Khamis, Disember 31, 2009

Pilih jalan sendiri, itu lebih manis.

Ini entri yang terakhir di-postkan secara automatik pada tahun 2009.

Sebenarnya, aku kurang gemar dengar cerita orang berjaya. Seperti kisah Bill Gates yang berhenti dari belajar dan membina empayar Microsoft.


3 Tapak Kaki
Adik aku nak jadi seperti aku, tapi aku kata, "Jangan!". Patutkan aku berkata begitu?


Itu satu contoh. Takkan aku nak berhenti belajar lepas itu aku rosakkan komputer. Alasan hendak lebih tahu tentang cip-cip dalam komputer. Tak mahu. Alhamdulillah, ada pihak hendak menaja aku belajar hingga sekarang.

Bilangan manusia sekarang semakin meningkat. Sudah berbillion. Bayangkan, kalau semua manusia ini bergerak dalam satu lebuhraya, paling kerap aku lalu lebuh raya adalah lebuhraya Kesas. Sesaklah lebuhraya tu. Aku masuk, kau masuk dan dia pun masuk. Pergerakan orang akan menjadi seperti semut.

Sebab itu, ada orang ambil inisiatif lalu jalan lain. Kalau hendak ke Muar, biasanya lebih mudah melalui lebuhraya Utara-Selatan. Nampak papan tanda 'Muar', keluar. Kalau hari biasa, oklah. Kalau hari macam hari raya? Naya beb. Aku lebih gemar keluar mana-mana susur yang menghala ke negeri Melaka. Kiranya dalam perjalanan ke Muar, boleh aku singgah mana-mana kedai yang menawarkan murtabak Singapura. Sedapnya oklah, tapi kuantitinya, WOW!. Jalan kampung juga boleh lihat anak-anak kecil berlari-lari di bahu jalan sambil membawa tabung penuh dengan guli.

Berlainan dengan lebuhraya, walaupun pantas kau hanya lihat deretan pokok yang sama jenis dan susun teratur dalam keadaan tertib. Bosan bukan?

Seperti itu juga kehidupan, mungkin jalan yang aku ada sekarang membolehkan aku jadi survivor sementara. Mungkin jalan ini juga bakal menawarkan rezeki lebih baik. Tapi, rezeki tu bukannya dari tangan kita. Semua itu pemberian-Nya.

Ada orang habis belajar dalam masa 3 tahun dan sudah memiliki katil sendiri. Itu orang lain, jalannya lain.

Jangan suruh aku jadi seperti saintis yang menghabiskan riwayat hidup mengkaji sehingga lupa hendak berkahwin. Aku juga ingin memiliki keluarga sendiri.

Ikut cara orang lain berjaya sebenarnya lebih susah sebab kita tak tahu batas kita sendiri.





Akhirnya, hendak berakhir tahun 2009. Lengkaplah satu tahun kalendar Masihi. Ada manis, ada masam, ada buruk. Tahun depan kita ingin menjangka suatu yang baik, lebih baik dari tahun sebelumnya. Harap itu yang berlaku.

Usahalah kearah itu...dan tahun depan, banyak benda aku akan lalui. Semuanya, banyak akan menjadi yang terakhir.

Seperti, tahun terakhir menjadi pelajar bawah graduasi.
Hari sukan terakhir, hari keluarga terakhir, makan malam terakhir.

Aku berfikiran positif untuk menghabiskan pembelajaran tepat pada masanya. Insya-Allah.

Dan...ini entri yang terakhir pada tahun 2009.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Disember 28, 2009

Minah motor yang sudah mati.

Aku tak mahu bermimpi orang yang sama setiap minggu. Tiada variasilah begitu kalau bermimpikan orang yang sama.

Balik-balik dia, balik-balik dia. Agak-agaklah!

Motor Orang
Motor hitam yang gemuk, berat macam haram.


Pagi tadi aku terbangun. Ini mimpi lebih dahsyat.

Dalam mimpi aku, aku sedang berjalan-jalan menaiki skuter hitam beroda dua. Aku pusing-pusing sekitar kawasan universiti. Lepas itu aku melintas jalan besar. Mulanya cuba hendak memakir didepan GS 25 (ala-ala 7 Eleven). Tapi disebabkan tempat yang aku hendak tuju jauh dari kawasan memakir, aku gagahkan juga mem-press minyak.

Akhirnya, aku sampai betul-betul depan kedai Takoyaki.

"Kak, bungkus 1. Yang harga 3000 won yer. Yang pedas, erk!" seru aku dari helmet muka penuh (full face).

Setelah aku bayar, aku teruskan memutar minyak dan berhenti di taman berhampiran bandar. Aku duduk kejap. Ada minah motor lalu depan aku. Motor superbike. Dia lambai tangan. Lepas tu buka helmet.

"Meh, kejar saya!" lalu bunyi 'broom, broom, broom'. Aku yang hendak makan takoyaki dah jadi makan asap.

Aku seluk poket, nak keluarkan kunci. Aku start enjin dan pulas minyak.



Faham-fahamlah, skuter je pun. Tapi aku masih ada hati nak kejar minah motor itu yang serba hot.

