"Woi, main bola je,"
"Rilek la, main je,"
"Kau ada soalan tahun lepas subjek Chassis tak?"
"Rilek dulu. Exam bila?"
"Exam lagi seminggu,"
"Agak la. Bila exam?"
"18hb kot,"
"Hari ini berapa hari bulan?"
"Erm. 5hb."
"####. Lagi seminggu!"


Beijing 2010 [41]

Selepas beberapa episod kehidupan fizikal dan sedikit 'kesakitan' mental, aku akan cuba jadi manusia nerd balik. Aku memang nerd, dan 'nerd is needed'.

Baru saja mula menekan 'panic buttton'.

Tadi, 4 minit lalu sedang membincangkan motto untuk semester ni.

"Hope for the best, prepare for the worse"


Cara tenangkan diri menghadapi peperiksaan adalah senang saja.

#. Jangan dengar apa orang kata di minit terakhir. Orang banyak cakap ketika ini, bagi aku adalah orang yang gelabah dan boleh buat orang nak tumbuk muka dia.
#. Jangan buat benda lain, macam makan ke, main game iPod ke. Pandang pensil je.
#. Berdoa banyak-banyak. Pra-tawakal selepas berusaha, walaupun peperiksaan adalah sebahagian usaha.
#. Jangan ingat nota-nota, fikir benda yang seronok. Aku suka fikirkan tentang padang rumput hijau.
#. Fikirkan benda yang patut dilakukan lepas exam, andaikata gagal: makan pizza.
#. Jangan minum air banyak-banyak. Mengelakkan momentum nak ambil exam, contoh tengah sedap-sedap susun bontot kat kerusi, rasa nak ke tandas.
#. Sebut "Aku boleh!" sebanyak 41 kali. Jangan kurang, ini adalah nak sedapkan hati je walaupun tak belajar bersungguh-sungguh.

Walaupun aku dah menjawab beratus-ratus kertas peperiksaan (adakah sudah lebih seribu?), perasaan nervous tu masih ada. Mungkin setiap kali exam, aku dibawah pengaruh kafein yang berlebihan?

PS: OK, aku nak tidur dulu. Baru balik meeting dengan profesor aku, pagi Sabtu. Dem.

Kebosanan mencipta kelainan.

Elektronik dan Elektrik, bukan mainan Elektra dalam Dare Devil.

Kita manusia ada beratus bahasa, mungkin beribu.

Dalam komputer ada 2 nombor je wujud. Tak kisahlah komputer di kereta (benda yang aku sedang telaah), komputer riba ataupun sistem iPad, iPod, iPhone, Android, Sony Ericson, Nokia dan sebagainya.

Contohnya, perkataan I Love You boleh jadi begini...

01001001 00100000 01101100 01101111 01110110 01100101 00100000 01111001 01101111 01110101

Sebab itu dalam Matrix, ada ni je...

0110000101101011011101010010000001110011011001010110101101100001011100100110000101101110011001110010000001110100011010010110000101100100011000010010000001101101011011110110111101100100001000000110111001100001011010110010000001100010011001010111001001100011011000010110101101100001011100000010000001100100011001010110111001100111011000010110111000100000011100000110010101110010011001010110110101110000011101010110000101101110

0110100101101110011010010010000001110011011001010110110101110101011000010010000001100100011010010111001101100101011000100110000101100010011010110110000101101110001000000110010101111000011000010110110100100000011110010110000101101110011001110010000001100010011000010110101101100001011011000010000001101101011001010110110001100001011011100110010001100001

Sila gunakan ini untuk memahami: Binary Code Translator

Yeah. Belajar elektrik dan elektronik memang best!

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Oktober 09, 2010

Hard Rock bukan batu keras atau batu yang mendendangkan zapin.

Kalau orang itu pergi negara orang, apa patut kita pesan?

Ini soalan untuk kamu.

Aku sudah berapa tahun disini, dan jujurnya aku dah mengecewakan ramai orang. Ada orang nak beli T-shirt yang ada gambar Super Junior (wat de), lepas tu stoking ada gambar Gu Jun Pyo (wat de) dan banyak lagi. Bila aku balik Malaysia je, aku lupa.

