Sabtu, Oktober 31, 2009

Selamat menjamu selera, yer!

Buka balik cerita lama sambil memakan epal adalah aktiviti yang jarang aku dapat lakukan. Sebab harga epal di sini memang mahal sekali untuk dijamah seharian. Sebab itu juga, aku kerapkali menyebut pisang, pisang dan pisang. Kerana bila beli satu, bukan satu yang dapat. Tapi seikat. Bukan setandan.

Apa-apapun, apa yang kamu tengah baca semuanya ditulis menggunakan Apple.

Annual Dinner 08 [02]

Bunga ditafsirkan melalui jenis dan warna. Bunga taik ayam paling wangi baunya.


Agak sinonim bila memakan epal dan bicara coretan kisah lampau. Kerana apa yang kita lalui itu pelbagai rasa. Malam ini, sungguh manis rasa epal ini.

2005.

Umur duduk sini baru setahun jagung. Aku tak tahu yang ini adalah aktiviti tahunan yang orang tunggu-tunggu. Semuanya OK sahaja. Baru nak merasa apa itu makan malam yang gereen-gereen sesama pelajar itu sendiri. Lagu P.Daddy yang Mel gubah dalam bahasa Melayu. Lepas itu terasa palat dengan nyanyian Haikal bersama Mang yang bermain gitar?

2006.

WOW. Makan atas kapal. Malangnya, kapal itu tak bergerak. Kalau bergerak mungkin lain jadinya. Tak silap jatuh pada hari lahir aku. Ada berapa orang perasan. Jeng-Jeng. Makanan cepat habis. Mungkin sebab lori stok makanan terlupa nak upload ke atas kapal. Gaya minum Coke-Cola menggunakan botol adalah paling celaka. Macam baru lepas kalah main judi.

2007.

Berhampiran padang bola sepak Piala Dunia. Kalau dapat makan lobster sambil tengok FC Seoul lawan Pohang Steeler OK gak apa? Tak boleh blah kes hot-dog yang merah menyala. Siapa tak boleh lupa nyanyian Kak Long, Umbrella versi akustik?

2008.

Ini bahagian mana Seoul aku tak tahu. Walaupun rasa palat ditempatkan meja belakang, tapi terima kasih lah ye. Sebab dekat dengan makanan. Ini aku paling puas gila. Benda kena kenal pasti sebelum masuk hall: tempat terletaknya makanan.

2009.

Dapat jemputan, Tapi tak pergi.

2010.

Bak kata orang, "Looking forward for it". Sebab itu mungkin yang terakhir?


Selamat berpakaian mahal-mahal yang tak ingat dunia dan makan sampai perut buncit. Kepada Dato Pilah, tiada gambar kacak seperti Dol yang boleh aku tangkap.

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Tips jadi pengkomen pakaian wanita.

Biarlah.

Aku pun tak faham kenapa bila aku kecil-kecil aku disuruh bertindak menjadi dewasa sikit?

Tapi bila besar sikit, bila berperangai budak-budak dikatakan buang tebiat?


Mesin Tikam.
Orang tua bangsa Korea berumur 65 tahun pun ada main ni. So what?


Itu semua mainan masyarakat. Undang-undang yang tak nampak. Kita dihakimi berdasarkan apa yang kita pakai, apa yang kita bualkan, cara kita berkomunikasi dan komentar kita pada suatu perkara.

Yang tidak dewasa macam gini caranya. Pakai apa yang mereka mahu. Baju warna mencucuk mata (striking). Kasut yang tak kena pada satu majlis. Baju suka dilepaskan keluar. Yang orang kata dewasa begini pula. Pakai jam tangan yang kilat. Kasut tak mainlah pakai tali warna macam higlighter. Sentiasa kemas dan segak. Baju masuk dalam.

Aku pun tak tahu macam mana nak hakimi orang dari segi pemakaian. Kalau cantik, aku kata cantik. Tak sesuai memang aku kata tak sesuai. Kiranya senang gak nak dapat komen aku. Tapi aku masih cetek ilmu dalam bidang pemaikaian dan peragaan. Buat apa memakai kasut Converse Winter Edition 2009 tapi berpakaian kain pelekat dan memakai singlet putih PAGODA?

Tips bila perempuan tanya, "Baju ini ok tak?"

Bila perempuan tanya begitu, matematikal dia memang ingin membeli pakaian tersebut sebanyak 51 peratus.49 peratus selebihnya adalah konsiderasi dari pengkomen yang dibawa. Terdiri dari kawan lelaki (TTM)/ teman lelaki / bakal suami / suami itu sendiri. Mereka menanyakannya atas sebab mereka mahu keputusan yang dibuat adalah bersama. Kiranya memang mengambil berat pandangan orang yang bersama mereka ketika itu. Sebagai simbol penghargaan, 'Terima kasih kerana menemaniku ke tempat shopping'.

Kalau rasa sesuai baju itu, jangan hanya katakan "OK lah tu,". Bagilah kritikan seperti Tyra Bank atau macam dalam Project Runaway. Jangan jadi macam Simon Cowell sudah.

PS: Kau rasa aku dah dewasa? Aku rasa belum lagi.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Oktober 28, 2009

Bosan sangat ni!

Sakit peha (harap-harap jangan putus urat).
Sakit kepala (sekejap panas, sekejap sejuk).
Sakit belakang (tidur dalam bas, posisi tak betul).
Tekak kering (kurang minum air).
Kerja melambak (nasib seorang pelajar).

Yellow Ring.

Kita adalah kita. Aku adalah aku.


Hari ini aku kembali dalam keadaan yang asal. Mampu berlari di koridor (rujuk entri sebelum ini).

Sebenarnya, aku dalam mood yang begitu bosan se-sangat. Macam tak inspirasi hendak melakukan sesuatu. Aku nak pergi ke kedai roti, tapi aku tangguhkan kerana aku malas. Begitu juga dengan niat membeli pisau cukur. Aku tangguhkan juga. Menebal lah jawabnya. Biar. Aku adalah aku.

Macam tak menepati tema, 'Kebosanan mencipta kelainan'. Aku memang betul-betul bosan.

Sekejap aku buka buku 'The Host' karangan Stephanie Mayer. Lepas itu aku buka EF for ICE karangan Pulkrabek. Aku tidur.

Harap-harap, menjelang malam ini aku akan buat report dengan bersungguh-sungguh.

PS: Akil Hayy gaduh dengan Awie. Gelabah giler. Siapa kata kau ikon? Harap-harap kau sudah puas bersenggama dengan Waheeda. Opps.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Oktober 26, 2009

Berlari laju di koridor.

