Aku mengalami trauma, sudah 2 orang kata aku orang KOREA!
(Selalunya aku dikaitkan dengan orang Indon sepanjang aku berada di Seoul)
Kes 01
Aku pergi melawat bilik Yon-Gu Sil (bilik kajian?), tidak semena-mena pelajar master UoU terkejut tengok aku. Mereka tanya pada Rahman (sebab dia selalu pergi situ, maka kenallah).
"Itu orang Korea, kan?"
"Eh, tak adalah. Orang Malaysia"
"Owh, rupanya dia sama dengan kawan saya"
Tanya dia balik, "Bukan orang Korea putih ke?"
Dia jawab, "Kan ada orang Korea yang gelap. Kawan saya gelap sebab balik dari Military Service".
Yeah, ada orang cakap aku macam Korea. Warga Korea yang gelap. Tak kisah.
Kes 02.
Ada seorang lelaki dalam kelas aku. Kelas ini aku menjadi popular sebab aku tolong transilasikan satu perkataan Korea ke dalam Bahasa Inggeris. Atas sebab itu aku popular sedikit. Sehinggakan aku pergi tandas, ada orang tunduk pada aku (gaya hormat Korea kan tunduk menunduk).
Gila. Populariti yang tak disangka.
Setiap kali mamat tu jumpa aku, dia akan kata "Hi, Good Morning". Aku pun berani bertanya tentang nama dia siapa dan pelajar tahun berapa. Alang-alang berkenalan, takkan asyik "Hi" tiap-tiap hari.
Hari ini, dia bawa kawan dia masuk ke dalam bilik eksperimen. Dia tunjuk aku pada kawannya. Lepas itu dia tanya kawan dia:
"Dia orang Korea ke negara lain?"
"Korea, mmm"
Yeah. Sekali lagi, aku senyum. Aku tanya dia balik, cakap pasal warna kulit aku:
"Tapi kan, warna kulit saya kan gelap? Orang Korea kan putih?"
Dia balas:
"Serupa dengan orang Korea, tapi...yang kerja kat ladang-ladang kat kampung"
Ok, 'kerja ladang' pun ladanglah. Tak sangka, ada orang masih ingat aku orang Korea!
Terima kasih kepada warga Ulsan. Tempat ini membuatkan aku bertambah sayang pada Ulsan lebih daripada Seoul.
(Balik bilik...)
Aku tenung cermin, "Gila, betul ke aku macam orang Korea?"
Bertambah trauma aku memikirkannya.
Kamu rasa, aku ni ada iras-iras bangsa mata sepet juga ke?
Kebosanan mencipta kelainan.
Selasa, Mac 31, 2009
Sabtu, Mac 28, 2009
[Tembak Rawak 02] Tiang Elektrik.
Masa aku tingkatan 2, aku dipelawa melawat Muzium Kesenian Islam. Itupun setelah aku bergiat aktif dalam Persatuan Pengguna. Kira masa itu, kali pertama aku pergi muzium berasaskan kesenian. Dalamnya, adalah pasal artifak Islam dan sejarah. Tapi, ada pameran tanpa-bayar: seorang jurufoto berbangsa Jepun mempertunjukkan hasilnya.
Temanya, aku rasa berkisarkan bandar, kesenian dalam bandar yang sibuk (seperti Jepun). Fokus dia adalah, lampu isyarat, tiang elektrik, bangunan yang artistik, pagar rumah, pondok telefon dan macam-macam lagi. Masa itu aku masuk pameran seorang diri, aku jalan satu bahagian, ada lebih kurang 50 gambar hanya menunjukkan tiang elektrik.
Selepas lebih 7 tahun, aku memiliki kamera sendiri dan aku cuba bereksperimen dengan idea "tiang elektrik".
"Ala, tiang elektrik pun nak ambil gambar"
"Kau memang tak ada kerja, gambar macam ini pun kata seni"
"Aku belajar letrik dalam kelas, bosan benda ni"
"Gi lah tangkap gambar orang, tiang ini buat apa"
Inilah komen orang yang berada disekeliling aku ketika aku cuba mengambil pemandangan tiang elektrik.
Dah lama aku tak bermain Photoshop, banyak benda dah lupa. Aku pakai yang ringkas-ringkas sahaja. Dalam file gambar aku, ada lebih kurang 20 lebih gambar tiang elektrik yang belum di nodai dengan Photoshop.

Ringkas sangat. Aku perlukan wayar yang banyak lagi.

Idea gambar bukan terbatas pada yang cantik dan eksotiknya, tapi pada orang menilainya.
Mungkin kamu tak suka, aku suka. Kamu suka, aku tak suka. Tak ada peraturan hakiki, kalau ada, langgar untuk mencipta kelainan.

