Selasa, Jun 30, 2009

Kah Kah Kah. Aku ketawa!.

Kah Kah Kah Kah Kah.

3 entri yang lepas, kamu baca dan kamu beranggapan aku kena patut kahwin... Sekarang!

Kita tutup dulu topik pervert entri sebelum ini. Aku pun rasa 'Patut ker aku menaip cerita sebegini?'. Aku menaip juga cerita sebegitu atas alasan dicabar oleh seseorang; cerita yang 'keterlaluan' dari pandangan masyarakat majmuk.

Aku buat sedikit homework sebelum menulis cerita sebegitu. Tak tahu reaksi manusia lain terhadap cerita sebegini, adakah mewujudkan konfrontasi terhadap penulis blog itu? Atau, memberi keseronokan dikala kamu sarapan pagi membaca entri sebegitu?

Terpulang pada kamu!

Ada beberapa blog yang aku lawati, mereka bercerita cerita situasi pervert ini. Malah lebih dahsyat lagi. Kesannya,

Bilangan komen pada entri itu bertambah dari biasa. (Kamu boleh perhati dalam blog aku).
Lepas itu, aku akan di cop manusia yang gatal.
Lepas itu juga, ramai akan kata, "Wei, blog ko best dow!".
Lepas itu juga dan juga, kamu akan cuba kembali pada esok hari dan lihat samada ada entri baru ke tak. (Terutama kalau kamu kali pertama membaca blog ini)

Ini paling menarik...

Lepas itu juga, juga dan juga. Ada orang yang suka menggunakan Google untuk mencari cerita lucah dengan menaip,
"Filem lucah Korea", "Buah dada besar", "Istilah datang bulan", "Cikgu buah dada besar", "Filem lucah percuma", "Artis lucah Korea".

...dan mereka sampai ke blog ini, lalu kecewa kerana blog ini bukan blog bertunjangkan seksual fantasi. Terima kasih membaca 3 entri yang lepas, ianya amat memalukan aku sebenarnya. Apa salahnya, kalau menerima cabaran dari kamu.

[45 minit yang lalu]

Aku baru lepas mandi, ada orang hantar e-mail pada aku,

"Entri ko pasal Cinta Tunggal masuk blog Fakhrul Anour"

Blog sekarang dah jadi simbolik penghargaan dari manusia ke manusia lain, erk?

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Jun 27, 2009

Pernah kamu cakap, "Buah dada cikgu besar,"?

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa padahnya,"

Ini peribahasa turun temurun diajar oleh moyang kita supaya anak cicitnya menjaga mulut. Tapi bagaimana untuk manusia yang jujur memberi pendapat tentang sesuatu?

Aku mulakan dengan keputusan kertas Bahasa Inggeris ketika semester 1 Tingkatan 5. Aku bukan manusia yang dianugerahkan bijak berkata-kata dalam bahasa lain, tak kisah ianya bahasa Jawa, Inggeris, Arab mahupun Korea. Memang diakui, aku lemah dalam subjek bahasa.

Hari itu aku tersilap menyelitkan slip keputusan peperiksaan. Slip itu dilihat oleh guru bahasa Inggeris aku. Dia menegur aku, tentang pencapaian cemerlang dalam semua subjek tapi hanya satu yang aku tak cemerlang, corot istilah sesuai untuk kamu tafsirkan. Punyalah marah tak ingat dunia, dia beranggapan aku seolah-olah malas belajar dalam kelas dia tapi kelas lain aku ambil perhatian. Aku ingat episod tegur dan marah sikit-sikit berhenti disitu. Tapi...

Aku disuruh ke bilik bahasa selepas sesi persekolahan tamat dan sebelum sesi makan tengahari di dewan selera.