Suatu malam, lapar dan mahu membeli rameyon. Dalam perjalanan pulang...

Bilik aku di tingkat atas sekali (lima), tapi aku suka melalui koridor tingkat empat dulu. Jumpa tangga satu lagi baru naik ke tingkat lima. Alasannya, tak mahu berhimpit dengan 'lorong Vietnam' yang becak dan sempit dengan ampaian di jalanan koridor.


AT07-Bonday Beach, Melbourne.

"Letih berlari," katanya dengan perasaan demit.


Di persimpangan tangga, Mr.M naik terus ke tingkat lima. Lepas itu, aku di tingkat empat.

Masa dalam perjalanan di koridor tingkat empat, tak pasal-pasal aku berlari dengan laju dan bertemu kembali dengan Mr.M di tingkat lima.

"Apa pasal kau berlari?"

"Saja," itu jawapan aku.

Mungkin aku agak gembira malam itu, atas sebab baru habis peperiksaan. Tapi kadang-kadang perasaan hepi perlu diawasi sebabnya mungkin selepas itu ada saat duka untuk dinikmati.

Berbalik kepada perbualan tadi...

"Dah lama tak berlari, time kat sekolah je la dulu masuk sukan, bla, bla, bla, bla,"

"A'ah dow. Aku dulu masuk sprinter 100m," aku sambung balik.

"Dapat nombor berapa?" soalnya kepada aku.

"Lima," jawab dengan nada perlahan.

HAHA.



Aku rasa aku pernah cakap yang aku pernah mempunyai penyakit lelah. Dalam tempoh aku ada lelah itu banyak sukan aku masuk. 100m, 400m berganti-ganti, 200m. Memang aku pun tak faham. Lagipun cikgu rumah sukan aku ketika itu tak pernah tahu aku ada penyakit lelah. Kiranya, agak gila. Mana tahu masa berlari tak pasal-pasal aku tumbang. Naya beb.

Walaupun aku dapat nombor lima dari 8 peserta, itu adalah rekod peribadi yang terbaik dalam edisi kehidupan aku. Kalau nak dibandingkan dengan Usain Bolt apalah sangat pun. Seorang budak sekolah rendah yang ada lelah masuk 100 meter. Nak tahu tak apa yang berlaku di garisan penamat?

Ada budak perempuan yang cantik ketika zaman sekolah rendah ucapkan sesuatu yang aku tak ingat apa benda.

Kepuasan berlari itu paling penting dari gadis itu sebenarnya.

Aku rasa aku dapat tenaga lebih masa itu mungkin arahan mak aku yang suruh menelan pil warna coklat yang super-duper pahit dan madu bersudu-sudu setiap hari. Adakah itu dadah yang merangsang aku boleh berlari?

Kalau ketika itu ada ujian dadah, mungkin aku positif. Mungkin.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Oktober 21, 2009

Jualan rokok meningkat ketika musim peperiksaan.

Aku selalu perhatikan bangunan sebelah. Bukan yang sebelah asrama perempuan tapi lelaki.

Aku selalu perhatikan perjalanan manusia di tangga kecemasan. Biasalah kan, dimana-mana kawasan (atau port) yang sunyi dan berangin adalah kawasan strategik untuk menghisap rokok. Tapi tak tahu kenapa zaman sekolah, ramai kawan aku memilih tandas sebagai kawasan merokok yang tetap. Nak kata berangin, tidaklah pula.

Nerd Mode.

Sebenarnya, boleh lagi bersepah dari gambar ini.


Pada awal semester, biasalah. Tak banyak kerja, tiada kuiz atau laporan yang perlu ditulis. Kekerapan perokok-perokok yang merokok di tangga kecemasan adalah kurang. Dalam satu masa, dari tingkat 2 sampai 8 mungkin ada dalam seorang atau berdua (sebagai peneman, barangkali). Kiranya, tak ramai.

Senario percambahan bilangan perokok di tangga kecemasan bertambah apabila menghampiri peperiksaan pertengahan semester. Itu aku cuba buat hipotesis.

Sekarang aku berada dalam minggu tersebut: minggu peperiksaan.

Ya. Setiap malam, setiap aras tingkat, mesti ada orang tengah menghisap rokok.

Berdasarkan pengalaman lepas, memang rokok menghilang tekanan. Kamu tentu tahu apa kandungan dalam rokok. Salah satu adalah kafein yang banyak. Untuk berjaga malam.

Oleh itu, kalau kita tafsirkan ke dalam konteks yang lebih besar banyak sangkut paut yang dapat dilihat.

Contohnya, kronologi aku cipta dengan bangang:

1. Seperti tajuk di atas, bilangan kotak rokok yang dijual bertambah.
2. Pendapatan peniaga kedai di kaki lima juga bertambah.
3. Syarikat pengeluaran rokok akan bertambah. Mereka boleh salurkan untuk mencipta kotak rokok yang baru, sebab itu munculnya 'Marlboro Special Summer Edition'. Contoh.
4. Hasil pendapatan syarikat, akan dicukai. Cukai akan dikutip oleh kerajaan.
5. Kerajaan akan menyalurkan untuk pembangunan negara.
6. Rakyat akan rasa bersyukur dapat hidup dalam negara membangun (atau maju).
7. Tertubuhnya sistem pendidikan yang mantap (sumbangan kerajaan).
8. Ramai rakyat akan berebut nak masuk pusat pengajian tinggi.
9. Akhirnya, muncul sistem peperiksaan untuk menapis dan menilai setiap rakyat.
10. Sebilangan rakyat (pelajar), akan bersusah payah nak belajar.
11. Ada sebahagian pelajar pula mengambil inisiatif untuk jaga malam.
12. Berlakunya tekanan belajar (atau kerja) disitu.
13. Pelajar tadi membeli rokok.
14. Rokok dihisap di tangga kecemasan.
15. Aku lihat mereka hisap rokok disitu, hampir setiap hari.
16. Aku rasa nak tulis dalam blog.
17. Ada orang sudi nak baca blog.
18. Rasa nak komen, komen. Atau jadi silent reader.
19. Pangkah program layaran internet kamu.
20. Menyesal, aku tak studi lagi untuk subjek esok.
21. Perokok pula menyalakan rokok. "Rilek dulu jap"


Kamu boleh sambung lagi...








Tanniah. Kamu sudah habis membaca sampai habis.

PS: Peperiksaan juga meningkatkan penjualan rameyon.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Oktober 19, 2009

Apabila pagi tiada matahari.

"Silau yer"

Aku tarik selimut tebal. Tak boleh juga. Cahaya matahari masih kuat menuju ke arah muka aku.