Akhirnya, aku rasa macam tak berbaloi nak kejar wanita itu.



Aku bawa perlahan-lahan.



Di satu jalan, ada polis trafik melambai-lambai suruh bawa perlahan. Aku memang dah perlahan ketika ini. Nak perlahan apa nya lagi. Aku perlahankan juga.

Rupanya ada eksiden berlaku. Antara motor dan lori. Aku pandang rupa motor itu yang tersadai dibahu jalan. Aku bawa lagi perlahan. Aku tengok ada orang tengah diusung dari bawah lori.

Keadaannya parah.

Aku diam sambil bawa skuter perlahan-lahan.

......... habis.




Persoalannya, kenapa dia kerap berada dalam mimpi aku? Owh, dem.

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Disember 26, 2009

Telur yang sudah sejuk.

Apa yang kita monolog sendiri yang didengari oleh orang lain, itu adalah monolog luaran.

Aku bercakap seorang diri terhadap telur rebus berkuahkan 'khocujang'. Ada orang tegur...

AT07-Sydney City.
Mamat ni suka makan telur, rasanya.


"Mana satu kedai 'twigim' (goreng-goreng) yang best?" tanya kawan aku.
"Yang bukan depan belakang U terus, gi sebelah kiri sikit," arah aku.
"Owh, kau nk beli gak ke?". Nada suara suruh aku belilah tu.
"A'ah," aku jawab. Nampaknya, aku yang kena beli.
"Amik ni, 2000. Beli sotong je,"

Aku hari itu dah makan sotong, tapi nak tukar selera makan telur rebus lak. Cuaca pun hampir negatif, memang sedap la makan telur rebus panas dengan 'khocujang'. Nak makan 'bungopang' tapi yang port yang sedap kena pergi pintu universiti yang lain pula. Malas.

Mencanguklah aku menunggu giliran untuk pesanan bungkus. Hari sejuk, ramailah pelajar singgah ke kedai makcik ini.

Bila aku dah dapat, bergegaslah aku ke arah kawan aku yang sedang bergaya macho dengan motor gemuk hitam lagi. Pecut terus nak balik ke bilik. Dah tak tahan dengan cuaca sejuk hari ini. Masa aku kat atas motor itu, aku fikir, "Memang best dapat makan telur rebus panas-panas sambil tengok IRIS,". Sangkaku.

Lepas motor sudah diparkirkan.

Aku memegang telur dalam plastik...

"Argh, telur aku dah sejuk!!!"

Kawan aku menoleh, "Woi, agak-agakla nak cakap tu. Tau lah kat sini,"

Sambil tengok kanan kiri. "Nasib baik kat sini,".

Kalau aku kat persekitaran ramai berbahasa Melayu, mungkin ramai dah gelakkan aku.



Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...(sambung sendiri)

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, Disember 24, 2009

Pelari pecut minit akhir.

"Last-minute sprinter!"

Ada budak obses dengan cerita dia yang mengamalkan belajar di minit-minit akhir. Aku juga antara orang sebegitu, tapi tak selalu berkejaran di minit-minit akhir.

Ready and go...

Berlari laju di awalan, mengah juga di akhiran. Berlari anak macam menjengkelkan pula.


Pernah juga disogok oleh pakar motivasi, "Study smart, don't study hard". Aku rasa benda ini tak boleh pakai kat peringkat atas pembelajaran. Untuk budak-budak SPM, PMR dan UPSR, silakan. Sebab sistem pelajaran kita masih berteraskan peperiksaan. Soalan-soalan sudah diramalkan, bentuk soalan sudah dirangkakan. Guru-guru pembuat soalan sudah dijemput, bagi tips itu dan ini. Kiranya senang!!!

Sebab itu disebut, SMART!,

Disini tiada selang antara kelas terakhir dan minggu peperiksaan. Tak ada 'study week'. Kelas terakhir hari Jumaat, tapi kertas yang bakal dijawab keluar hari Isnin. Dalam selang 2 hari itu, tak boleh tumpu satu subjek sahaja. Sebab ada kertas lain pada hari Selasanya.

Itulah yang berlaku sudah hampir 3 tahun. Perlu berlari juga di minit-minit akhir.




Sudah masa hendak berehat dari buku-buku yang penuh tulisan palang-palang. Keputusan tunggu nanti. Aku merasakan akan terlingkup semester ini. Harap bukan itu yang terjadi.

Padan muka, nak cepat sangat nak penuhkan syarat graduasi!

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Disember 23, 2009

MP3 pertama: iPod Shuffle.

Pada awalan, ramai mengatakan:

"Apesal kau beli iPod? Susah nak transfer lagu, kena convert file, bla, bla...kena ada iTunes, bla, bla"


Harga iPod ketika itu memang tak kompetitif kalau nak dibanding dengan ruang simpanan cakera keras (storage disk). Ketika itu baik pakai MP3 lain: Creative, iRiver, bla, bla, bla..

Saiz lagi besar, murah dan tak payah nak convert lagu ke dalam bentuk MP3 atau MP4.

Aku akui pada awalannya memang payah nak guna iPod. Sebab orang sekeliling aku pakai benda yang lebih senang nak pakai. Tapi aku berdegil juga hendak memiliki iPod ketika itu. Lantaklah apa orang kata.

