Isnin, Ogos 31, 2009

Apa perasaan kamu kalau jadi aku?

Facebook adalah suatu media yang agak 'boom' pada masa kini. Balik-balik Facebook, lepas itu Facebook, lepas buka puasa Facebook, bosan pula Facebook. Tak ada kerja bukak Facebook 24 jam!

Aku suka Facebook sebab salah satu sebab: Ianya mengajar manusia untuk cuba beradab di mana sahaja. Efek lain adalah menjadikan kamu makhluk yang berkata menggunakan akal, walaupun kadangkala aku main hentam keromo juga memberi komen atas dasar suka-suki kala remaja. Sebab lain, adalah banyak permainan-permainan flash yang seronok untuk ditagih.


[Gambar ini aku copy secara sengaja dari kawan aku punya post]

Lihat! Lawak bukan kalau kamu tidak berasional dalam berkata-kata?

Untuk menghindarkan gejala ini, pandai-pandailah menaip. Kawan aku pesan, kau jangan add boss kau, keluarga kau, makcik pakcik kau, adik beradik kau (kalau kau memang nak privasi habis) dan awek kau (kalau kau masih nak berstatus playboy akhir zaman).

Lepas ini bolehlah kau komen awek-awek yang menunjukkan cleavage, atau berpakaian bikini sambil berkata 'body kau hot giler!'. Takpun kau lihat lelaki jambu, kau kata 'GAY!'.

Semalam, sepatutnya menjadi malam nostalgia bagi aku. Semalam, genap 4 tahun aku berada kat negara orang. Terima kasih kepada Pak Nab mengingatkan bahawa kita sudah mempunyai perut buncit! (simbolik untuk menjadi lebih dewasa).

Apa perasaan kamu, kalau jadi seperti aku?

Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, Ogos 30, 2009

Kemerdekaan dan 'green'nya kita.

Terima kasih kepada Jeremy Clarkson, walaupun personaliti TV yang separa bangang, berjaya membuka mata aku tentang sambutan kemerdekaan negara sendiri.

Bulan 8 di negara kita, Malaysia adalah bulan kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia sekurang-kurang tahu pasal bulan ini. Lainlah kamu baru bertukar kerakyatan atas sebab sudah lama bermastautin untuk suatu tempoh masa lama atau hendak berkahwin dengan salah seorang rakyat di sini.

Masuk sahaja bulan 8, media masa memutarkan kembali sejarah negara; setiap tahun walaupun kita sudah bengap sangat nak belajar sejarah nenek moyang kita. Aku pun tidak terkecuali. Iklan-iklan Petronas yang mencucuk kalbu, selingan rancangan Hari Ini Dalam Sejarah, para wakil rakyat menyarankan suruh gantung bendera dimana-mana: depan rumah, di motor dan kereta. Biasakan situasi ini berlaku? Lepas itu, jadi isu dalam masyarakat kita. Siapa yang tak mahu gantung bendera dikira tidak patriotik.

Ini hanya pendapat peribadi dari kaca mata budak belum graduasi lagi. Tidak adil untuk lihat ke-patriotisme melalui menampalkan bendera di kereta. Aku rasa...

Soal bendera pada kereta, misalnya. Setiap tahun kereta dibina, pelbagai jenama dan rupa bentuk. Dari elemen utama kereta nak bergerak: enjin, transmisi, tayar, suspensi, sistem brek dan aerodinamiknya sesebuah kereta serta keselesaan pemanduan. Hari ke hari, revolusi suatu inovasi kereta adalah memaksimumkan penggunaan bahan api yang terhad. Ahli fizik, journalis menulis artikel mereka menuding masalah dunia pada kereta. Akhirnya, jurutera pembuatan automatif tunduk pada mereka dan cuba menyelesaikan isu ini.

Setiap liter minyak dibakar untuk bergerak, hanya 25~35 % digunakan untuk menggerakkan tayar. Selebihnya? Bunyi, geseran pada tayar, asap kereta; efisiensi tak bagus. Berjuta-juta wang disalurkan untuk research and developement (RND) bidang automasi, beribu-ribu kertas untuk menulis laporan kajian mereka (kertas sudah tentu dari pokok, bukan?) dan berapa gelen air liur untuk menerangkan hasil kajian: cara menambah kecekapan pembakaran kereta terus pada tayar.

Wujudlah, kereta menggunakan elektrik atau hybrid, bentuk kereta yang berbulat-bulat (lihat sahaja pada BMW, Mercedes, Toyota dan Honda). Kesedaran 'save the world' disebarkan. Inilah antara punca Toyota Prius mendapat tempat dalam komuniti kita walaupun rupa kereta itu agaklah kureng (aku rasa). Semuanya untuk menyelamatkan kehidupan sejagat manusia pada zaman akan datang.