Aku tekup muka aku dengan bantal. Tak boleh juga.

Aku bangun, tengok dinding. "Exam Internal Combustion Engine: 6PM".


AT07-Albert Park, Melbourne.

Albert Park, Melbourne.




Tempat tidur adalah konsiderasi yang perlu diutamakan dimana-mana kita berada.

Tempat tidur pertama aku di Korea adalah Oryu Dong. Masa itu port aku tidur jauh dari tingkap. Kiranya aku boleh menikmati tidur yang panjang diwaktu pagi. Terlajak sikit, tengahari.

Tempat tidur aku kedua adalah berhampiran taman Gecheok yang berada di mukim Gecheok 2. Matahari tak akan menyilau kerana ada bangunan tinggi disebelahnya. Tapi aku masih bangun tidak melebihi tengahari. Atas sebab, anjing jiran sebelah akan menyalak. Peranannya mungkin seperti ayam di kampung?

Tempat tidur aku ketiga pula adalah rumah di bawah tanah. Ini memang tak akan jumpa matahari. Edisi tidur yang terbabas ke episod matahari tegak sentiasa kerap berlaku. Kadangkala juga, aku tidur di rumah kawan sebelah kolej. Disini lagi bahaya, seperti masuk gua. Tak tahu bila sudah tengahari, malam, atau petang.

Tempat tidur sekarang.

Ulsan beb. Tak ada bangunan tinggi. Matahari begitu cerah sekali memancar dikala pagi.

Kedudukan geografi Ulsan itu sendiri yang hampir kepada Busan menyebabkan sinar matahari yang begitu terik memancar dikala pagi.



Aku tak salahkan matahari kerana menggangu kitaran tidur. Tapi diri sendiri yang malas nak buka buku.

Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, Oktober 18, 2009

Kerana belon sebiji.

Bila aku bangun dalam keadaan tersenyum, orang akan kata aku gila.

Aku bukan bangun dari tidur yang disulami mimpi basah...

Tapi...


Road to Lotte Mart

Eh, eh, eh. Senget la plak.


Aku tahu malam tadi budak Chelsea dan Liverpool meraung depan TV. Sebab kalah.

Paling manis di pagi Ahad adalah, berita kekalahan Liverpool yang dibincangkan di pelbagai forum-forum bola sepak dan tersiar di ruang berita utama Yahoo! pula.

Apa kata, kita nyanyi '99 The Red Balloons', menggantikan 'You'll Never Walk Alone'?



Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Oktober 17, 2009

Lelaki yang suka tenung cermin.

Asas warna semua orang tahu. Siapa yang tak tahu, sila tengok katrij printer dimana-mana samada pejabat atau kawan punya sendiri.

One Colour.

Aku suka warna hijau, coklat, hitam, biru.


Aku suka memakai T-Shirt dan dikenakan dengan seluar jeans lusuh warnanya. Kebanyakan jeans aku pakai adalah tangan kedua (second hand) yang didapati mudah di mana-mana. T-shirt pula, aku tak kisah apa-apa asalkan jangan warna terang seperti kuning menyala, merah macam celaka, atau pink (aku memang memangkah warna pink dalam seleksi pemakaian seharian). Sebabnya, aku berkulit gelap.

Kulit gelap lebih sesuai warna alam, katanya.

Sebenarnya, aku baru perasan satu benda dalam almari aku. Baju aku yang mempunyai logo-logo atau corak-corak, sudah tiada. Kebanyakannya mempunyai jenis plain: satu kaler. Kemana perginya baju-baju bercorak ada aku kenal pasti sudah jadi kain lap motor, atau alas kaki. Ada pula penuh dengan minyak-minyak (tak tahu mana datangnya minyak, bengkel kot).

Ada perempuan Korea bertanya dalam sesi free-English talking yang baru sahaja aku ikuti:

Apa pandangan kamu tentang memakai baju pink?

Jawapan aku:

Agak kelihatan seorang yang gay.

Perbincangan mengenai fesyen baju lelaki dan perempuan adalah salah satu topik aku jarang dapat ikuti. Tapi terima kasih kepada sesi bercakap bebas ini.

Aku pula menanyakan tentang pakaian yang aku pakai sekarang (agak sengal bertanya komen orang terhadap pemakaian aku). Baju yang sedang aku pakai ketika itu adalah t-shirt hijau plain, jeans coklat lusuh gila-babeng dan kasut corak kotak kaler sama dengan baju (hijau).



Jawapannya, aku kelihatan seorang yang metroseksual. Sebab, aku memakai baju plain dan warna baju sama dengan kasut.

WTH.

Aku tahu lelaki metroseksual ini sungguh hygiene.

1. Memakai cologne.
2. Syampo rambut setiap hari kot.
3. Sentiasa touch-up rambut dan ambil masa lebih 10 minit menyapu wax.
4. Tidak akan memakai baju sama untuk hari berikutnya.
5. Seleksi pakaian adalah lebih meluas. (memerlukan almari lebih besar)
6. Memerlukan mesin basuh yang besar (setiap hari tukar baju kot)

Tapi, yang aku tahu ciri lelaki metroseksual...

1. Orang di atas suka tengok cermin lama-lama.
2. Selak rambut, alter sana, sini.
3. Berdiri tegak dalam pose yang gagah depan cermin.
4. Baju ditarik kebawah, naikkan atas sikit kasi nampak belt-buckle.
5. Lebih menggemari cermin yang boleh nampak dari kepala sampai kaki.
6. Selalu membetulkan spek mata di depan cermin.
7. Tak segan kalau berdiri cermin lama-lama.
8. Kalau ada perempuan lalu belakang cermin, pun tak kisah.

Aku sekarang tak ada rambut. Mandi, pakai deodoran, pakai baju, lap kepala...go!

Opps, lupa. Ambil beg.

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, Oktober 16, 2009

Geng: Pengembaraan Bermula. (Tayangan PIFF)

Sambungan entri lepas.

Filem animasi 3D pertama Malaysia dapat slot tayangan di PIFF (Pusan International Film Festival).

Masuk dalam slot tayangan 'A Leap of Asian Feature Animation 4'.




Sebaris dengan filem-filem:

First Squad: The Moment of Truth (Canada/Rusia/Japan)
Khan Kluay 2 (Thailand)
Mai Mai Miracle (Japan)
McDull Kung Fu Kindergarten (Hong Kong/Japan)
Port of Return (Taiwan)
The Wanderer in The Land of Elementalia (Philiphines)
What is Not Romance (Korea)

Sumber: 14th Pusan International Film Festival Booklets.



