Ahad, November 29, 2009

[Bosan Lampau 08] Sudah lebih 102.

Ini lagu yang telah mencatat hit sehingga 102 kali dimain dalam iTunes, untuk kedua-duanya.

Ketagih, kot.



Dan ini juga...



Maaf, yer. Tiada gambar artis perempuan berkaki panjang dan memakai skirt pendek. Atau tarian seksi yang menghairahkan. Itu bukan muzik, kalau disogokkan dengan goyangan bontot 360 darjah.

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, November 27, 2009

Pagar boleh makan padi?

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Aku dengar dah lebih sedekad peribahasa ini. Memang aku tak faham apa maksud peribahasa ini. Cuma aku faham, maksudnya bila kau mengharap seseorang, orang itu pula yang buat dajal kat kau. Macam kes tikam belakang.



AT07-Shark Bay, Gold Coast.
Manusia dalam gambar ini ada cita-cita nak menguasai dunia.


Aku pernah cuba berfikir samada pagar ada mulut ke siap boleh makan padi? Pernah juga tercari-cari adakah pagar adalah sejenis tumbuhan yang makan tumbuhan lain. Memang merunsingkan pemikiran aku ketika itu. Pagar itu haiwan? Owh, rupanya tidak.

Aku pernah cuba nak hantar penyataan ini ke Mythbuster, temanya "Can a gate eat the paddy?". Aku lupakan, sebab kalau hantar pun mungkin tidak akan dilayan atau orang anggap aku gila. Maka, aku diamkan sahaja.

Orang betul-betul berilmu boleh dihakimi berdasarkan apa yang diperkatakan. Mungkin kita lupa, bodoh orang itu boleh dilihat berdasarkan soalan-soalan yang diutarakannya. Macam aku sekarang ini, pagar boleh makan padi?

Aku baru habis baca buku The Host karangan Stephanie Mayer. Kalau kau minat Twilight Saga kau kenal la siapa dia. Yang dok orang menjerit-jerit, "Aku minat Twilight!, Aku minat Twilight!" tapi tak kenal siapa Stephanie Mayer, aku anggap kau adalah orang yang berharap Robert Pattison adalah lelaki yang kau bakal kahwini. Kau tengok Twilight sebab Robert Pattison. Noktah.

The Host ini buku yang banyak pusing-pusing (twist). Mulanya aku ingat novel ini lebih kepada genre pengembaraan. Pergi merantau ke sana ke mari mencari jawapan tentang kehidupan manusia. Lepas itu, bermain-main dengan unsur thriller. Nak bunuh orang itu. Nak tembak kepala budak perempuan, nak kejar manusia, Nak kelar.

Tapi...(aku nak spoil).

Semuanya pasal makhluk asing. Tak pasal-pasal aku menyumpah-nyumpah isi buku ini di kala petang hujung minggu. Ya, pasal makhkuk asing yang menguasai bumi. Atas sebab, tangan manusia ini hampir memusnahkan bumi. Manusia dianggap makhluk yang kejam, tidak prihatin, tidak ada perasaan, hanya memikirkan nasib sendiri sahaja. Lalu, mahkluk asing ini mengambil badan-badan manusia dan menghilangkan minda manusia. Makhluk asing tadi menyerap dan mengawal badan-badan manusia.

Dijadikan cerita, disebabkan ada seekor makhluk asing masuk ke badan manusia yang penuh konflik diri. Dia sekali terjerumus ke dalam konflik manusia yang tidak berkesudahan. Tapi, dalam konflik itu dia mengenal apakah yang dikatakan tentang manusia: Harapan dan Mengharap.

Buku ini agak rumit dengan pelbagai idea-idea baru tentang kemanusiaan. Seperti,

Berita petang adalah sekadar hiburan. Kita tengok berita kematian, orang kena rogol, kena pancung, kena samun. Mulanya memang kita mengucap, mengeluh tentang nasib keluarga si mati. Tapi apa kita buat selepas itu? Makan pisang goreng cicah sambal kicap. Bosan, tukar channel lain.




Adakah aku begitu bodoh mengutarakan soalan, pagar boleh makan padi ke tak?

Kita dijadikan Allah S.W.T dengan sempurna.

Bodohnya kita datang dari kita sendiri. Macam aku yang masih ragu dengan kemampuan pagar memakan padi.

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, November 26, 2009

Hari Raya Haji.

"Buat apa Jumaat ni?" mak cik aku tanya.
"Jumaat?" aku garu kepala. Hari ini baru Rabu, tapi sudah bertanyakan hari Jumaat.
"Raya Aji le!"
"Owh, lupa."
"Masya-ALLAH!" gusar makcik aku.


Kredit gambar kepada: Public Scene


Serius, aku hampir lupa. Tarikh penting untuk umat Islam.

Raya kali ini, aku duduk bengkel sambil mengasah-asah mata 'byte'. Malamnya nanti mungkin akan menghidupkan suasana raya Idul Adha.

Jauh dari keluarga, suasana sembelih lembu dan sup tulang. Itu yang membuatkan kita memahami erti pengorbanan.





PS: Tengah baca semula kisah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, November 25, 2009

[Bosan Lampau 07] Inilah Kehidupan Bosan Lampau.