...langit itu biru. Aku gelapkan.
Idea gambar bukan terbatas pada yang cantik dan eksotiknya, tapi pada orang menilainya.
Mungkin kamu tak suka, aku suka. Kamu suka, aku tak suka. Tak ada peraturan hakiki, kalau ada, langgar untuk mencipta kelainan.
Kebosanan mencipta kelainan.
Jumaat, Mac 27, 2009
Fakta sekitar kawasan tidur.
Semalam, aku menjadi penagih...penagih kafein. Ye, aku tak tipu. Aku 'overdose' kandungan kafein dalam badan. Puncanya, kerja-rumah yang melambak, tapi aku dah siap. Kira hujung minggu ini, aku boleh melakukan sesuatu yang luar dari jadual kebiasaan: tidur dan menelaah.
Semalam, bayangkan. Aku tak boleh tidur. 3 tin kopi Let's Be. Segelas kopi Tongkat Ali. dan kopi siapa entah yang letak atas meja. Selepas aku meneguk tanpa sedar, baru aku tahu itu milik salah seorang kawan aku.
Apa aku buat semalam tak boleh tidur?
1. Aku kemas susunan buku. Sekarang ianya kelihatan tersusun.
2. Mengemaskini segala nota dan fail. Menarik, aku mengguna fail warna-warni.
4. Menjawab pelbagai kuiz yang ditawarkan di Facebook.
5. Bermain rugby. Aku hampir kalahkan Musana perlawanan petang tadi, kena berlatih.
6. Menyepak bola milik abang.
7. Mencari bola ping-pong. Lupa, dah pulangkan pada tuannya.
8. Membuka buku College Physics setelah setahun lebih tak terbuka.
9. Membaca blog orang.
10. Fikir esok nak buat apa.
11. Akhir sekali, aku baca Twilight Saga, New Moon. Sampai subuh.
Sebabkan aku risau dengan kandungan kafein, tak pasal-pasal aku berlari atas treadmill sejauh 2.5 km semata-mata nak berpeluh petang tadi. Ada efek ke? Tak ada. Dah lama tak berlari.
Mandi, tiba-tiba keluar (aku hanya memakai tuala) ada ramai perempuan depan bilik aku!
Lupa, hari ini Open House. Sesiapa boleh melawat kami termasuk perempuan.
Aku taip ini, dan aku mahu tidur.

Rabu, Mac 25, 2009
Jujurnya lelaki itu.
Aku tak faham dengan sikap manusia yang perli orang lain tak pandai berbahasa suatu bahasa. Perkara ini banyak aku lihat di Youtube, komen-komen fitnah dan berbaur kebencian. Contohnya, (semalam aku tak ada kerja) aku lihat persembahan Tomok di OIAM.
WOW. Dia melakukan 'improvement' yang baik, semakin matang gayanya. Seperti biasa, aku suka baca komen-komen di bawah video itu. Ramai yang memperli, memperlekehkan, persenda gaya artis itu menyanyikan lagu berbahasa Inggeris. Aku tak kisahlah, dia pandai berbahasa ke tak, cuma aku kecewa dengan sikap merendah-rendahkan orang lain berbahasa selain bahasa ibunda sendiri.
Ada satu lelaki, lebih kurang 5 bilik dari bilik aku. Aku rasa kagum cara dia ingin berkomunikasi dengan aku... Serius, aku begitu sangat menghormati semangat dia untuk belajar bahasa lain.
Minggu orientasi bulan2 lalu, dia ni (aku gelar Ah Meng) berbangsa Cina dari tanah besar China. Masa sesi mengenai pendaftaran imigresen, dia tengok aku menulis borang, mungkin sebab borang itu tiap-tiap tahun aku dah biasa, aku tak ada masalah. Aku sebut 'Hi' kat dia, yelah itu salah satu cara dalam keadaan tak selesa orang pandang kamu.
Dia balas, dan dia tanya aku dari negara mana,
Aku-Hi
Dia-Hi, where are u from?
Aku-Malaysia...
Lepas itu dia tak pandang aku lagi. Setiap kali aku berlegar di ruang koridor asrama, aku selalu terserempak dengan dia. Macam biasa, sebut hi aku balas hi. Aku pun bosan, tak ada konsep 'ice breaking' disitu. Suatu hari aku tanya, dia belajar apa, berapa lama di sini...
Tapi, baru aku tahu, dia tak pandai berbahasa Inggeris.
...dan dia betul-betul nak mahir berbahasa Inggeris supaya boleh sembang dengan aku, kot.
Hari, hari, hari...dia tanya aku. "Dinner?", "Breakfast?", "Class?"
Satu ayat, tapi aku memahami soalan itu, sebab aku pernah dalam situasi dia...
Pernah aku keluar dari bilik mandi, dia tahan aku, nak tanya sesuatu...
Aku berjalan-jalan ke bilik, depan pintu bilik aku tunggu lima minit, nak dengar apa soalan yang dia nak tanya.
Selepas 7 minit (lebih kurang), dia macam dah putus asa, hanya sebut...
"Sorry, My...English...very bad"
Kesian pun ada, aku cuma senyum sahaja (bukan senyum kambing)...
Dia berkenalan dengan Musana, roomate aku sekarang. Dia nak suruh Musana ajar, tapi nak ajar pun payah kan. Alih-alih, suruh Jing Teng (budak Malaysia juga) yang ajar, senang pun senang. Sebab dia boleh berbahasa Cina.
Hari demi hari...
Tak tipu, aku lihat peningkatan dia...
Dari hanya "Dinner, breakfast, class" dia dah boleh tanya aku macam mana Malaysia, apa yang aku selalu makan ketika sarapan, apa buat hujung minggu...
Hari Selasa lepas, dia begitu seronok berbicara pasal kelas dibatalkan kerana perlawanan bola lisut Korea-Japan...
Mostly, in English. Wow!
Practice makes perfect.
Aku rasa, kalau aku nak belajar bahasa Fiji, kena duduk sana menetap 2 bulan.
Jujur betul lelaki itu nak belajar bahasa lain semata-mata nak cari kawan. Tolonglah, buang sikap mengutuk orang tak pandai suatu bahasa. Sokong mereka, walaupun ada saat yang menjengkelkan kita...bersabar sahaja.

Isnin, Mac 23, 2009
Bangun tidur disuruh bergambar...
Semalam aku lepak bilik Mang, bincang pasal kuiz Thermodynamic. Tangan aku gatal buka folder gambar musim luruh dia punya. Serius, aku tergelak bagi nak rak tengok gambar lama-lama di bawah ini.
Dulu, Mang ada buat ekspedisi solo menaiki basikal ke rumah kawan-kawan. Masalahnya, dia datang waktu pagi ke rumah-rumah kawan dia. Cuba bayangkan, sedap-sedap tidur waktu pagi, bangun, ambil gambar. Kena sokong kawan, beb. Nak tak nak...tengah lalok-lalok, ambillah gambar juga...
Hasilnya, aku tergelak tak ingat dunia semalaman... sungguh nostalgia gambar ini. Fahamilah perasaan orang bangun tidur disuruh bergambar...
PS: Maaf gambar diupload tanpa kebenaran sesiapa.