Aku agak bersikap acuh tak acuh pada pemilik yang modifikasi kereta untuk tujuan peribadi. Mereka ingin memandu Lancer Evolution X tapi disebabkan tak mampu, mereka beli model kereta Wira dan menambah spoiler ala-ala Evo dan bunyi muffler tak hengat dunia. Dengar macam bergerak 150 km/h tapi hanya bergerak 70km/h, itupun nak pergi kedai cendol depan taman. Nak betul-betul serius belilah enjin V-Tec Honda punya, tak pun beli kereta yang betul-betul macam Evo!

Kamu tahu letak bendera depan kereta boleh mengurangkan efisiensi kereta: sama dengan menambahkan lebih banyak petrol dalam kereta. Walaupun peratusnya tak banyak (aku tak dapat jumpa laporan kajian yang sebenar, dikhabarkan sekitar 3 %), itu sudah cukup untuk menyejukkan sistem penghawa dingin dalam kereta. Alasan diberikan, meletakkan bendera pada kereta mengganggu aliran aerodinamik sesebuah kereta: rintangan untuk menujah ke depan tinggi dari biasa. Aku masih ragu-ragu sebab tak jumpa lagi laporan sebenar tapi aku yakin idea ini memang bagus untuk membuatkan kita berfikir.

Lepas ini, jangan tunjuk orang golongan pertengahan meletakkan bendera banyak-banyak pada kereta mereka sebagai dungu dalam hal ini. Mereka patriotik, aku kagum. Sebaliknya juga, jangan tunjuk orang tak letak bendera pada kereta sebagai tak mempunyai semangat patriotik langsung. Mereka ada alasan untuk tidak berbuat demikian, aku termasuk golongan ini juga. Seperkara lagi, kalau kamu mempunyai kereta Ferrari Enzo atau Porsche Carrera, bayangkan kalau letak bendera depan cermin tu. Buruk, kan?

Jutaan terima kasih kepada insan yang meletakkan bendera pada kereta masing-masing. Mereka adalah golongan yang patut mendapat kehormatan sebagai rakyat bertanggungjawab untuk menghidupkan bulan kemerdekaan. Noktah.

Aku masih rasa hari kemerdekaan adalah hari yang seronok. Ayah aku beberapa kali menyertai perbarisan kemerdekaan, aku bangga ada ayah seperti itu walaupun dia kata penat sangat tapi seronok, katanya. Pada hari kemerdekaan, mak aku suruh bangun awal. Lepas itu seisi keluarga sarapan depan TV menonton perbarisan kemerdekaan. Melihat perarakan kereta kebal, ledakan meriam dan wakil-wakil syarikat multinasional. Jet-jet pejuang lalu, helikopter lagi. Best apa.

Aku masih menyimpan bendera Malaysia dimana sentiasa dibawa kemana-mana sukan yang ada orang Malaysia. Pertandingan skuasy Nicol David dan Badminton Terbuka Korea, walaupun wakil Malaysia kalah.

Mana kita nak tuju, meletakkan bendera sebagai simbol patriotisme atau tidak meletakkan bendera sebagai simbol kita cuba hendak menyelamatkan bumi supaya sentiasa 'green'?

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Ogos 29, 2009

Petua jadi orang penyabar.

Sebenarnya, anger management adalah elemen penting dalam aspek kematangan manusia.

Remaja dikaitkan dengan manusia yang gelojoh dari segi sudut:

Gelojoh dalam membuat keputusan penting;
Gelojoh ketika makan stail buffet;
Gelojoh mengemaskan katil (katil remaja lelaki biasanya tak kemas, aku rasa);
Gelojoh merebut pisang selepas solat Jumaat;
Gelojoh bawa motor laju-laju walaupun pergi kedai beli garam untuk ibu;
Gelojoh menyumbat baju kedalam mesin basuh (baju yang terlipat lengan tak nak betulkan);

...dan banyak lagi. Semua orang melalui zaman remaja yang kononnya orang dewasa bijak pandai sebagai zaman kurang matang. Mereka mentakrifkan dari isu semasa melibatkan remaja. Kes rogol oleh lelaki berusia 17 tahun; sudah banyak kali masuk media perdana. Ataupun, kes ragut, samun, rompak, dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, aku rasa nak jadi orang penyabar itu boleh melalui banyak cara. Salah satunya adalah menjadi penyokong setia Manchester United. Oh, boleh juga kalau kamu jadi peminat Arsenal, Liverpool, Chelsea dan sebagainya. Setiap hujung minggu dari pertengahan bulan 8 sehingga bulan 5 tahun berikutnya kamu akan melalui fasa-fasa menahan sabar.

Andaikata, aku menjadi peminat MU. Hujung minggu akan berlaku seperti begini:

#1. MU kalah dengan kelab kerdil. Lepas itu penuh notifikasi dalam Facebook kau cakap begini:

Fak kau, MU kalah!
Oit, apa cite MU kalah!
MU taik, ko pun taik! Haha.
Bodo, kelab kecik pun xleh settle.

