Ahad, Julai 26, 2009

Manusia dicemuh sudah tiada.

Kamu tidak suka Yasmin Ahmad, tak apa.

Kalau kamu suka karya dia, aku yakin kamu mempunyai taste yang begitu tinggi dalam deretan filem-filem.

Aku mula sukakan pengarah ini bermula dengan tele-movie Rabun, filem yang membuatkan aku rasa aku patut jadikan dia salah satu pengarah filem yang aku suka. Ya, aku begitu taksub dengan karya dia. Media hebahkan filem Sepet, Gubra, Mukhsin begitu begini.

Kenapa kita masih membelenggu dan membataskan fikiran kita tentang suatu tema, mengenai suatu isu yang sepatutnya secara universal dibincangkan?

Kalau kamu kata filem lakonan Nabil dan Saiful Apek, iaitu Sifu Tongga itu seronok, mulanya terima kasih aku ucapkan, kamu sanggup keluarkan duit untuk perfileman Malaysia. Tapi bila kamu kritikan negatif filem Yasmin Ahmad, itu makna kamu buta.

Akhirnya, manusia yang dikecam hebat dalam media, Yasmin Ahmad sudah tiada. Baru nak gemburkan, Malaysia kehilangan pengarah yang hebat. Itu suatu hipokrit yang berlaku dalam media. Itulah media kita. Orang media yang cerita belakang tabir dalam media, Aku Bimbo.

Yasmin Ahmad sudah tiada. Apa lagilah yang nak diperkatakan, kita cuma ada filem dia, iklan dia untuk ditonton. Kata-kata tradisional dipakai semula. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Bila hilang suatu yang berharga, adakah masyarakat kita baru nak menyanjung manusia itu?

P. Ramlee ketika mayatnya hanya tinggal tulang baru nak diberi gelaran Datuk. Begitu juga Sudirman.

Haha. Sekalung takziah kepada sesiapa yang mempunyai keluarga yang baru 'pergi'. Kita yang hidup perlu menanti, adakah manusia hebat seterusnya mencipta nama untuk diingati.

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, Julai 24, 2009

Marilah dengar.

Aku begitu teruja mendengar lagu ini. Isu yang diutarakan amatlah jujur.





Mari menjerit sama-sama, Eura- sia sia sia!

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Julai 20, 2009

Kisah Stalker [Bahagian 02]

Sambungan dari Kisah Stalker [Bahagian 01]...

Aku percaya, apa-apa pertandingan yang aku masuk tanpa aku rasa nak masuk, ianya akan berakhir dengan kekecewaan. Itu yang berlaku. Bilik aku tak dapat apa-apa. Padan muka.

Habis sahaja pertandingan, aku terima hadiah. Saiznya adalah saiz kotak tisu muka. Bekas warna kelabu. Aku terima dari budak bilik aku. Aku tanya dia, "Siapa bagi?". Dia jawab, "Secret Admire,". Masa ini aku tak tahu, 'secret admire' adalah manusia yang mirip-mirip ke arah 'stalker'. Aku terima sahajalah hadiah itu. Hadiah, siapa tak mahu. Pelik juga, bukannya hari lahir pun nak diberi hadiah. Lupa nak katakan, si 'secret admire' tu perempuan sebaya aku.

Aku buka hadiah tersebut di khalayak ramai, di tengah-tengah bilik. Aku buka, ada sekeping surat.

Isi surat itu adalah penuh geli. (Kalau kamu mabuk bercinta, mungkin kamu tak rasa geli, kot)

Dia kata, dia tertarik dengan karisma aku. Budak pandai, kononnya. Muka sentiasa cool, kononnya. Tak macam budak lelaki sebaya lain, kononnya. Serius, macam aku adalah manusia yang betul-betul sempurna di matanya. Wow. Dalam kotak itu, ada kotak lagi. Dalam kotak itu pula, ada kotak lagi. Kira nak buat kejutanlah. Lepas kotak itu, ada helaian surat khabar yang sudah diremukkan. Ala, kalau beli kasut di kedai Ah Beng Si Penjual Kasut biasa dalam kasut ada kertas-kertas macam itu. Masalahnya, banyak pula minah ni letak.