Rumah Pak Nab. Hing dengan dia je sudi bergambar.
Ini paling terbaik antara gambar-gambar lain.
Mereka sungguh 'supportive'. Muka Iman (baju oren) siap senyum lebar lagi.
Sabtu, Mac 21, 2009
Kasut: Mahal kerana populariti?

Tekan gambar untuk paparan lebih jelas.
Kasut ini ketika aku sampai-sampai di sini, harganya hanya sekitar 50,000 Won sehingga 70,000 Won. Lepas itu, dalam akhir tahun 2007, muncul kembali kasut ini. Ia dipopularkan kembali oleh Big Bang (artis meletup se-sangat ketika itu) dengan lagu Liar. Kumpulan artis ini pun tak seberapa popular, mereka meningkat naik sebab album Liar juga.
Teringat aku masa di DYTC, ada kawan Korea aku terpijak kaki aku masa melangkah keluar ke kelas, tiba-tiba cakap, "I'm So Sorry, but Love You 다 거짓말 (but liar!)". Pengaruh lagu tersebut memang melekat habis. Lagu ini masih di pasang di mana-mana kedai 24 jam yang berhampiran, termasuk kedai Fish And Grill cawangan Sam-san Dong di Ulsan City. Hebatkan mereka?
Berbalik cerita kasut tadi...
4 minggu lepas, aku merayau-rayau (kali pertama berjalan di Ulsan). Terlihat kasut ini diperagakan di ruang besar salah satu butik Nike. Harganya sekarang, yang paling murah aku jumpa 100,000 Won sehingga mencecah 150,000 Won.
Tapi boleh dapat dengan murah di pasaraya terkemuka Internet, G-Market dalam lingkungan 10,000 Won hingga 30,000 Won. Kualiti tak tahulah pula.
PS: Kasut Nike Dunk High edisi spesial Big Bang di peragakan di pameran 'Dunk Be True: Art Gallery' di salah satu tempat di Myeong Dong. Lihat lebih lanjut.
Pengaruh artis? Ada kot.
Atau, kadar tukaran mata wang asing? Entahlah pula.
Dulu aku pernah memiliki kasut sebegini dan ianya dicuri oleh malaun-malaun entah-siapa. Suspek adalah pekerja teknikal Kolej Intec di Shah Alam. Harap maaf. Sejak itu aku tawar hati dengan kasut ini.
Selamat hari minggu yang penuh dengan rumus-rumus yang dihuraikan menggunakan kalkulus.
Kebosanan mencipta kelainan.
Khamis, Mac 19, 2009
Masih-kah ianya relevan?
Tiba-tiba aku teringatkan A.Samad Said. Antara orang yang ada pengaruh terhadap kehidupan aku. Kenapa aku tiba-tiba teringatkan dia?
Begini;
1. Dulu aku masuk kuiz (soalan kebanyakan berkaitan dengan pelajaran), aku kira bernasib baik dengan soalan-soalan sehingga lah ke peringkat final. Secara tak sengaja, markah aku sama dengan seorang senior perempuan. Kami berdua kena jawab soalan seterusnya untuk menentukan tempat pertama. Soalan akhir, sebutkan nama novel yang bukan di karang A.Samad Said. Aku bukan peminat novel melayu, aku dapat nombor 2.
2. Aku amat membenci karya dia berjudul 'Di Hadapan Pulau'. Cerita pasal satu pulau berhampiran satu kampung, dan kampung itu diserang askar Jepun. Aku amat menyumpah-nyumpah dengan jalan ceritanya (ada sekali aku campak buku itu ke siling bilik asrama aku, sebab pengakhiran yang amat mem-benci-kan).
3. Disebabkan A.Samad Said, aku tiba-tiba nak baca novel Salina. Aku pernah merayau beberapa kedai buku Hj. Dawood di Klang, semata-mata nak cari novel itu. Hanya penat aku dapat.
Sebenarnya, tak ada apa-apa pun aku dengan A.Samad Said.
Aku pernah baca biografi cintanya, dia kata, dia pernah cuba mengorat anak dara dengan meletakkan surat cintanya di pasu bunga (aku tak ingat sangat bagaimana cerita itu berlaku, harap maaf). Bayangkan kalau A.Samad Said tulis surat cinta, ayat mesti berbunga-bunga kan?
Itu zaman dia. Relevankah surat cinta di zaman orang bermain SMS (aku tidak ketinggalan juganya), ber-chatting dan berbalas emel, tak pun panggilan telefon?
Aku dan Cik Eza (dia banyak berkongsi pendapat mengenai buku Mars And Venus), pernah berbincang mengenai peranan surat cinta. Aku pun tak tahu keberkesananya, Cik Eza juga kata macam segan-segan nak buat zaman sekarang. Atau dengan kata lain; agak kolot? Dalam bahagian sebelum terakhir buku Mars And Venus, John Gray mengupas dengan lebat betapa hebatnya peranan surat cinta, walaupun di zaman IT sekarang.
OK, aku dapat situasi sebenar ini. Adik saudara aku, Ijat (bukan nama sebenar), dia mempunyai masalah cinta yang 'frust' menonggeng (bayangkan budak gemuk menonggeng, haha). Dia meminta nasihat aku yang tak pernah ada pengalaman memujuk wanita.
Dia kata, penat dia pujuk awek dia yang marah pasal perli dia. Dia hantar SMS tiap-tiap hari, telefon tiap-tiap hari dan responnya? Awek itu mengatakan rimas!
Apa yang aku katakan pada Ijat tadi?
"Ko tulis je surat pasal perasaan ko...bagi kat dia,"
Aku bagi cadangan ini sebenarnya malas nak layan masalah ke-jiwang-an dia, sebab aku tengah siapkan report, lupa nak invisible YM. Nak tak nak, tolonglah juga.
Seminggu kemudian...
Awek itu OK! Semakin rapat, khabarnya.
Gila. Rupanya relevan lagi surat cinta zaman sekarang, erk. Cuma kena kreatif dengan gayanya.
Ijat, kalau kamu baca blog ini, kau jangan sedih pula. Aku memang sibuk malam itu, tapi secara tak sengaja aku membantu kau.
Ajar aku bagaimana nak tulis surat dengan baik. Aku sekarang tunggang-langgang dengan bahasa ibunda sendiri. Apatah lagi bahasa lain, kedua dan ketiga.

