Rabu, September 30, 2009

Idea untuk Cetusan?

Aku tengok memo aku...

Tulis, "Artikel Cetusan 2009". Sepatutnya aku dah siap untuk dibagi ke bahagian multimedia dan penerbitan PPMK. Mungkin tahun ini tak ada nama aku dalam majalah tersebut.

Kalau bernasib baik, dapat selit. Kalau tidak...aku baca sorang-sorang.

Aku ada 2 idea untuk menulis, tapi mungkin aku akan memilih satu untuk dihantar.

Idea Pertama

Berkenaan benda yang kita suka. Ada orang suka memancing, ada orang suka panjat pokok. Tapi, adat dunia. Kita bukan berfantasi, tapi kita di alam realiti. Apa yang kita hajati, belum tentu kita dapat jumpa walaupun sehingga akhir hayat. Pokok persoalan tema ini: Lebih kepada situasi seorang pelajar yang merungut kehidupan seharian. Mungkin aku, atau mungkin kawan aku, atau kita semua. Artikel ini mungkin menjadikan penulisan Danny Choo sebagai garis panduan tapi cuba disebatikan dengan kehidupan aku sebagai pelajar.

Idea Kedua

Aku cuba bawa topik asing untuk dikupaskan oleh seorang pelajar yang belum memiliki ijazah kejuruteraaan tentang perakaunan. Sejak aku bangku sekolah, aku sentiasa dikelilingi orang yang membenci apa itu akaun lebih-lebih lagi apabila ianya berkaitan debit dan kredit. Tapi mereka semua menyukai duit, apatah lagi duit itu dapat tanpa menitiskan peluh. Jalan cerita akan berkisarkan apa itu DEBIT dan apa itu KREDIT. Mudah. Tapi cuba diselami lebih dalam sampai aku tak faham dan mungkin akan banyak situasi aku menekan punat delete.


Ini pilihan untuk tahun ini.

Huwaa...kepada sesiapa yang ucap 'semoga cepat sembuh', aku hargai dengan terima kasih.

PS: Kepada Kalerfool Me, terima kasih menyenaraikan nama aku!

Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, September 27, 2009

AMARAN: Jangan bawa kamera!

Syuhhhh....
Tik Tik,,,Tik Tik,,,

Senyap. Tanpa suara manusia. Hanya deruan angin campur titisan hujan lebat. Aku dalam selimut dengan kotak tisu disebelah. Sekejap aku tarik, sehelai demi sehelai. Aku jamin kalau berterusan begini, esok aku kena beli sekotak tisu lagi. Adey.

Aku buka laman sosial Facebook, tengok gambar raya orang lain. Demit. Akibat tak bawa kamera sendiri, tak ada gambar-gambar sendiri yang boleh di-upload. Aku usha album itu, album ini: aku cilok gambar yang ada sendiri dan aku bermain-main dengan Lightroom 2.0. Bila selsema, ada je benda nak buat. Sebentar tadi juga aku baru geledah buku nota ala-ala seni aku. Dalam 3 tahun lepas, banyak kenangan manis dalam nota tersebut.

Meh, lihat gambar yang berjaya aku copy secara haram dari album orang lain. Aku rasa sistem tagging yang dibuat oleh Facebook adalah fungsi yang baik; tapi masih aku carutkan juga kepada manusia yang tag aku dengan wajah monyet, Mickey Mouse atau nak deklarasikan aku kipas-susah-mati kamu. Haha.

Don't hard feeling, ok!




Candid kot.


Ini gambar detik-detik sebelum takbir raya, Si tukang kamera, adalah kenalan yang baru aku kenal beberapa minit. Aku dah lupa nama dia, tapi dia sudi nak ambil gambar ni gak. Pemilik kamera adalah Hisham. Sebenarnya, kamu tengah bersembang hal yang begitu serius (pastinya tentang pelajaran kami). Agak terencat, bukan?

Kata mereka, 1 Malaysia.

Idea 1 Malaysia mungkin telah menular seluruh dunia. Syapike (orang paling kurus dalam gambar ini) berkata, "Aku nak gambar 1 Malaysia!". Gaya aku telah merencatkan gambar ini keseluruhannya, dimana watak lain bergaya menyilang tangan. Aku tak bersedia untuk gambar ini.

Haikal Dan Aku

Asalnya, motor ini mengganggu gadis-gadis yang duduk di tiang bendera disebabkan memakir betul-betul port makan di tiang bendera. Tak pasti kenapa gadis-gadis itu memilih kawasan ada tiang bendera. Ajeez memindahkan ke tepi, aku pindah kan ke tengah, Nasib baik Haikal turut serta bergambar.

