Khamis, April 30, 2009

[Tembak Rawak 03] Kaki Orang.

Bukan salah kamera menangkap gambar kaki. Tuannya pun tak tahu bahawa kaki dia mencuri tumpuan. Aku tanya kamu: Kau suka kaki kau?




Gambar ini ada kaitan dengan situasi di bawah, kot!


Kamu tahu apa yang terjadi kalau memakai kasut bertali dan diikat ketat?

Kaki kamu akan jadi busuk, sistem pengudaraan kaki tidak berjalan lancar. Cuba pakai ketat-ketat. Lepas itu jalan-jalan 2 jam di mana-mana. Buka balik kasut kamu. Kalau stoking kamu basah (rasa macam berair sikit-sikit), ada beberapa perkara yang akan berlaku:

1. Kaki kamu sudah berbau. Tapi kamu tak yakin, berbau ke tidak.
2. Kamu rasa nak cium bau stoking tersebut.
3. Kamu rasa geli dengan bau stoking kamu.
4. Kamu nak cium kaki kamu pula.
5. Kamu menggeleng kepala, betapa dahsyatnya bau kaki kamu.
6. Kamu letak stoking ke dalam kasut kamu.
7. Kamu akan pakai untuk esok harinya. Sebabnya...

...ianya belum cukup berbau untuk dibasuh.

Adakah kamu geli dengan situasi diatas? Aku yakin, kamu adalah orang diatas.

Jangan menipu pada hari Khamis dan hari-hari lain.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, April 29, 2009

Simbolik Untuk Tidak Mungkir Janji.

Walaupun aku orang Malaysia, aku akui, aku tak pernah ada niat nak jejak kaki ke Menara Kuala Lumpur. Jangan salahkan mak ayah aku kerana tak keluarkan duit perbelanjaan mengikuti rombongan sambil belajar yang di taja oleh sekolah-sekolah. Aku lebih suka lawatan ke air terjun dan aktiviti makan-makan.

2 tahun lalu, aku dengan segerombolan kawan-kawan aku, pergi ke Menara Seoul (Seoul Tower). Seoul Tower kira salah satu tempat pelancongan, dan hanya dapat melihat bangunan-bangunan, jarak negara asal kamu dengan tempat kamu berdiri, serta perkhidmatan menggunakan teropong super besar. Sama je kan di mana-mana menara.

Tak ada yang menarik, kan?! Kenapa kena pergi?

Tempat menarik adalah di kaki menara tersebut. Lihat gambar.


PS: Terima kasih kepada, Cik Krun Ch.

Apa yang berlaku disini?

Ini adalah kawasan selamat. Jangan risau dengan kehadiran mangga-mangga kunci tersebut. Dulu aku pergi ada beberapa ketul je. Sekarang dah membiak jadi terlalu banyak! Ini adalah pengaruh rancangan realiti. Efek sampingan adalah, perniagaan kunci mangga menjadi pilihan di kaki menara tersebut.

Macam begini ianya bermula.

Andaikata kamu dan pasangan kamu seorang kapel. Lepas itu, beli kunci mangga di kedai berhampiran. Tak silap ada kedai ala-ala 7 Eleven. Belilah bentuk kunci mangga yang kamu suka. Nak sweet, beli bentuk hati. Nak rasa gempak sikit, beli yang saiz gedabak sikit. Ikut kemampuan kamu.

Ok, jangan lupa beli marker pen. Eh, beli sepasang kunci mangga, ok. Setiap seorang kena tulis janji-janji kamu pada ruang kecil mangga itu. Terpulanglah, apa saja. Segeli mana ayat romantik kamu, tulis je. Orang tak tahu siapa yang tulis melainkan kamu yang bagi tahu.

Mula-mula, yang perempuan punya kuncikan pada yang lelaki punya. Sudah, yang lelaki punya kunci pada tali yang berada disitu (macam dalam gambar). Belek-beleklah kalau rasa se-sangat curious dengan apa yang ditulis oleh pasangan kamu.

Bahagian terakhir, kunci kedua-dua mangga tersebut kena campak ke kawasan hutan di bawah.

Aku pun tak tahu alasan kenapa kena campak kunci. Tapi, aku sudah tahu selepas aku menonton rancangan realiti We Got Married.