Rabu, Mac 18, 2009
Aku benci hari Selasa!
YE! Aku amat membenci jadual kelas aku pada hari Selasa. Penat, letih, ngantuk.
Bermula 9 pagi, sehingga 8 malam. Tengok sahaja di bawah ini (jadual aku semester ini).

Antara kejadian yang berlaku pada hari ini (Selasa):
1. Pernah makan Samgak Kimbab ala-ala bubur?
Aku lapar sangat. Tak ada masa makan tengahari. Aku hanya lepak di 7 Eleven di bawah bangunan automatif dan mekanikal. Seperti biasa aku panas kan, (hanya perlu 20 saat untuk sedap dimakan). Aku letak, tekan butang '1 minit' (tak ada butang 20 saat ok!). Aku tekan, duduk tengok TV...fikiran aku tertumpu pada TV. Tidak semenanya, berasap microwave. Hoh, gila. Kimbab aku menjadi cari seperti bubur. Petanda aku memang letih.
2. Aku tidur di perpustakaan tanpa dikejutkan.
Nak balik bilik, tak berbaloi. Aku lepak di perpustakaan bahagian buku masak-masak (masakan Perancis, Korean dan Jepun memang banyak disitu). Ingat nak studi untuk kuiz Thermodinamik, alih-alih aku tidur. 20 minit sebelum kuiz aku bangun. Petanda aku tak cukup tidur buat report yang banyak di malam sebelum itu.
3. Banyak kali sambungan wayar aku tak betul.
Aku ambil subjek Elektrikal (yang asas-asas) disebabkan salah satu subjek yang membolehkan aku grad. Kelas ini di pagi hari, peristiwa tersalah cucuk wayar menyebabkan proses eksperimen dibuat 2 kali. Alih-alih, tidak mahu menambah kerumitan, aku hanya menjaga butang 'OFF' dan 'ON' di hujung meja. Ini disebabkan report kelas ini yang melambak. Rugi aku ulangkaji bagaimana menyambung litar yang lengkap.
4. Aku hanya menatap muka cikgu, bukan papan hitam.
Subjek 'Applied Fluid Dynamic'. Kelas yang asalnya 100 peratus bahasa Inggeris, tapi disebabkan rasa belas kasihan seorang guru kepada pelajar Korea-nya, guru ini mengulang apa yang minggu lepas. Yang beza dalam bahasa Korea pula. Buat apa aku buat persediaan tajuk seterusnya? Baik aku studi untuk kuiz.
5. Kuiz yang penuh kesilapan kecil.
Kuiz ini keluar sebijik dari buku yang aku belajar. 80 peratus aku dah buat, kalau secara teori aku boleh senyum selepas itu. Lepas hantar jawapan aku, rupanya aku tersedar banyak kesilapan kecil berlaku. Akibat kurang tidur dan penat.
Minggu depan kuiz lagi. Kalau perkara yang sama berlaku, aku akan bangun setiap pagi Selasa dengan harapan hari Selasa hari cuti.
Balik, aku makan nasi 2 mangkuk (bukan pinggan). Aku kebulur, minum kopi di waktu pagi, tengahari: kimbap bubur. Itu sahaja.
PS: Aku dah siapkan segala report sebagai persediaan hari selasa yang bakal mendatang! Yeah!