Aku buka, ada jam tangan warna biru. Respon pertama, aku gelak.

Kedua, aku cakap kat budak bilik, "Siapa nak pinjam jam ni?"

Ramai yang nak pinjam. Aku bagi pinjam pada kawan aku, dengan syarat jangan di pakai ke kelas. Nak jaga hatilah kononnya. Aku tahu siapa gadis yang bagi hadiah tersebut. Dia pernah cuba-cuba nak tegur aku masa di perpustakaan. Masa aku tunggu giliran naik pentas (masa pertandingan), dia sibuk tengok aku sampai aku rasa macam aku buat salah pada dia.

Aku tak perasaan langsung pada dia. Aku bersikap neutral. Apa dia nak buat, aku tak kisah. Setiap pagi hari sekolah, aku akan dapat nota dalam meja aku. Tanya aku, kenapa muka masam bila pergi kantin, Tanya pasal apa aku buat sebelum tidur. Tanya dalam buku nota aku banyak gambar Doraemon. Tanya semalam pergi perpustakaan cari buku apa. Semuanya melalui nota kecil dalam meja. Aku hanya jawab tak lebih 5 patah perkataan.

Lebih serius, kadang-kadang aku dapat surat kertas kajang lebih 2 muka surat. Dia cerita pasal keluarga dia. Cerita pasal dia gaduh dengan perempuan lain. Dia cerita pasal yang dia selalu tak dapat markah tinggi dalam kelas.

Ketika itu, aku rasa ianya begitu ANNOYING.

(Sekarang aku rasa biasa, ianya simbolik wanita suka berkongsi cerita dengan lelaki dia suka.)

Aku rasa diperhatikan 24 jam, rasa macam terkongkong pun ada. Pergi sana, ada orang perhati kamu. Esok paginya, orang tanya kenapa aku buat macam itu. Pernah terjadi aku sepak 'vending machine' sebab telan duit syiling tanpa mengeluarkan air tin. Lepas itu dia tanya, kenapa aku buat macam itu. Macam kena buat laporan harian.

Dari surat-surat luahan hati dia, dia anak orang kaya. Adik beradik pula sikit. Patutlah dia tak hairan bagi jam, baju, burger setiap hari rabu (bagusnya ada stalker adalah dari segi makanan), minggu perempuan outing pula dapat Big Mac tanpa dipesan. Seronokkan ada stalker?

Bersambung...

Sabtu, Julai 18, 2009

Kisah Stalker [Bahagian 01]

Betul, aku tak tipu. Aku tak pernah mempunyai hubungan cinta antara 2 jantina berbeza secara serius. Monyet pun tidak. Kamu boleh kategorikan aku lelaki yang loser. Atau lebih kasar lagi, lelaki yang hanya bercinta sebelah tangan.

Haha. Ehem, ehem...aku pernah mempunyai stalker.

Walaupun aku tidak memiliki hidung super tinggi seperti Brad Pitt, ketinggian seperti Micheal Phelps, gaya cool seperti Keanu Reeve, aku mempunyai stalker. Stalker bagi aku adalah manusia yang begitu membosankan, boleh dikatakan dalam bahasa lainnya, annoying and dangerous. Stalker juga adalah manusia yang kamu patut jauhi, patut kamu benci. Kalau pukul dengan senduk kayu pun boleh.

Cerita zaman sekolah, tingkatan 2...

Ini semua gara-gara seorang senior yang tak puas hati dengan sikap aku. Aku duduk bilik itu sejak awal tahun. Bilik itu mampu menampung 30 orang pelajar (ada 30 katil dan loker kayu). Awal tahun, ada 8 orang duduk situ. 3 pelajar tingkatan 5, 3 pelajar tingkatan 4 dan 2 pelajar tingkatan 2; aku dan kawan aku. Kebanyakan budak-budak sebaya dengan aku dapat bilik bawah, disebabkan aku daftar seminggu lambat (alasan malas mengemas bilik) aku ditempatkan bilik atas sekali. Biasanya, senior tingkatan 4 dan 5, adalah muka-muka yang kelihatan di surau bila waktu maghrib sahaja. Lain? Hanya solat di bilik, dan itu suatu yang dilarang. Aku turut serta dengan mereka, sebab hubungan baik sehinggalah suatu hari yang penun celaka.