Bermulanya aku sebagai budak macam kena 'detention'. Setiap hari aku kena membuat ulangkaji tatabahasa bahasa Inggeris, tidakpun aku kena menulis karangan bahasa Inggeris sebanyak 2 karangan setiap satu 100 patah perkataan. Tajuk adalah bebas, seperti kucing, meja, pensil atau tandas pun boleh dijadikan tajuk. Dalam seminggu aku kena menghadap dia 4 kali, Jumaat dikecualikan kerana pergi solat Jumaat. Dalam seminggu itu juga, aku kena membaca satu artikel panjang dalam majalah Reader Digest milik cikgu tersebut dan terpaksa membuat rumusan mengenai artikel tersebut.

Serius, aku muak, aku menyampah, dan bosan lagi-lagi dengan buku Reader Digest. Aktiviti berjumpa dengan dia 4 kali seminggu juga menyebabkan aku adalah golongan pelajar terakhir makan di dewan selera. Kesannya, aku tak dapat minum air sirap dengan ketulan ais atau buah-buahan seperti tembikai susu kena dilupakan.

Selepas itu, kedengaran suara-suara dalam kelas aku jambu cikgu. Mereka tak tahu ketika mereka hanya perlu membuat satu karangan setiap minggu, aku membuat lebih dari lima. Itu menjadi kegilaan. Hari-hari aku duduk di bilik bahasa, meja tetap aku adalah meja bapa Malique Too Phat iaitu Sir Ibrahim. Hari-hari juga aku menghadap muka Malique dengan artis Indonesia Dian Sastrowordoyo.

Bosan, bosan, bosan.

Suatu hari ketika sesi prep petang. Budak-budak lelaki kelas aku duduk meja belakang, aku tak tahu apa tajuk awal perbualan mereka. Aku masuk dalam kelas je, salah seorang dari mereka tanya aku;

"Hari-hari ko dengan teacher ######## mesti best,"
"Apahal lak?"
"Yelah, ko tak rasa tetek teacher besar?"
"Erm, bolehlah,"

Kepada pembaca perempuan, kamu nak cakap lelaki memang dasarnya pervert, mungkin ini bukti kamu boleh tunjukkan kepada bekas teman lelaki kamu atau adik abang lelaki kamu. Aku jujur atau aku cakap lepas?

The real men keep their secret very well.

Salah satu dari golongan yang bersembang itu adalah pelajar kesayangan cikgu Bahasa Inggeris aku. Dia lebih disayangi sebab prestasi peperiksaan Bahasa Inggeris yang sentiasa cemerlang. Aku tak tahu yang kenyataan aku akan bertemu noktah sampai disitu sahaja. Tidak diteruskan.

Seperti biasa, aku melalui minggu seterusnya.

Aku masuk ke bilik bahasa, aku pergi meja cikgu tu. Aku letak karangan aku depan meja dia. Aku berdiri depan meja dia. Dia tenung aku. Tenungan dia lain macam. Gaya tenungan dia sama ketika dia marah aku pasal keputusan peperiksaan yang lepas. 2 minit lepas itu dia bersuara.

"Apa kamu cakap dalam kelas tentang saya?"
"Hah?". Aku buat muka yang memang aku tak tahu apa-apa.
"###### (nama budak jambu itu) dah bagi tahu pasal statement awak tu,"
"Yang mana ni?". Aku memang tak tahu apa-apa.
"Yang kamu cakap masa prep petang,"
"OUCH!"

Aku berpaling muka dari situ. Gila. Segan se-sangat!

Tak sangka dia tahu yang aku cakap pasal buah dada dia besar!

Muka merah tak hengat dunia. Aku memang nak cari alasan supaya dapat beredar cepat dari situ. Aku cuba berfikir alasan dengat cepat. Tapi...

"Kamu duduk sini," Dia tunjuk kerusi kosong sebelah dia.

Aku turut sahaja kata dia. Muka aku langsung tak pandang dia. Aku hanya menatap lantai simen warna kelabu. Diam seribu bahasa. Aku menanti reaksi seterusnya, yang mana aku mengagakkan nada marah akan didengari.

Aneh.

Sebaliknya berlaku. Dia begitu rilek. Siap senyum dan berkata, "Lain kali jangan cakap bukan-bukan. Jaga mulut tu,". Perbualan seterusnya berkisarkan kesalahan tatabahasa dalam karangan yang aku buat.