Zaman urbanasasi serba moden, konon-kononlah. Setiap orang ada alat nak hilangkan bosan.

Paling cikai, telefon bimbit. Main cantum-cantum jadi ular panjang. Main sudoku.

Up sikit, iPhone & Blackberry. Up up sikit, PSP. Banyak untuk disenaraikan.


A Day In The Life from Harry Nesbitt on Vimeo.


Apa yang aku ada adalah sejenis komputer riba yang boleh dibawa ke mana-mana, tapi belum cuba untuk di bawa ke tandas ketika membuang air besar. Cari nahaslah, andaikata terpalit pada tahi buangan sendiri.

Aku pernah melalui pengalaman macam watak animasi dalam video itu.

Bangun, komputer. Tidur. Lipat baju. Makan. Komputer. Komputer. Komputer. Main gitar.

Tapi ikut situasi sekarang, abaikan part main gitar itu. Aku dah lama tak praktis nak main. Aku masih menyimpan harapan untuk bermain lagu 'More Than Word' sehingga habis.


Dan, ketika aku mengalami kehidupan sebegitu (komputer, komputer, komputer), akhirnya terciptalah blog yang sedang dibaca ini, "Kebosanan Mencipta Kelainan".

PS: Aku sekarang lebih sihat, hidup tanpa internet.

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, November 24, 2009

C Cup, Tinggi dan Loser. (Tajuk lapuk dan bosan)

Benda ni dah lama kecoh pun. Aku pun selalu baca komen orang Korea kat Youtube, nak tahu gak pandangan mereka macam mana. Ha, baru kau tahu. Gadis-gadis sama bangsa kau mempunyai citarasa yang tinggi terhadap lelaki.

Lelaki pendek, OUT!!!.

"It's Me, A-Ma-Re!"

Lelaki ini baik, berharta, charming, hensem tapi pendek. Loser gak?


Semalam, aku ikut kelab (aku pun tak ingat nama apa). Tapi, kelab yang ditubuhkan untuk orang-orang yang rasa segan silu hendak berbahasa lain, terutama Inggeris. Aku ikut kelab ini, sebab nak cari lebih ramai 'social networking'. Pelajar yang join, bukan saja dari bangunan yang sama. Ada yang datang dari bahagian Kejururawatan (jururawat=lawa kan?), budak-budak bisnes, pelajar bahasa Sepanyol atau Jepun dan sebagainya.

Kiranya, agak bersimpang siur.

Lagi satu aku ikut serta, aku nak mantapkan bahasa Korea aku. Banyak gak vocabulary yang budak remaja pakai aku tak tahu. Biasanya, aku faham vocab seharian, macam makan, minum, tidur. Biasa. Nak juga belajar mencarut bahasa lain yang jarang keluar kat drama-drama.


Untuk maklumat lanjut, pasal lelaki loser ni.



OK, semalam tiada golongan wanita yang ikut serta. Dan juga, semalam kami buka topik pasal 'A man below 180 cm, is a Loser!'. Walaupun aku agak macam tajuk ini dah hambar (sebab selalu sangat baca komen orang dalam Youtube), nak tak nak dengarlah juga. Akhirnya, aku dapat dengar komen yang paling best!

"...Pertama kali dengar dia cakap lelaki pendek adalah 'loser', memang nak lempang saja muka wanita itu. Saya mengaku yang saya loser. OK. Tapi, saya tengok balik rancangan itu. Saya usha dada dia (dia menggunakan 'woman chest', tapi dibetulkan agar lebih menarik, boobs atau breast). Saya tengok dada dia, bukanlah saiz C Cup pun. Saya anggap dia loser, sebab buah dada dia bukan saiz C Cup. Dia loser, saya loser. Kiranya ada keadilan disitu..."

Selepas dia habis cakap, dia mendapat tepukan gemuruh dari lelaki-lelaki Korea yang lain.

Cakap dia memang betul. Wanita nak lelaki yang mempunyai ketinggian. Lagipun, rancangan itu bertanyakan tentang pendapat wanita tentang lelaki impian. Mungkin, sepatutnya sebagai tindakan reaksi balas, maka perlu juga diwujudkan rancangan bertanyakan tentang pendapat lelaki terhadap wanita.

...mungkin, kalau aku akan cadangkan nama budak yang sama kelab dengan aku ni. Dia patut cakap depan TV...

"Perempuan yang bukan saiz C Cup, dia loser."


Lelaki Korea kononnya tercabar sebab di panggil loser. Kamonlah, itu hanya pendapat mereka saja. Kamu pun boleh buat penyataan berani begitu kalau nak populariti murahan.

PS: Lelaki yang bagi komen tadi, minat Han Ga In yang sudah lama berkahwin. Sebab apa? Dia suka wanita yang mempunyai saiz buah dada...C!

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, November 23, 2009

Kisah bagaimana mula membenci Pengawas.

Kalau kita mengikut garisan kehidupan manusia sekarang, kita akan melalui fasa-fasa ini:

Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah, Menengah, Universiti.


Someday.


Mungkin ada yang lebih cerdik pandai, masuk pra tadika.