Simboliknya, kalau sudah berjanji kena tunaikan. Tiba-tiba, rasa macam tak dapat nak tunaikan janji atau ada niat nak rosakkan janji-janji manis kamu. Itu bermaksud kamu kena pergi hutan bawah tadi, cari kunci yang sudah dicampakkan. Lepas itu baru boleh buka mangga tersebut, sebagai makna kamu tak sanggup tunaikan janji.

Masalahnya, kamu nak menyusahkan diri dengan mencari kunci tersebut di hutan tersebut?

Akhir kata, pengajaran utama, janji perlu ditunaikan walau sesusah mana. Ha, jangan berjanji manis, kamu tahu padahnya.


Ada siapa nak ikut aku pergi Seoul Tower? Tapi aku tak nak tengok mangga-mangga yang ada disitu. Aku nak tengok kawasan hutan di bawah, samada memang banyak kunci ke tak disitu. Leh kutip, jual kat kedai besi. Dapat duit, aku makan Rapooki (kek tepung beras yang disimbahkan dengan sambal yang agak pedas) di Sindang.

Aku merindui makan Cheese Rapooki!. Klik sini.

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, April 28, 2009

Ramai orang memperkatakan tentang ini.

Owh, tidak. Ia begitu menyentuh hati.

Sejak kebelakangan ini, budak sebelah aku kuat melayari laman Youtube. Kiranya, dia lebih up-to-date dari kamu semua. Kamu baru nak kagum Susan Boyle ada bakat menyanyi, dia sudah lama tahu dan dia sudah tahu bahawa Susan Boyle telah meluruskan rambut.

Dah beratus blog membuat kritikan positf mengenai apa yang berlaku di bawah ini. Aku juga tak mahu ketinggalan.



Mesejnya, tidak sempurna itu indah. Lepas ini, tak payah kita memperlekehkan orang disebelah kamu walaupun bau kentut macam telur busuk atau tidur dengkur macam gajah. Lihat sudut positif dan katakan "Owh, kamu terlalu indah".

Ini antara situasi yang aku cuba bayangkan,

Pasangan kamu kentut dengan bau yang...huh!
Apa patut kamu buat:
Tutup mulut, tahan nafas selama 10 saat. Lepas itu kata, "Bau bila saya hidu bau ni... saya dapat tahu yang kamu ada di sebelah saya". Lepas tu tepuk tangan, tanda tanniah.

Pasangan kamu menguap macam singa.
Apa patut kamu buat:
Geleng kepala. Lepas itu senyum. Cakap "Gaya menguap macam singa. Tapi, awak nak tahu, saya suka singa. Sebab mereka 'ganas',". Teruskan dengan senyuman. Kalau dia nak lempang kamu, bersedia.



Kadangkala, manusia merapu tanpa sedar yang matahari hampir terbenam.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, April 27, 2009

Tuhan, kirimkan lah aku...

Lagu ini tak ada berkaitan dengan sesiapa. Kalau kamu seorang yang bujang yakni tidak mempunyai teman, dan rasa-rasa ia menyentuh kamu, jadikan ia lagu tema untuk hari duka-duka kamu. Aku? Bukan.

Sekadar hawa telinga di kala bosan.



Owh, tidak!. Lagu ini mengingatkan nostalgia aku mendengar lagu dari band seberang: Dewa. Mereka mempunyai lirik lagu yang indah. Teringat pada seorang wanita, berulang kali menyuruh mendengar lagu Larut oleh Dewa. Baru aku faham maksud wanita itu, tapi aku buat bodoh saja.

Terima kasih kepada bekas budak rumah aku kerana mempromosikan lagu ini.

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, April 25, 2009

Andaikata, Edward Cullen berhijrah ke Malaysia.

Aku terbaca forum tentang siapa artis Asia yang patut membawa watak Edward Cullen. Rata-rata memberikan nama artis Korea memandangkan mereka agak sesuai. Owh, lupa nama artis Jepun juga dicanangkan.

Aku terfikir satu benda yang tiada logika. Begini, kamu tahu bukan Edward Cullen? Lelaki yang diminati seluruh dunia oleh setiap lapisan wanita di muka bumi. Ada juga lelaki yang cemburu dengan abiliti romantik yang dimiliki oleh Edward Cullen.