Tapi sekarang dah ramai memiliki iPod lebih canggih dari aku punya: Orang-orang yang pernah kata iPod ini memang payah nak pakai. Orang-orang ini juga dah banyak kali bertukar MP3. Masalah rosak atau apa lagi entah. iPod Shuffle aku masih berfungsi sampai sekarang, masih digunapakai untuk aktiviti harian. Ke kelas, ketika hendak tidur, berjalan jauh, naik flight, pergi merantau, joging bersama-sama.

Memang benar orang kata, alah membeli menang memakai.






Sekarang dah ramai ada iPod Touch 3rd generation, aku tak mahu, sebab aku ada yang 1st generation. 1 lebih baik dari 3 bukan?

PS: iPod Touch aku berjaya membantu aku menyelesaikan soalan Heat Transfer dan kalkulus aku. Lain kali jangan lupa bawa kalkulator saintifik bila hendak masuk bilik peperiksaan, ok!

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, Disember 22, 2009

Tiada siapa tahu waktu untuk bersedih

Lapang sebelum sempit. Sihat sebelum sakit.

Bila ketawa berdekah-dekah, ingat-ingatlah ada hari sedih bakal dilalui. Ini berlaku pada semua orang bukan? Aku, kau dan orang ramai.


Look To The Sky, And Smile.


Orang Jawa panggil majlis kebumikan jenazah, 'layat'. Betulkan kalau silap. Aku pernah mengikuti episod bagaimana jenazah dari sesi di bacakan Yasin, dimandikan, disolatkan dan dikebumikan. Aku pernah jadi naib johan untuk hari amal islami bagi kategori solat jenazah. Yang ini lebih realistik, dicampur dengan persoalan anak yang mana akan menemani jenazah bapanya.

Ketika itu, aku agak obses bagaimana proses ini berlaku. Sebab bukannya setiap hari dapat belajar benda sebegini.

Banyak kali aku ditegah, jangan masuk kesitu kesini.

Paling dekat aku dengan jenazah adalah apabila jenazah itu hendak dimandikan. Jenazah itu dimandikan di awal pagi. Budak-budak mana nak bangun pagi. Tapi aku bangun juga, sebab nak tahu macam mana nak memandikan jenazah.

Pertama kali, bau. Memang menusuk hidung. Aku lihat ketika itu, yang memandikan jenazah adalah pakcik aku, ayah aku dan seorang lagi aku kurang kenal siapa orangnya. Yang pasti dia juga ada kaitan persaudaraan dengan aku.

Aku duduk berhampiran jenazah sehinggalah ada seorang nenek tegur aku...

"Eh, budak kecil ni. Gi turun bawah sana!"

Malangnya, aku tak dapat lihat bagaimana proses mengkapankan jenazah. Aku mahu realiti, tidak mahu sekadar tahu dalam buku teks Fiqah.

Ketika sesi talkin, ayah aku hendak bergegas pulang ke rumah. Ada kerja perlu dilakukan.

Aku diam-diam menumpang kereta orang lain pergi ke tanah perkuburan.

Aku dapat lihat bagaimana jenazah ditanamkan. Aku rasa pengalaman itu paling seronok walaupun ianya berkaitan tentang dengan kematian. Aku nampak kelibat ayah aku, memegang tangan aku menyuruh masuk ke dalam kereta.

Mungkin budak-budak tak sesuai nak tahu tentang erti kematian. Sebab itu, banyak kali orang dewasa menegur perilaku aku ketika itu. Di tegah berada disini, dan disitu.

Kenapa? Kenapa? Kenapa?





Mungkin orang dewasa tidak mahu kanak-kanak yang seronok riang tahu pasal kematian atas sebab menyuruh menikmati zaman kecilnya yang tidak tahu erti sengsara, mati, kebulur?

Aku perlu simpan soalan ini kepada imam kampung nenek aku bila aku pulang nanti.




Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, Disember 20, 2009

Senyap sudah.

Kadangkala menjadi 'huha-huha'. Senyap bila tak mahu sebegitu.

Berkata 100 kata, ada 9 salah.
Berkata 1000 kata, ada 90 salah.
Berkata 10000, ada 900 salah.


Paije
Faiz Hashim. Ketika sesi fotografi majalah kolej.


Secara matematik, semakin banyak bilangan sifarnya, semakin tinggi kesalahannya.

Begitu juga dengan berkata-kata. Kurang cakapnya, kuranglah salahnya. Kuranglah tipunya.
Aku tak tahu samada aku orang yang banyak kata atau tidak. Kalau kamu hakimi dari penulisan aku, nampaknya agak begitulah.

Dalam realiti, aku kurang bercakap. Aku rasalah.

Orang sekarang sukakan komputer. Sukakan web interaktif sosial. Banyak kali aku tenggelam dalam perbualan orang. Rupanya, mereka berbicara tentang gambar yang telah di-upload semalam. Atau, video yang juga di-upload oleh si polan bin polan minggu lepas. Aku tak tahu, jadi lebih baik aku senyap.