Kesian Orang Belakang.

Idea sebenar gambar ini adalah semua watak dalam keadaan anti-graviti (melompat setinggi mungkin). Aku mengambil inisiatif untuk lompat ke hadapan, supaya aku seorang je masuk dalam gambar ini. Ya, berjaya. Tapi, apa berlaku selepas gambar ini, aku hampir tersungkur ke tar hitam. Amaran: Jangan memakai jubah untuk sesi gambar lompat melompat. Bahaya.



Sebenarnya, aku fikir kembali: Kalau kau tak bawa kamera, gambar kau lagi banyak dari sepatutnya.

Orang bawa kamera: Ambil gambar orang lain, dan suruh orang lain pegangkan kamera dia untuk ambil gambar dia.
Orang tak bawa kamera (macam aku): Aku ada banyak gambar raya tahun ini, pelbagai variasi. Boleh menyelit mana-mana sesi bergambar.

Negatifnya: Kau tak tahu siapa simpan gambar korang!

Aku kagum dengan Azri Idzuandi yang ambil gambar raya tahap superb, tapi simpati: dia siap memohon kepada sesiapa yang ada simpan gambar dia.


Dari 4 gambar di atas, mana satu pilihan betul-betul menggambarkan suasana raya? Satu lagi, kepada pembaca blog aku di Seoul yang mahu muka mereka masuk ke blog aku, sila hantar gambar korang yang ada aku sekali. (Taktik nak suruh hantar gambar yang masih tak dapat)

Hujan masih tak berhenti, khabarnya sampai esok tengahari. Seperti biasa...

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, September 25, 2009

Bila jatuh sakit.

Aku dah lama tak makan antibiotik yang selalu diberikan oleh doktor bila kita demam, selsema dan sebagainya; sebab aku jarang sakit. Alhamdulillah. Tapi orang yang jarang demam ni bila sekali demam, adoi. Buat itu ini serba tak kena.

Bila demam ini, ada petunjuk dari Allah. Aku yakin kata-kata ini. Nenek saudara aku pesan begini:

"Hari-hari kita buat dosa. Dosa tangan, dosa mulut, dosa telinga. Banyak. Dosa ini bertimbun-timbun dan berkumpul-kumpul. Dosa ini ibarat susunan batu bata dari bumi ke langit. Kita istighfar, berdoa untuk kurangkan susunan batu bata ini. Tapi, bila nak mencecah langit, didatangkan kepada kita sakit. Sebab, manusia bila sakit baru nak ingat siapa pencipta-Nya"

Aku bukan nak bersyarah agama sebab aku masih belajar untuk menjadi muslim yang bukan pada nama. Sekadar renungan di kala Syawal ke 7.

Aku tengah berkelubung dalam selimut sambil menaip setiap patah perkataan. Memikirkan apa kesudahan entri ini...



Adakah dosa-dosa kita diampunkan pada Ramadhan yang lepas?

"Celakalah pada orang-orang yang tidak mendapat keampunan setelah berakhirnya Ramadhan" petikan khutbah raya di Kedutaan Malaysia oleh saudara Kamil Halim.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, September 23, 2009

Kecamuk.

"Ahh...lapar."

Itu nada perut merusuh pukul 9 malam, 18 September 2009.

Tak sempat berbuka di luar, alamat dalam bas pun jadi. Air anggur dan protein bar 3 ketul yang mampu aku capai dalam kedai. Tak sempat. Ini kyosu punya pasal, sembang pasal report yang diberi tanpa diberitahu awal-awal.

Aku guling ke kanan, ke kiri dalam bas. Memandangkan tempat duduk itu besar, bolehlah aku bergolek ke sana ke mari; situasi menahan lapar bagaikan nak menggila. Sekejap aku tenung cermin luar. Yang ada hutan tebal, sekali sekali ada lampu neon dari bandar terdekat. Paling sinonim malam itu adalah lampu jalan, lampu yang suram. Tanpanya, mungkin kenderaan lalu lalang akan bersapa sama sendiri. Lampu neon iklan, kelipan kecemasan akibat kemalangan. Diselingkan juga, konkrit kanan dan kiri: Terowong panjang yang bersilih ganti.

Aku tak sentuh langsung playlist lagu raya. Aku mainkan mode 'shuffle'...

Satu lagu yang menyentuh hati, bukan nyanyian arwah Sudirman, Rafeah Buang atau P.Ramlee...

Come home... come home
Cause I`ve been waiting for you
For so long... for so long...



Dush. Penangan One Republic. Aku ulang berkali-kali, lagu itu sahaja yang sesuai dengan keadaan aku ketika itu, lapar tahap cipan campur kes raya di perantauan.