Budak-budak tingkatan satu datang, campurlah beberapa lagi senior atas.

Kalau buat benda salah berkali-kali, kita jadi lali. Aku solat dalam bilik, macam biasa Tapi tak disenangi oleh senior atas yang baru masuk. Masalahnya, dia kaki ampu, kaki jilat, kaki bangku, kaki busuk, dan berbagai-bagi takrifan kecelakaan untuk dia. Disebabkan aku solat dalam bilik, aku kena sapu bilik seminggu, dan budak-budak tingkatan 1 tak payah berbuat apa-apa. Senior ini masuk dalam senarai manusia untuk diterajang bila ada peluang.

Tibalah masa pertandingan drama pentomen antara bilik-bilik. Ketua projek ini adalah senior tersebut (lepas ini aku gelarkan Ridzwan). Aku suka lepak dewan makan sebab banyak makanan ketika waktu malam, dan aku sentiasa jadi orang yang menutup suis lampu dewan makan. Balik-balik bilik, aku dikhabarkan aku adalah watak utama yakni hero drama tersebut. Tanpa persetujuan, tanpa tolak ansur, Ridzwan, kau memang manusia keparat.

Aku disuruh buat itu, disuruh buat ini. Dia manusia gilakan 'seniority'. Kehidupan 2 minggu seterusnya, banyak habis dengan aku memaksa hati untuk memberikan lakonan paling kacak yang paling maksimum. Memang payah, bila hati penuh dendam melakukan kerja.

Tibalah jua, hari pertandingan. Dimana nama aku mula melonjak dikalangan gadis-gadis tudung labuh. Salah seorangnya adalah si Stalker.

Bersambung...

Selasa, Julai 14, 2009

Orang suruh pakai baju, tak nak.

Dah lama aku memegang kuali dan senduk, untuk suatu tempoh yang agak lama. Rasa janggal pun ada. Aku rasa nak masak nasi goreng (budak-budak lapar tak tidur tengah malam), aku meng-offer-kan diri masuk ruang dapur.

Ramai tak tahu perkara kebiasaan aku didapur.

Biasanya aku lebih gemar tidak memakai baju ketika memasak sesuatu atas alasan baju itu akan berbau masakan tersebut. Kalau masak kari, bau kari baju aku nanti. Lagi satu, aku suka memulakan masak dengan bahan masakan sudah sedia didepan. Macam Chef Wan, mangkuk ini ada hirisan bawang, mangkuk itu daging cincang.

Semalam, aku takut hendak memecahkan telur didalam kuali. Petanda memang aku sudah jauh dari dapur. Petanda buruk, aku fikir. Nak pandai masak tak boleh takut minyak panas.

Kung, kang, kung, kang.

Hidangan untuk manusia kelaparan dikala 3 pagi.

Kamu tahu apa akibat tidak memakai baju ketika masak?

Badan kamu akan memiliki parut disebabkan minyak panas memercik ketika menggoreng sesuatu. Kalau kamu mempunyai tabiat tidak memakai baju ketika didapur, harap kamu ubah. Begitu sakit minyak panas terbang di dada kamu.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Julai 08, 2009

Cikgu Sheikh.

[Kalau kamu pernah memiliki buku rujukan Penulisan Bahasa Melayu keluaran Pelangi, dia adalah salah satu penulis buku tersebut]

Aku terkejut, ingat aku seorang mempunyai impak dari cikgu badan besar bernama cikgu Sheikh. Rupanya, ramai berbangga dapat menjadi anak muridnya. Lihat sahaja disini [Klik Sini], kamu boleh mengenali cikgu Sheikh.