Bila dalam golongan minoriti, skop pengetahuan sekitar kamu adalah kecil. Kamu akan tahu, si kawan ini kelas dia habis pukul 6, mamat ini akan ke perpustakaan pukul 5. Si brader ini pula asyik berkepit dengan motornya. Ok. Aku tahu itu.

Bila aku masuk dalam komuniti yang...yang lain dan besar. Sekali lagi aku tenggelam. Seperti tadi, bicaranya agak asing. Situasi yang muncul hanyalah diketahui oleh orang-orang yang ada disitu. Jadi, dia gelak, dia gelak, aku blur.

Aku tak tahu, jadi lebih baik aku senyap. Bukan gitu?

Takkan nak ketawa menggila untuk benda yang tidak tahu? Itu gila juga namanya!.



Bila aku senyap...orang cakap aku tengah ada masalah.

PS: Pelawak bukannya melawak untuk hati mereka.

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, Disember 18, 2009

Hari akan menjadi gelap.

Bukan hanya dengan jatuh cinta je, kau leh faham 'kusangka panas hingga ke petang, tapi hujan ditengahari'.

Kita merancang, sebaik-baik perancangan adalah perancangan-Nya.

Tunggul
Anyangcheon, Padang Futsal.


Kalau hendak minum air teh panas, jangan bertangguh masa dengan membuka majalah universiti. Ambil uncang teh, letak gula separuh sudu, kacau. Tunggu 3 minit. Hirup. Jangan lakukan apa-apa. Duduk dan minum. Lebih nikmat.

Begitu juga apabila makan. Jangan makan sambil menonton sesuatu. Duduk, makan, dan makan. Tanpa sepatah kata, kalau boleh. Baru kau tahu betapa pedasnya ikan tuna makcik ala-ala Lee Hyori kat kedai Syurga Kimbab.

Aku rasa aku dah sampai batas aku sendiri...

Aku tak mampu hendak berjaga sampai lewat malam, menelaah apa yang mahu. Banyak kali, aku menghadapi simptom cepat letih dan akhirnya aku tertidur tanpa sedar. Tidur dengan stoking masih di kaki. Tidur dengan baju panas tebal yang telah dipakai di siang hari.





Aku terpaksa mengaku aku berumur 22.

Aish.

PS: Masih menyimpan impian hendak bungee-jump.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Disember 16, 2009

Blog paling popular.

Sekarang dah ramai mempunyai blog.

Oleh itu, orang yang membenci blogger-blogger ini (bloggers) juga semakin membiak!

Aku pernah menyesal ada blog. Sebab blog, aku di cop gay.
Sebab blog juga, aku di gelar orang mempunyai desperasi untuk mempunyai kekasih.
Sebab blog juga, aku dikatakan orang begitu kool. Padahal tidak pun.

Make Me Laughed.

Mamat ini popular walaupun tanpa menunjuk muka di mana-mana majlis.


Blog ini bukan blog yang popular. Cuma pernah popular beberapa masa yang lalu. Pernah mencatat kunjungan sebanyak 1000. Itupun di kala aku menulis tentang entri lucah yang menghiburkan. Aku juga kerap duduk depan komputer, jelajah blog orang lain dan tinggalkan komen, seperti salam ziarah. Bajet nak jemput baca lah gayanya.

Aku agak obses dengan nak mempopularkan blog ini. Di mana-mana ruang boleh promosikan blog ini, aku letak je link aku. Di YM, juga tidak ketinggalan.



Sekarang, aku malas nak buat begitu. Rasa macam begitu capap sekali, padahal isi dalamnya bukannya seronok untuk di baca. Boleh menimbulkan perasaan benci pun ada. Kalau ikut statistik Nuffnang, orang baca blog aku melalui Facebook. Aku dah terbuat 'automatic publish', dan aku tak tahu macam mana nak matikan benda itu. Tapi, baru tadi aku dah tahu. Yes!

Sekarang dah tak ramai baca blog aku. Tapi aku tak kisah, asalkan duit iklan aku masuk. Sebab aku letak iklan-iklan. Setiap iklan tak lah banyak mana komisen aku dapat. Kalau kumpul lagi 5 tahun, mungkin cukup untuk membeli stereng kereta BMW M3. Mungkin.

Aku kadang-kadang di pelawa masuk blog orang. Peminatnya, berjumlah lebih 100, 1000. Menjadi hit setiap kali ada entri baru. Tanniah. Aku cuba baca, dan baca. Akhirnya, aku tak mahu baca blog itu lagi. Baik aku baca suratkhabar lama yang aku cilok dari bilik pak guard.

Jadi, blog ini tak akan popular. Percayalah. Terima kasih kepada pengkomen tetap dan pembaca tetap yang sedia ada. Kerana kamu semua, aku dapat duit. Sekarang cukup nak beli set Big Mac.




Aku ingin menekan punat yang akan memberi impikasi tiada lagi 'automatic publish' di Facebook. Adakah aku patut tekan? Sebab benda itu, aku dapat duit dari Nuffnang.

PS: Silent is safest.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Disember 14, 2009

Ibu dan anak yang suka membaca Doraemon.

Kalau anak itu lelaki, dia ikut muka emak.
Kalau anak itu perempuan, dia ikut muka bapa.

Betul ke?