Lepas itu, membuatkan aku rasa fed-up dengan beberapa orang, "Tengok budak ini, baru umur 4 tahun dah reti membaca!". Memanglah, andaikata aku disogok kalau aku pandai membaca suratkhabar dapat robot Transformer, aku pun nak pandai membaca pada usia muda. Aku tengok golongan muda bawah aku (aku dah masuk golongan hampir tua), mereka segalanya senang. Nak pandai membaca ada banyak sistem. Sistem membaca Anakku, Cahayaku yang telah di evolusikan dengan pelbagai rima-rima pelik dan mimik muka untuk mengajar membaca.

Aku dulu diajar bulat-bulat. A adalah A, bukan bunyi seperti singa menganga. Contoh. B adalah B. C adalah C. Semudah itu, aku merangkak ke peringkat seterusnya.

Bila masuk sekolah rendah, bolehlah baca satu ayat dengan yakinnya. Dari satu ayat jadi satu perenggan. Akhirnya jadi karangan yang tidak lebih 120 patah perkataan. Aku masa ini tak ada banyak benda nak buat; tak macam sekarang, ada je benda nak buat.

Balik, balik main sep tiang.
Main galah panjang.
Kejar-kejar belalang.
Main laga-laga semut, ikan laga.
Konda-kondi sebelum tunggu bas.
Dan banyak lagi...

Semuanya, aku rasa seronok sehinggalah ada cikgu disiplin panggil aku suruh pakai baju warna biru. Baju pengawas. Mula-mula aku suka jadi pengawas sebab pakai kasut hitam dan pakai tie. Kira segak la, kononya. Pakai kasut hitam agak senang bagi aku. Sebulan sekali basuh kasut, tak macam kasut putih. Tapi jawatan pengawas meragut masa kanak-kanak aku.

Sebab apa?

Dulu hadiah paling mahal aku terima dari ayah aku adalah sebuah basikal. Setiap kali, aku pulang dari sekolah aku selalu berlumba dengan kawan aku. Sehinggalah kejadian aku terlanggar budak perempuan yang cewek dan kaki report. Aku dipanggil oleh guru disiplin merangkap penaung badan pengawas. Menegur aku, tingkah laku aku sebagai seorang pengawas.

Aku terpaksa kawan sikap aku, atas sebab aku tak mahu membasuh kasut putih setiap minggu. Akhirnya, aku masuk sekolah menengah dan aku menyimpan satu kata-kata, "Aku benci pengawas!".

Sekolah menengah ini terbahagi kepada 2; Rendah dan Tinggi.

Masa menengah rendah ini, aku tak fikir sangat pasal pengawas. Balik-balik muka ini yang akan periksa pakaian aku. Samada aku memakai lencana yang telah di jahit, bukan main tampal-tampal. Periksa samada aku pakai stoking ke tidak. Tag nama. Aku perasan masa waktu ini, pengawas ini suka bergaul dengan pengawas je. Aku fikir, status mereka akan jatuh andaikata mereka berkawan dengan orang biasa. Masa ini juga aku kenal-kenal istilah 'kaki report'.

Aku selalu ditangkap tidur ketika waktu prep (studi). Banyak kali aku menghadap pengawas-pengawas menengah tinggi. Menegur sikap aku yang suka tidur ketika waktu belajar. Paling yang aku tak boleh terima, ada pengawas membuat laporan yang aku balik lambat ke asrama atas sebab aku tengok final World Cup antara Brazil dan German.

Aku kena ketuk ketampi lebih 500. Gegar lutut. Aku benci pengawas.

Sekolah menengah tinggi.

Ini waktu aku tahu beberapa pengawas yang talam muka. Pengawas yang jadi baik depan guru-guru dan sebarang aktiviti terjah telah diketahui lebih awal. Pengawas macam ini, memanglah tali barut dalam badan pengawas itu sendiri. Tapi banyak peristiwa pengawas ini memberi respon positif pada aku.

Sekarang aku neutral terhadap pengawas. Aku dah keluar dari zaman-zaman melihat ada orang sebaya aku tapi ada kuasa lebih. Boleh periksa kocek aku samada aku bawa pisau Rambo atau side-burn aku ala-ala Elvis Presley.

Cabaran lebih besar adalah aku sekarang bakal berdepan dengan polis.

Lain kali bawa motor pakailah helmet. Tapi kalau helmet kena curi, macam mana? Nasib baik aku tak ditahan hari itu.

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, November 21, 2009

Tuan blog ini hilang sekejap.

A'ah.

Aku dah isytiharkan diri 'un-available' sehingga waktu yang tidak ketahui. Tapi, kamu tetap akan diberi seleksi bacaan untuk hari seterusnya.

Blog01

Blog02

Untuk paparan lebih jelas, KLIK.

Entri-entri yang lepas pun, aku buat begini.


Aku dah tak bosan sebenarnya, Adakah aku patut menukar tema blog ini?

PS: Selamat membaca, kalau ada komen untuk aku, akan di cuba untuk dibalas.

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, November 19, 2009

9 nafsu, 1 akal. 9 akal, 1 nafsu. 9 emosi, 1 akal?

[Beberapa minggu yang lepas...]

Semua orang dah tahu, lelaki ada satu nafsu ada 9 akal. Dan terbaliklah kisahnya bila untuk perempuan. 9 nafsu, dan 1 akal.