Sebab diorang mintak 3 bulan lalu, tanpa ada sebarang update dan perasaan yang bersungguh-sungguh. Hari itu ada siapa entah minta poster SNSD, aku siap research mana kawasan dan market yang sedap harga. Entah mana dia sekarang.




Beijing 2010 [35]

VJ MTV kata, "let's rock our lives!". Kepala kau!



Bila ada seseorang yang hendak berjalan ke luar negara, aku minta benda yang menjadi trademark. Iaitu, barangan Hard Rock Cafe. Aku akan minta apa-apa janji ada nama bandar itu. Aku tahu korang nanti kata, "Ala kat Siam pun ada!". Untuk mengelakkan orang kata begitu, aku tak cabut tag harga dan aku tak pakai pun barangan itu.

Setakat ini aku ada;
(1) T-Shirt biru Hard Rock Cafe Osaka.
(2) T-Shirt hitam (basic) Hard Rock Cafe Tokyo.
(3) T-Shirt hitam (basic design: silver & black) Hard Rock Cafe Paris.
(4) Kameja kasual Hard Rock Cafe Beijing.
(5) T-Shirt hitam (basic) Hard Cafe Hong Kong.
(7) T-Shirt Green Day Special Edition Hard Rock Cafe Seoul.

Untuk sesiapa yang nak kirim barang Hard Rock Cafe, sila sertakan dengan duit.

Aku kirim baju-baju Hard Rock ni semua aku bagi duit. Sebab tak mampu nak berjalan jauh, dapat kenangan sudah la kan.

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, Oktober 08, 2010

Saya bangga sebagai pelajar Malaysia di University of Ulsan. Noktah.

Hahahahahahaha.

Ini biasanya kelaziman manusia, dan lebih ternyata bila berada di Asia. Bangga dimana belajar ketika mendapatkan ijazah, bangga bila ada artis itu jadi pelajar juga di universiti yang sama. University of Ulsan ini, tak masuk dalam ranking top dunia (aku anggap itu adalah ranking semata-mata). Aku masuk sebab ada benda aku minat, dan jauh dari Seoul bermaksud pengalaman baru. Jujurnya, kalau penaja benarkan aku belajar dari tahun pertama, mesti kawan mata sepet aku boleh menjadi ratusan.

Masa Chuseok-Day, entah apa pasal pelajar Malaysia kena duduk baris depan; didepan ratusan pelajar lain. Alih-alih ada seorang lelaki, segak berbaju kot.

A: (aku tolak segan-segan orang sebelah) Siapa?
B; (tak pasti ini adalah Emberg ataupun Abe) Bukan canselor kita ke?
A: Ye ke?

Masa lepas ucapan, ramai pula jurukamera tertumpu di meja kami, shot sana-sini dengan lampu besar.

(aku yakin, kalau masuk paper ni, mesti dia ni canselor). Betul!.

Dinner dengan Canselor


MOU Malaya-Ulsan


Sekarang, universiti ni dah ada perjanjian dengan Universiti Malaya.

Universiti aku memang cikai giler.
Kalau korang tanya siapa budak Ulsan, tanya lah kepada pelajar Malaysia.

"Student yang paling banyak dapat duit tu?"

Itu adalah mentaliti sebahagian budak Malaysia yang duduk di Seoul mengenai budak Malaysia di University of Ulsan.

Sebab apa?

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, Oktober 07, 2010

50 tahun lagi, aku mungkin menjadi epik dan klasik.

Aku pernah jadi seorang yang panas baran.

Pernah atuk aku geleng kepala tengok aku, pernah juga dihembus ketika tidur oleh nenek aku selepas membaca beberapa kalimah yang aku tak faham.


Jandi-eok.



Kehidupan asrama di sekolah agama, biasalah kena pergi surau sebelum Maghrib. Kalau dah masbuk tu, boleh kena denda 500 kali ketuk ketampi. Kena jadi bilal, kena jadi imam. Macam-macam kena buat, lagi-lagi kalau kau junior. Kalau kau tingkatan 1, alamat lagi teruklah.

Aku rasa 3 tahun di sekolah agama, cukup memberi kesan kat aku. Aku masih rindukan keadaan sebelum solat Maghrib disana, malam hujung minggu dan sebagainya.