When i Was A Child...


Aku rasa tidak, kot.

Hari ini bukan hari ibu pun. Cuma tadi aku saja-saja tengok animasi Doraemon.

Aku tak ada hiburan-hiburan macam budak-budak sekarang. Tak ada playstation, ipod touch, Astro, dan macam-macam lagi. Balik-balik, main bola cap-ping yang menyakitkan badan, konda-kondi. Petang pula, basikal. Kira dah rempit habis ada basikal gear mati beb. Leh pecut kalahkan basikal BMX kawan aku. Kalau nak main game pun, pergi rumah kawan aku. Aku rasa aku dah cerita pasal aku main game siap ponteng solat Jumaat.

Mungkin mak aku takut aku menjadi bosan dirumah. Nasib baik ketika itu bukan zaman internet. Mana tahu, aku mungkin sudah memiliki blog walaupun berusia 8 tahun? Rancangan kartun pun, apa yang muncul kat TV. Tiada Astro.

Dulu aku selalu dibawa berjalan-jalan di kompleks PKNS. Di situ ada kedai buku Marwilis. Ada satu sudut, bahagian buku-buku kartun. Aku selalu memiliki impian ingin mempunyai rak buku yang penuh dengan deretan buku-buku Doraemon. Sebab aku rasa masa kecil begitu kool sekali ada buku Doraemon semua jilid.

Aku pernah nak beli komik macam Wira Tunggal, Pendekar Laut ataupun Dragon Ball. Tapi selalu dilarang. Mak aku akan mengomel, "Buku apa ni? Tak elok, tak elok!". Dan, aku akan diam untuk beberapa ketika. Simbol merajuk.

Lepas itu, aku tunjuk buku Doraemon. "Nak yang ini boleh?".

Tanpa respon negatif, di ambil buku itu dan di bayar.

Aku balik dengan senyuman. Dapat memiliki salah satu jilid buku Doraemon. Selepas itu, tiap kali aku dibawa ke kedai Marwilis di kompleks PKNS itu, aku akan pastikan. Aku akan keluar dengan satu jilid buku Doraemon.

Aku masih tak tahu kenapa buku Doraemon, aku tak dilarang untuk memilikinya. Tapi, bila aku beli Dragon Ball akan dengar suara, "Membazir je beli buku ni!".




Ini entri yang penuh persoalan, kenapa aku tidak dilarang membaca Doraemon. Aku tak pernah tanya kat mak aku soalan ini. Baik bertanya sementara masih sempat lagi.

PS: Kenapa Doraemon?

Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, Disember 13, 2009

Motivasi secara murahan.

Waktu berehat dari menelaah...

MTV baru sahaja buat temuramah bersama pelakon cerita Invictus. Nama filem ini berasalkan dari tajuk sebuah puisi, Invictus yang banyak memberi inspirasi kepada pemimpin besar.

Aku cari dalam Wiki.

Out of the night that covers me,
Black as the Pit from pole to pole,
I thank whatever gods may be
For my unconquerable soul.
In the fell clutch of circumstance
I have not winced nor cried aloud.
Under the bludgeonings of chance
My head is bloody, but unbowed.
Beyond this place of wrath and tears
Looms but the Horror of the shade,
And yet the menace of the years
Finds and shall find me unafraid.
It matters not how strait the gate,
How charged with punishments the scroll
I am the master of my fate:
I am the captain of my soul.


Owh. Aku sambung semula apa aku buat sambil ingat bait terakhir puisi ini.



PS: Kenapa ibu bapa suka hantar anak dia pergi ceramah motivasi, padahal anak dia tak nak?

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Disember 12, 2009

3 kerusi dan sepotong kek cheese.

Kalau duit berkepuk-kepuk, tapi jadi orang kedekut payah beb.

Duit tak boleh selit-selit kat dalam kain kapan pun. Tapi kenapa ada orang yang sebegitu?

3 Chairs.


Aku banyak kali menjadi manusia yang menghampakan orang lain, terutama dari segi janji. Mungkin. Sebab itu, aku memang beria-ia nak mencipta mesin merentas masa menggunakan kereta. Seperti dalam filem Back to The Future. Kereta berekzos besar gila gabak, letak tarikh dan masa nak pergi, pecut dengan menekan pedal minyak.

Itu semua adalah khayalan setinggi langit. Tidak, itu karut. Walaupun si bijak Einstein mengatakan 'merentas masa adalah mungkin, itu dengan mempunyai kelajuan yang semaksimum mungkin. Kelajuan merentas masa'. Sampai bila, ia tak akan berlaku dan tidak akan terciptanya mesin merentas masa. Sebab, orang macam aku atau sesiapa yang telah buat silap, ingin kembali kepada masa lalu dan cuba membetulkan apa yang berlaku. Pasti mesin itu menjadi barangan yang se-sangat popular mengalahkan jualan iPod.

Orang ramai bercerita tentang 2012, jangkaan dari Puak Mayan di Mexico (betulkah?) bahawa dunia ini akan kiamat seperti dalam gambaran oleh pengarah filem itu. Aku belum tengok lagi pun. Cuma trailer beberapa minit di layaran YouTube. Filem ini telah mencipta fenomena 'ketakutan'.