Angkanya antara 9 dan 1. Tapi huraiannya panjang. Ada pendapat itu hanya sebagai metafora nombor. 9 itu banyak dan 1 itu sikit. Tapi kenapa 9, bukan 10, 100 atau seribu? Itu pandai-pandai pikir sendiri, bukan?

AT07-Darling Park, Sydney.
Gambar lama dalam komputer lama. Nak buang dah ni.


Ini telah menjadi perbincangan antara 2 lelaki yang statusnya hanya pelajar kejuruteraan, bukan mengambil psikologi mahupun mempunyai cita-cita hendak menjadi pakar sakit puan. Dan kedua-dua mempunyai masalah yang bakal dihadapi bila memikirkan alam perkahwinan: menemani isteri ketika bersalin.

Ini akibat menonton filem 'Knocked Up'. Tengoklah, samada kau dah bersedia belum untuk menemani bini kau meraung kesakitan bersalin.

Huraian 9 nafsu dan 1 akal oleh kami mungkin agak pelik untuk di tulis dalam artikel-artikel majalah seperti Dara.com, atau Wanita, Perempuan dan macam-macam lagi. Adakala baiknya hanya disini.

Merujuk 9 nafsu, kiranya nafsu ini ada kaitan dengan emosi/perasaan. Kalau secara tepat nak menunjukkan nafsu adalah nafsu, agak macam boleh menimbulkan kesangsian. Dulu aku ingat bila aku dengar ayat 9 nafsu 1 akal, secara automatis kaum wanita dahagakan seks gila-gila. Maka, nak merungkai salah faham dalam otak aku, aku ambil keputusan 9 emosi dan 1 akal. Ok tak? Kalau tak setuju, peduli apa.

Hasil-hasil borak-borak kosong:

Kami memang setuju perempuan ini mempunyai 9 emosi (kalau nak sangat ayat nafsu, tukar je lah). Sebab apa? Perempuan ini kena faham-fahamlah. Mereka ini makhluk yang suka ambil berat pasal orang lain. Sebab itu masa kerja melukis lakaran skru pun boleh fikir kenapa Robert Pattison hensem sangat. Berlainan dengan lelaki, bila kerja: senyap. Senyap, tak faham baru tanya. Kalau tanya, mungkin itu simbol lemah. Sebab itu bila lelaki bertanya benda yang tidak tahu, dia bernada senyap. Perhatikan je dalam kelas.

Pemikiran logik dan fikir memang aku akui itu sinonim dengan lelaki. Sebab banyak kali aku berhadapan dengan situasi mengenai kejuruteraan (banyak melibatkan pemikiran logik), memang agak fed-up bila ada perempuan dalam satu kumpulan. Mesti pernah dengar satu fakta, kebiasaannya perempuan tak boleh membaca pelan 2 dimensi?

Kenapa peta-peta seperti peta perjalanan ke Myeong Dong atau Bandaraya Kuala Lumpur ada lukisan bangunan-bangunan yang begitu comel dan berwarna-warni. Ini diciptakan khas untuk kaum perempuan!

Lelaki pun sama sahaja. Sebab perkataan nafsu dalam '9 akal, 1 nafsu'. Rasanya tak payahlah ubah. Sebab itu memang betul-betul adalah nafsu. Mereka ini kaum yang tak fikir banyak dalam perkara berkaitan dengan emosi. Dan nafsu itu berkaitan dengan nafsu yang kamu tahu apa maknanya.

Cara nak bunuh lelaki dengan senang adalah melintaskan perempuan bogel didepan mata. Dalam 3 saat, kamu boleh tusuk pisau pada mana-mana bahagian badan lelaki tersebut.


Aku pun tak faham apa aku tulis. Yelah kan, dah namanya pun sembang rambang.

Pokoknya, aku mahu katakan:


Exam memang tak best!

PS: Perbualan ini berlaku dalam minggu peperiksaan.

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, November 17, 2009

Bantal Busuk

Aku masih tak faham kenapa orang memangggil bantal busuk, sedangkan bau pun agak wangi.

Tapi, aku faham kenapa sekarang kenapa orang memanggil bantal busuk. Sebabnya bila kau tidur meniarap, air liur ketika tidur terkeluar secara tak sengaja. Hasilnya, bila bangun tidur ada tompokan-tompokan yang unik sekali wujud. Kelamaan-lamaan akan menjadi lebih terang. Akibat pengoksidaan cecair air liur. Lama-lama semakin coklat.

Lepas itu, berbangga. "Woi, aku jumpa satu pulau kecil,". Dah jadi macam pelayar lama-lama. Jumpa dan lukis peta.

Binatang 01
Aku ada sebab kenapa aku tak suka teddy bear atas katil aku.


Sebabkan membeli bantal untuk bertukar-tukar setiap malam adalah perkara yang rumit, si pembuat peta tadi mengambil keputusan hanya menukar sarung bantal. Lepas menukar sarung bantal, si pembuat peta cium semula bantal tersebut.

"Wangi gak bantal ni," lepas itu berterusan memakai bantal tersebut hingga ke malam seterusnya.

Malam pada hari yang lain pula...