PS: Sibuk dowh, sekarang,

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Oktober 14, 2009

Lorong neraka itu banyak.

Aku memang morning person hari ini padahal kelas di waktu petang.

Biasanya, aku bersih apa yang patut dulu di tandas. Tapi, semua bahagian sinki, bilik air penuh dengan ramai orang. Aras tempat aku duduk sekarang memang banyak pelajar 'master' dimana memang sentiasa kelihatan di awal-awal pagi.

Aku baca segala subscription yang ada dalam Safari aku...




Road of Red.


Jalan raya sebelah DYTC, berhampiran padang futsal yang menyaksikan aku beraksi selama 3 tahun.

Baris yang paling membuatkan aku merenung seketika adalah:



"Sesiapa yang tidak berpeluang mengenal tuhan, maka dia itu seorang yang tidak takut terhadap apa-apa pun."

...keadaan orang Korea sendiri yang majoritinya langsung tidak mempercayai tuhan. Termasuk juga mereka yang di dalam sijil kelahiran atau apa-apa dokumen laen ada menulis nama agama yang dianuti tetapi tidak mengamalkan langsung ajaran agama tersebut.



Sebab itu banyak para alim ulama membahaskan 'Islam pada nama'.

Walaupun lorong ke neraka itu banyak, simpang-simpang ke syurga itu masih terbuka.

PS: Tuan Aiman, aku memang nak komen tapi aku tak ada akaun VOX.

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, Oktober 13, 2009

Calon peserta Raja Lawak.

Muka bahagia giler, kot.

Masih memikirkan nama untuk kumpulan yang bakal masuk Raja Lawak ASTRO nanti. Ada suggestion?

AT07-Tangora Zoo, Sydney.

Sepatutnya berempat, tapi siapa lak nak ambil gambar lak.


Jangan lupa undi kami bila musim Raja Lawak yang baru ini dibuka. Harap-haraplah ye.

Sekarang tengah cuba-cuba hendak mengorek gambar-gambar lama.

PS: Minta maaf, El. Muka muka kau tak ada pulak kan.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Oktober 12, 2009

Sumpahan terhadap bekas pensil.

Aku hilang sekali lagi bekas pensil (pencil box).

Aku ingat bila ada bekas pensil ini aku akan jadi manusia yang teratur. Tak adalah aku mencari pemadam di hujung dalam bahagian beg, marker di sisi tepi atau pensil di mana-mana bahagian kocek seluar. Peralatan lain seperti gunting, pisau, pembaris serta liquid paper biasanya aku hanya letakkan di atas meja studi aku. Sebab rasanya akan begitu serabut bila dibawa bersama tanpa bekas pensil.

Cutie Pencil Box.

Ini bekas pensil yang diperbuat dari kertas buangan. Sudah penyek dihempap aku ketika tidur


Hari itu, aku hilang lagi bekas pensil.

Dalam pensil itu ada pensil kesukaan aku: Mechanical Pencil PILOT REXGrip.



Banyak kali ada siri kehilangan bekas pensil dalam kehidupan aku. Maka, aku rasa ada orang pernah menyumpah aku dengan berkata, "Orang macam kau tak layak pakai bekas pensil!". Dari kejadian kehilangan bekas pensil yang terbaru sampai sekarang, aku rela hanya membawa:

Sebatang pen dakwat basah PILOT G-2 0.5.
Sebatang pen dakwat kering Super Grip 1.0.
Sebatang pensil mekanikal warna oren PILOT REXGrip 0.5.
Sebatang pemadam 6.8 Eraser U&Me (pemadam dalam bentuk pen).

Semuanya ini akan dipegang bersama sambil berayun tangan kedepan dan kebelakang.

PS; Aku baru perasaan, baru sahaja menghilang gunting kesayangan seseorang. Ho! Sumpahan terhadap gunting pula? Maaf ye, Cik Hyda.

Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, Oktober 11, 2009

Lega selepas kencing, siapa tahu!

{Waktu kejadian: Khamis lepas]

Silap aku bertanya pasal soalan penting ketika waktu rehat 10 minit.

Setiap hari Khamis, aku akan menghadapi saat genting: duduk dalam kelas selama 5 jam. Setiap jam diselangi rehat 10 minit. Dalam tempoh pendek bolehlah minum kopi, buang air kecil, beli roti atau cari stok gula-gula.


Clean, And Relief

Gambar ini ada kaitan sikit sahaja.



Aku nak keluar pergi tandas. Ada mamat Korea yang genius (geng butang aku gelarkan mereka), nak tanya pasal Malaysia. Aku terangkan gak, secara ringkas pasal matawang Malaysia. Lepas itu, ada pula soalan seterusnya. Aku cakap nak pergi tandas.

Bila nak keluar pergi, lecturer aku bergegas nak masuk kelas pula.

Dem. Aku batalkan niat nak ke tandas.

[Selepas 50 minit]

Aku cuba bergegas mengemas beg dan segala buku atas meja. Lecturer pula tanya, "Apa makna Kuala Lumpur?".

Aku terangkan bahawa, ada 3 sungai bertemu. Pada titik pertemuan sungai tersebut, terlalu banyak lumpur (aku tulis perkataan 'mud' pada papan hitam). Lepas itu dia mengangguk sambil bertanya lagi.

"Apa makna 'Kuala'?".

Aku pandang Zhaf. "Zhaf, 'Kuala' macam mana nak terangkan?". "Tempat pertemuan," jawab Zhaf. Aku cakap 'tempat pertemuan' dalam bahasa Korea: mannannen kot (bodoh sungguh transilasi ini). Lecturer aku mengangguk faham.

Zhaf tanya aku bila keluar dari kelas, "3 sungai ke? Bukan 2 sungai ke?".

Aku pun tak tahu samada 3 sungai atau 2 sungai. Tapi yang pasti proses menahan kencing menggangu kewarasan kamu untuk berfikir. Sebab itu diciptakan tandas untuk melepaskan apa yang patut dibuang. Lega!

Aku rasa aku menipu lecturer aku, kot. Patutkah aku menerangkan semula pengertian Kuala Lumpur?



Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Pusan Film Festival 2009 : Tak sengaja.

Selepas aku bangun awal pagi Sabtu sebab nak hantar kawan Bangladesh aku pergi perhentian teksi, aku rasa macam nak pergi cari buku untuk hilangkan bosan-bosan nanti. Aku dapat idea. Pergi 'The World Largest Department Store', berada berhampiran pantai terkenal Haeundae, metropolitan Busan (ada orang tulis Pusan). Lepas itu, aku tengok iklan 'District 9' yang ada sentuhan sikit-sikit Peter Jackson (yang buat Lord of The Rings.