Turun bas aku sapu 2 Samgak Kimbab sambil lihat 2 kemalangan berlaku di depan mata aku.

Terima kasih Jihad belikan aku Subway, Anas yang masak ayam guna epal cincang.



PS: Aku menikmati raya yang begitu meriah berbanding 4 raya yang lepas. Aku tahu apa sebabnya.

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, September 18, 2009

Balik kampung!

Akhirnya, aku buat keputusan untuk beraya di Seoul.

Macam kampung halaman aku adalah Seoul, dan aku merantau ke Ulsan. Mengong.

Sekarang aku tengah bersiap-siap menyumbat baju, seluar dan seluar d**** ke delam beg. Lepas itu aku letak novel Mikhail milik Ajeez dan The Host milik aku sebagai bahan bacaan dalam bas. Aku sumbatkan juga nota Fluid Dynamic, sebab minggu depan aku kena buat report. Dah siap kot nak berangkat. Mudah.

Sebentar lagi aku akan beli pelbagai roti sebagai hidangan puasa dalam bas nanti.

Apa lagi aku nak sumbat?

Poket kanan ada kunci, poket kiri ada iPod, poket belakang kanan ada dompet dan poket belakang kiri ada T-Money 3 bandar besar: Ulsan, Busan, Seoul.

Ini entri terakhir kot, sebelum aku cuba memasukkan lagu raya ke dalam playlist aku. Rekod beb, aku tak pernah pasang radio Malaysia semata-mata nak hilangkan mood raya.

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI kepada pembaca-pembaca blog aku yang sejati, tak pernah miss baca setiap entri sampah aku, tak kira yang berada di Korea itu sendiri, Malaysia, Amerika Syarikat, juga benua Eropah terutama dari England, Manchester (mesti kau perasan ye!).


PS: Aku sayang kamu semua! Haha, geli gelemen.

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, September 15, 2009

Kes 'pillow talk' di kala Ramadhan.

Ingat kaum hawa je leh pillow talk?

Ramadhan orang akan ingat syaitan akan dikurung. Lepas itu kamu leh berjalan di kawasan perkuburan tanpa ragu-ragu, yelah hantu kan tak ada. Boleh juga kalau nak jalan kaki di lebuh raya yang selalu diperkatakan ada penunggu, yelah hantu kan tak ada. Tapi pagi tadi kan, aku jumpa hantu mata lebam.

.........

(Ini cerita karut yang memang mengarut)

Malam semalam memang aku niat nak tidur awal, sebab kelas hari ini bermula awal pagi dan berakhir sehingga lewat senja. Lepas aku selak-selak beberapa helai (nak ulangkaji awalnya), alih-alih kawan aku nak cerita pasal diri dia: Jodoh. Tapi aku skip bahagian cerita itu sebab aku takut ada orang kena beli keyboard baru sebab muntah masuk celah-celah huruf ASDF. Jadi, cerita seterusnya...

"Wei, kau nak dengar cerita hantu tak?" kawan aku pelawa.

Aku tengok jam pukul 12 lebih.

"Isk kau ni, cerita hantu plak," aku cuba mengelak nak cerita hantu. Sebab aku akan teringat-ingat jalan cerita itu sampai esok hari. Kemungkinan aku pasti tak boleh tidur. Kamu boleh kategorikan aku seorang yang kecut juga, kalau berkenanlah.

"Rileklah, Ramadhan beb. Mana ada hantu," niat dia nak teruskan gak.

"A'ah erk. Kau ceritalah," aku sahut sambil main klik-klik nota C programming.

Cerita hantu dia makin lama makin kecut plak. Best gak aku rasa, lama tak dengar cerita hantu Malaysia yang super duper horror. Lepas itu pundi kencing aku rasa tak sedap, aku cakap: "Stop kejap wei, aku nak gi tandas,"

Lepas aku balik tandas, cerita hantu bersambung. Aku tengok dah pukul 1 pagi. Aku menjadi pendengar la, sebab tukang cerita banyak cerita hantu. Aku dengar dan dengar sehinggalah aku minta izin pergi tandas lagi.

"Apa pasal nak gi tandas je ni," aku monolog dalam perjalanan ke tandas. Inilah aku, lepas dengar cerita hantu, aku mesti fikir kalau aku berada di tempat kejadian. Masa aku nak pergi tandas pun, aku masih berfikiran ada orang tengah ikut aku kat belakang.

Nak sedapkan hati, aku cakap nak sedapkan hati;

"Ramadhan beb, ramadhan beb, ramadhan beb, ramadhan beb..."

Yelah, bulan suci Ramadhan tak ada hantu.