Bayangkan. Andaikata Edward Cullen secara tak sengaja memilih Malaysia sebagai destinasi imigrasi keluarganya. Niat dia nak rasa pengalaman duduk di Asia, dan dia memilih Malaysia. Sebabnya adalah moto Badan Pelancongan Malaysia: Malaysia Truly Asia.

Ini antara yang berlaku kalau Edward Cullen dan sekeluarga berhijrah ke Malaysia:

1. Akan memiliki kawan yang baru, mempunyai citarasa yang sama.
Lepas ini, dia tak payah gaduh dengan werewolf. Dia boleh lepak atas pokok dengan pontianak. Pontianak dikira vampire versi Malaysia, kan? Selepas ini, budak balik mengaji boleh jumpa Edward Cullen ketika melintasi pokok beringin yang rendang.

2. Tempat tinggal sebelah Cameron Highland, kot.
Susah aku nak fikir kawasan yang lembab dan tak banyak cahaya matahari. Ada cadangan sesuai?

3. Tak merasa sambal belacan tempoyak.
Ini suatu kerugian untuk Edward Cullen. Dia tak boleh pekena teh tarik di kedai mamak sambil menonton EPL. Tidak pun, orang bagi berkat kenduri kahwin akan berakhir di tong sampah saja. Alamat ruginya, tak merasa nasi lemak, budu, keropok lekor dan sebagainya.

4. Kena blacklist dengan JPJ.
Duduk kampung ingat tak ada polis trafik jaga? Tak boleh bawa kereta BMW laju-laju dikawasan kampung. Kalau bawa laju juga, mungkin kena makan carutan pengembala lembu yang menebas rumput tepi jalan.

5. Makanan buruan kegemaran: Babi Hutan.
Duduk US bolehlah sedut darah beruang dalam hutan. Malaysia? Harimau atau babi hutan jadi pilihan. Lepas ini, tak ada ruangan dalam Harian Metro: Penoreh Getah kena Sodok oleh Babi Hutan. Sebab babi hutan dah kena balun dengan Edward Cullen.

6. Tak mainlah kereta nasional macam Kancil dengan Satria Neo.
Kamu tahu citarasa Edward Cullen terhadap kereta mewah. Jangan harap kamu boleh lihat Edward Cullen bawa kereta Kancil berdesup di lebuhraya dengan kelajuan 140 km/h.

7. Hobi baru, merempit barangkali.
Edward Cullen sukakan kelajuan. Pasti dengan naik panas dengan mat rempit yang bawa motor kapcai berdesup sana-sini.

8. Boleh jadi pemuisi, penyair, pendebat.
Duduk Malaysia, sekurang-kurang ada ruang dia nak belajar bahasa Malaysia. Lepas itu boleh lihat Edward Cullen cakap Melayu stail leleh-lelehnya. Boleh terlibat pertandingan pantun peringkat sekolah. Masa ini, ramai gadis Melayu jatuh hati pada kata-kata Edward Cullen.

9. Aktif dalam rukun tetangga, sebagai peronda malam.
Edward Cullen tak boleh tidur malam kan? Lepas ni ada ketua kampung akan menawarkan tugas meronda malam-malam. Ini boleh membantu mengurangkan jenayah seperti rogol.

10. Cikgu disiplin dah macam member.
Sebab selalu ponteng kelas, kena panggil menghadap cikgu disiplin. Ingat senang-senang je ponteng kelas?

11. Bapa Edward Cullen tak akan kerja di hospital kerajaan.
Kalau kerja di hospital kerajaan, dengan gaji sikit, macam mana nak bayar ansuran kereta BMW? Gila apa.

Ada idea nak menambah situasi yang mungkin berlaku kalau Edward Cullen berhijrah ke Malaysia? Tak kenal siapa Edward Cullen? Pergi Google.

Aku nak sambung Twilight Saga yang ketiga: Eclipse.

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, April 24, 2009

Pembaziran Dilakukan Demi Wanita, katanya.