# Pusan Film Festival: Kali pertama jejak kaki.

Masa dalam keretapi bawah tanah, gerabak yang aku naiki hampir 70 peratus adalah bukan orang Korea. Dari situ aku dah mula pelik. Macam ada 'event' dunia. Aku syak, mereka ini akan turun ke stesen terakhir; Haeundae yang terkenal bila musim panas, manusia berjemuran disana-sini. Wow. Tapi bila aku turun di stesen tersebut (aku lupa nama, baru 2 kali pergi Centerium City kot). 70 peratus bangsa asing tadi pun turun sekali. Lagi aku hairan.

Aku naik lif (tak boleh naik tangga sebab bahagian wayang je buka). Biasanya yang aku lihat, wayang kalau pergi awal pagi pukul 9, itu tahap kau boleh melenggang dan baling pop corn ke depan. Hari ini ramai sangat. Keluar lif, manusia beratus punya panjang tak ingat. Aku pergi kaunter pertanyaan sebab aku tengok ramai warga asing macam aku pergi situ bertanya. Aku tanyalah, "Hari ini tak ada tayangan District 9?". Gadis kaunter tu jawablah, "Hari ini tak ada sebab sini tayangan filem-filem yang bertanding di Pusan Film Festival,".

Woo. Aku rasa menyesal sebab tak dapat tengok District 9. Tapi aku dapat satu pengalaman baru. Secara tak sengaja aku masuk 3 kawasan utama sepanjang festival filem ini berlangsung!

Aku diberi pamplet, majalah Cosmopolitan percuma (ada poster simbol seks Korea beb; Uhm Jung Hwa). Tengok barisan filem ditayangkan memang international la. Aku pergi beli roti duduk baca Cosmo sambil hirup kopi sejuk. Rasa menyesal tak bawa kamera. Lagi satu, ini peluang untuk tengok filem baru yang belum keluar panggung mana-mana bahagian dunia.

# Yasmin Ahmad: Tahun lepas tahun terakhir rupanya.

Salah satu kejayaan Allahyarhamah Yasmin Ahmad adalah berjaya memecah masuk ke festival filem ini: Pusan. Aku masih sempat bertanya soalan dalam blog popular dia: Yasmin The Film Maker. Soalan aku adalah samada mahu menayangkan filem dia di sini.

Jawapannya: Mungkin kita tunggu tahun berikutnya. Sekarang baru sahaja masuk festival filem mereka.


Mungkin.
Kita baru nak tunjuk muka perfileman kita, tapi sebaik-baik perancangan adalah datang dari-Nya.

Siapakah pengarah seterusnya yang mampu memecah masuk ke festival terulung di Asia ini? Jangan harap Cicak Man lah woi!


# Jangan menghakimi buku dari kulitnya?

Ramai orang berpusu-pusu pergi ke bahagian pawagam. Aku cuba memilih kawasan yang sunyi, dan bosan untuk yang tidak berminat:

Ruang buku antarabangsa (Spain, Italy, English) di Kyobo Bookstore. Kecil ruangnya.

Aku lihat deretan buku disitu memang tak menarik. Banyak buku yang betul-betul popular sahaja dijual. Buku-buku yang sudah dibawa ke layar perak dan cuba ditulis balik ke dalam buku,

Aku duduk atas lantai karpet sambil tangan menyelak-nyelak setiap jild yang ada disitu. Aku jumpa satu buku. Agak usang bukunya. Buruk kulitnya. Berhabuk lagi. Tempatnya rak paling bawah. Aku tarik dan cuma perhatikan tulisan dalamnya pula. Jenis 'paperback', tulisan yang dicetak pakai mesin gelek. Mungkin. Aku selak satu persatu.

Buku ini memang seronok! Tanpa aku sedar, dalam masa 2 jam, aku dah habis suku bahagian buku ini.

# The Mind of the Strategist (Art of Japanese Business) oleh Kenichi Ohmae.

Contohnya begini:

Suatu projek yang diterima mesti dibahagikan kepada beberapa bahagian kan? Kumpulan kecil ini ada yang buat pasal urusan luar, susunan perakaunan, kerja naik taraf dan sebagainya. Selepas diberi tempoh menyelesaikan tugas-tugas kecil yang diberi, mereka disuruh berbincang dalam satu mesyuarat. Akhirnya banyak percanggahan berlaku. Kumpulan ini kata dia buat berdasarkan ini, dan satu lagi berdasarkan benda lain pula. Lalu berpecah kembali menyelesaikan tugas semula.

Ini adalah pembaziran masa yang samar untuk dilihat. Sebab itu suatu projek memakan masa berbulan hanya pada mesyuarat sahaja. Ini merujuk kepada kelemahan sistem birokrasi.

Prinsip lain adalah prinsip 'kita adalah manusia'. Kalau di US, jawatan adalah jawatan. Kau CEO, kau pekerja, kau kuli, kau kerani. Berlainan pula dalam syarikat Jepun. Pangkat adalah pembahagian tugas. Sebab itu ada CEO bekerja bersama kuli bawah dia. Pengalaman aku bekerja di sini adalah lebih kurang sama.

Jadi bos bukan selamanya jadi bos. Bos pun asalnya dari golongan kuli di bawah mereka.

Aku tanya kat kaunter, "Ada yang lawa sikit tak?".
Ada. Aku beli untuk bacaan cuti musim sejuk.

PS: Aku ada poster District 9, pelekat 'Human is Not Allowed' aku ada tiga. Besar. Ingat nak tampal kat pintu bilik.

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, Oktober 08, 2009

Diet itu memang s***.

Mesti tak percaya kan aku pernah diet?

Ya, aku diet masa musim panas 2008.

Aku tak makan nasi.
Aku banyak makan buah-buahan dan roti bijiran.
Setiap hari joging 3 km paling minima.
Selang 2 hari joging 10 km.
Banyak minum air kosong.

Memang aku akui, diet memang begitu 'shit'. Tapi, kalau kita ada tujuan dan nekad yang kuat apa saja boleh jadi, kan?

Hilang 20kg dalam 2 bulan adalah rekod peribadi yang masih diingati.

I'm Just A Stalker...


Sebab utama aku mengamalkan diet:
1. Nak pakai seluar skinny. Berjaya beb!.
2. Bosan dengan perlian orang, "Apahal kau gemuk sekarang?"
3. Susah nak cari saiz seluar. Pinggang besar tapi pendek. Tak ideal.
4. BMI badan aku dalam tahap OVERWEIGHT,
5. Nak buktikan kat kawan aku di Malaysia, aku boleh jadi slim sekali lagi.