Sambung balik cerita. Sambung dan sambung. Biasalah dari tajuk soal hati, ke soal jodoh, ke soal keluarga, lepas itu pasal hantu, hantu dan hantu. Lepas hantu-hantu di Nusantara. Aku check jam telefon bimbit, "Dem, dah pukul 3 pagi,". Cerita hantu dah habis, tapi fikiran aku masih berkisar pasal hantu tadi. Lepas itu aku menyesal layan cerita hantu, dah la kelas awal pagi.

Pukul 3.30, aku tak tidur lagi. Pukul 4.00, serupa macam tadi. Pukul 4.30, lagi 10 minit masuk Subuh. Tunggu jap, kalau tidur ni melepas. Lepas tu, nak tidur pun payah. Entah macam mana aku tidur lelap.

No nen na e taeyang, babo ran no e sarang... (lagu wake-up call aku. Kiut kan?)

Aku bangun goleng-goleng dulu. 10 minit lepas itu baru aku ingat kat mana letak tuala, sabun dan berus gigi. Aku masuk tandas, berdiri depan cermin, aku pandang cermin...

Aku tenung...

Tenung lagi...

Tutup mata...

Buka mata...

Tenung balik kat cermin itu...

Lepas itu aku cuba nak jerit...

Cuma dalam hati je aku mampu...




"WT....., mata aku lebam!" Mata aku memang tak boleh buka ke tahap maksimum.

Dalam kelas, apa yang aku pandang semuanya kabur. Terasa useless apa aku ulangkaji semalam. Ini semua gara-gara kes 'pillow talk di kala Ramadhan. Aku sarankan, kalau nak cerita hantu baik korang pakat duduk dalam bulatan cerita pasal hantu. Ramadhan beb...

Sekarang, Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Orang dah sibuk pasang lagu raya, beli baju raya. Aku tak ada baju raya, tak ada kuih, tak ada songkok. Tapi setiap kali Ramadhan, aku pasti ada cerita yang seronok untuk di beritahu berbanding Syawal yang berkesudahan seperti tahun-tahun sebelumnya: kosong. Mari berdoa supaya diketemukan pada Ramadhan akan datang. Amin.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, September 14, 2009

Ils se marièrent et eurent beaucoup d'enfants - Aku tak reti cakap France!

Berpusu-pusu orang tanya aku pasal entri lepas. Hampeh korang, tajuk sebenar adalah kad raya tapi kebanyakan soalan tertuju ke arah si masa depan. Siapa mahu kad raya untuk raya tahun depan sila emailkan alamat kamu melalui email: dandelinoid [a] gmail.com.

Aku layan album Radiohead yang lama-lama, (mamat ini minat Radiohead, aku terbaca entri pasal Radiohead; Ries). Dari tahun 1993 sampai sekarang. Lepas itu aku ambil keputusan, single pertama dia; yang memang pertama dari mereka adalah masterpiece.



(Besar sungguh gambar ni!. Peminat filem romantik sila tengok la!)

Cerita ini pasal kes curang terhadap bini. Cerita ini pasal...bla, bla, bla, bla, bla. Lepas itu, bla, bla, bla... Kesian kat dia yang bla, bla, bla, bla... Akhirnya, mereka bla, bla, bla... bla, bla, bla. Tapi, bla bla bla bla..

Bla bla bla... bla, bla, bla. Bla bla! Owh, "Bla, bla, bla"

"Bla, bla, bla,!" bla bla. Bla bla, "Bla bla?"

[Kedengaran bosan untuk meneruskan bla, bla, bla]

Sila rujuk link ini: Ils se marièrent et eurent beaucoup d'enfants (versi Hollywood adalah 'Happily Ever After')

Siapa minat Radiohead, campur mamat cameo Johnny Deep sebelum popular gila-babeng macam sekarang dan filem romantik. Ini kombinasi filem yang sesuai barangkali. Aku jumpa video ini kat Youtube, ramai kata ini minit-minit yang perlu diulang tayang semula bila rasa nak tengok Johnny Deep.







Untuk peminat cerita lanun! Disney sudah mengumumkan bahawa Pirates of Caribbean akan masuk pawagam semula! Johnny Deep masih menerajui watak Kapten Jack Sparrow lagi tu.

Tapi adakah Keira Knightley akan ada juga dalam filem tersebut?

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, September 12, 2009

Kronologi 15 kad raya.

Aku dah mula hendak sibuk dengan buku-buku, dengan report yang perlu ditulis serta ulangkaji. Malam Khamis, aku duduk buka buku. Aku selak bawah topi aku. Lalu aku mencarut tak sengaja...

"Damn, kad raya tak tulis apa. Nak hantar bila lak ni?" dengan nada kesal.