Perasaan malu itu masih ada. Tambah lagi satu, aku rasa begitu weird. Lebih rapat. Selama ini aku tak pernah tahu pasal famili dia. Kalau ada waktu kosong, dia cerita pasal anak dia, suami dia yang selalu out-station, pasal zaman muda dia di universiti.

Macam kisah skandal pun ada.

Untuk mengurangkan masa aku menghadap dia, aku suruh orang yang pandai membuat karangan Bahasa Inggeris aku tanpa kesalahan tatabahasa. Kurang kesalahan, kurang teguran. Maka kuranglah masa aku duduk bilik bahasa. Aku memang mempunyai perasaan yang agak weird.

Kesan sesi selalu berjumpa dia yang seolah-olah detention ini, aku memdapat keputusan baik dalam subjek Bahasa Inggeris. Terima kasih aku ucapkan.

Aku juga belajar satu benda yang tak dapat dalam kelas. Jangan mengeluarkan kenyataan lucah sesuka hati dikhalayak ramai, contohnya: "Hey, buah dada kamu besarlah!". Mungkin kena pelempang, atau kejadian sebaliknya macam kes aku. Tidak dimarahi, malah disambut dengan senyuman lebar.

Persoalan tentang cerita ini;

Adakah kamu suka apabila mendengar orang cakap kamu mempunyai buah dada besar?

Kamu akan segan untuk memberi komen disini, aku pasti!

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Jun 22, 2009

Aku tak tahu makna 'Datang Bulan', sehingga...

Tak tahu aku nak bermula dari mana. Aku rasa aku mulakan dengan benda yang geli? Sebab otak aku begitu kosong untuk menaip entri baru-baru yang mampu membuat kamu rasa gembira sedikit. Aku hampir lupa kata laluan untuk masuk blog ini. Fuhh...

Aku nasihatkan jangan makan Maggi perisa kari sambil membaca blog ini. Air sirap pun jangan.

Sewaktu dalam perjalanan aku pulang dari bilik peperiksaan kertas ketiga terakhir, aku terbau benda yang agak pelik. Baunya masam-masam, boleh dikatakan menyengat hidung. Ia bukan salah satu bau perfume. Bau ini sungguh masam, masam se-sangat.

Macam salah satu skrip cerita Melayu, "Macam pernah bau benda ni,". Aku cuba inteprasikan bau ini, cuba memadankan bau-bau yang pernah aku bau...

Bau ini aku pernah bau ketika 11 tahun yang lalu!!!

Kisah 11 tahun yang lalu...

Aku seorang pelajar sekolah rendah, memakai baju sekolah. Aku duduk bahagian 3/4 dari depan, kiranya hampir belakang juga. Belakang aku adalah gadis berbangsa India. Aku ingat namanya adalah Prema, suka ponteng kelas Moral dan suka lepak dalam kelas ketika cikgu mengajar pendidikan Islam. Alih-alih, dia pandai menulis jawi!. Sebelah Prema, budak perempuan melayu yang agak tinggi.

Perjalanan dalam kelas adalah seperti hari-hari biasa; datang kelas, belajar, main laga belalang atau polis sentri (ikut musim permainan, kadang-kadang guli, gala panjang, atau gasing), balik dari sekolah dengan berlumba basikal siapa paling sampai kedai cendol Cik Jah. Pusing-pusing sampai akhir tahun.

Ada satu peristiwa masa kelas Matematik, biasalahkan. Riuh kelas dengan suara budak-budak yang tak berhenti nak cakap. Cikgu yang didepan tu rasanya tak tahan, dia hentak pembaris kayu sepanjang 1 meter warna kuning atas meja. Semua senyap sunyi. Cikgu entah kenapa hari ini nak main permainan soalan matematik.

Permainan bermula, ikut kumpulan meja. Aku sama dengan meja Prema dan budak perempuan tu. Main-mainlah budak-budak sebaya dengan nombor 0 sampai 9 (nombor asas matematik). Kumpulan sana dapat markah, kumpulan situ kena tolak markah sebab jawab tak angkat tangan.