Gerard Buttler pun cakap diet itu tak seronok. Tak boleh nak makan french fries dan minum kopi mocha latte.

Aku tak nak ikut sebarang program diet lagi.

Kebosanan mencipta kelainan.

Zaman aku memakai kaset.

Bapak aku melarang aku mempunyai pemain kaset yang boleh dibawa kemana-mana. Aku masih tak tahu sebabnya kenapa, tapi pelik pula aku dibenarkan membawa pemain kaset yang stereo besar gila-babeng (kotak hitam besar-besar itu) masuk ke dalam bilik. Masa aku balik Malaysia cuti musim sejuk lalu, ianya sudah menjadi bahan pameran muzium.

Sedey, habis madu sepah dibuang. Sekarang bukan zaman kaset lagi (masih ada juga menyimpan kaset lagi, kan?)

Habis Madu Sepah di Buang.


Duit saku aku dapat dulu bukan macam sekarang. Kiranya, kalau aku membeli sesuatu kaset itu mesti kaset itu adalah tahap yang aku minat giler. Banyak kaset aku dah rosak, Faham-fahamlah, kaset beb!. Sekali kau cabut tape, kira dah musnah lah kaset kau tu.

Inilah sebahagian kaset-kaset yang pernah aku miliki. Ada yang beli (B) atau rembat (R) atau hadiah (H).

1. Nirvana Unplugged in New York (R).
Ni aku main ambik dari bilik bujang pak cik kat kampung. Dalam koleksi zaman remaja dia, ada Nico, ada 4U2C, ada Backstreet Boy. Kiranya taste dia mungkin pada band ala-ala boy (boy band). Aku selalu usha kat dalam kotak kasut dia (dia simpan kaset dalam kotak kasut tak nak kena pukul dengan nenek aku, kot). Aku rasa macam nak layan, ketika itu aku baru tingkatan 2. Zaman grunge lagi rasanya. Kira oklah, aku dapat dengar versi unplugged dari Nirvana,

2. ReLoad oleh Metallica. (mungkin R)
Paling misteri, ini ada ketika mak aku mengemas rak dapur (dah uzur rak itu). Mak aku selamba membuang kaset ReLoad ke dalam plastik hitam. Aku korek balik, sebab aku begitu kurius dengan nama Metallica. Aku dengar beberapa lagu, sangatlah bingit. Lagi pun telinga aku ketika darjah 5 mana ada nak layan heavy metal. Selepas beberapa tahun, bapak aku menegur adik dia mendengar Metallica. Dari situ aku sangsi dengan citarasa muzik bapak aku. Siapa punya kaset Metallica tersebut? Aku rasa bapak aku, sebab dia ada gambar berambut panjang ala-ala metal.

3. Syair Timur oleh Ramli Sarip. (mungkin R)
Mudah aku nak katakan. Tadi aku dah kata bapak aku berambut panjang ketika muda. Mungkin zaman muda meminati Sweet Charity, dan terbawa ke zaman sekarang: meminati Ramli Sarip. Aku siap hafal beberapa lagu dari kaset ini.

4. Hybrid Theory oleh Linkin Park (B)
Ini pengaruh rakan sebaya. Selalu keluar iklan 'Mari Membeli Kaset' selepas tayangan WWE tengah malam. Banyak kali aku dengar lagu Crawling meraung tengah-tengah malam. Balik asrama pula, ada kawan aku tak pasal-pasal rapping lagu 'In The End' depan aku. Bila aku pergi kelas pula, kat atas meja dia penuh dengan lirik lagu Papercut. Aku pergi kedai kaset di bandar, aku tanya: "Apa album best sekarang?". Auntie pakai seluar pendek kata, "Ramai budak macam u layan ini album woo" sambil tunjuk kaset ini.

5. Reanimation oleh Linkin Park dan rakan-rakan. (H)
Ini hadiah paling bermakna kot. Kawan aku yang bagi ni memang alim, betul-betul alim. Selalu pergi solat imam pertama takbir pertama (aku banyak kali masbuk). Aku selalu tolong dia masa belajar kot sebab itu dia hadiahkan aku kaset ini. Aku selalu keluar ke bandar bila duduk asrama pun, tapi dia bukan orang begitu. Ada suatu hari, dia beria-ia ajak aku pergi kedai kaset dalam Great Wall Klang (dah terbakar pun, sudah digantikan dengan stesen bas baru). Dia tanya, kalau ada duit kau nak beli album mana satu. Aku tunjuk Reanimation. Dia ambil, bayarkan untuk aku. RM19.90. Wow.

6. Power Of Love oleh pelbagai artis. (B)
Aku beli bukan aku nak bagi kat mana-mana awek. Aku beli untuk diri sendiri. Mulanya aku lepak rumah pakcik aku, setiap kali nak tidur dia pasang album ni. Macam kau diseru untuk tidur bila dengan lagu-lagu dalam ni. Aku beli kaset ini: sebagai ubat tidur hujung minggu.

7. Meteora oleh Linkin Park. (B)
Aku beli hari pertama album ini dikeluarkan!. Aku akui aku peminat LP. Disebabkan aku beli pada hari pertama, aku dapat memiliki poster gedabak gila-gampang. Terlalu besar. Disebabkan besar sangat, sudah pasti mak aku melarang menggantungnya dalam bilik. Oleh itu, aku menyorokkan poster ini bersama koleksi gambar-gambar tanah suci Mekah yang dimiliki oleh bapak aku setelah pulang dari umrah. Syooot. Sampai sekarang masih ada lagi.

8. Satellite oleh P.O.D (H)
Hadiah dari kawan aku yang pindah dari sekolah atas sebab tak diketahui. Terharu gila dapat album ini dari betul-betul orang yang minat P.O.D, Aku hanya minat beberapa lagu sahaja.

9. (tak hengat nama album) oleh A.C.A.B. (R)
Kawan aku gila pakai seluar ketat nak sehinggakan terbonjol kemaluan ke depan. Katanya, inilah skinhead!. Masa ini aku mampu memiliki pemain kaset kecil. Dia ada kaset tapi tak ada pemain kaset. Kiranya dia selalu pinjam bila waktu prep. Bila aku ambil balik pemain kaset aku, ada kaset ini dan jadi harta aku kot lepas itu.