Aku tenung jadual kelas aku. Cari ruang terluang esok hari; tulis poskad raya, gam sampul (walaupun poskad aku suka sampul, tak nak bagi posmen baca), nak pergi pejabat pos lagi. Ada sejam waktu pagi, sejam waktu tengahari, sebelah petangnya pula ada sejam lagi sebelum waktu pejabat pos tutup.


Kad Raya

15 poskad raya yang masih kosong...

Jumaat, bermulanya kronologi 15 kad raya...

7.45 pagi - Alarm telefon bimbit berbunyi, bangun pagi yang memening. Sebabnya aku tidur pukul 5 pagi. Aku tengok atas meja. Tulis poskad, tulis poskad...(aku set alarm semula pukul 8.30 pagi)
8.30 pagi - Aku bangun semula. Pening lagi. Aku tutup muka dengan bantal. Aku cakap dalam hati, "Tak boleh, tak boleh, kena bangun gak!". Aku capai tuala dengan kelengkapan nak mandi.
8.45 pagi - Siap. Sudah berbaju, wangi pulak tu. Aku tekan lampu meja. Tit!. Aku cari alamat-alamat manusia yang nak dihantar dalam laci. Jumpa!
9.00 pagi - Aku bahagikan poskad ikut alamat. Orang ini dapat ini, orang itu dapat itu.
9.18 pagi - Sudah siap tulis alamat di setiap sampul surat. Aku masukkan poskad-poskad kosong ke dalam setiap sampul surat.
9.25 pagi - Aku ambil satu poskad, aku fikir nak tulis apa ni...

Fikir, fikir, fikir...serius! Aku rasa macam tak pernah tulis poskad raya seumur hidup!

9.35 pagi - Satu kad dah siap. Tulisan super buruk, ayat macam haram.
9.40 pagi - Kelas pukul 10 pagi. Kena gerak awal, kalau tak aku duduk tengah tak nampak slide show kat depan. Ini kelemahan orang pendek, kena datang awal ke kelas.
11.50 pagi - Aku gerak ke pejabat pos, aku petik 6 poskad raya. Surat dihantar waktu pagi akan sampai awal, sebab surat akan dikutip oleh pakcik posmen pukul 1 petang.

Aku duduk kat ruang menunggu, aku tulis apa yang terlintas dalam fikiran aku ketika itu. Aku rasa banyak yang aku tulis macam sampah. Kalau baca pun, tak wujud rasa nak berterima kasih pun pada si penghantar. Aku tulis juga, aku gamkan juga.

Tiba dikaunter, sesi dialog bermula:
A: Ini semua hantar ke Malaysia.
B: Ok. Bagi saya timbang dulu. (Tet, tet, tet: bunyi kalkulator) Ok, semuanya harganya ini (tunjuk kalkulator).
A: Erk, berapa lama boleh sampai?
B: Paling cepat seminggu, 2 minggu.
A: (Dem, dem, dem. Aku pilih 2 kad raya untuk dihantar menggunakan perkhidmatan paling laju. Satu untuk famili aku dan satu lagi untuk si masa depan).
2 kad ini hantar pakai EMS, yang selebihnya pakai biasa.
B: Tak kisah ke, sebab ikut rate sekarang agak mahal.
A: Takpa.

Aku isi borang...

B: Ok. Eh, pandai cakap Korea. Jadi pelajar kat sini dah berapa lama? (Sambil buat kerja dia bertanya)
A: Dah 4 tahun.
B: Owh, nak bayar pakai cash ke kad?
A: Kad (aku tunjuk kad aku).
B: Pelajar mechanical...payah kan?
A: A'ah.

(Bla, bla, bla....perbualan terpaksa di potong atas sebab terlalu panjang)

Dari 15 poskad, sudah 6 berjaya dihantar. Tinggal lagi 9 poskad.

12.20 tengahari - Aku balik bilik sambung tulis baki kad yang belum bertulis.
12.50 tengahari - Aku solat dan bersiap ke bengkel. Dah la bengkel aku atas bukit. Kena menapak.
1.00 petang - Kelas bermula.
1.45 petang - Waktu rehat 10 minit. Aku duduk atas kerusi, meja pula meja bengkel. Faham-fahamlah kotor macam mana. Aku alaskan suratkhabar, aku sambung semula menulis poskad.

Tulis, tulis, tulis. Siap dalam 4 poskad. Ada lagi 5 poskad perlu ditulis.

2.04 petang - Kelas bermula semula.
3.00 petang - Rehat 20 minit. Aku sambung kerja menulis.

Akhirnya siap baki kesemua kad ditulis!