Jangkaan aku, ketika menjelang detiknya 2012, pasti akan ada golongan gelabah-gelabah mencari pusat perlindungan. Paling kerek pun, gua, atas gunung, tidak pun membeli pengangkutan belon udara. Selepas itu, kecoh dimana-mana rangkaian sosial: 2012, kita akan mati!. Gila. Pengaruh filem. Kalau mesin merentas tercipta, ramai yang berpusu-pusu kembali ke 50 tahun sebelum 2012. Tak nak mati, katanya.

Apa-apa pun, itu hanyalah pandangan orang Barat dan Puak Mayan. Jangan terlalu taksub sudah!

Semua kesilapan bukannya perlu dibetulkan di masa lampau pun. Kadang-kadang, kesilapan lama perlu diperbaiki di waktu sekarang. Masa ini, di saat ini.

Tapi...kalau ada mesin merentas masa, memang aku mahu kembali juga. Untuk menghalang aku terjerumus dari memiliki blog ini.

Apa yang aku mahu sekarang, duduk di atas kerusi empuk dimana-mana rumah kopi, menghirup di kala suasana sejuk bertemankan rakan-rakan sambil makan kek. Ataupun, roti canai dan nescafe pekat. Kuah kari kambing, yer!

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, Disember 10, 2009

Terbang tanpa sayap.

Kisahnya, kalau aku dibagi sayap, aku mahu terbang serata dunia, pelusuk dunia.

Aku mahu jadi burung, boleh terbang bebas. Konon. Pernah dengar kes burung kena langgar dengan A380?

Aku pernah mempunyai episod terbang-terbang bersama rakan-rakan sebaya. Aku tak payah nak beli sayap ataupun motor yang dilengkapi kipas besar pun. Aku juga tidak perlu memakai seluar dalam merah dan baju dilengkapi tulisan S. Aku boleh terbang juga, tanpa kalkulasi fizik dan matematik.

Flying Without Wing
Mereka melompat, ok. Bukan terbang.


Nama projek terbang-terbang ini berlaku di suatu petang, dikala lagi sejam perlawanan bolasepak antara Brazil dan England, Piala Dunia 2002...

"Kau nak tengok kat dewan makan ke, ke kedai abang Joe?" sapa kawan aku. Ketika aku sedang memakai seluar pendek, tangan aku rancak membasuh baju sekolah. Tak ada mesin basuh.

"Jauh lah warung abang Joe. Kau kira kompem nak pergi ke ni?" aku jawab dan tanya.
"Jomlah. Duk dewan makan, tengok sambil makan bubur. Warung abang Joe leh layan teh tarik ngan roti canai," kawan aku memaksa aku dengan bersungguh-sungguh.
"Ok. Tunggu aku siap basuh," aku mengalah dengan ajakan kawan aku.

Kalau nak keluar dari asrama kena pakai pakaian asrama atau sekolah. Kena bawak kad matrik, kena sain kat report keluar masuk pelajar. Leceh.

Masa aku nak naik ke bilik, aku dengar kawan aku berlari ke arah aku sambil mencarut. Carutan itu jarang didengar, sebab kawan aku ni memang ada salur-paur darah Jawa. Aku pun tak faham carutan itu.

"Apahal?" aku yang mula bertanya pula.
"Cikgu Razak keluarkan notis tak leh outing petang ini!" balas kawan aku dengan nada letih berlari anak-anak.

Demit. Memang aku akan terlepas tengok perlawanan bola sepak itu sambil makan roti canai. Demit 3X.

Kawan aku bagi idea.

"Macam ni. Kau tahu bangunan budak tingkatan 2? Hari itu Apis lompat kat tembok tu. Agak tinggi gak la. Kalau ko nak gi gak, aku tak kisah," sekali lagi, kawan aku cucuk aku dengan suara-suara jahat.

"Owh!"

Bagi aku itu idea baik, tapi memikirkan rotan Cikgu Razak, aku diam. Pernah kawan aku bawa majalah lucah ke asrama, baru kena sekali libas dah pengsan. Gila.

Fikir-fikir. Aku bukan bawa majalah lucah pun. Niat baik nak tengok bola. Bola.




Setelah kaber (cover) line dengan begitu baik, dengan bantuan meja sekolah aku dan kawan aku melompat tembok batu itu. Akhirnya, kami dapat tengok bola kat warung abang Joe. Roti canai dan teh tarik. England kalah, 2-1. Masa itu, waktu paling aku tak boleh lupa adalah apabila Micheal Owen berlari-lari dengan bola ke arah gol. Terkapai-kapai penjaga gol Brazil. Tahun itu juga, Brazil ditabalkan juara Piala Dunia 2002.

Setiap kali ada perlawanan bola sepak, kawan aku cakap kat aku:

"Wei, hari ini nak FLY?"
"Jom, pukul 4!"
"Ok, FLYING WITHOUT WING!!!"

Ketika berlangsungnya Piala Dunia 2002, banyak kali aktiviti terbang tanpa sayap (FLYING WITHOUT WINGS). Setiap kali, lepas berjaya melompat tembok batu, kami akan nyanyi...

...You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings...