(Aku memberi jaminan, ada orang anggap aku terlalu racist terhadap jantina lain. Baca dengan hati tenang dan terbuka. Ianya hanya mengajak kamu berbicara hal bukan serius, memang tak serius)


Apabila matahari tergelincir sedikit dari tengahnya...
(M: Orang Lain, A: Aku)

M: Tengok tu, budak sekolah dah dapat bunga...
A: Erm...biasalah. Perempuan dan bunga...
M: Aku tak faham. Perempuan suka bunga, lepas tu esok layu. Lepas tu nak lagi, membazir beli bunga. Dah lah harga agak mahal...
A: Erm...(teguk air)
M: Aku rela belikan handbag, kasut...bunga? Isk, serius membazir...
A: Haha. (Aku senyum)

Aku rasa dari zaman purba Mesopotamia ataupun kemunculan puak Aryan didunia, bunga simbol kasih sayang dari lelaki ke wanita atau sebaliknya. Dulu-dulu, tak kisah warna bunga apa asalkan itu bunga, boleh selit ke rambut wanita, bagi sejambak. Wanita zaman dulu juga, kira dah faham isyarat menerima bunga: bermulanya pertautan.

Zaman sekarang, orang pandai sangat sehingga tak ada kerja. Mana taknya, bunga ros berwarna kuning dan merah dibezakan. Lepas tu memilih nak bunga apa. Bunga taik ayam tak nak pula. Nak jambakan lavender la, 33 kuntum ros merah, 33 kuntum ros ungu, 33 kuntum ros pink dan satu kuntum ros putih. Inovasi menjadi dengan peredaran zaman.

Isunya sekarang, aku tahu ia masih relevan memberi bunga pada wanita. Lupa, ia juga masih relevan memberi bunga kepada guru besar yang hampir bersara atau pada hari guru. Situasi di atas adalah luahan lelaki yang sudah berpunya.

Aku rasa kalau tak ada wanita yang mempunyai perasaan terhadap bunga, penjual bunga tak akan wujud bukan? Aku rasa sebegitu. Kiranya, penjual bunga seluruh dunia pasti mengucapkan terima kasih kepada wanita yang sentiasa inginkan bunga segar dalam pejabat atau di atas meja studi kamu.


Kamu sudah tahu fikiran lelaki tentang bunga...

Kalau kamu wanita, adakah kamu masih hendak memaksa suami/teman lelaki/murid-murid lelaki kamu membelikan bunga, dan esok akan mati dalam pasu bunga?

Atau, kalau kamu lelaki, adakah kamu berfikiran sedemikian? Padahal, wanita amat mencintai bunga dan mereka akan meminta setiap hari atau seminggu sekali. Sanggupkah kamu?


Aku tak pernah bagi bunga pada orang lain. Sebab itu aku membawa isu ini untuk diketengahkan. Erk, aku nak bagi bunga pada siapa?

Kebosanan mencipta kelainan.

Khamis, April 23, 2009

Senarai Orang Nak Dibelanja Makan.

Kalau kamu dibelanja makan, memang seronokkan? Aku dah ada senarai nak belanja orang makan: follower blog aku. Kamu boleh berbuat demikian dengan klik 'Ikut' di bahagian sebelah kanan ini.

Aku dalam proses cuba mengenali manusia yang membaca blog aku; berapakah peratusan lelaki dan perempuan; berapa bilangan pelawat setiap hari dan waktu bila kamu menerjah blog ini. Aku juga membuat beberapa perubahan pada blog ini, walaupun perubahan terlalu minima untuk dikenalpasti melainkan jika kamu kerap melawat setiap hari. Aku juga menambah link-link blog yang aku kerap lawat sebagai pembaca 'senyap', kamu faham maksudnya: orang baca blog orang tanpa meletakkan komen.

Opps, siapa yang nak aku letak link blog kamu disini, sila emailkan alamat kamu melalui akaun G-Mail di sebelah juga. Tak lupa juga, sesiapa ingin menanya apa-apa soalan, aku sudi menjawab. Mungkin lepas 2 minggu, aku nak buka kepada sesiapa yang ingin menanya soalan tentang 'L Vs P' (Klik sini), aku amat alu-alukan. Aku ingin kembali pada tajuk 'L Vs P' yang aku teruja sejak entah-bila, aku pun tak pasti. Email-kan kalau berminat.