10. Pendekar 5 oleh pelbagai artis (B).
Beli satu dapat 4 kaset. Wow. Barisan lagenda rock-rock tanah melayu. Kamu boleh gelarkan genre ini Rock Kapak. Genre Rock Kapak jangan kau kutuk. Sedayu-dayunya Rock Kapak, inilah muzik yang meruntun jiwa zaman mak ayah kita. Aku beli ini sebelum aku terbang ke Korea. Lepas itu ada orang pinjam, dan dia pulangkan masa aku kat Korea. Masa dia pulang, aku sudah memiliki iPod. Apa guna kaset ini? (Zul, kari kau dan sambal tempe kau best!)


Sentimental bukan pada rupa kadangkala, tapi pada waktu mereka berada bersama kita.

Selebihnya, aku banyak dengar radio.



Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, Oktober 06, 2009

Lelaki & Wanita, Dulu & Sekarang.

Kenapa kebanyakan lelaki ada mempunyai kelab bola sepak atau sukan diminati? Ini aku buka sikit apa yang aku faham tentang benda ini.

Mulanya, aku minta jangan membuat tuduhan aku ni racist pada kaum wanita. Tidak. Baca dengan hati yang terbuka.



Glory United [01]

Gambar ini sekadar nak hilangkan bosan.



Lelaki sebenarnya sama saja dari dulu. Aku tak nak merujuk kepada rupa organ seks, tapi dari segi mentaliti itu sendiri. Sampai sekarang, asas-asas yang menunjukkan kaum lelaki adalah lelaki masih ada. Salah satunya kaum hawa selalu kata, "Lelaki itu ego".

Dulu-dulu (zaman memakai cawat mungkin), lelaki ini pergi memburu binatang macam rusa, pergi memancing, pergi kejar beruk yang curi tanaman atau memanjat pokok kelapa. Zaman dulu, tugas lelaki ini lebih jelas dan terfokus: mencari nafkah dan membela keluarga. Kaum lelaki menjaga kebajikan keluarga samada dari diserang beruang atau harimau belang. Macam-macamlah mereka buat, atas sebab sayangkan keluarga. Lelaki-lelaki dulu juga mungkin ada peristiwa dikejar dinosour, nak selamatkan diri.

Awal tahun 1990-an pula, lelaki keluar pergi memburu burung pula. Tak burung, pelanduk dalam hutan. Mereka pulang bawa hasil, lepas itu mereka tidur. Kalau tidak pun, mereka pergi mencucuk tanam. Mereka pergi mengerjakan tanah-tanah, siram air, campak baja dan cantas mana-mana bahagian pokok yang ada cacatnya.

Perkara utama disini: Kehidupan lelaki dulu-dulu kiranya ada matlamat. Bertindak sebagai ketua keluarga. Menjadi pencari nafkah untuk keluarga.





Untuk wanita pula...

Dulu-dulu, wanita pun lebih terfokus tugasnya. Orang dulu macam dah terima idea 'wanita kena duduk dapur'. Wanita juga main peranan sebagai pelindung kedua apabila lelaki dia keluar memburu dinosour ketika itu. Wanita juga yang membahagikan sumber makanan terhad yang diperoleh dengan sama rata serta adil.

Awal 90-an juga menyaksikan wujudnya kaum surirumah. Ketika itu, apabila mereka sudah berkahwin, mereka terpaksa melupakan kerjaya mereka. Kaum wanita ketika itu biasanya ada didapur, basuh baju, susukan anak dan buat kek untuk santapan minum petang. Zaman itu juga zaman survival. Lelaki ketika itu memandang wanita yang pandai buat kerja adalah contoh isteri yang baik. Atas sebab itu, wanita ketika itu memilih untuk berhenti kerja berbanding meneruskan kerjaya.


Glory United [02]

Ini pun sebagai hiasan juga


Sekarang kita di zaman moden...

Lelaki dan wanita tak seperti dulu. Dulu seperti ada batasan yang tak nampak dilihat. Mentaliti guru untuk wanita, jurutera untuk lelaki, pemandu bas untuk lelaki atau setiausaha adalah wanita adalah salah sekarang. Kaum lelaki dan kaum wanita boleh bergerak bebas sekarang.

Sebab itu ada liga bola sepak tempatan khusus untuk wanita. Atas keterbukaan ini juga, ramai lelaki menjadi chef atau pereka pakaian dalam wanita. Sekarang siapa kata, kaum wanita kena duduk rumah, mesti dicop kolot. Aku pun cakap orang itu kolot. Sekarang zaman lebih mencabar. Lelaki bekerjaya sudah biasa mengahwini wanita bekerjaya. Itu bukan isu sebenar aku nak cakap.

Apa yang aku nak cakap ialah, kenapa lelaki sekarang sekurang-kurang ada minat 1 sukan apa-apa. Sebabnya adalah ini.

Dulu, lelaki balik calar-balar kena kejar beruang. Tapi mereka pulang senyum mendakap bini, bawa kepala beruang gantung dirumah. Sekarang, bukan zaman kejar dinosour. Kalau bekerja makan gaji, duduk dalam air-cond, minum kopi sambil tekan-tekan butang papan kekunci, tenung-tenung dokumen atas meja. Lainkan perasaan duduk pejabat dengan perasaan mengejar dan dikejar dinosour?

Sebab itu, lelaki adalah begitu excited sekali bila tengok bola. Aku pun amat excited bila tengok apa-apa sukan, janji sukan itu menarik aku layan je. Tak kisahlah, aku jerit pun jerit juga sampai hilang suara. Ini juga sebab kenapa lelaki lepas kena kejar anjing (tanpa anjing mengigit apa-apa bahagian tubuh badan), mereka gelak sekuat hati. Sebab mereka puas, kot.

Aku pernah kena kejar anjing, tapi aku gelak gila-gila lepas itu.
Aku lari-lari dalam hujan kejar timing makan, kaki aku luka berbirat tapi aku gelak besar lepas itu.
Aku juga pernah terjun sungai, badan aku merah-merah sebab salah terjun. Aku rasa nak buat lagi lepas itu.

Aku teringat isi kandungan buku ini bila 4 hari lepas aku tengok seorang perempuan lawa memakai jersi bola sepak.

Sumber: Why Men Don't Listen.

Kebosanan mencipta kelainan.


Ngah, untuk peminat Twilight.

Bila orang tanya aku, samada aku peminat Jacob atau Edward, aku akan jawab "tak suka kedua-duanya,". Mereka kedua-duanya adalah lelaki, aku tak ada sebab nak suka mereka. Tapi kenapa aku masih minat Twilight Saga Series?

Sebab, ianya ada Vampire dan Werewolf.