3.56 petang - Kelas bengkel sudah tamat maka bermulanya hujung minggu.
4.00 petang - Aku mulakan langkah aku menuruni bukit. Tempat dituju: Pejabat pos. Tiba-tiba ramai manusia beratur dalam pejabat tu. Aku ambil kesempatan gam sampul surat.
4.15 petang - Sampai giliran aku. Mak cik yang sama melayan aku.

Mak cik itu pelik kenapa ada satu alamat sahaja perlu ditulis atas sampul surat. Aku baru tahu format menulis alamat di Korea, alamat pengirim perlu disertakan sekali ditulis sebelah atas penjuru kiri. Dia tanya juga kenapa hantar poskad banyak-banyak ini.

Aku kata, minggu depan di Malaysia ada perayaan paling besar berlaku. Aku tak sebut Hari Raya Aidulfitri, panjanglah pula penerangannya.

4.45 petang - Aku balik bilik. Aku solat dan buat report sikit. Baru buat tajuk, aku lelap.

Baru tersedar, aku hari ini tidur hanya 2 setengah jam lebih. Aku dah push batasan aku ke tahap gila. Tak sampai 1 minit atas katil, aku tidur...

Aku buka 30 minit lambat, ada kurma dengan air kosong. Bantai!


Segala poskad dah masuk bonet kapal terbang (3 hari sampai kot), ada juga masuk van (untuk penghantaran domestik) dan ada juga melalui kapal (seminggu sampai, kot).


Yes, berjaya juga target Syawal kali ini! Hantar poskad lebih dari 10 orang. Maaf, kalau ada ketulan besi, dakwat bersepah, tulisan buruk, serbuk kayu atau apa-apa lagi.

PS: Mok, untuk ko tahun depan lah! Ko lambat reply mesej aku.

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, September 11, 2009

Aku cakap, jangan skrol ke bawah!

Kita kena ada sikap degil, baru seronok hidup. Falsafah entah mana aku rembat.

Nak jugak kamu skrol ke bawah.



























Kan aku cakap tak ada!

Kebosanan mencipta kelainan.

Tempat pelacuran !

Mulanya aku rasa ini tindakan ini kurang ajar. Ye, aku rasa ya. Aku minta maaf kalau ada gambar ini ada sanak saudara, kawan-kawan atau sebagainya.

Tapi gambar ini memang lawak!


Aku tak tengok pun salam perantauan dalam suratkhabar Utusan.Melainkan ada orang hantar link sebagai nak bermegah-megah masuk dalam suratkhabar. Tak kisah pun, dan sekali je aku hantar itupun sebab kawan suruh. Lepas itu aku rasa begitu palat sekali sebab masuk suratkhabar.

Pergi link ini untuk paparan lebih jelas: Salam Perantauan.

Aku gelak guling-guling. Aku tak rasa tak boleh blah dengan deskripsi tajuk gambar tu; Siswa Yeongdengpo. Nama itu tak asing bagi aku Yeongdengpo, sebab jarak kolej aku ke situ dahulu adalah dalam perjalanan berbasikal 30 minit ke situ. Apa aku bayangkan pasal tempat tu?

Bukan aku seorang saja fikir begitu, aku nak kepastian aku tanya kawan-kawan aku.

A: Ko tengok gambar ni?
M: Jap.
A: Ni... (aku tunjuk sambil gelak)
M: Mengong...

Aku tanya Mang pula.

A: Kalau aku cakap Yeongdengpo, kau pikir apa?
M: Bodoh, tempat pelacuran dow.

Aku gelak sama-sama dengan dia. Aku rasa tak ada kawasan universiti area tu. Dari senior aku sehinggalah budak bawah aku pasti tahu, Yeongdengpo ada kaitan dengan industri pelacuran Korea.

Sebenarnya, banyak lagi gambar-gambar salam perantauan yang menipu dimana pelajar disini buat untuk zaman suka-suki remaja. Tapi ini kes tipu paling dahsyat aku tahu dan mampu membuatkan aku ketawa sehingga 2 minit lebih.

[Aku masih mencari samada ada wujud tak kawasan universiti sekitar Yeongdengpo, tapi semua negatif.]

Salam perantauan dari Ulsan, dari aku kepada pembaca blog aku. Jujur tak? Erk, aku rasa agak kurang ajar lah dalam entri ini. Syoh, syoh, jangan baca, jangan komen. Mesti ramai nak bantai aku lepas ni.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, September 09, 2009

Jom kita kahwin hari ini, juga!

0909090909090909......

Apa kes, ramai orang bercerita pasal 090909?

Rupanya, tarikh keramat la. Kita boleh jumpa tarikh ini bila semula pada 09.09.2109.