Ya, kami sudah terbang bersama-sama. Apa yang penting semangat kami bersama-sama menanggung kesalahan selepas itu. Aku kena ketuk ketampi 500 kali. Kantoi masa perlawanan final Piala Dunia: German VS Brazil.



Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Disember 07, 2009

Situasi 'boyfren-girlfren' yang kena dielakkan.

Bukan untuk yang bercintan, tapi untuk orang yang belum bercintan dan terjumpa orang yang bercintan.



Plug

Ditekan mati, ditekan semula hidup.



Malam itu, aku terasa nak mandi tiba-tiba. Mandi air panas. Lepas itu, aku rasa nak korek telinga. Itu rutin kebiasaan aku. Lepas mandi kalau korek telinga lagi 'feeling'. Tak tahu kenapa. Sebab dah biasa barangkali. Aku buka laci dimana ada stok-stok 'cotton buds' tersimpan. Malangnya, tiada isi langsung. Mahu tidak mahu kena pergi bilik bawah: bilik kawan aku.

Sebenarnya ada je 'cotton buds' dalam bilik ni, tapi jenis plastik. Aku suka yang jenis kayu ye. Keras dan mudah dikawal pergerakannya.

Aku masuk ke dalam bilik tersebut, kesemua sibuk menumpu pada monitor komputer. Lepas itu aku cakap kuat-kuat:

"Nak 2 cotton buds!". Respon-nya aku sudah biasa dengar, "Amiklah!". Sebenarnya tak perlu berkata-kata, tapi nak nampak lebih hormat sikit, kenalah minta izin dulu sebelum ambil. Bukankah itu lebih baik?

Aku dah dapat 2 cotton buds, aku berdiri di depan meja kosong yang ada disitu. Aku agak terkejut, biasanya dikala waktu meniti malam, kawan aku seorang ni tak ada dalam bilik. Selalu lepak bilik kajian. Sebabkan aku agak lama tak jumpa dia, maka aku cubalah bertanyakan khabar.

Aku tengok dia tengah duduk atas katil memandang sesuatu, tapi tak tahu apa dia.

"Oit, lama tak jumpa!". Tanya aku sambil tangan aku ligat mengorek-ngorek telinga. Dan juga riak muka yang berkerut-kerut kegelian dan sedap. Barangkali kalau dirakamkan riak muka, agaklah selebet lampau.

"A'ah. Lama tak jumpa..." sahut kawan aku.
"Erm...bz?" Aku masih korek telinga.
"Projek dow, duduk lab"
"Projek apa?"
"Aku pegang kunci lab sekarang,"
"Ok?"
"Tapi budak master tidur kat dalam,"
"Erm," aku cuba merangkap perbualan walaupun dalam telinga ada 'cotton buds'.
"Tak boleh study,"
"Owh..."
"Nanti aku tanya kau,"
"Pasal apa?". Aku dah pelik dengan perbualan ini.
"Kau power, aku tanya pasal Fluid Dynamic,"

Aku dah habis korek kedua-dua telinga menggunakan hanya satu 'cotton buds'. Aku buang dalam tong sampah. Lepas itu, aku berdiri tengok muka kawan aku ni. Tangan kiri aku masuk dalam kocek seluar, sebelah lagi akan bergerak sambil mulut aku akan bercakap benda yang panjang.

"OK!. First, kau cakap kau BZ. And then, kau cakap kau projek. Tapi aku tak tahu projek apa. Fine. Lepas itu kau kata, kau pegang kunci lab. Apa kaitan antara kunci lab dan projek kau? Lepas itu kau kata, ada budak master tidur dalam lab. Sebab itu kau tak boleh study? So? Lepas itu kau nak tanya aku pasal Fluid Dynamic. Bab mana? Dan kenapa?"

Memang gaya aku agak marah, bukan? Tapi, aku memang tak faham apa yang diperkatakan walaupun kami bertutur dalam bahasa Melayu, tiada loghat Kelantan, Utara, Sarawak mahupun Jawa.

"Err, err...sorry, sorry. Sebenarnya tak ada kaitan pun. Aku tengah chatting dengan awek aku. Sorry wei,"





Sebenarnya, aku yang patut minta maaf. Bukan dia. Aku pun tak tahu apa dia buat atas katil. Sekarang baru aku tahu. Lepas itu aku rasa bersalah cakap dia agak melalut ketika itu.

Sambil aku tepuk dahi, aku keluar dari situ.

"Sorry wei," kawan aku minta maaf sekali lagi.
"Nope, man is always a man,". Mungkin aku agak kool berkata sebegitu.

Aku memang tahu lelaki tiada multi-tasking function dalam otak. Sebab itu, kalau lelaki berchatting sambil tersenyum depan komputer janganlah diajak berborak. Agak silap, aku tegur dia tak pasal-pasal (tapi aku memang tak tahu dia buat apa). Mungkin ketika aku menegur dia tengah betul-betul konsentret kat awek dia. Nak jadi 'good listener'. Sebab itu dia merapu bukan-bukan.

Aku tutup pintu bilik kawan aku.

Lupa. Aku ada satu lagi 'cotton buds' belum digunakan. Aku guna untuk sesi kedua, untuk lebih bersih lagi.