Aku sukakan filem Underworld, Interview with Vampire dan macam-macam lagi yang ada aksi vampire dan werewolf. Keduanya makhluk fantasi yang super kool untuk digandingkan bersama-sama: berlakon bersama-sama samada gaduh sesama sendiri atau menjadi satu pasukan. Macam dalam Twilight Saga ni, ada bahagian mereka menentang sesama sendiri dan ada bekerja dalam satu pasukan.

Tapi, versi filem mungkin aku agak berat nak keluarkan duit menonton wayang sambil makan pop-corn caramel. Peminat Twilight adalah ramai, kebanyakan daripada mereka adalah golongan wanita. Kalau aku buat review, "Versi filem sungguh suck!". Mungkin lepas ini akan ada kata:

"Edward lebih kacak dari kau la"
Ya, memang aku tak kacak dan romantik seperti Edward Cullen.

"Kau tak tough macam Jacob!"
Ya, aku memang tak memiliki badan sasa pun.

Apa yang aku bakal perkatakan tentang Twilight Saga, pasti dapat menarik kaum hawa untuk membaca (kalau yang baik-baik akan dipuji, mungkin). Ketahuilah, kebanyakan lelaki agak berat hendak diajak ke panggung untuk menonton filem ini dan seterusnya. Banyak sebab untuk lelaki tak nak tengok cerita ini. Kalau ada pun, mereka dipaksa oleh awek/bini/tunang/isteri supaya meluangkan masa bersama menonton cerita ini. Aku tak sengaja membaca benda ini, sebab dah jadi common sense.

Acapkali, aku dibilang "Gay gile, baca Twilight!".


Breaking Dawn by Stephanie Mayer.


Ini adalah buku terakhir Twilight Saga: Breaking Dawn. Aku habiskan ketika cuti musim panas yang lepas.

Buku ini membuatkan aku nerbes untuk menunggu pertarungan antara vampire dan vampire. Dimana salah satu kumpulan vampire dapat pertolongan dari werewolf. Wow. Awal buku agak bosan dengan kes vampire terpancut air mani ke dalam faraj manusia. Lepas tu faham-fahamlah, perut Bella membesar menjadi luar biasa. Sehinggalah anak itu dilahirkan.

Tapi, memang betul mengecewakan. Aksi pertarungan yang besar tidak berlaku sama sekali. Aku mahu ada salah satu watak vampire kena tikam dengan vampire lain atau digigit oleh werewolf. Tapi, tiada!

Itu yang mengecewakan pasal Twilight Saga ni. Buku Twilight (yang pertama), New Moon dan Eclipse masih seronok untuk dibaca. Nak layan kat wayang pun boleh. Tunggu erk, 20 haribulan 11.

Dem, aku masih kecewa sampai sekarang dengan ending Twilight Saga.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Oktober 05, 2009

Cari aku dalam video ini.

Ini video budak batch aku buat sempena Hari Keluarga PPMK 2009. Ianya memenangi juara pertandingan.

Masa tengok sekali lagi secara ramai-ramai, ada orang tanya:

"Dib, pehal kau ada kat dalam video ni?"

Aku jawab 'entah'. Sebenarnya, aku adalah manusia yang betul, di tempat yang betul pada waktu yang tepat. (Right man, right place, right time?).




Siapa perasan aku dalam video ini? Nyatakan apakah warna pakaian itu?

Aku ada banyak gambar yang berjaya ditangkap semalam. Tapi, aku sebut nama pemilik kamera adalah En. Sood, ramai akan menunjukkan muka mengatakan "Lambatlah nak tengok gambar aku cam gitu,". Komen aku, adalah tiada komen. Semua orang ada komitmen sendiri, bukan?

Aku manusia yang jarang kelihatan untuk tontonan umum, tapi bukan atas sebab kurangnya pendidikan sosial. Ketika di Hari Keluarga, ramai jugalah manusia aku berjumpa. Dan, ada ramai yang tak percaya aku adalah si Mr. Dandelinoid. Di kalangan yang sudah kenal pula, ada juga yang ingin muka mereka masuk kedalam salah satu entri aku. Malangnya, gambar kamu ada dalam kamera orang lain (baca perenggan atas untuk penerangan kenapa). Maka, kena tunggulah aku menyedut gambar itu bila cuti musim sejuk 3 bulan lagi.

Harap bersabarlah erk!

Berbalik video tadi, patutkah Petronas membeli iklan ini? Aku bagi sokongan padu untuk video ini.

Tanniah kepada tukang cerita, pelakon utama, pelakon tambahan, dan sesiapa yang terlibat secara tidak langsung.

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, Oktober 01, 2009

Gambar bogel , aku.

Gila kau, nak letak gambar bogel aku kat sini. Apa-apa pun...

Ini gambar aku, erk. Entah bila.

2008 kot? Ketika kerja mini white studio oleh aku dan kawan aku (dan kepada semua model-model yang hot-hot dan sasa-sasa).


Gambar Cetusan 2009


Deskripsi gambar ini:

[1] Baju ini sudah dirembat oleh seseorang ketika keluar tengah malam musim panas yang lepas. Baju ini diletakkan bersama helmet motor aku yang banyak tempelan selotape kuning oleh Paije. Malam itu juga, aku ditahan oleh polis Korea untuk pemeriksaan kadar alkohol. Lepas, tapi dia cuba untuk menahan sebab tidak memakai helmet. Aku lepas sebab aku jujur bagi tahu: "Helmet saya kena curi, encik!"

[2]Spek coklat itu sudah tiada, tidak silap kena tujahan bola ketika bermain bola sepak. Tak pasti mana bangkainya. Spek itu amat spesial sebab kalau kau berkulit putih cerah, aku akan lihat kau sebagai orang berkulit coklat juga. Kalau kau berkulit hitam, tiada efek, kot. Harga tidak sampai RM 150. Seronok dapat lihat warna rumput kaler coklat.

[3]Lensa yang aku pakai ketika itu sekarang menjadi bahan carutan aku. Sebab ianya adalah basic lense. Membataskan imiginasi aku kalau nak ambil gambar agak sedap dilihat oleh mata. Lensa ini juga pernah mencatatkan kemalangan awal tahun ini, tapi sudah diservis baik oleh NIKON Malaysia (maaf, lembab betul servis mereka. Terpaksa tolak beberapa pelawaan mengambil gambar bersama rakan sebaya).

[4] Aku bergaya.

[5] Aku kacak.

[6] Aku kiut.

[7] Aku cool.

[8] Aku hensem.

[9] Aku tampan.

[10] (Pendapat pembaca bila lihat gambar ini)

Carutan, makian, hasutan, ugutan dan cacian semua diterima baik sama sekali.

Kebosanan mencipta kelainan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...