Isnin, Mac 16, 2009
Jawab dengan jujur...dan terkejut!
Sejak kebelakangan ini, aku gemar menjawab kuiz yang bukan-bukan. Kuiz mengenai tarikh lahir, senyuman aku, artis aku minat, lagu yang sesuai, prestasi IQ aku dan juga orang yang macam mana aku mahu dalam percintaan. Kebanyakan jawapan, aku respon dengan...
"Hurm,"
"Tipu giler,"
"Macam-macam,"
"Haha. Lawak betul benda ini,"
Mungkin aku tak boleh terima hakikat, kot.
Tapi ada satu 'personality test' yang betul-betul membuatkan aku begitu teruja se-sangat.
Cuba tekan link ini: Tekan INI
Geleng kepala aku dengan jawapan yang diberi, aku tahu ia dibuat berdasarkan kajian. Cuma, ia terlalu tepat menggambarkan diri aku. Heng Chiang juga begitu. Dia terasa seram dengan hasilnya.
PS: Terima kasih Heng Chiang. Dah lama aku tak lawat blog kamu.
Ini jawapan diberi yang menggambarkan diri aku:
Your view on yourself:
Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.
Komen aku: 2 tahun lepas aku baru berjinak-jinak untuk menjadi 'good listener'. Sebelum ini aku orang yang sombong bodoh, rasanya. Aku mula mendapat ramai kawan disebabkan sikap baru ini.
The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.
Komen aku: Aku belum melepasi tahap 'I'm in love'. Aku bersikap neutral pada kenyataan ini.
Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.
Komen aku: Ya, itu yang aku lakukan. Terima kasih kepada buku 'Mars And Venus'. Buku yang membuka mata bagaimana melihat wanita itu cantik pada segalanya.
The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?
Komen aku: Aku ada 'secret admire'?. Aku tak tahu. Dah namanya 'secret'. Aku serius memilih orang? Antara sebab orang kata aku cerewet. Entah.
Your views on education
Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.
Komen aku: Ini yang mengejutkan aku. Aku berfikir belajar dalam kelas hanya 20 peratus impak dalam hidup aku. Selebihnya aku banyak belajar dari orang tua dan rakan sebaya. Aku memang nak cepat habis belajar dan bekerja.
The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.
Komen aku: Aku tak suka jadi orang berharta. Sebab aku takut lupa tuhan. Sederhana? Pilihan aku, itulah seadanya.
How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.
Komen aku: Aku pernah jadi Tokoh Pelajar Terbaik tapi aku tak gembira. Sebab aku hilang ramai kawan yang sama kepala dengan aku. Sejak itu, aku tak suka menjadi nombor satu.
What are you most afraid of:
You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.
Komen aku: Secara jujur, aku lelaki tipikal. Tak mahu libatkan orang sekeliling aku dalam masalah aku.
Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.
Komen aku: Aku boleh mengemas seluruh bilik secara tiba-tiba di waktu pagi buta. Jangan pelik kalau aku tak sentuh langsung penyapu selepas seminggu. Aku berusaha menjadi orang yang 'cool' tetapi kadangkala menjadi gelabah tak tentu pasal.
Pesanan aku, buatlah. Seronok dapat menilai diri kita macam mana.
Pagi isnin ini terlalu indah untuk tidur. Mari bermain dengan litar elektrik yang serba serabut.

Ahad, Mac 15, 2009
[Tembak Rawak] Edisi Pertama: Tembak Rawak 01
Aku ini sekarang cuma mengambil gambar sekeliling secara rawak (bebas tanpa tema). Sekarang aku se-sangat malas nak upload gambar ke dalam FlickR. Baik aku letak disini saja bukan?
Bermulalah episod pertama tembak rawak [TR] yang serba hampeh.
PS: Aku pegang balik kamera aku setelah hampir sebulan tidak berinspirasi dengannya. Terima kasih kepada Vicky dan Christina, mereka menghidupkan kembali minat aku pada kamera aku.

Sabtu, Mac 14, 2009
Entah betul atau tidak.
Aku jawab soalan kuiz mengenai tarikh lahir aku. Semua lebih kurang sama dengan kenyataan tentang orang yang lahir pada bulan November. Cuma satu, aku tak suka menjadi doktor...
Sebabnya, aku benci bekerja dengan darah.
Has lots of extraordinary ideas.
Difficult to fathom.
Think forward.
Unique.
Brilliant.
Sharp thinking.
Fine, strong clairvoyance.
Make good doctors.
Dynamic.
Secretive.
Inquisitive.
Know how to dig secrets.
Always thinking.
Less talkative.
Amiable.
Brave. generous.
Patient.
Stubborn. hardhearted.
Determined.
Never quit.
Hardly become angry unless provoked.
Love to be alone.
Think differently.
Sharp-minded.
Motivate self.
Doesn't appreciate praises.
High-spirited.
Well-built, tough.
Deep love, emotions.
Romantic.
Uncertain in relationships.
Homely.
Hardworking.
High abilities.
Trustworthy.
Honest.
Keeps secrets.
Cant control emotions.
Unpredictable.
Soalan ini aku jawab dari Facebook. Eh, Facebook berubah wajah, Friendster nak ikut pula. My Space yang masih dengan identitinya.
Aku suka Facebook kerana lebih mesra alam dan senang berhubung dengan kawan lama.
Aku neutral pada Myspace. Disebabkan ini ruang band bawah tanah mempromosikan lagu mereka, aku buat juga akaun Myspace.
Aku rasa nak delete sahaja Friendster. Tapi tak nak, sebab banyak kenalan lama ada dalam Friendster. Nak suruh mereka main FB, nanti mereka kata "Tak biasa la"
Apa-apa saja...
Kebosanan mencipta kelainan.
Sebabnya, aku benci bekerja dengan darah.
"What does your birthday say about you?"

Nota Ringkas : Isu Berat.
Tak tahu bila pula aku tulis benda ini, rasanya masa orientasi kemasukan pelajar asing untuk pelajar University of Ulsan. Aku bosan sangat kot...
...dan benda ini juga dibincangkan oleh Cik Nurmaziah (puas hati aku mention nama kau di sini? Haha)
Macam ini nota kaki aku...
"Kalau ada doktor cakap, aku akan mati dalam masa 6 bulan...
Apa aku kena buat?
1. Pergi sembahyang jemaah tiap-tiap hari. Kebiasaan kita tengok, duduk atas sejadah. Macam dalam drama Melayu.
2. Lotus Eater style? Duit simpanan dilaburkan sewa satu tempat yang lawa. Makan minum terjaga, lepak situ sampai mati. --> Cara barat.
3. Macam watak dalam 7 Pounds. Buat amal kebajikan kepada 7 orang. Nak jadi pengikrar penderma jantung, mata, buah pinggang... apa sahaja organ badan yang boleh diderma.
4. Macam hero dalam drama Kisarazu Cat Eyes. Buat segala benda yang tak pernah buat.
---> Menubuhkan band. Buat konsert amal.
---> Bercinta.
---> Kutip sampah di laut.
---> Melancong seluruh negara.
5. Bucket List. Aku cari sponsor untuk menghabiskan saat kematian aku. Terutama orang kaya.
Orientasi memang membosankan"
Memang beruntungkan kalau Allah tunjukkan kita bila kita bakal mati.
Otak aku ligat berjalan kalau aku tak ada benda nak buat.
Tapi, tak sangka. Dalam tempoh kebosanan aku diingatkan tentang mati.
Alhamdulillah...
Kalau aku diberi pilihan seperti mana di atas, aku tak tahu nak pilih mana satu. Atau aku perlu berlagak seperti orang yang tak sakit, senyum setiap hari, seperti tiada apa yang berlaku.
[Muzik belakang tabir: Feeling Good by Muse]