PS: Sedap betul korek telinga lepas mandi.

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Disember 05, 2009

Nasib.

Ini kisah yang memberi inspirasi pada kehidupan seterusnya, kalau bukan untuk kau, aku sepatutnya.

Memang terasa begitu hangin apabila dikhabarkan kelas hari Khamis aku bermula seawal 8 30 pagi. Puncanya, kerana kesilapan pensyarah aku sendiri yang tak buat kelas ganti minggu lalu. Sudahlah hari Khamis aku akan habis kelas pada pukul 6 malam (sebab pertukaran musim, maka jadilah malam). Dengan tak keluarnya matahari di awal pagi, memang membuatkan aku lesu untuk memulakan hari dengan kelas.

Tiada matahari di awal pagi, bukan beertinya palat. Kalau tidak masakan aku ditemplak dengan cerita manusia lain, yang membuatkan aku ragu-ragu tentang keupayaan aku sebagai pelajar.

Aku dan pensyarah aku; ada satu persamaan. Dia pernah menjadi pelajar di negara orang lain. Cuma bezanya, dia sudah habis dan aku belum habis. Itupun tiada jaminan mana-mana pihak, menunjukkan bahawa aku akan habis. Semuanya bergantung pada usaha aku dan doa kepada-Nya.


Sambil menghirup kopi di kala pagi yang gelap dan angin yang menderu laju. Lalu bertanya pensyarah aku kepada seluruh kelas:

Apa sebab kita hidup?
Apa sebab kita belajar?
Apa sebab kita bangun pagi?

Tatkala soalan itu terpancul, senyap dan sepi.

Memandang tepat kepada aku. "Apa hal lak ni?" aku diam sambil cuba menyelak-nyelak buku.

"Apa sebab kamu dihantar sampai ke sini?"


Aku yang dalam serba mangantuk, bagai dilempang terjaga. Aku diam. Ligat kepala aku putarkan apa yang berlaku dalam episod kehidupan aku sepanjang 4 tahun lepas.

Bermulalah cerita bekas seorang pelajar luar negara. Tentang pengalamannya bagaimana duduk negara yang bukan negara sendiri. Makanan pun tidak kena dengan lidah. Bahasanya sukar difahami. Dia juga menjelaskan bahawa dia bukan orang yang pandai. Bukan dari keluarga yang mempunyai latar belakang yang boleh dibanggakan. Ketika dia sampai di sana, ramai kawannya bertanya:

"Macam mana belajar boleh sampai ke sana (Jepun)?"

Jawapan lazim yang dia beri kepada sekalian kawannya, "Nasib".

Ya. Dia percaya pada nasib, tapi aku tak tahu samada dia percaya dengan wujudnya ada tuhan ke tidak (kebanyakan warga Korea tidak beragama). Dia merasakan dia sentiasa begitu bernasib baik. Semua jalan ada didepan mata, dia hanya masuk satu jalan dan mulakan menapak. Sehinggalah satu hari, hari graduasi. Habisnya graduasi, dia baru fikir pasal kehidupan. Masa itu, dia katakan bahawa nasib baik masih menyebelahi dia.

Dia tunggu tawaran kerja. Masih berharap dia adalah manusia yang yang bernasib baik.

Tapi, dah namanya kehidupan, mesti ada drama. Dari mempunyai kehendak menyambung kerja, dia sambung belajar ke tahap seterusnya. Titik pada waktu dia membuat keputusan, akhirnya dia belajar satu benda.

"Hidup memang ada nasib. Nasib itu boleh dicipta dengan usaha."

Akhir cerita, dia menyuruh siapa-siapa yang hendak menyambung belajar di negara lain, fikirkan bagaimana kita boleh ada disini, di waktu ini.



Soalan untuk aku sekali lagi, "Kamu fikir bagaimana pula?"

Respon aku hanyalah, "Err, err, err". Sebab aku sudah menerima tamparan hebat hari ni.



Biasa kalau sedara mara tanya, bagaimana aku boleh sampai ke tahap ini, dengan mudah aku cakap, "Nasib je".

Memang aku bernasib baik dapat rasa duit orang.

Sepanjang hari ini, aku tak ngantuk malah aku rasa macam disuntik semangat. Banyak kali aku menyebut 'nasib' bila aku peroleh sesuatu yang dikatakan rezeki. Lepas ini, bila orang tanya soalan sama, aku akan jawab "Buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh".

Apa sebab aku di hantar ke sini?

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Disember 02, 2009

[Bosan Lampau 09] Membekukan masa.

Aku perasan, aku semakin letih. Mungkin sebab tiada masa hendak bersenam. Sebab itu juga, banyak kali badan aku menyuruh 'tidur, tidur, tidur'. Dan aku tidur.

Cuma sejak kebelakangan ini, kerap dikatakan banyak kali aku mengigau.



Sumber: Dreamers. Likecool.

Pernah sekali aku mimpi paling seronok. Aku tolak tepi, bahawa mimpi basah adalah terbaik. Ada lagi terbaik.

Aku menjadi raja alien! Memang susah menjadi raja, memikirkan nasib kaum-kaum alien yang lain.

Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...