Berkenaan dengan perangai panas baran aku tuh, ada satu hadis je menyebabkan aku dah hilang sifat marah tu.

Rasulullah bersabda, “Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.” (HR. Bukhari Muslim).


Hadis ini aku masih ingat, sebab masa itu aku yang sampaikan di depan lebih 300 pelajar ketika kuliah petang. Cuba jadi diri aku, cakap tak serupa bikin. Bacakan hadis dan pengertian dari ulama, tapi aku hanya membaca je...tak ke akan rasa, makan dalam.








Cuma aku nak pesan, jangan cakap serupa bikin.

Aku pun tak faham apa maksud "jangan cakap serupa bikin". Rasa ini paling sesuai untuk rujukan kehidupan yang bakal epik, dan dari klasik.

Aku tak mahu hidup lama-lama.

Kebosanan mencipta kelainan.

Kehidupan maya menguntungkan kalau ada blog.

Duduk lepak-lepak baca magazine.

"Owh ini boleh jadi bahan!" Aku olah-olah sikit dalam kepala. Aku tukarkan jadi cerita, lepas itu aku tekan 'PUBLISH POST'. Esoknya, ada orang bagi RM 0.75.



Aku merindui zaman blog aku ketika tahun 2008.
Banyak blog yang memberi inspirasi kepada aku, bukan macam sekarang. Semua nak duit, duit, duit. Aku pun dah kena tempias sikit. "Duit, duit, duit!".

Kalau aku buat cerita pasal iPhone, lepas itu aku cakap aku ikut "KUMPULAN BLOGGER ALAM SEJAGAT", aku letak link-link orang yang aku jumpa, aku yakin korang pun menyampah nak baca. Sebab aku dah bermula begini, merapu dan kadangkala berguna. (Ehem, kadangkala.)

Aku amat appreciate orang yang bagi komen, tapi aku masih orang yang malas hendak membalas komen  mereka. Sebab itu aku masih ditakuk lama.

Follower 126, dan duit Nufnnang RM 0.25 selepas seminggu.

Maaf, aku tipu!
Duit itu dah mampu tukar tiub basikal berpuluh kali.

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, Oktober 05, 2010

Kalau kaki alkohol, sila datang Korea.

Aku tidak dibayar oleh syarikat Soju, untuk berkata begitu.

Cuma, kalau kaki alkohol sila datang ke sini. Ianya tempat yang bagus untuk segalanya, semua berkaitan dengan alkohol.



Beijing 2010 [34]
Kawasan berhampiran Masjid Niujie, Beijing. Ini kali pertama dengar khutbah dalam bahasa Mandarin (ye ke?)



Makanan free (kalau makan dengan orang besar), cuma perlu mengangguk dan 'bow'.
Lagi satu, vagina free.

Kehidupan malam kadangkala merimaskan dengan bau Soju disana-sini, tak minum pun badan bau macam haprak.

PS: Mereka gila terhadap minuman beralkohol.



Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Oktober 04, 2010

Mula bosan dengan internet.

Pernah begini?


Balik dari kelas/kerja lepas itu mandi ke, kemas apa ke. Rilek kejap, lepas itu gi makan. Sekeliling kau tak ada TV, tak ada PS3, yang ada komputer (tak kisah samada ianya Window atau Mac atau UBuntu). Bukak komputer, ada internet. Lepas itu tekan Google Chrome (tak ada kaitan kalau anda pengguna Safari, Opera, Internet Explorer mahupun Firefox).

Blur dan malas nak berhubung dengan kawan-kawan.











Nasib baik aku tak melanggan internet, yang ada sekarang pun adalah ihsan dari University of Ulsan. Laju dan free, masalahnya site-site download kena block. Itu je.

Aku rasa, aku tak mahu bergaul dengan manusia bayangan lagi.

Kebosanan mencipta kelainan.

Ngengada, semua benda nak rasa, nak belajar!

Hahahaha.

Mungkin aku selalu lihat kehidupan orang bekerja; senior, bapak aku, mak aku, pakcik aku, sesiapa sahaja; aku lihat mereka tak ada peluang nak belajar benda yang suka dan gembira. Jadi, detik-detik aku sebagai pelajar tak boleh sia-siakan.