Cikgu ajukan soalan yang entah keberapa, tiba-tiba belum habis soalan jawab, budak perempuan kumpulan aku angkat tangan. Dia tak cakap apa-apa, dia cuma angkat tangan lepas tu tunjuk arah pintu, yang anehnya cikgu suruh budak tu keluar cepat-cepat. Lagi bertambah pelik!

Ada lagi, gaya perempuan itu keluar dari kelas. Dia bergerak dalam keadaan cuba ingin berlari pantas, tapi tidak. Lebih kurang lari-lari anak. Bertambah mendalam sifat ingin tahu adalah apabila perempuan itu berjalan dengan memegang bahagian punggung. Rias muka adalah berkerut-kerut.

Ada satu bau, bau inilah yang aku maksudkan...masam-masam. Masamnya bukan kerana cuka atau jeruk asam pasar malam. Ianya memang masam.

Aku rasa kamu tahu apa yang berlaku pada perempuan itu.

Sambung kembali...

Disebabkan perasaan jiwa muda ingin tahu, aku tanya Prema tentang apa yang terjadi pada perempuan itu. Prema jawab, "Period". Lagi aku tak faham, aku tanya lagi, "Apa benda period?", Prema transilasikan kedalam bahasa melayu, "Datang bulan le,".

Lagi aku tak faham!.

Aku tanya, "Macam mana tu?". Prema tak kisah cerita benda macam ini. "Datang bulan macam ini..bla,bla"

Istilah yang aku paling kenal adalah 'haid'. Itupun masa kelas Fiqah. Ustazah kelas Fiqah mana ada nak cerita dalam pasal 'haid'! Memanglah layak aku digelar 'slow learner' benda-benda asas dalam kemanusiaan ni. Dulu kerajaan Malaysia pernah heboh nak ajar Pendidikan Seks dalam kelas. Aku memang angkat tangan setuju. Setidak-tidaknya, bolehlah tahu apa itu makna 'datang bulan' lebih awal dari aku.

Bau masam ni, aku boleh cam. Macam ada perempuan Korea lalu dengan seluar jeans ketat sehingga menampakkan rupa pinggul, lalu sebelah berbau masam. Kompem, orang kata.

Itu sebab dalam Islam ditegah memakai ketat-ketat. Kalau kamu 'period' atau 'datang bulan', lagi berbaulah bau itu. Ditambah cuaca panas lagi. Owh, aliran angin berdasarkan rumus Reynolds menerangkan kenapa bau masam begitu kuat pada musim panas.

Kalau kamu penggemar seluar ketat, sekarang tak perlu risau rasanya. Sebab...

KOTEX KAN ADA!!!

(KOTEX adalah sejenis jenama tuala wanita)

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, Jun 12, 2009

Aku tak patut cerita benda 'perv'.

Semakin panas, semakin kurang kain yang dipakai. Harap kamu faham maksudnya. Semakin kurang kain dipakai, semakin terdedah bahagian-bahagian yang kamu tak patut tengok.

Tak kira kamu lawa atau tidak, ramai perempuan akan cuba berpakaian sebaik pakaian yang kamu patut dipakai, atau ketat-ketat. Ada beberapa kenalan aku kenal, pada mulanya pakaiannya amatlah ringkas tetapi se-sangat daring bila matahari memacak di atas kepala. Harap kamu tak terpacak!.

Ada seorang perempuan, selama ini masuk ke kelas hanya memakai T-Shirt dan jeans. Kadang-kadang memakai topi baseball. Tempat duduk adalah meja kedua dari depan. Jaraknya dengan aku adalah satu kerusi. Sekarang, pakaiannya mampu membuat kamu memandang untuk kali kedua (dan ia adalah pujukan syaitan namanya). Mana taknya, memakai T-Shirt cotton putih, yang agak kainnya. Ditambah lagi, memakai bra hitam dengan tali jenis bersilang di belakang. Kamu boleh nampak segalanya, dan hari ini dia duduk betul-betul sebelah aku!!!