Lepas itu, sebagai menjaga identiti kamu sendiri dengan kool kamu kata, "Biasalah adat main, bla, bla...". Jangan marah semula, nanti kamu jadi tak kool dan hilang sabar.

#2. MU menang dengan bergaya; defisit gol 10-0. Lepas tu, orang tadi akan berkata lain pula,

Alaa, lawan kelab kerdil je pun. Toksah berlagak.
Ref sampah. Leh la menang.
Player MU dive, main kasar, sbb tu leh mng.
Game tak fight la. Lawan (nama kelab kegemaran mereka) baru tengok sapa juara!

Dinasihatkan, jangan mudah hilang sabar. Cuba berlagak untuk lebih kool lagi.

Siapa yang tak ada kelab bola sepak yang diminati, silalah pilih satu dari kelas atasan EPL. Sebab nanti kamu boleh berlatih menjadi orang sabar. Nak ujian kesabaran lebih dahsyat, jadi peminat MU. Fakta untuk kamu, kelab MU adalah kelab besar. Atas sebab itu, banyak dibenci ramai hooligan bola sepak seantero dunia.

Berani?

Bulan Ramadhan penuh ketakwaan.

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, Ogos 27, 2009

Kertas ini bernilai RM 100 ketika itu.

Bulan puasa, bulan kemaafan.

Aku pernah menyertai pertandingan bercerita ketika sekolah rendah, dapat tempat yang melayakkan aku dapat novel melayu pasal biola. Aku rasa itu kali terakhir aku masuk pertandingan bercerita sebab aku memang ada 'stage fright' tapi tak banyak. Cuma aku boleh kawal dengan menggenggam jari kelingking kiri dan kanan, tarik satu sama lain dengan kuat. Lepas itu, apa bila berdiri atas pentas, anggap depan kau adalah ruang-ruang yang kosong.

Aku selalu bayangkan aku sedang bercakap dalam dewan yang kosong, tiada manusia, tiada kerusi mahupun meja. Senyap.




Tanda '/' dimana kamu perlu berhenti, dan '^' adalah simbol dimana kamu perlu menaikkan intonasi dan menurun secara lenggok. Payah macam haram.

Ini adalah skrip pertandingan bercakap dalam bahasa Korea ketika aku masih dalam tempoh merangkak-rangkak belajar bahasa orang. Kebanyakan pertandingan aku sertai selalu bermula dengan tak sengaja. Begitu juga kali ini. Secara tak sengaja aku masuk dan dapat duit lebih kurang RM 100, dengan bercakap tak lebih 3 minit!

Aku rasa sangat berbaloi dengan latihan cikgu bahasa aku bagi. Hampir seminggu aku diajar bertutur seperti orang Korea dan perasaan itu begitu 'damn-it' dan loya. Hampir setiap sesi, pen-pen cikgu aku basah dengan air liur aku. Sudah berapa kali aku terminum air liur sendiri. Yuks! Setiap hari aku dipaksa menjerit dalam bilik kosong, balik lewat dari budak-budak lain.

(Kalau nak berlatih bercakap dengan tepat, sumbat mulut dengan pen secara melintang dan kawal pergerakan lidah dalam mulut dengan menjadi batang pen sebagai asas)

Bila aku kenang balik, ketika itu aku dah hilang perasaan 'stage fright', aku mampu memandang setiap muka-muka hakim didepan aku dengan senyuman!

Aku masih menyimpan kertas ini, bukan kerana nilainya RM 100 tapi kisah perjalanan untuk mendapat RM 100 itu begitu priceless.

Selamat berbuka puasa.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Ogos 26, 2009

Diam itu rupanya bersuara!

Syuh! Senyap.

Laung si Amir, budak darjah empat berpangkat ketua darjah depan kelas tatkala melihat rakan sebaya buat bising. Kecil mereka ketika itu mana mahu mengerti yang senyap itupun rupanya adalah suara.

Meh layan lagu ini. Versi lama dan baru. Aku rasa versi metal (walaupun cover je) lagi sedap dari versi asal. Itupun kalau kamu mahu minum teh dikala sahur dengan tenang, apa kata layan versi lama yang lebih harmoni.



Versi metal cover



Versi dulu-dulu. Penuh keharmonian.



Pengaruh Watchmen masih menebal. Siapa ada novel grafik Watchmen?

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Ogos 24, 2009

Tabik pada yang mempunyai obsesi.

Misalan pertama,

Kamu memang minat se-sangat artis Bollywood. Kamu pandai bergelek hindustan dalam bilik sambil memasang lagu-lagu hindi yang kerapkali bertukar baju dalam You Tube. Kamu simpan angan-angan muda, katanya nak pergi melancong ke utara India. Sebagai nak tunjuk minat pada orang lain yang betul-betul kamu ni minat Hindustan, kamu ada blog sendiri pasal gosip-gosip artis Bollywood. Lepas itu letak pula satu widget playlist ditepi, memainkan lagu Hindustan yang terbaru.