Kisah pada tahun 2003...

Aku tak tahu macam mana budak-budak lain dikhabarkan dapat MRSM. Aku dengar mereka dapat selonggok dokumen yang perlu diisi, kena minta tandatangan ketua kampung dan kena buat pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Mungkin kedudukan rumah aku dikawasan pinggir bandar yang baru dibuka. Lagi 3 hari aku dikhabarkan masuk MRSM Muar, aku dapat panggilan dari Pejabat MARA dan dia kata macam begini,

"Adik datang MRSM Muar tarikh sekian, sekian...daftar disana nanti. Maaflah, surat lambat hantar, nanti menyusul kemudian. Bla, bla, bla..."

Kalau kau dapat panggilan macam itu, kau rasa yakin tak itu adalah panggilan prank?

Bingung. Aku datang juga, aku pakai slack hitam. Baju kotak-kotak biru. Tanpa sebarang dokumen melainkan kad pengenalan yang sedia tersisip di poket. Aku jalan cari kaunter nak mendaftar, alih-alih ada orang berbadan besar pakai kot coklat menegur aku.

"Kamu ini pelajar ke?"
"A'ah. Mana tempat nak daftar?" aku bilang dia pekerja pejabat.
"Pergi pondok putih tu, beratur di belakang sana,"
"Erm, saya ini tak ada bawa surat tawaran. Macam mana ni?"
"Tak apa, tak apa. Nama kalau ada disitu, bermakna kamu sudah ditawarkan. Jangan risau. Ada 3 orang lain sama kes dengan kamu,"

Aku yang serba bingung dan gelabah sebentar tadi, rasa tenang pula dengar ulasan dia. Aku beratur, siapkan semua benda dia nak. Aku yang tenang, orang yang jaga kaunter tu pelajar senior, mereka pula yang gelabah. Aku tak tahu, MARA suruh datang, aku datang. Pandai-pandai korang selesaikan untuk aku.

Semua manusia memakai uniform lengkap sebagai pelajar MRSM, seluar coklat dan baju putih. Aku? Lain dari yang lain.

Hari-hari aku ke kelas bermula. Biasalah. Semua diam dalam kelas.

Aku tengok jadual, "Owh, kelas Bahasa Melayu,". Tak semenanya orang badan besar yang aku jumpa masa hari pendaftaran adalah cikgu!. Mak-ai.

Cara dia mengajar bahasa Melayu agak santai, kadang-kadang macam kelas melukis pun ada. Pernah juga terjadi menjadi kelas agama. Orang kata, fleksibel-lah juga. Dia kenalkan nama dia 'Cikgu Sheikh', nama penuhnya tak silap Sheikh Mohamad. Dia guru tahap lagenda-juga (kamu taip nama dia dalam Google, banyak carian beb). Aku amat berbangga dapat jadi anak murid dia. Mana taknya, lihat sahaja gaya aku menulis karangan.

Tutup cerita...





Aku tak ada mood nak teruskan cerita. Maaf. Kalau aku teruskan aku lebih sentimental, aku batalkan niat.

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, Julai 07, 2009

[Tembak Rawak 06] Pantai Ilsan.

Tanpa sentuhan Photoshop, mahupun Lightroom. Hanya menggunakan iPhoto yang baru dinaik taraf.

Lepak piknik di tepi pantai kotor berlumut, sambil meratah ayam goreng dicicah sambal nasi lemak. Meredah cuaca separa sejuk dengan memakai baju kain cotton yang nipis. Malamnya pula dihidangkan kopi panas serta roti bakar berintikan coklat Nutella.

Terima kasih kepada warga keluarga Malaysia di Ulsan (keluarga En. Najib yang superb menyediakan makanan-makanan halal tanpa henti)

Model gambar: Senor F






Aku akan kembali ke ruang permainan 3 tahun yang lalu: Seoul. Ya-huu.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Julai 06, 2009

[Tembak Rawak 05] Hari Kanak-Kanak.