Sekali lagi peristiwa penjelajahan berlaku yang mengakibatkan penemuan pulau terbaru. Pemetaan pun akan dilakukan sejurus selepas itu. Keesokan paginya, disebabkan malas hendak menukar sarung bantal (walaupun tidak sesukar menukar seluar dalam), dia membiarkan sahaja bantal tersebut.

Esok malamnya, berlaku lagi dan lagi. Akhirnya bantal itu memang mengeluarkan bau yang kurang enak. Bila nak masuk tidur, memang tabiat manusia suka cium benda yang tahu busuk (macam cium stoking selepas dipakai), dia cium bantal. Selepas itu, membuat reaksi muka yang kurang selesa.

"Ala, bantal nak tidur je pun," Maka, ditepuk bantal itu berulang kali. Dengan harapan bahawa bau itu akan hilang dan bantal itu akan menjadi lebih empuk lagi.

Letaklah kepala dia di atas bantal. Sambil nak tidur menghitung hari, "Bilalah nak tukar bantal ni,"

Fikir-fikir. Dah genap hampir 4 tahun bantal ini menjadi teman tidur. Sebab itu disebut bantal busuk. Busuk-busuk pun, kita sayang. Kita tepuk-tepuk tiap malam.

Kenapa aku tak suka ada patung yang kiut-kiut atas katil aku? Sebab aku takut nanti patung itu hidup dan cekik aku sampai mati. Pernah tengok cerita Chucky?


Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, November 15, 2009

Apa nak buat cuti kali ni?

Aku tengah memikirkan apa patut aku buat untuk cuti musim sejuk yang kedua terakhir ini.

Aku tak nak duduk depan skrin LED, sambil ditemani pemanas yang panas, sambil badan aku berkelubung dalam selimut.

Tak mahu sebegitu!

Check Your Bill!

Bil gas akan melambung tinggi ketika musim sejuk. Aku tak kisah, sebab aku duduk asrama. Free.


Perkara yang bakal berlaku bila cuti musim sejuk kali ini:

1. Menerima pelawaan budak Korea University pergi ke Jepun selama seminggu.
2. Duduk di rumah Anas. Makan makanan halal.
3. Mengambil kelas sesi musim sejuk (saja-saja. Nak cepat grad, kononnya)
4. Download Gilmore Girl 7 siri, tengok sampai muntah.
5. Beli kayu pool, main di kedai 'bos'. Training kot.
6. Ikut trip kecil-kecilan ke mana-mana pusat peranginan ski.

Jangan paksa aku balik Malaysia, ok! Aku akan balik Malaysia bila penaja aku suruh balik, hal serius atau sudah bergraduasi.

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, November 13, 2009

Seks itu masih mampu dijual.

Industri pelacuran adalah industri tertua di dunia?

Bicara tentang seks mungkin menjadi taboo di negara Asia. Kalau tiba-tiba aku cakap benda-benda lucah di blog ini, orang akan fikir aku begini, begini dan begitu. Itu yang berlaku pada entri lepas. Ya, aku berjaya memecahkan imej baik aku yang bercerita dalam ruang selesa. Aku letupkan satu cerita, ramai nak baca.

Korang pun suka cerita seks bukan?

Manga?
Majalah lucah, filem lucah. Apalagi yang mampu ditawarkan?


Sekarang jadi satu trend di Korea. Dikalangan artis itu sendiri. Kena seksi, kena pandai menari gaya seksi, gaya manja menggoda. Suara belakang cerita. Buat klip video seksi-seksi, ada aksi separa lucah sikit. Letak kat Youtube. Kau menjadi hit. Kau digilai ramai. Kau meletup!

Sekarang wujud istilah 'Group Idol'. SNSD adalah salah contoh daripadanya. Dan deretan nama yang boleh di cari, sila pergi ke blog-blog artis Korea. Aku tak nak letak nama mereka disini.

Mereka ini suara, sedang-sedang. Body? WOW. Muka? WOW. Mungkin kalau kau si pervert, imiginasi gadis untuk kau setubuhi dah cukup kot.

Temanya, mudah. Seks itu masih mampu dijual.

Contohnya kau letak gambar Blake Lively kat ubat gigi jenama Colgate. Tak payah kau iklankan kat TV, ada je orang beli nanti. Ini juga salah satu idea penjenamaan syarikat Virgin Atlantic Airways yang dikendalikan oleh Sir Richard Branson. Setiap kali dia ada buat promosi, akan ada 10 gadis yang stok muka-muka Pet of The Month mengelilingi bos mereka. Bila orang lalu, terutama lelaki akan kata: Aku patut cuba naik Virgin Atlantic Airways!.



Setiap kali kalau aku nak dengar lagu-lagu dari Group Idol ni, aku kena tengok video muzik mereka. Bagi aku, bila suatu lagi itu berkualiti adalah apabila aku tak tahu siapa penyanyi, album apakah itu dan bila aku dengar aku akan kata:

"Siapa penyanyi, apa tajuk lagu ni?"

Banyak lagu aku minat dimainkan secara tak sengaja menggunakan 'Mood Shuffle' dan 'Genius'.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, November 11, 2009

Zaman games aku yang meniti senja.

