Khamis, Februari 25, 2010

Budak sekolah telanjang dan bogel.

Mak ai. Tak boleh blah tajuk. Konon nak bakar traffic.

Tapi ini benda betul.

Ji-Sung aka budak bilik aku bagi tahu pasal kes budak sekolah menengah rendah berbogel ramai-ramai ketika hari graduasi mereka.

Aku masih ingat, masa nak habis sekolah:
-> Conteng baju member.
-> Minta maaf kat cikgu-cikgi.
-> Main pemadam api tong merah yang besar tu.
-> Buat mural guna marker pen, "I was HERE 2003!"
-> Dan macam-macam lagi...

Budak sekarang aku rasa lebih kreatif habis... bogel dan bertelanjang pada hari graduasi. Tepuk tangan, mereka berjaya mencipta kelainan!

(AMARAN: Anda dinasihati jangan ikut perangai jahiliah mereka)

Sumber: NATE News


Graduation Day 01


Graduation Day 02


Graduation Day 03


Kali ini aku telah paparkan gambar orang bogel dan memang ada kaitan dengan tajuk entri ini, bukan? Harap kepada peminat cerita lucah yang kerap kali sampai ke sini melalui Google setelah menaip buah dada/seks/cara menegangkan ##### tidak kecewa pada entri ini.

Ucapan selamat graduasi kepada pelajar senior di Hanyang Universiti, Korea Universiti, Inha Universiti dan terutama-utama Ulsan Universiti.

Ini bermakna aku sudah jadi pelajar akhir tahun. Adeyhs.


PS: Aku rindu suasana minum kopi makcik dewan makan yang digelar Mak Cik HIDUNG diiringi hilai tawa melihat rakan-rakan yang minum kicap masin yang disangka kopi.

Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...