Misalan kedua,

Kamu minat budaya Jepun. Dari kecil kamu dah jumpa buku Dragon Ball. Tak kisah, Dragon Ball GT atau Dragon Ball Z. Kamu paksa mak ayah kamu beli setiap jilid manga Dragon Ball setiap bulan. Beraturlah jilid-jilid manga dalam bilik. Lepas itu, kamu minat Takuya Kimura sebab dia kacak, berkarisma. Kamu beli poster Takuya Kimura tak pakai baju, tampal kat belakang pintu.

Seperti misalan pertama, sebagai nak tunjuk kamu ni betul-betul up-to-date dengan perkembangan manga, atau pun filem, drama Jepun yang baru keluar, kamu menjadi penulis blog mengenai apa yang terbaru.

Ada segelintir manusia yang sebegini yang aku kagumi.

Mereka ini belajar bahasa Hindustan dan Jepun melalui apa yang dia minat. Bagus!

Mereka tahu selok belok pentas hiburan Bollywood dan J-Pop atau J-Rock. Bagus!

...tapi mereka tak pergi pun Bollywood atau Jepun. Semuanya mereka tahu dari majalah dan sumber lebih meluas; internet. Mereka tak payah pergi tempat itu, tapi dah tahu banyak. Pergh! Hebatkan mereka? Lagi hebat, mereka mempunyai blog sendiri membincangkan isu yang mereka tahu dari sumber-sumber yang kecil.

Persamaan antara mereka yang aku dapat cari:
#1. Mereka akan suruh kawan-kawan mereka yang pergi Bollywood atau Jepun, belikan poster, key-chain, atau T-Shirt yang ada gambar Aishwarya Rai ataupun Amitabh Bachan. Yang Jepun, suruh beli poster Naruto besar gedabak kalau boleh.

#2. Mereka mempunyai kawan-kawan dalam Facebook yang tak ada kaitan langsung dari segi sekolah, tempat kerja mahupun kawan kepada kawan. Kawan-kawan mereka mungkin terdiri dari manusia yang tinggal berhampiran Bollywood atau di Jepun itu sendiri.

#3. Kalau mereka mempunyai Twitter atau Yahoo Messenger, status mereka kerapkali berbunyi begini, "Yamashita, luv u so much!", "Sanjay, u cute when u smile!" atau kes lain, letak yang rasa mereka cool, cakap I Love You tapi dalam tulisan Jepun atau Hindustan. Kadang-kadang ada main letak, tapi tak tahu maksud. Aneh.

#4. Lepas itu kalau kamu andai berbahasa Jepun, contohnya, nanti mereka suruh kamu ajar bahasa Jepun. Alasan mereka, minat yang terlalu mendalam. Untuk peminat Hindustan mungkin tak payah, sebab senang kot nak difahami bahasanya.

#5. Bla, bla, bla, (aku lupa pula)



Untuk kes aku yang duduk Korea, aku ditanya, "Kenal tak artis sekian sekian,". Artis yang dimaksudkan adalah artis wujud dalam drama sampah-sampah. Di Korea, tak popular pun tapi mereka obses dengan kemunculan dalam beberapa siri drama.

Tak boleh diterima, mereka kata aku duduk Korea tapi tak kenal artis Korea. Masalahnya, mereka minat orang yang tak popular langsung. Andaikata, kamu memang minat pop culture di Korea. Kamu asyik sebut, DBSK, Wondergirl, SNSD, Big Bang. Itu memang popular. Aku tak kisah, ini yang tahap-tahap artis Akademi Fantasi yang hangat bila belum graduasi, dah graduasi hilang entah kemana.

Lain?

Kau kenal yang tengah meletup bagai nak rak macam 2NE1, Kara, After School, Da Vinci, Brown Eyed Girl? Tahu filem Haeundae pegang carta no.1? Sekarang tengok 8TV, ada drama World Within, cerita tu tak sedap di layan. Sekarang tengah meletup, The Swallowed Sun. Belum habis lagi. Ada Seung Yu Ri. Kenal?

Tapi aku masih menyimpan rasa hormat dengan minat kamu pada artis Korea. Aku datang sini disuruh belajar bukan dibayar untuk menjadi pengkritik industri hiburan Korea. Entri ini bernadakan emosi yang mendalam.

PS: Mereka suruh beli stoking yang ada gambar Rain. Aku tak sanggup nak singgah kedai itu melainkan aku pakai topeng.

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Ngeng, ngeng... bulan puasa dan GeForce.

Yeah, aku kembali menggunakan PC untuk sekian kalinya selepas edisi beberapa kes yang begitu annoying-kan aku.