Orang sekarang sukakan Wii, kononlah boleh sihatkan badan. Aku tak ada pengalaman main Wii lagi. Sebab aku rasa aku dah malas nak main game yang memerlukan tumpuan seratus peratus. Aku lebih gemarkan game-game untuk bersantai-santai sambil menunggu perkara yang patut aku buat dengan serius:

Belajar tentang kehidupan.

Craziness G-Ration.
Aku amat hargai masa bermain game. Aku pernah jadi seorang gamers juga.


Mungkin kalau kau lahir sekarang, dah kenal Playstation 3 edisi slim.

Dulu aku main game tape beb!. Yang SEGA yer tu, grafik macam celaka cipan. Itupun siap berebut nak main kat rumah kawan lepas balik kelas mengaji agama. Aku masih ingat tajuk-tajuk game yang popular pada zaman aku:

Macam Street Fighter, Contra, Mario. Kira waktu agak takjub sekali bila Chun Lee buat twist kick kat langit boleh nampak panties warna biru. Aku masih ingat, kali pertama aku pegang game tape, aku pakai Sagat. Aku tekan mana-mana button yang ada, akhirnya aku menang. Beginner luck, orang putih kata.

Main Contra la antara games yang mula menunjukkan aku mula ketagih kat games. Nak main kena sampai menang. Nak tahu bila kita menang, adalah bila watak yang kita main dapat naik helikopter lepas itu pulau musuh pula meletup-letup. Dah kira hebat grafik waktu itu.


Aku pegang PC secara serius pada umur aku 11 tahun. Banyaklah games berasaskan simulation aku main. Aku gila nak buat rumah (SIMS), nak buat bandar (SIMS City), nak buat hospital (Theme Hospital), buat hotel (Hotel Tower). Games-games ini membuatkan aku begitu serius berfikir secara logikal.

Lepas itu aku mula minat bola secara menggila pada usia 12 tahun. Zaman aku main FIFA dan apa sahaja yang berkaitan dengan FIFA. Tiap-tiap tahun aku tunggu FIFA terbaru. Sehinggalah ada apek Cina cakap kat aku, "Lu try la main ini punya game, lagi bagus woo!". CD playstation Winning Eleven. Sejak itu, aku dah tak main FIFA dah.

Satu lagi siri games yang sentiasa evolusi: Need For Speed (NFS). Setiap kali games baru keluar, aku akan habiskan games sampai habis. Inilah games yang banyak makan masa aku. Pernah satu games dari NFS, Most Wanted, aku bertungkus-lumus habiskan dalam masa lebih satu bulan. Akhirnya, aku berjaya juga memiliki kereta BMW M3 Factory Painted: Blue. Ianya lambang yang kau sudah menghabiskan games ini dengan cemerlang sekali.

Aku masih main Winning Eleven (bila ada ajakan, jemputan atau sesi cabar-mencabar). Aku baru berhenti main Need For Speed Shift atas sebab komitmen aku sebagai pelajar (nak main shift kena perlu masa lebih 5 jam sehari tanpa henti). Aku dah lama bersara dari DotA. Sekarang budak-budak DotA dah main HoN pula.

Games yang aku kerap main adalah games Facebook iaitu Mafia Wars dan aplikasi-aplikasi permainan menggunakan minda dalam iPod Touch.



Bermain games adalah perkara yang terpenting dalam hidup aku. Sebab games lah aku menjadi seorang yang ada imiginasi bebas tentang suatu perkara.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, November 09, 2009

Kawan aku yang berjambang lebat.

Aku mempunyai seorang kawan, yang berjambang lebat.

Dan cara kami berkawan adalah agak unik sekali. Yer, aku rasa ianya begitu unik.

Remember HIM (Black & White)
Aku tak suka bermisai tebal. Aku tengok pun geli!


Kali pertama dia berjumpa aku adalah ketika aku tengah mengambil wuduk. Mengambil wuduk di bilik air adalah perkara yang biasa kalau kita berada di persekitaran yang penuh ramai muslim. Kau ambil, aku ambil. Kalau dalam situasi aku, kiranya agak pelik. Di kala cuaca sejuk, tak pasal-pasal kau tengok orang basuh muka, tangan, telinga dan kaki. Kiranya pelik la kan, sebab orang lain tak tahu apa sebenarnya kau sedang buat.

Bulan puasa lalu...seperti biasa aku pergi bilik air. Masa aku ambil wuduk ada orang perhatikan aku.

Dalam hati, aku kata, "Harap-harap jangan tanya lebih sudah,".

Bila aku keluar, aku toleh muka orang yang tenung aku dari tadi. Dia berjambang. Pandangan agak tajam. Aku bilang dia dari area negara India. Ya, betul. Dia dari Bangladesh.

Keesokannya pula, aku menyidai kain pelikat yang aku selalu pakai ketika solat di luar bilik. Basah sebab baru habis dibasuh. Ketika aku menyidai kain pelikat tersebut. Dia tenung aku sekali lagi, seperti renungan ketika aku keluar dari bilik air setelah berwuduk.


Aku rasa, aku tak fikir: Dia seorang muslim juga.

Memang betul.