Ok. Aku nak kupas tentang jenis-jenis pembaca blog dan kenapa mereka rasa nak membaca blog orang. Aku berfikir malam tadi sebelum masuk tidur dan ini aku dapat huraikan:

1. Pembaca yang tak bosan dengan aktiviti harian
Mereka ini adalah golongan yang tak berminat langsung dengan dunia blog. Mereka akan baca itupun kalau ada berkaitan dengan mereka. Hidup mereka sentiasa sibuk bila berdepan dengan Internet. Sekejap dotA, sekejap game lain. Aku rasa mereka juga mengutuk bloggers! Mereka ini tak ada peranan besar kepada bloggers. Ada, memang baik, tak ada, tak ada efek pun.

2. Pembaca yang bosan tahap biasa-biasa.
Aku tak tahu macam mana nak terangkan. Mereka ini tak selalu baca blog. Situasi dia macam begini: Aku letak link aku di status Yahoo! dan notifikasi di Facebook. Kekerapan baca blog agak sikit, kira apabila ter-lampau bosan baru nak klik sana-situ tanpa arah tuhuan. Sehinggalah sampai ke blog orang lain (termasuk blog aku, mungkin).

3. Pembaca yang bosannya agak suam-suam kuku.
Golongan ini kadangkala adalah seorang pembaca tetap atau kata nama lain: pembaca senyap. Dia ikuti kisah suatu blog, dia komen apabila perlu, lepas tu kalau dia jumpa penulis blog itu di alam realiti, mereka akan kata "Blog ko best dow!". Dikalangan mereka adalah penulis blog juga, tapi menulis suatu entri baru selepas beberapa bulan atau minggu. Mereka adalah orang penting juga pada bloggers. Lagi satu, mungkin selepas mereka membaca suratkhabar Utusan, Berita Harian, tiba-tiba mereka rasa nak Google dandelinoid. Lepas itu sampai ke sini. Tanniah. Anda telah sampai ke ruang bosan ciptaan aku.

4. Pembaca tahap bosan lampau (ketagih kepada blog, aku rasa.)
Mereka ini adalah golongan yang aku yakin, tak ada kerja langsung. Hidup dia dengan blog. Baca blog orang macam baca buku Sejarah Tingkatan 5. Lagi satu, mereka adalah bloggers sejati. Sekejap buka, sekejap tukar layout, sekejap balas komen. Mereka ini adalah orang se-sangat penting kepada inspirasi bloggers. Aku dah cakap, ada penjual ada pembeli. Ada penulis, ada pembaca. Tahap pentingnya mereka tak boleh dinafikan.

Pembaca kategori yang ketiga dan keempat adalah orang yang sudi tekan punat 'Ikut' disebelah kanan ini.

Soalan kepada kamu, kamu ini pembaca yang macam mana?

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, April 22, 2009

Aku tengah tanam cerucuk.

Kamu pasti tahu bukan apa itu cerucuk?

Setiap hari aku bangun awal, sebab 30 meter dari bilik aku ada kawasan pembinaan bangunan yang aku tak tahu apa benda yang nak dibuat. Dan...setiap hari, aku akan dengar jengkaut lalu lalang, ketukan mesin besar yang menanam cerucuk.

Simpulan dari situasi di atas;

Aku tak boleh tidur sehingga tengahari!.


Aku juga ingin menanam cerucuk (membina sesuatu yang baru), cuba kamu lihat disekeliling blog ini. Ada benda baru bukan?

Pergi buat survey disebelah (Nuffnang), aku betul-betul amat menghargainya. Kamu buat, aku dapat duit dan boleh belanja kamu makan puas-puas. Nak ke tak nak?

Buatlah...kalau kamu bosan.

(Aku tengah mencari layout yang betul-betul plain (rata) tanpa gambar perempuan telanjang dan lelaki yang kelihatan gay, masik tak jumpa. Aiseh!)

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, April 21, 2009

Playlist Bosan Lampau (Januari-April)

Playlist ini aku buat masa awal tahun, dan ianya menjadi santapan telinga sehingga sekarang. Aku juga masukkan playlist ini ke dalam Ipod aku, menjadi muzik menjelang tidur. Purata lagu ini dimainkan adalah lebih 200 kali (Itunes yang kira). Memang ini playlist bosan lampau.

Thinking Of You - Katy Perry
--> Klip video terlalu ghairah untuk budak kecil.

Gives You Hell - All American Reject
--> Aku bagi kau neraka? Mahu?