Semua orang sibuk nak membandingkan, apa yang terbaik dan buruk antara Mac dan PC. Aku rasa masih memerlukan kedua-duanya.

Cuma aku nak kata, bila kamu memakai Mac OSX selama sebulan lepas itu bertukar balik kepada PC, kamu boleh meratapi betapa buruk dan tak menariknya PC.

Grafik PC aku dijana oleh GeForce 7600 yang dibeli secara online dengan harga tak sampai RM90. Beberapa tahun lepas aku hanya mampu lihat, mana tidaknya harga ketika itu bukan mampu milik. Mungkin aku agak ketinggalan zaman menggunakan GeForce 7600?

Aku tak hairan sebab grafik Macbook aku dijana GeForce 9400.

Selepas 6 bulan dari entri ini, aku tidak lagi boleh berbangga dengan GeForce 9400.

Aku tak ucap selamat berpuasa lagi, bukan? Aku begitu cemburu dengan manusia yang berpuasa di tanah air sendiri. Ada bazaar Ramadhan. Sahur boleh lagi layan kebab. Aku, hanya minum susu pisang dan roti bijiran. Baru mencabar, beb!

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan!

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, Ogos 20, 2009

Khinzir-khinzir sihat selalu, khabarnya.

Sanak-saudara, ahli keluarga bertanya tahap kesihatan. Bukan seperti biasa, "Sihat tak?" soalan lazim. Soalan ini pula yang muncul, "Ada yang mati tak di sana?".

Aku rasa kes-kes yang berkaitan H1n1 (aku sukakan nama Babi Flu, sebab lagi seronok kot, terima kasih kepada warga Indonesia yang mencipta nama ini) di Korea macam bukan isu berat. Sekarang tengah hangat dengan salah satu bekas presiden Korea yang dulu meninggal dunia. Takziah. Semua website-website yang cantik berkalerkan oren (Nate), hijau (Naver), hijau biru (GMarket) menjadi hitam.

Aku cuma nak cakap, di sini bukan berada dalam keadaan panik! Semua rilek-rilek sahaja, si gadis-gadis memakai baju berkemban siap dengan spek mata ala-ala mata lebah. Solekan tebal tanpa topeng muka.

Aku tergelak melihatkan segelintir orang Malaysia menjadikan fenomena Babi Flu sebagai duit. Masakan tidak, sehinggakan topeng yang pernah aku pakai ketika jerebu teruk dahulu menjadi barang kawalan.

Alhamdulillah, aku sihat. Aku tak ada jatuh demam walaupun aku tidur tak menentu masa. Tak ada surat datang yang menyuruh aku duduk di bilik untuk tempoh seminggu (kuarantin) atau wakil menteri kesihatan meletakkan lori mereka untuk sesiapa yang ingin buat medical check-up. Bukan dalam keadaan yang kritikal, barangkali. Saban hari, kalau kamu kaki politik Korea atau masalah dalam Korea, mereka menumpukan isu seorang wanita berpengaruh bersalaman dengan presiden negara komunis disebelah. Selebihnya, isu artis Korea yang semakin gila untuk berjoget seperti stripper kelab malam.

Aku tertarik dengan penulisan seseorang (aku rasa blog tukar tiub, tak pasti sebab aku dah padam bookmark tersebut) tentang isu ini adalah resolusi yang berlaku di US.

Kalau aku terangkan, panjanglah sangat. Aku cuma mahu terangkan dengan cara yang mudah.

Begini,

Dalam satu pasu yang besar, ditanam pokok-pokok. Pokok-pokok itu membesar dengan sekata pada awalnya. Lepas itu muncul pokok-pokok kecil (macam rumput-rumput tak berguna). Pokok-pokok kecil ini dikatakan mengganggu tumbesaran pokok-pokok yang sudah membesar tadi. Sebabnya, sumber nutrisi tanah terpaksa berkongsi bersama. Akibatnya, sebab itu ramai petani sanggup periksa setiap masa mana tahu ada pokok-pokok kecil berada bersama.

Apa yang berlaku sekarang,

Manusia semakin hari, semakin menjadi begitu ramai. Populasi manusia dengan sumber sedia ada seperti makanan, tempat tinggal serta bahan api menjadi pola yang tidak sekata. Umpama satu burger Big Mac dikongsi dengan 3 orang. Perasaan makannya, tidak sedap, bukan? Macam cerita pokok tadi, pokok-pokok kecil yang menggangu tadi dicantas.

Bagaimana dengan cerita manusia pula?

Diciptakan influenza Babi Flu untuk membunuh populasi manusia yang tidak terkawal. Orang mati setiap hari, bilangan manusia menjadi sikit. Oleh itu, harga minyak boleh berkurang, burger Big Mac tadi boleh makan sebiji setiap orang. Kamu tak payah beratur panjang-panjang nak rebut beli tiket Lady Gaga. Manusia sikit ketika itu.