Setelah beberapa episod usha-mengusha antara satu sama lain, akhirnya dia menjadi orang yang kerap datang ke bilik aku. Pernah juga dia cerita awal-awal tiba disini dia tidak berpuasa, tidak solat sebab tidak tahu mana kiblat, tak tahu apa yang boleh makan disebabkan tulisan palang-palang yang sukar difahami.

Dia tahu aku adalah seorang muslim melalui 2 benda:

1. Gaya aku membasuh muka ketika berwuduk.
2. Aku memakai kain pelikat, mana lazimnya mereka pakai untuk ke masjid.

Dia sekarang dah balik Bangladesh semula. Antara makanan Bangladesh yang pernah dia jamu kat aku dan budak bilik aku adalah sejenis maruku. Maruku itu asalnya budak bilik aku ketagih, lepas itu suruh aku rasa. Dan kami berdua agak ketagih dengan maruku tersebut. Siap habiskan stok maruku dia yang dipos khas dari Bangladesh.


Cuma...

Andaikata dia jumpa aku dalam keadaan aku memakai seluar pendek dan berkata 'syet' bila kain pelikat dari ampaian jatuh. Mungkin dia tak ada fikiran aku adalah seorang muslim.

Akhirnya, kita sedar bahawa dari cara kita menutup aurat dan tingkah laku kita, orang lain boleh tahu macam mana muslimnya kita. Tak semua. Tapi sekadar 'first impression'.

Kebosanan mencipta kelainan

Ahad, November 08, 2009

[Bosan Lampau 06] Santapan petang Sabtu.

Matahari sungguh terik.

Memancar tepat pada muka aku. Akhirnya, aku berubah kedudukan tidur di kala pagi. Posisi kaki ke kepala, posisi kepala ke posisi kaki.



Akhirnya, kaki aku yang panas. Tapi tiada parut 'sunburn'. Ok, lah.

Aku ada impian membuat gambar seperti ini. Tapi aku tidak mahu jadi direktor filem lucah.

Sumber: Likecool.com

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, November 07, 2009

Hinggalah kita rasa terasing.

Buku Cetusan tahun ini aku tak baca lagi. Aku letak atas meja, kot-kot ada orang nak baca nanti. Aku simpan niat nak baca buku ini bila ada kelapangan di hujung minggu, atau di petang hari. Tapi masih tidak ketemu waktu itu.

AT07-Movie World, Gold Coast.
Berbaloikah untuk diketahui ramai?


Akhirnya, ada orang berjaya mengelak helaian-helaian buku Cetusan. Bukan aku, tapi rumet aku.

Selak, selak, selak. Suara mengeluh pula muncul di penghujung.

"Kita memang dah terasing. Gambar kita berapa ketul je," suara keluh dikala malam menjelang.

Aku mulanya diam. Lepas itu aku berkata, "Tak penting pun gambar banyak-banyak,".

Aku berkata bukan sebab nak kawan aku berfikiran positif ke apa atau nak menyedapkan hati. Aku memang mahu berkata tak penting pun ada gambar banyak-banyak.

Macam kita buka majalah sekolah. Orang muda, muka bolehlah cam. Nama mungkin tidak. Kalau kenal paras muka dan tahu yang kita ada salur paut berkaitan dengan datangnya dari tempat belajar yang sama, itu kira bersyukur. Sebab kita masih tahu.

Kalau aku buka buku Cetusan itu sekarang, aku akan tak kenal ramai orang. Aku tahu mereka ada orang Malaysia. OK. Tapi, bila aku datang suatu majlis ada orang tegur aku siap kenal nama aku, itu benda paling kagum!



Malam ini sungguh rumit dengan pelbagai kerja rumah. Aku cuba cari masa hendak menyelak buku yang penuh wajah-wajah yang tidak dikenali. Lebih-lebih lagi orang yang mengenali aku siapa, tapi aku tidak tahu siapa mereka.

PS: Ramai orang kenal aku sebab aku blogger?

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, November 06, 2009

Akhirnya, dia melafazkan kata putus jua.

Aku tak pernah serius pun dalam mempunyai hubungan percintaan. Dan aku pun tak ada niat nak mendekati zon itu dalam waktu terdekat. Mungkin aku dalam mood sangap, mungkin tidak. Aku risau kenyataan ini akan membuatkan orang bimbang. Tapi, yang pasti aku bukan 'gay'.

Dark Side.
Putus jua.


Semakin umur aku lanjut, (padahal belum masuk lagi umur 30-an) semakin kerap aku menerima usikan nakal atau sindiran yang merujuk adakah aku sudah mempunyai pilihan hati. Adakah ini suatu kebiasaan untuk lelaki yang suka bermain Mafia Wars dalam Facebook?

Sekarang orang begitu ambil berat tentang info status hubungan mereka dalam Facebook;

Single.
Complicated.
In Relationship.

Maaf-lah yer. Aku main Facebook sebab nak main game je.

Selipar aku dah putus. Dan akhirnya selipar aku melafazkan kata putus jua setelah sekian lamanya. Selipar ini yang banyak berjalan. Dari Seoul ke Ulsan ke Busan. Selipar ini juga yang berjaya menyaksikan bikini-bikini dalam bilangan yang begitu banyak. Selipar ini juga yang berjaya merendamkan diri kaki bukit.