Khamis, Mac 12, 2009
Fakta yang tak Penting.
Bahang semester ini mula terasa. Dah ada 4 laporan mengenai litar elektrik kena siapkan. Rasa menyesal mengambil kelas yang berkaitan elektrik, ingat dia ajar asas sahaja. Rupanya 'asas' dalam takrifan pelajar kejuruteraan elektrik.
Kekadang aku buka blog aku sendiri. Nak tengok juga komen yang kamu tinggalkan. Lepas itu, tengok 'live traffic feed' kat bawah tu.
Antara perkataan yang mereka 'search' di Google menyebabkan mereka tiba di blog ini:
1. Isteri, Perempuan...
2. Boys Over Flower
(ramai yang lawat blog ini sebab word ini)
3. KTM Berhad
4. Ipod
(segala macam yang berkaitan dengan Ipod)
5. Basikal
6. Kasut Bola
(ada satu entri aku tulis macam cerpen pasal kasut bola)
7. Filem Lucah Terbaik
8. Rupa salji.
9. Drama Jepun
dan aku paling terharu sekali...
orang yang google Dandelinoid, semata-mata nak baca blog ini...
PS: Terima kasih banyak-banyak.
Cuba kamu taip Dandelinoid. Hanya yang berkaitan dengan nama ini dan blog ini saja yang muncul.
Apa-apa pun...

Rabu, Mac 11, 2009
Sekadar Mimpi Selepas Subuh.
Aku tak kisah sesiapa nak cakap gadis yang muncul dalam klip video Aizat adalah comel belaka, bukan hot. In my man-sense view: she's hot. Noktah!
Haha.
Mimpi ini berlaku pagi tadi.
Aku bersama adik saudara aku, Ijat, dalam percubaan mencuri pandu kereta milik mak dia. Kereta wira hitam special edition, kalau tak silap. Cubaan ini dilakukan didepan rumah aku sendiri, dimana mak Ijat (yakni mak cik aku juga) melawat rumah famili aku untuk Hari Raya.
Orang yang memandu, adalah aku. Ijat sebagai penunjuk arah. Dalam perjalanan kami, tak ada situasi dimana kami perlu menekan brek (tafsiran disini: jalan lengang tak ada kereta, tak ada lampu isyarat). Kami bawalah kereta sehingga masuk ke lebuhraya persekutuan. Anehkan...tak ada kereta, lengang pula tu. Ianya memang mimpi...
Lebuhraya pasti ada tol, bukan? Ada tol, kenalah tekan pedal brek.
Ini bahagian mimpi yang membuatkan aku berpeluh-peluh ketika tidur. Aku tekan pedal brek, tapi tak berfungsi! Kereta ini sekarang menuju salah satu lorong tol, tapi halaju kereta masih tinggi!
Kami langgar palang tol (yang boleh turun, naik tuh). Langgar!
(jantung aku berdegup kencang, sekencang-kencangnya)
Habis barai bahagian depan kereta. 70 peratus bahagian depan kereta hilang! (mimpi apa benda boleh jadi). Ingat sampai situ sahaja, ada lah pula kereta peronda PLUS mengikuti kami dari belakang dengan siren yang kuat se-sangat. Kereta peronda tiba-tiba mencilok berada di depan kereta kami. Tak ada brek, langgar kereta peronda itu pula.
Memang kerosakan teruk.
Waktu ini juga gelabah. Kereta peronda PLUS telah menjadi 5 buah kereta. Aksi kejar-mengejar seperti dalam drama Gerak Khas berlaku.
Cilok sana, cilok sini. Kami selamat dari dikejar oleh kereta peronda.
Keluar dari kereta...
Ada seorang gadis yang lawa se-sangat berdiri depan aku, marah pada aku.
Dia cakap dengan nada yang agak terlalu marah...
"Kenapa lambat sangat awak bertindak?"
..........
.........
........
.......
......
.....
....
...
..
.
Maria, Ave Maria... Maria Ave Maria...
(lagu OST filem 100 Pounds Beauty versi Korea)
PS: Bunyi alarm HP aku adalah lagu 'Ave Maria'.
Dah pukul 10 pagi.
Persoalannya, siapakah gadis itu?
Muka aku tak cam se-sangat. Sebab bahagian akhir mimpi berlaku terlalu pantas.
Tapi, ianya bukan gadis yang aku anggap hot dalam klip video Aizat.

Selasa, Mac 10, 2009
Awek ini hot tak..?
Aku tak tahu. Cuba kamu lihat...
Hot tak...?
Aku rasa hot se-sangat.
Adakah aku perlu pandai bermain gitar...
Atau aku perlu kurus seperti Aizat...
Atau aku perlu pandai menyanyi seperti Aizat?
Itu bukan fokus utama.
Awek dalam klip video tu memang se-sangat hot.
PS: 15 minit sebelum bermulanya sesi kelas 9 jam, rehat hanya sejam. Macam kerja.