Mulanya, aku tak percaya konsep penghapusan kehidupan sejagat untuk selamatkan masa depan manusia seterusnya. Tapi, konsep ini lebih jelas dipaparkan dalam filem yang diadaptasi dari komik, Watchmen.

Kembali ke tahun sudah, zaman perang dingin. Kuasa Soviet yang berpaksikan komunisme dan Amerika yang memperjuangkan demokrasi, kononnya. Akhirnya, dileraikan dengan kematian seluruh New York. Dimana ketika itu, Soviet Union tak sanggup berperang. Yelah, negara sebelah tiba-tiba hilang berjuta manusia, kalau perang tak seronok, tak fight la.

Ceritanya terlalu dalam, konsepnya "Kill a million to save a billion".

Beratkan entri aku kali ini. Cuba renungkan sejarah peradaban manusia. Manusia berperang, ramai mati, tapi populasi bercambah dengan cepat. Dulunya, peratus manusia kelaparan bukan menjadi isu debat dalam PBB. Berdekad-dekad selepas Perang Dunia Kedua, manusia lapar ini muncul. Istilah manusia lapar bukan orang yang duduk tengok drama, lepas itu kata, "Jom makan ramyeon, lapar la,". Harga minyak pula melambung tinggi, menjadikan semua produk semasa dari status mampu milik ke tidak mampu milik.

Lepas ini, kalau muncul demonstrasi jalanan "PEACE, NO WAR", kamu nak ikut ke tidak? Sebab peperangan juga, nenek moyang kamu dapat mengumpul harta untuk diwarisi kepada kamu (sebab dulu tanah murah, kurang permintaan, kuranglah harganya).

Kita berdebat lebat tentang isu Babi Flu, ahli politik menjadikan Babi Flu sebagai modal ceramah. Manusia berteriak dijalanan, menyuruh menjaga kebersihan. Doktor dan jururawat kesihatan sibuk menyuntik vaksin dan memeriksa pesakit.

Aku tahu, khabarnya, khinzir-khinzir sihat selalu di ladang. Menanti masa untuk disembelih menjadi hidangan manusia yang memakannya.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Ogos 19, 2009

Aku suka kamu, Si Hitam!

Aku ikut pertandingan Mentor yang terkini, sehingga episod 3. Sebab utama, aku sibuk dengan kerjaya pelajar sepenuh masa.

Alih-alih, aku dengar lagu ini. Lagu yang dinyanyikan oleh juara Mentor, Black. Aku minat betul artis Malaysia yang tak kacak tapi suara sedap.

Aku pun tak faham dengan mamat ni. Kenapa pilih Black?



Aku rindu, sayang kamu!

PS: Tak merujuk kepada se-siapa.

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Ogos 15, 2009

Jangan klik, nanti kamu bosan.

Suruh aku isi blog aku dengan isu semasa? Maaf. Kalau nak aku suruh komen bagaimana menjual ganja atau masalah gosip di kalangan perempuan berumur lebih 30 tahun, boleh saja. Kehidupan sempit. Air terjun, masjid, pantai, kawasan latihan bola lisut, papan bola 9 biji, batang-batang 10 yang perlu di jatuhkan. Owh, lupa. Gambar separa gay.

Kan aku dah cakap, jangan klik. Degil.

Aku baru baca benda ini. Superb. Kamu patut baca, sebab aku tak pasti samada kamu kaki bangku ke tidak. Baca untuk isu semasa yang aku akan baca setiap hari selepas dan sebelum bangun tidur.

Apa kata aku catat (yang mana satu betul, catit ke catat?)-kan pasal harapan dan benda yang aku mahu lihat musim bola sepak Inggeris 2009-2010 untuk pasukan Syaitan Merah yang ditaja syarikat insurans Amerika.

#1. Giliran seterusnya pemain berjersi nombor 7.
Dari era George Best, pemain karisma dan mampu bersyair Eric Cantona, pemain gilaan perempuan David Beckham dan pemain yang penuh egoisme Christiano Ronaldo. Semuanya ada sejarah, dan memainkan peranan utama dalam era-era United. Perpindahan tanpa bayaran, Micheal Owen diberi nombor 7. Pemain yang mendapat cop 'Pengkhianat' dari peminat kumpulan merah yang satu lagi. Mampu-kah dia menjadi 'The Greatest 7' seterusnya?

#2. Pemain yang tak boleh masuk kelab malam.
2 gol kemenangan dari pemain tanpa-nama; Macheda. Nama yang dititipkan sebagai bintang yang bakal bergemerlapan, kononnya. Aku rasa dia masih pemain sampah. Sebab utama aku gelarkannya sebab dia muka berlagak nak mampus. Danny Wellbeck, budak cekeding yang pandai bergelek (aku pernah tonton dia berlatih dengan Ryan Giggs). Darron Gibson, orang kata dia adalah pengganti Scholesy. Ye kot. Pandai 'boom' dari tengah. Lepas itu, budak kembar dari Brazil -Rafael da Silva dan Fabio da Silva- generasi adik beradik bakal cemerlang selepas keluarga Neville campak 2 anak mereka ke Old Trafford.