Gambar lama-lama dalam dijana semula menggunakan Adobe Lightroom (aku masih peringkat super-duper noob).

Maaf. Aku sekarang macam orang tua. Asyik fikir gambar Black & White sahaja.










Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, Julai 05, 2009

Buah yang paling mahal.

[Gambar tiada kaitan dengan entri di bawah]

Mari kenali nama buah-buahan dalam Korea.

Tembikai - Subak.
Oren - Orenji.
Anggur - Phodo.
Pisang - Banana.
Epal - Aphel.
Nanas - Paen aphel.
Peach - Boksunga.
Limau - Kyul.

Semuanya mahal-mahal belaka. Mereka suka pergi Thailand sebab harga murah.


Gembira. Aku dapat menggunakan Adobe Lightroom kembali. Terima kasih kepada buah mahal.

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Julai 04, 2009

Con-Bo-Se (Converse la!)

Sudah lama aku tidak membeli kasut. Itu bukan alasan untuk membeli kasut baru.


[Gambar ini tidak berkaitan dengan entri ringkas]

Apa kata kamu bersedekah? Kepada sesiapa yang kamu suka.

Kebosanan mencipta kelainan.

Aku patut mohon kerja jadi Geniuses.

Kalau kamu tak tahu apa itu Geniuses, pergi Google sendiri. Ini dia maksudnya: Geniuses (perhatian: Hanya untuk orang yang malas meng-Google sahaja boleh klik).

Aku tak tahu kenapa, orang sekeliling aku, kalau beli satu produk Apple sahaja pasti akan kemukakan soalan-soalan berkenaan produk yang mereka beli. Disebabkan aku tak suka dianggap bongkak, aku jawab juga. Soalan sama, dijawab berkali-kali, aku dah dikira mahir juga, bukan?

Sama seperti kes pramaguri lawa dalam kabin kapal terbang. Walaupun papan tanda "INI ADALAH TANDAS" besar gampang terpampang di ruang atas kabin pun, masih ada orang tanya, "Mana nak cari tandas, erk?". Aku sudi bagi $10 kalau kamu berani sepak lutut dia.

Ianya juga berlaku kepada aku, cuma aku menjawab soalan tanpa dibayar.

"Eh, macam mana nak download Application?"
"Macam mana nak masuk App ke dalam iPod Touch?"
"Tak boleh erk, transfer App dari iPod ke iPod?"

Aku faham, ramai begitu excited bila dapat memiliki gadget canggih seperti iPod Touch sehingga lupa manual yang diberi dalam kotak itu. Lagi satu Apple tak letak semua maklumat dalam kertas itu, sebab prinsip mereka nak selamatkan dunia, kurangkan kertas.

Untuk orang macam diatas, kamu perlu lawati Apple.com/support.

Lepas itu, nak tanya aku juga. Cuba tuliskan email kepada aku: dandelinoid [at] gmail.com.
Buat dalam bentuk point.

Nak tanya aku juga seperti aku dikaunter membeli-belah, kamu kena tunggu aku kerja jadi Geniuses yang bekerja di Genius Bar. Ketika itu, aku sudi untuk jawab soalan kamu apa sahaja tentang produk Apple.

PS: Korang akan abaikan entri ini juga, dan bertanya bila aku sibuk main game.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Julai 01, 2009

[Tembak Rawak 04] Kiut.



Pergi pekan membeli beg, singgah sebentar menikmati burger.


[Gambar ini ada kaitan dengan tempat semalam]

Kamu tahu esok sudah hari Khamis? Dan, hari keesokannya kamu akan berkata, "Esok dah Jumaat dah!". Lepas itu menyesal, sambil berkata, "Apa aku buat dalam minggu ini?".

Mana buah kegemaran aku nak sampai ni?

Rupanya, memang sedap makan 3 biji pisang dan minum susu pisang sekotak.

Cuba kamu makan buah epal sambil minum air jus epal. Rasanya, aku jamin tak selemak set makan tengah malam. Jus pisang dan pisang.

Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...