Sabtu, Mac 07, 2009
Aku tak bosan, untuk waktu sekarang.
Yeah. Kekerapan aku menaip isi blog berdasarkan kadar kebosanan.
Aku tak ada idea.
Jom layan lagu 'Twickhead-Guris"...
Lirik:
Ku percaya padamu
Menghulurkanmu
oh..tanganku
Ku percaya padamu
Ku turutimu
Oh..hendakmu
Kau mengkhianati aku
Kau permainkan perasaanku
Kau menikam dan meludahku
Kau dekatkan
Warnamu
Sendiriku menangis
Menangis dalam kekecewaan
Ku sendiri
Menangisku ku menangis
Menangis dalam keseorangan
Oh…
Sendiriku pelajari
Pengalaman hidup sendiri
Ku sendiri
Relakan relakan
Agarku mampu berdiri sendirian…..
Aku kembali ke dalam 'gua'.
Eh, aku tengah berusaha menaip Love Story aku yang lepas-lepas...
Aku tak bosan.
Aku tak boleh habiskan entri seperti biasa, 'Kebosanan mencipta kelainan'.

Khamis, Mac 05, 2009
[Bosan Lampau 06] One Litre Of Tears.
Drama yang penuh inspirasi.
Zhaf, walaupun gaya dia seolah-olah mat rempit, drama ini mampu mengalirkan air mata dia.
Kesimpulannya, drama ini terlalu sedih. Beberapa babak sahaja yang agak lucu, yang lain: sedih memanjang.
Drama ini mengisahkan seorang gadis muda yang sihat, atlet bola keranjang. Tapi dia ditimpa musibah, penyakit saraf yang memaksa dia tak boleh berjalan, bercakap dengan betul. Nak aku spoiler drama ini? Baik tengok sendiri. Ramai yang minat drama Jepun cuba promosi kat aku tentang drama ini. Terima kasih kepada siapa yang promosi pada aku , yer.
Bila aku habis tengok drama ini, air mata tak sampai seliter. Cuma drama ini memberi kesan terhadap hidup aku. Membuat aku terfikir, apa hala tuju hidup aku. Hidup aku masih sihat, tapi apa yang aku sudah lakukan pada manusia lain. Orang cacat pun ada niat nak tolong manusia lain.
Lupa, drama ini berdasarkan cerita sebenar.
Apa aku dah buat pada manusia lain?
Adakah aku menyusahkan orang lain, menjadi beban?
Adakah kita cukup bagus menilai orang lain?
Siapa disamping kita bila susah?
Adakah kita hipokrit pada manusia cacat?
Banyak persoalan dalam drama ini...
PS: Fasa serabut memilih kelas untuk semester ini sudah lepas, tinggal nak belajar betul. Drama ini memang penuh inspirasi untuk meneruskan pembelajaran...
Kebosanan mencipta kelainan...

Selasa, Mac 03, 2009
Filem Lucah dan 4 orang Bang-la-desh.
Aku menaip ketika mood menulis dalam keadaan separa sedih. Nanti aku ceritakan kenapa.
Entri ini tidak merosakkan bangsa apa-apa, cuma ia menjadi kenangan paling lucu aku selepas beberapa hari aku berada dalam episod kehidupan baru aku.
Ahad yang lalu, perlawanan akhir Carling Cup di TV memang aku nantikan. Mulanya aku bercadang nak menonton sahaja di komputer peribadi aku, tapi memandangkan aku lambat buka web Afreeca.com, banyak slot menonton sudah penuh!
Jalan lain, terpaksa pergi bilik TV asrama. Mulanya aku seorang diri, lepas itu Zhaf muncul. Kira aku tak bosan tengok bola. Selepas separuh masa kedua, datanglah 4 orang Bangladesh. Aku tahu sedikit info tentang mereka. Mereka ada pelajar 'master' dan sudah pasti umur mereka lebih tua dari aku.
Antara perkara yang aku gelak tentang mereka...
Gaya pakaian mereka umpama duduk di Alaska. Pakai baju belon (baju ini memang sesuai untuk cuaca suhu negatif), memakai skaf tebal, pakai snow cap... dan last sekali, memakai kain pelikat.
Kalau kamu penggemar memakai kain pelikat ketika berjalan-jalan di Malaysia, jangan pakai di Korea. Ada seorang kawan aku hampir dirogol lelaki tua berbangsa Korea. Dia ingat kawan aku itu perempuan yang memakai skirt panjang.
Sambung balik...
Aku dan Zhaf khuysuk tengok perlawanan itu. Final kan? Kami tak cakap banyak, kalau cakap pun berkisarkan perlawanan yang sedang berlangsung. 4 orang Bangladesh tadi dah macam komentator RTM (Hasbullah Awang?), hebat mereka komen. Mulanya mereka sembang pemain bertaraf bintang EPL, lepas tu berubah ke Liga Sepanyol. Eh, patah balik ke Liga Itali. Hebat mereka...
PS: Aku tak faham bahasa Bangladesh, aku dengar nama-nama kelab dan pemain yang mereka sebut dalam loghat bahasa Bangladesh la...
Habis tempoh 90 minit perlawanan. Terpaksa bermain pada masa tambahan. Aku dan Zhaf keluarlah dari bilik TV, buat air, pergi tandas.
10 minit lepas itu...
Aku baru nak masuk balik. Aku tengok dari luar, tempat duduk aku dah di ambil alih oleh salah seorang dari 4 orang Bangladesh tadi. Rancangan perlawanan bola telah diubah, aku lihat kaca TV...
Masya-allah!
Aksi lucah pelakon Korea, lelaki dan perempuan di atas meja makan...
Aku pun selamba masuk ke bilik itu. Aku lihat semua tak perasan aku datang dari belakang. Kira mereka khusyuk habis. Tadi mereka bising kan masa tengok bola, tapi mereka senyap. Sunyi. Tanpa suara.
Aku keluar balik... aku gelak dulu kat koridor asrama. Lepas itu aku cakap kat Zhaf.
Aku cakap,
"Budak master tengok blue dow!"
Aku tengok jam di komputer aku, pukul 2 pagi. Patutlah mereka masuk bilik TV waktu begini.
Filem lucah secara percuma untuk tayangan dewasa berusia 19 tahun ke atas.
Barangkali mereka sangap, siap tengok filem lucah ramai-ramai. Macam zaman sekolah pula rasanya.
Aih, kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Mac 02, 2009
Hari Sam-Gak Kimbap?
Aku tak tahu lah macam mana negara satu bangsa banyak hari-hari yang unik ke tak. Cuma pandangan aku pada Korea, macam tak banyak hari yang spesial. Contohnya, hari keputeraan baginda, thaipusam, blah, blah (Malaysia banyak sangat cuti, itu sebab produktiviti negara tak sehebat negara lain?).
3 hari lepas aku terpandang papan iklan di GS Mart (kedai 24 jam ala-ala 7 Eleven).
Promosi Sam-Gak Kimbab (triangle kimbab). Aneh, ada juga hari macam begini. Hari dimana Sam-Gak Kimbab dijual dengan murah, siap free minuman teh hijau. Takpun air jus nenas, oren bergantung pada tempat di beli.
Sam Gak Kimbab
Esok 3.3 tahun 2009. Sebab esok akan muncul 3, dan ia merujuk pada segi-tiga (Sam-Gak), maka dengan tak rasminya kedai GS Mart menjadikannya hari Sam-Gak Kimbab. Hari yang tak termasuk dalam kalendar cina dimana ada gambar kuda di bawahnya (kalendar kalau nak judi main kuda).
Sam Gak adalah inovasi penduduk tempatan terhadap makanan bernama Kimbab (kat Jepun pun ada rasanya). Nasi yang dikepalkan sehingga terbentuk segi tiga, dalamnya disumbatkan makanan seperti Camci (ikan tuna), daging lembu, sotong pedas, mayonis tak pun telur. Orang Korea kata, mereka adalah bangsa yang sibuk maka Sam-Gak Kimbab adalah makanan yang serba pantas. Cara hendak buka plastik Sam-Gak Kimbab ada cara tertentu, kalau tidak anda hanya makan nasi tanpa Kim (rumpai hijau), yakni makan Kimbab dalam keadaan 'bogel'.
Segan betul kali pertama makan Sam-Gak Kimbab, sebab aku makan dalam keadaan Kimbab itu 'bogel'.