Takkan itu sahaja kot? Itu je lah, kot. Aku baca blog orang lain dia agak terharu sebab dia punya tarikh ulangtahun perkenalan dia jatuh pada tarikh ini. Lepas itu, kat Yahoo! ada artikel pasal tarikh ini. Media China juga turut menceritakan tentang tarikh ini. Termasuklah bahagian dunia lain, Bangkok, Malaysia, Korea, Japan. Negara-negara yang mempunyai penduduk bermata sepet percaya makna 9 bermaksud 'for a long time' atau lama-lama.

Aku tahu makna nombor 9 ini masa aku pergi raya rumah orang Cina 10 tahun lalu.

Ada salah seorang saudara aku memilih nombor plat nombor kereta, 998 (ke 889?). Lapan bermaksud 'prosperity' atau kekayaan. Maka, 998 maksud lain adalah lama-lama jadi kaya.

Hari ini, ramai orang berpusu-pusu ingin berkahwin pada tarikh ini. Kiranya, bila mereka kahwin nanti akan kekal sampai bila-bila. Potensi nak cerai pasti tiada, barangkali. Apa kata semua orang kahwin hari ini, lepas ini mahkahmah pasti lengang dengan tiadanya kes cerai-berai. Lepas itu juga, majalah gosip dan blog-blog artis juga bersih dari masalah cerai-berai. Khabarnya, hari ini kebanyakan weddding hall penuh.

Jom kita berkahwin hari ini! Kau pasti takkan diceraikan oleh sesiapa!.

Sumber: Bangkok Post, Timesonline, New York Daily News

PS: Hairan kenapa ramai kapel dalam Lotteria. LOL

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, September 07, 2009

Akil Hayy kalau kena prank, macam mana ha?

Perasaan prank-kan orang lain memang terbaik aku rasa. Lebih-lebih lagi, bila kau cucuk jarum prank sikit je, tapi jalan cerita si mangsa menjadi 90 darjah berubah. Seronokkan kalau buat dajal kat orang lain? Seronok lagi bertambah bila kau jadi mangsa pula. Kau ada simpan dendam nak buat prank lagi hebat dari kawan aku.

Aktiviti prank-mem-prank orang ni aku dah mula berjinak-jinak ketika masuk asrama. Faham-fahamlah duduk asrama mana ada playstation, pemain DVD atau X-BOX. Ada balik-balik TV nun di dewan makan, penuh bila ada Anugerah Industri Muzik dimana lelaki-lelaki lembut menjadi tuan TV ketika itu. Tidak pun, kaki gusti yang mahu diperbodohkan dengan aksi hentak-hentak kaki oleh si penggusti. Bosan, bosan, bosan.

Antara prank aku yang agak berjaya adalah aku berpura-pura menjadi hantu tanpa kepala. Ini antara benda paling gila aku pernah buat. Kawan aku kata, jangan main-main dengan benda cam gini (berkaitan dengan hantu-hantu). Memang betul, aku pernah diganggu makhluk halus. Pengajaran, jangan sekali buat prank yang berkaitan dengan hantu. Carilah alternatif lain yang sesuai. Banyak sahaja rancangan TV pasal prank kat Youtube.

Di Malaysia pula, aku rasa rancangan paling prank paling aku suka adalah Wakenabeb (aku suka hasil kerja prank oleh Adlin Aman Ramlee). Aku masih tertanya-tanya, kalau subjek untuk di-prank adalah orang seperti Akil Hayy atau Waheeda itu sendiri. Apakah reaksi mereka?

Aku rasa tak ada siapa berani mengambil inisiatif untuk membuat kerja prank ke atas mereka. Aku jamin sama sekali.

Aku berimiginasi, ketika kejadian itu Akil Hayy akan melibas si tukang prank dengan serban merah!



Ini adalah omongan kosong sebelum berbuka. Aku rasa kecewa dengan Akil Hayy, ada ke patut buat penyataan 'Dah jumpa cinta sejati' (aku tak ingat ayat sebenar) tentang Waheeda. Habis itu, bini pertama bukan cinta sejatilah erk?

Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, September 06, 2009

Ada awek ko clash je la.

Aku sukakan persamaan. Aku suka makna sama rata. Contohnya, bila kau dapat makan kek blueberry dan aku dapat kek cheese, bolehkan kita bertukar-tukar rasa?

Melainkan kau amat membenci makanan berasaskan tenusu!

Aku sejak sekolah rendah dapat perbandingan daripada rakan-rakan. Semua bila bermula dari hari keputusan peperiksaan akhir tahun diumumkan. Semua orang sibuk bertanya-tanya dengan keputusan aku dapat. Berapa banyak A-yam, atau B-eruk, C-acing dan seterusnya. Lepas itu kalau mereka lebih dari aku, mereka bangga. Bila kurang, mereka kata aku pandai.