Macam sekarang,
(1) aku belajar berenang,
(2) belajar skipping (jangan gelakkan aku) dengan pantas,
(3) belajar main poker,
(4) bawa motor clutch dengan laju lebih 100 km/h dan tidak mati enjin di lampu isyarat,
(5) main snooker/pocket ball 9 ball sehingga masuk tournament (sudah kalah peringkat sebelum suku akhir),
(6) belajar prinsip ekonomi,
(7) belajar bahasa jepun di bilik,

Gitar Orang

Gitar aku pinjam dari orang.



Aku belajar muzik dari darjah 4, dan berhenti sampai darjah 6. Lepas itu masuk sekolah agama, dah tak ada nak main alat-alat muzik melainkan kompang (aku pernah main untuk majlis kenduri orang dan Kejohanan Hoki di Bukit Jalil). Aku boleh main rekoder, ada berapa lagu aku ingat. Tapi aku boleh mainkan lagu 'Twinke-Twinkle Little Star' dengan bergaya serta yakin tanpa salah (agaknya).

Cuma gitar, aku lambat bermula. Pegang gitar bila pergi rumah saudara, dan dia main lagu "Happy Birthday" depan aku. Sejak itu, aku rasa kagum pada sesiapa yang boleh main gitar. Termasuklah jua, abang burger tepi jalan.

Sebab itu aku marah perempuan yang kutuk brader jual burger hari itu!

Lagu yang boleh aku main adalah, "Romanza" tapi part goreng aku skip (sila search lagu ni memang sedap. Aku bajet nak jadi romantik lah, nak propose perempuan dengan lagu ini. Perempuan itu duduk sebelah aku, lepas itu aku datang dengan bunga ros di bibir lepas itu petik lagu Romanza. Harap-harap lagu ini cairkan hati perempuan itu. Mampus, jiwang karat!

Lagu seterusnya, Hero yang dinyanyikan oleh Enrique Iglesias. Aku bersungguh belajar main lagu ini. Kalau tak caya, tanya roomate aku. Aku siap menapak rumah senior aku sejuk-sejuk, bawak dan usung gitar redah malam semata-mata nak belajar main lagu ni. Cikgu aku adalah Youtube. Aku nak mainkan lagu ini, spesial untuk hadiah perkahwinan seseorang.

Sebab aku give-up?

Malas nak cerita, tapi tak ada kaitan episod meruntun jiwa dan hati.



I can't be your hero... (suara aku diserakkan sambil tangan di tali gitar)





Sebabkan aku terkena kejutan budaya masa agak lapang, patutkah aku kembali bermain gitar, contohnya menghabiskan baki-baki not lagu Romanza?

Aku memang tiada bakat dengan gitar, rekoder sekolah boleh lah. Lupa, kompang satu lagi!

Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, Oktober 03, 2010

Hidup warna-warni, memerlukan artistik tersendiri.

Masa aku taip cerita ini, sekarang pukul 5:23 PM waktu tempatan Korea Selatan di Ulsan.

Pukul 12:30 pagi (awal pagi) berlakunya edisi maki-hamun kepada En.Nani.

Lepas itu, berlalu episod entah-apa-apa-entah.


















Aku tengok bola, aku tak ada mood.
Aku minum kopi, aku tak ada mood.
Aku baring sambil buka The Last Song, aku tak ada mood.

Hari ini aku melalui kehidupan pencak tanpa bayangan.

Lepas itu aku 'claim', Sunday, it's should be wonderful day.

Hari ini, liku-liku kehidupan penuh dengan seni abstrak yang rumit. Semuanya bercampur, gundah, sedih, gembira, rasa bangsat dan kabur.

Ha-ah, kan?
Faktor kehidupan hari Ahad terlalu banyak bersangkut paut. Bola, kawan, persekitaran, cuaca. Tu lah, tak ada pun nak masukkan kerja-kerja ketuhanan.

Kebosanan mencipta kelainan.

Freemason, Anti-Christ dan macam-macam lagi.

Aku tak tahu yang korang masih percaya lagi ke tak yang zaman batu itu tiada.