#3. Muka-muka setia bersama, tak nak tukar kelab sampai tua, kot.
Wes Brown. Adoyai. Budak tahun 1999. Prestasi musim 2007/2008 yang cemerlang jadi titik tolak untuk masuk senarai pemain kegemaran atuk Fergie. Hamba atuk yang lagi hebat, John O'Shea yang sedia ditolak mana. Tengah kanan, kiri, tengah-tengah. Pertahanan tengah, kanan, kiri. Penjaga gol pun rembat. Darren Fletcher pula sekarang tengah tip-top. Sekejap tolak tepi, sekejap tolak tengah. Kumpulan pemain yang masuk senarai bukan bintang, tapi penting: hamba abdi atuk tua. Mungkin.

#4. Stok-stok lama untuk dipakai.
Kenapa Nani dibeli ketika Ronaldo tengah naik? Sebab orang tahu Ronaldo akan pergi dari situ. Anderson pula tengah menjadi-jadi. Tanniah. Aku suka dia. Zoran Tosic? Aku tak banyak info pasal mamat Serbia ni. Cuma kalau main PES, dia hantar bola lintang yang cantik. Musim ini, kamu akan dapat lihat stok-stok ini dipakai. Lupa pula, stok yang selalu masuk bengkel. Tunggulah Krismas nanti, Owen Hargreaves datang lutut baru.

#5. Stok baru yang masih hangat dari jiran se-Eropah.
Datanglah budak bernama Valencia. Lepas itu Obertan. Lepas itu Owen. Jual Ronaldo 90 juta Pound. Tolak harga 3 orang ni, tak sampai 25 juta Pound. Selebihnya? Bayar hutang tertunggak. Hutang ada bunga kena bayar, tinggi pula tu.

#6. Kuda-kuda tua yang masih bernyawa.
Ada lagi lelaki berbulu dada lebat Ryan Giggs. Si rambut merah yang panas baran, Scholesy dan Gary yang mana tak habis-habis buat muka tak bersalah melepaskan bola. Pemilik van, En. Der Sar pun tak nak bagi budak bagak besar macam Foster dan Kuszchak main. Bagilah budak-budak muda berpeluang beli Aston Martin tak pun Audi dengan gaji mingguan diorang.

#7. Kembali kepada asal, sedia ada di buka peluang.
Rooney kembali kepada posisi kegemaran. Boleh berada di mana-mana. Pasangan berumur dia, En. Berba pula akan main lebih atas sikit. Owh ye. Kamu perasan En. Berba sudah berlari lebih pantas dari ketika dia mula-mula masuk?

Kebanggaan Asia, Park Ji-Sung. Aku malas nak cerita pasal dia, sebab tengok ESPN Korea, balik-balik komentator cakap,

"Park Ji-Sung sumbat gol 3 biji," itupun bola muntah.
"Park Ji-Sung set-up gol," padahal dia orang keempat selepas orang penjaring gol.
"Park Ji-Sung sepatutnya dimasukkan," bila mamat tu masuk, tak ada kesan pun.
"Park Ji-Sung bla...bla...bla..." padahal ketika itu Rooney sedang menggelecek.
"Park Ji-Sung bla...bla...bla..." padahal mamat tu tak ada atas padang pun!

Lepas ini, aku kupas isu semasa H1N1 pula. (Aku baca kertas edaran selepas Solat Jumaat edisi bahasa Indonesia. Dia bukan tulis H1N1, tapi Babi Flu.)

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, Ogos 11, 2009

Super Serius.


Haha. Aku masuk pertandingan video secara tak sengaja, juga dengan tak sengaja masuk separuh akhir. Aku jumpa gambar dari PPMK Online (tanpa keizinan aku curi).

Aku perasan, muka aku begitu serius ketika bermain permainan Pro Evolution Soccer!

Huh!



Muka kanak-kanak riang yang masuk separuh akhir.

PS: Aku pernah kena baling dengan bantal keras oleh nenek sendiri, ketika aku sedang tekun memandu kereta Viper Dodge di lebuhraya Jepun dalam permainan GT.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Ogos 05, 2009

Meh, asyik gambar korang je!

Lepas perlawanan Manchester United dan Malaysia XI hari itu, berlumba-lumba manusia meng-upload-kan gambar mereka di Facebook, blog sendiri. Tanniah peminat Syaitan Merah di Malaysia, kamu dapat peluang melihat mereka beraksi sehingga kali kedua tak sampai tempoh seminggu.