Pernah jua selipar ini menjengkelkan bila tapaknya sudah haus. Agak keraplah jua ingin membuatkan aku kata 'kita clashlah!' pada awal-awal. Tapi aku masih bersabar. Aku tahan sampailah aku beli selipar baru.

OWH. Memang sedih perasaan membuang selipar.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, November 04, 2009

3 hari sebelum 05112009...

Diumumkan esok ada bangunan meletup kat Eifel Tower. Esok juga jangan naik keretapi bawah tanah. Mana tau boleh rentung. Apa kata kita berarak beramai-ramai membawa lilin di jalan-jalan?




3 hari sebelum esok...

"Hepi besday!"

"Selamat panjang umur!"

"Woit, buat makan-makan!"

"Dah tua dah kau sekarang! HAHA"



Mula-muka sorang je. Aku tak pelik. Kalau dah melampau ramai, aku pelik!

Aku masih tak faham situasi 3 hari lepas. Tidak semena-mena ramai mengucapkan 'Selamat Hari Lahir'. Padahal hari ini baru hari Isnin. Aku sudah beranggapan yang aku sudah masuk mana-mana mesin masa. Aku terlompat ke 3 hari yang lepas ke? 3 hari lepas aku tidak terlibat dengan apa-apa mesin, melainkan ATM. Itupun menambahkan fed-up aku, sebab tempoh masa menggunakan sudah tamat. Dah 2 tahun aku tak kemaskini kad. Padan muka. Aku bakal tak dapat mengeluarkan duit sehinggalah suatu tempoh masa aku ada masa nak memperbaharui kad.

Kebulur kot nanti.

Aku siap sampai buka IC Foreigner aku. Adakah aku lupa samada hari ini adalah hari lahir aku, atau esok, atau 3 hari lagi. Demit. Memang membuatkan aku sangsi.

Akhirnya, ada orang bagi tahu Facebook bagitahu yang hari lahir aku adalah Selasa lepas.

Bodoh Facebook. Mungkin sistem server dah tak mampu mengira waktu sebenar. Apatah lagi, sekarang makin bertambah umat manusia yang gila aktif dalam dunia online. Bagus juga, ada orang akan mengucapkan untuk kali kedua.

Ataupun, owner Facebook taksub dengan V?

Remember...
Remember of the fifth of November...

Kalut.

Psst. Hari ini aku jumpa buku yang begitu lucah sekali kat pameran buku dalam universiti aku. Kulit buruk yang amat. Tapi isi buku yang 'impressive'. Bicara tentang pandangan orang dewasa dan orang muda tentang perkara pantang dalam masyarakat Melayu: Seks.

PS: Sepatutnya aku tak perlu banyak cakap untuk esok. Senyap dan senyap.

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, November 03, 2009

Cara aku 'sayang'kan pokok.

Sistem pendidikan ini memang suka bercerita lebat. Dulu bagai nak rak suruh budak-budak SPM duduk beramai-ramai buat 'brainstorming' memikirkan masalah dunia tentang fenomena 'kesan rumah hijau'. Masa itu aku ingat budak-budak SPM ini dah cukup terror la sebab dah jadi pemikir negara. Mana tidaknya, disuruh fikir pasal PLKN yang aku pun tak masuk, tapi kena fikir kesannya.

Bagi pula tajuk, kesan kebanjiran pendatang asing. Mana aku tahu, aku duduk asrama dari tingkatan 1 sampai 5. Mana nak tengok orang Indonesia, Bangladesh, Nepal bersepah di kaki kompleks membeli belah. Yang aku tahu, bila nak balik ke rumah, bau hapak macam celaka dalam komuter dan pertuturan pelbagai bahasa.

Piece Of Money.

Gambar lama ketika pagi raya 2007, kot. OTW ke Hannam.


Bila aku masuk ke peringkat tinggi sikit, (orang kata menara gading?) belajar buat enjin, belajar potong besi, belajar acuan skru. Kita belajar sebenarnya nak menjimat kos, seterusnya untuk menjimatkan sumber alam. Terutama pokok.

Memang perlu adanya kata-kata, cakap tak serupa bikin.

Kenapa para guru-guru menyuruh menulis report-report dalam kertas A4 kalau menyanjung tema 'Save The World'? Dan, kenapa juga memberi banyak tugasan yang berkaitan menulis di atas kertas A4 kalau masih setuju pada konsep 'GREEN'?

Ini cara aku jimat penggunaan kertas:

Kertas A4 di lipat 2, kiranya ada 4 muka surat yang kecil yang memanjang ke bawah. Tulis kecil-kecil. Bila buat nota pula, tuliskan nota pada ruang-ruang kosong yang ada dalam buku teks. Ala-ala dalam drama Prison Break. Sekejap senget 45 darjah, sekejap 34 darjah. Janji boleh baca. Kalau ada seminar yang dianjurkan dan ada kertas-kertas seminar tak terpakai, ambil dan bawa balik. Boleh jadi kertas conteng ketika mengira atau disusun semula jadikan buku nota.

Kalau sejuta orang macam aku, sudah pasti dunia ini akan jadi lebih indah!.




Sebenarnya, aku malas nak ke kedai buku semata-mata hendak membeli sekaton kertas A4. Lagi satu, memang terasa tangan letih nak menulis atas kertas.

Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...