Hari Peppero. Hari yang penuh batang-batang coklat.
Ini hari yang paling aku tak faham langsung. Hari Peppero jatuh pada 11.11 setiap tahun di Korea. Disebabkan pada hari tersebut banyak tiang (4 batang tiang pada 11.11, kan?), entah-siapa-yang-bijak sangat menjadikan hari itu hari Peppero.
Peppero adalah biskut batang yang disalut coklat, ada yang letak kacang dan banyak jenis. Kalau aku jadi pemilik kilang biskut Peppero, aku sukalah. Jualan boleh naik setiap tahun menjelang bulan November. Tapi kalau aku jadi pemilik kilang yang mempunyai produk biskut batang coklat, sudah pasti aku akan 'hangin' satu badan. Sebab, rupa produk sama dengan Peppero, nama produk Apollo (contoh sahaja), mesti orang Korea cakap itu Peppero. Fikiran tipikal masyarakat Korea. Hampeh.
Pernah aku tanya, kenapa ada hari Peppero. Aku tujukan pada Shi. Tak tahulah mamat bulu lebat (popular di kalangan pelajar Korea kerana memiliki bulu tak ingat dunia) tipu aku ke tidak. Dia jawab, hari Peppero di cipta untuk hilang 'stress' pelajar Korea yang sibuk belajar.

Rupa Sam-Gak Kimbab yang tak 'bogel'

Peppero yang bersepah di luar kedai.
Ok, sebagai rakyat Malaysia. Ada hari yang kamu nak cipta sebagai cara nak melariskan produk kamu?
Misalnya, (yang aku sempat fikir)
1. 7 haribulan 7 setiap tahun, air 7-Up menjadi separuh harga (ramai ke suka air 7-Up?).
2. 5 haribulan 5 setiap tahun roti sambal ikan bilis High 5 juga menjadi separuh harga. Beli, percuma air kotak susu UHT ke, ok?
3. 19 haribulan 1 (menjadi 01), daging sosej 1901 juga menjadi separuh harga. Tak pun, beli set dapat teddy bear ke, key chain ke.
Ada idea untuk menambah senarai diatas?

Ahad, Mac 01, 2009
Budaya Makan 'Menyimpan'.
Ketepikan kes aku tertinggal seluar di Malaysia. Aku nak buka minda dan hendak kongsi pendapat kamu tentang budaya makan yang pasti ada dikalangan kita. Perasan atau tidak, mari fikirkan situasi ini...
Ashraf seorang peminat nasi lemak sambal sotong. Macam biasa, nasi lemak sotong pun ada telur kan? Si Ashraf ini makan nasi lemak seperti manusia lain makan nasi lemak. Makan-makan, habislah sotong, nasi dan kacang. Ada satu bahagian dalam nasi lemak dia tak makan lagi: telur kuning. Selepas dia menjilat-jilat saki baki sambal, dia membuka mulut seluas-luasnya. Sumbat telur kuning...nyum, nyum.
Pasti ini fenomena biasa kan di kalangan kawan-kawan kamu semua?
Aku pun ada juga. Kalau aku makan burger daging tak kisah ianya di beli Mc D tak pun gerai brader berambut panjang dan bermain gitar di kala pengunjung gerai tak ada, aku akan pastikan makan semua bahagian burger itu dan tinggalkan daging burger untuk santapan terakhir.
Begitu juga burger sosej dan benjo.
Tabiat ini kebiasaan manusia ke atau tidak?
Tolong eh... nak tahu pandangan kamu juga.

Langgan:
Catatan (Atom)