Mereka dah setkan minda mereka, si polan ini pandai si polan ini lebih kurang dan si polan ini separa dungu. Sampailah zaman bulu ketiak mereka mula memanjang. Mereka telah meletakkan dinding antara satu sama lain, akhirnya mereka segan untuk bertegur sapa hanya kerana keputusan UPSR yang tidak menjamin masa depan.

Ada orang tanya aku, aku pun tak tahu macam mana nak jawab;

X: Macam mana nak jadi rajin dan pandai macam kau ha?
A: Ha? Bila masa aku jadi pandai?
X: Blah la ko. Takkan tak ada formula.
A: Erm, ko ada awek?
X: Tak ada lah pulak.
A: Gi lah cari.
X: Eh, camtu plak. Kalau aku cakap ada?
A: Ada awek ko clash je la.
X: WTF. Susah la aku cam gitu.

Apa cara kamu untuk jadi rajin, pandai, bijak, IQ melebihi langit, bestari? Aku main sudoku untuk tingkat IQ, kononnya.

X: Tak ada cara lain ke?
A: Kau ingat tuhan, ingat mati. Kompem ko rajin.
X: Ko wat aku insaf kejap.

Maaf se-sangat. Aku bukan orang pandai nak bagi cara hendak pandai. Silalah Google ke apa ke, tak pun pergi beli buku tulisan Fadhilah Kamsah ke.

Jap, apa cara nak pandai ha? Aku pun nak tahu juga!

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, September 03, 2009

Cipap, cipap, cipap. Pebender ni?

Nyum, nyum, nyum. Bunyi takoyaki meletup dalam mulut. Super duper kedai tepi jalan yang baru dibuka, katanya oleh Tok Lebai (nama sebenar dirahsiakan atas permintaan).

Maaf. Ini bukan entri untuk kamu diajar mengenal apa itu cipap. Cuma aku rasa lawak dengan senario dalam kelas baru aku masuk pada tengahari tadi.

"Asas-asas komputer terdiri dari beberapa siri nombor, bla, bla...
Get logik itu banyak sekali, bla, bla, bla...
Boleh wujud dari beberapa gabungan...
Cipap salah satu daripadanya...
Cipap...bla, bla, bla...cipap...cipap,"

"Pebender cipap-cipap ni?" aku tertanya-tanya maksud sebenar dalam bahasa Inggeris.

Sorok-sorok aku keluarkan telefon bimbit yang mempunyai kamus transilasi. Aisey, rupanya cipap itu adalah bermaksud assemble atau set-set. Bunyi sebenarnya begini, chib-hab. Kalau dilaju-lajukan, jadilah seperti yang aku perkatakan.

Puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga, bahkan perlu menjaga pertuturan dan penglihatan.

PS: Camcipap adalah sejenis nasi yang ditaruh tuna dan pelbagai sayuran-sayuran. Tuna juga boleh didapati dalam keadaan mentah yang sejuk.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, September 02, 2009

Setapak lagi, aku berlari.

Maka dengan rasminya bermula hidup aku sebagai pelajar sepenuh masa. Tiada permainan video interaktif, tiada lagi berjumpa polis trafik yang selalu menahan, tiada lagi aktiviti nokturnal tanpa batasan.

Kecilnya kita, cuba merangkak. Lepas itu belajar bertatih. Alih-alih, melompat dari pohon kelapa muda. Itu tak sama dengan sistem pembelajaran disini. Mula sahaja hari Isnin, kamu sepatutnya sudah berlari tanpa henti. Cungap di tengah jalan pun aku kena juga berlari, lari dan lari.

Kelas pertama selepas hampir 2 bulan tak masuk kelas,

Prof: Selamat kembali. Macam mana dengan cuti semua?
Budak-budak: Okey...
Prof: Ada jalan mana-mana selain Korea?
Budak-budak: (tak ada respon)
Prof: Yang jalan luar negara itu janganlah bawa balik penyakit tu...
Budak-budak: (semua memandang aku, hampir 30 pasang mata)
Aku: (!@#$%&)
Prof: Kamu balik Malaysia tak?
Aku: Tak. Duduk sini je.

Alhamdulillah. Aku masih tak ada jangkitan awal lagi. Sebelum aku pergi kelas, aku pergi mesin picit-picit yang boleh keluar cecair pembersih tangan. Kawan aku yang baru pulang dari Malaysia kata, kalau ada kesedaran sendiri belilah sendiri-sendiri.

Aku dapat free!.

Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...