Jujurnya, aku pernah tanya cikgu sejarah aku. Soalan aku adalah:


"Cikgu, zaman batu nenek moyang tua kita pakai cawat je ke?"
"A'ah. Zaman dulu memang macam ni,"

Aku tak puas hati, sebab masa itu ustazah fiqah aku cakap, ketinggian nabi Adam diceritakan setinggi pokok kelapa. Lepas itu, ustazah aku cerita kehidupan nabi Adam itu dengan Hawa. Mereka tidak berbogel.



Akhirnya, video kat Facebook dapat memuaskan hati aku pasal gambar dalam buku Sejarah sekolah. Ada gambar orang badan besar, tengah pasang unggun api, pakai spender berbulu, berjanggut dan duduk dalam gua. Serius, aku puas hati giler. Nak je aku jumpa cikgu sejarah aku dulu, nak bagi tahu pasal nenek moyang aku tak macam itu, lagi beradab.

Sekarang, kalau hidup aku panjang dan aku akan mempunyai anak, dan anak aku akan belajar sejarah (untuk lulus peperiksaan), apa aku nak kata kalau anak aku tanya: "Nenek moyang kita macam ni ke?"

Budak kecil manalah tahu pasal Freemason ni semua.

Rakan sebaya aku suruh tengok The Arrival yang 51 episod tu, aku dah lama khatam. Memang betul, video itu aku membuatkan aku berubah terhadap segalanya. Lebih-lebih lagi politik.

Ahli politik kita sibuk melaungkan apa itu Zionis dan Yahudi.

Aku fed-up mereka jadikannya isu untuk dapat pangkat.

Come-on lah, bak kata kawan aku: Pengetahuan dihujung jari, kita je yang pilih nak tengok porn diinternet atau benda-benda bagus.

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Oktober 02, 2010

Papp, papp, pappapa...good morning. Papp, papp, pappapa...

Aku sekarang belajar chasis kereta. Nota dia dah complete aku download, cuma nak tinggal nak baca. Lecturer ni memang terkenal dengan mengarut, bosan dan cakap perlahan. Banyak budak ambil pun sebab tak ada subjek apa nak ambil dan subjek popular pelajar tahun akhir.

Ini pengalaman pertama aku belajar dengan dia. Budak Malaysia lain dah rasa, maka mereka buat bodoh je dalam kelas...sama seperti keseluruhan budak Korea yang lain.



Hyosung Motor 01

Hyosung Motor 02

Hyosung Motor 03


Setiap kali lecturer itu tanya budak-budak, satu kelas senyap. Tak ada respon.

Aku cakap perlahan-lahan, "Kesian giler cikgu ni,"
Classmate aku pesan, "Sekarang kau cakap kesian, lepas ni kau tengok,"

Memang betul.

Ada satu hari itu dia merapu pasal 'character individual'. Dia kata, setiap orang kena ada 'humor' yer tersendiri, baru orang lain selesa dengan dia. Dia cakap lagi, yang dia cuba nak buat lawak dalam kelas dan cuba untuk menghiburkan kelas.

Lepas itu aku gelak sambil ada perasaan nak hentak meja.

Rupanya, banyak gak episod nak buat lawak selama ini aku tak perasan. Rupanya itu cubaan untuk melawak!




PS: Gambar motor itu sebenarnya lawak, cuma kau tak tahu ceritanya. Adakah ini cubaan untuk melawak? Kesian lecturer tu, buat lawak tak ada respon. Humor please!

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, Oktober 01, 2010

Disangka hujan hingga ke petang, tapi banjir ditengahari.

Argh, argh, argh.

Rasanya sekarang aku perlukan ruang untuk menjerit. Gambar-gambar dibawah ini tiada kena-mengena dengan ekspresi perasaan aku. Mari pekena teh hijau, sambil melihat WSOP hari ke 5.




Makan Lepas Jumaat 01

Makan Lepas Jumaat 02

Makan Lepas Jumaat 03

Makan Lepas Jumaat 05


Aku tiba-tiba teringat statement kawan aku, 4 tahun lepas.

Rupanya, sudah berlaku kat aku.

Gilak-ah, lambat 4 tahun. Patutlah lambat matang.

Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...