Aku ada juga pergi ikut Manchester United: Jelajah Asia 2009. Cuma kami (Elhapi, Hing dan aku) lebih best sikit kot. Di Seoul...tiada Amri Yahyah.


Junior aku yang dah lebih setahun tak jumpa, CK.


Aku tak boleh buat gambar famili begini, sebab bapa aku minat Chelsea.


Gambar terbaru aku. Terima kasih kepada En. Elhapi.


Ronaldo, budak ego yang lupa diri. Nasib baik dah berambus. (Awek ini serius hot, tak tipu)


Kedudukan kerusi yang terbaik, shot kamera yang se-maksimum mungkin.


Rehat sesi minum petang. Owh, MU ada pengkhianat Liverpool. Tanniah, anda memang syaitan merah.

Ada banyak lagi gambar seumpama ini. Malas nak menyemakkan storage server dunia. Go go Green.

Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, Ogos 02, 2009

Alasan kenapa kamu patut menyukai cuti Musim Panas.

Panas, bahang. Kata sinonim untuk musim yang penuh cahaya matahari. Bayangkan, seawal 5 pagi, sudah macam pukul 8 pagi di Malaysia. Malamnya pula bermula pukul 8.30 malam. Kalau ditanya kepada penduduk negara 4 musim, mereka menyukai cuaca ketika musim Luruh tak pun musim Bunga. Jadi pelajar under-graduate disini, sekurang-kurangnya kamu akan alami musim ini sebanyak 4 kali. Sebab itu merancanglah sebaik-baiknya.

Jangan lupa, kamu patut menyukai musim Panas jua.

#1. Waktu siang yang panjang.
Alasan ringkas dan biasa kamu patut suka musim panas. Bila waktu siang panjang, bila kamu keluar membeli belah selepas waktu Zohor dan berjalan-jalan setiap penjuru kompleks membeli belah, kamu masih sempat bertemu Asar. Kiranya, tiada masalah hendak menunaikan ibadah. Waktu siang yang panjang juga kamu boleh pergi mendaki bukit, camping, pergi Zoo, pergi taman tema dan pelbagai lagi.

#2. Fenomena kulit manusia.
Produk kain yang dikeluarkan kilang kain aku rasa berkurang ketika musim Panas. Masakan kamu mahu hendak memakai baju setebal 2 lapis ketika suhu 30~40 darjah Celcius? Fashionita menjadi-jadi ketika matahari tegak di kepala. Wow, kain hanya menutup apa yang patut. Lihatlah kulit-kulit manusia yang cuba untuk di-sawo matang-kan.

#3. Muzika luar negara mencari duit.
Cis, Ilsan Rock Festival jatuh pada tarikh tak sepatutnya. Musim Panas kamu dapat menyaksikan artis hujung dunia sebelah barat datang tempat negara mata sepet (aku merujuk Japan, Korea dan China) mencari duit dan populariti. Tak naklah mereka mahu digelar jaguh kampung. Datanglah, Weezer, Jimmy Eat World, Fall Out Boy, Oasis, Placebo. Eh, Lady Gaga nak datang juga!

#4. Bermain dengan air tanpa ragu.
Siapa nak terjun sungai ketika musim Sejuk? Askar-askar kerahan kerajaan Korea bolehlah. Musim Panas dapat menyaksikan manusia suka dengan aktiviti berkaitan dengan air. Tak kisahlah sungai, air terjun dan air laut. Satu benda kamu kena tahu, orang Korea datang air terjun tak mandi. Hanya merendam kaki sambil minum arak murah.

#5. Filem untuk mengaut keuntungan besar.
Aku suka pergi ke wayang berhampiran ketika musim Panas. Sebab utama, filem yang dikeluarkan ketika musim ini adalah kearah hiburan, tema yang tidak berat contoh 'Just for Fun' tanpa perlu ditafsirkan dengan berat. Kalau nak tonton filem yang agak memerlukan fikiran seni, tunggu sahaja bulan Januari sehingga Februari.

#6. Kenderaan 2 tayar.
Kamu boleh menyusur dengan motor tanpa segan-segan dengan angin sejuk yang lebih dahsyat ketika musim Sejuk. Tanpa jaket tebal, tanpa sarung tangan (ada sarung tangan pun sama je). Berhati-hatilah dijalan raya.

#7. Tiada kelas, tiada kerja rumah.
Kalau kamu jadi pelajar sepenuh masa (tanpa melakukan kerja sambilan-lah), guna masa ini dengan rehat. Tonton soap opera Gossip Girl satu musim, atau Weeds 4 musim. Deretan filem kamu kumpul ketika semester lepas, yang tiada kesempatan hendak menonton. Kamu sumbat mulut kamu dengan pop corn perisa karamel.

Apa-apa yang kamu rasa nak tambah, boleh saja melalui ruang-ruang komen.

Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...