Aku memang tak patut cerita benda 'perv' ini kan.

Masa kedua, aku berganjak jauh dari meja dia. Lepas itu aku pergi tandas dengan bukan tujuan yang bukan-bukan. Ada senior yang sama kelas tegur aku,
"Kenapa tukar tempat duduk?"
"Erk, tak nampak lecturer tulis apa, tu pindah,"
"Heee, sebab ada gadis seksilah tu,"

Dasar laki sama laki, kami mempunyai fikiran yang sama. Dan senior Korea aku tu, tak habis-habis mengatakan bahawa bentuk tubuh badan minah itu sungguh mantap. Baru sekarang dapat tahu, ini semua gara-gara perempuan itu memakai pakaian yang sebegitu.

Waktu sekarang, aku dengan budak bilik aku lebih gemar berjalan kaki ke kelas berbanding menaiki motorsikal (sudah 3 minggu aku tak pernah beli minyak). Alasannya, kamu boleh tengok manusia dengan pakaian kain yang serba sikit. Fesyen banjir, fesyen ketat-ketat. Kekadang aku tak faham orang yang badan besar (serba-serbi besar, tapi peha besar lebih tepat) pun nak pakai skirt pendek. Begitu horror!.

Kalau aku terus menaip, banyak lagi benda-benda 'perv' akan terus dicatatkan.

PS: Aku rindu kamu semua!.

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, Jun 04, 2009

Kool giler.

Aku nampak ada manusia pakai baju ini pergi tengok filem Terminator 4. Wow, rupanya baju ini kelihatan kool. Macam hendak memiliki satu. Tapi, bila tengok harganya, memang ngancam habis. Tengok sudah.





Berita buruk.

Fizikal komputer aku yang besar gedabak sudah rosak teruk (hardware). Dah malas hendak mengeluarkan sedikit sumber kewangan untuk benda elektronik yang sudah berusia lebih 3 tahun.

Ada siapa berminat dengan komponen lain, seperti RAM, cakera keras (hard disk 250 GB), DVD Combo Drive dan sistem penyejukan komputer aku?

Aku juga tengah mencari pembeli LCD Monitor 17 Inch, rasanya memang tak berminat kot. Sekarang zaman wide-screen. Mana main petak-petak lagi. Harga boleh dirunding, hanya untuk manusia yang berada di Korea sahaja.

Ini antara sebab aku tak ada minat mengisi entri baru, atau bermain dengan program CATIA dan MATLAB. Ini juga sebab, aku banyak menghabiskan masa di komputer orang lain. Sebab aku jarang online, juga disebabkan ini.

Bagus juga, rosak ketika waktu genting begini. Aku banyak membaca buku-buku sekolah, secara tak langsung aku kelihatan skema dengan buku bersepah diatas meja. Aku memang skema pun, cuma sekarang terlebih skema. Lagi teruk. Berita sukan, gosip artis, masalah dunia dan terbaru stadium di Terengganu runtuh pun aku tahu dari mulut orang lain.

Adeh, macam mana nak kumpul duit nak jaga anak dara orang ni? (Ada kawan aku, sibuk memikirkan duit nak kahwin sangat. Aku rasa tempiasnya sedikit)

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Jun 01, 2009

Memang sakit, sangat!.

Hari semakin panas, otak aku pun semakin panas.

Aku sungguh gembira hari ini. Se-sangat gembira. Aku hari ini buat presentation pasal wanita, dan aku buat dengan jayanya. Lepas itu dapat pujian lagi.

"Hey, you are simply the best man!"

Ini adalah secara formal aku bercakap pasal wanita didepan khayalak ramai. Kau kena jadi begitu kool tak hengat dunia. Aku juga menggayakan gaya wanita didepan kelas, yang mana orang yang betul-betul muka tembok mampu lakukan.

Aku tengah tunggu 2 minggu lagi ni.

Harap-harap tak ada perubahan.

Maaf, aku begitu sibuk nak menaip entri-entri baru. Tinggalkan komen atau soalan.


Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...