Paper Planes - MIA
--> Slumdog Millionaire, filem OsKAR beb!

I Will Be - Leona Lewis
--> Aku peminat Leona Lewis sebab suara dia macam Mariah Carey

Mirotic - DBSK
--> Aku jumpa dalam blog seseorang, sedap pula.

Right Now - Akon
--> Pakcik aku kata lagu ini ditujukan kepada seseorang, siapa?

Love Bug - Jonas Brothers
--> Aku tak suka adik-beradik Jonas, lagu ini je aku dengar, ok?

Gotta Be Somebody - Nickelback
--> Suara serak basah memang kool, kot.

Ternyata - Estrella
--> Mereka memang indah dalam lagu mereka.

Mati Hidup Kembali - Butterfingers
--> Terima Cik Sunnymiso, sebab kamu aku tahu lagu ini

Pari Pari Bawah Angin - Meet Uncle Hussain
--> Anas asyik pasang lagu ini je, layan je la.

Womanizer - Britney Spears
--> Abaikan Britney yang bogel, ingat pada karektor Chuck Bass.

I Hate This Part - Pussycat Dolls
--> Aku tak suka bahagian ini. Itu je.

Sangatsu Kokonoka - Unknown
--> Air mata seliter. Kamu tahu maksudnya?

Hot N Cold - Katy Perry
--> Ada minat Korea pasang lagu ini dalam bas, sejak itu aku suka.

Ghetto - Akon ft Yes R And Ali B
--> Tiba-tiba aku teringat Shi yang promosi lagu ini.

Live Your Life - T.I ft Rihanna
--> Memang tahap nigga habis lagu ini.

Situasi - Bunkface
--> Masa aku balik Malaysia, semua radio jadi gila.

Gee - SNSD
--> Lagu ini tak best mana, cuma gadis tahap gedik berjoget.

Time Through Memories (기억을 걷는 시간) - Nell
--> Ini baru lagu yang tahap terbang di langit.

Tentang Kita - Couple
--> Tentang kami berdua, haha.
Human - The Killers
--> Acapkali di putarkan di Astro, aku siap hafal korus lagu ini.

Di Bius Cinta- Melly Goeslow Dan Yusry
--> Adik aku masukkan dalam Ipod aku.

Under Pressure - Queen
--> Boom,boom ba dee. Lagu ketika tensi.

Crush - David Archuleta
--> Suara dia, wow.

Just Dance - Lady Gaga
--> Sekadar hiburan di bilik ketika sunyi.

In The Ayer - Flo-Rida
--> Astro balik-balik ada lagu ini.

Fall For You - Secondhand Serenade
--> Acap, kawan aku ulang lagu ini setiap malam selama 7 hari.

Dan Sebenarnya- Yuna
--> Mengingatkan aku pada Norah Jones.

Ashita Hareru Kana - Kuwata Keisuke
--> Lagu ini tak bermakna kalau tak tahu apa itu 'peluang'.

Love Story - Taylor Swift
--> Aku di'cop' jiwang sebab dengar lagu ini. Hampeh.

If I Were A Boy - Beyonce
--> Beyonce seorang pengkid atau memang betul-betul feminin?

Guris - Twickhead
--> Lagu dalam KAMI The Movie

Kona Yuki - Remioromen
--> Kejujuran. Air mata seliter juga.

Feeling Good - Muse
--> Bangun pagi dan lihat pokok dan langit.

Paradise - T-Max
--> F4 Korea yang tak best, lagu je best.

1000 Tahun (Mahu hidup) - Butterfingers
--> Lirik yang sempoi dan mantap.

Nal Bwa Kwi Sun - Dae Sung
--> Pengaruh rancangan 'Family Outing'.

That's Not My Name - The Ting Tings
--> Aku lupa tajuk, terima kasih pada Sarini kerana ingatkan.

Nessun Dorma - Paul Potts
--> Artis Opera yang ubah selera aku terhadap dunia seni opera.

Time to say Goodbye - Celine Dione & Anderea Bocelli
--> Aku merindui lagu-lagu lama Celine Dione

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, April 18, 2009

Sudah lebih 3, maka ianya ramai.

Kalau tidak percaya dengan apa yang aku bakal katakan, kamu tentu belum pernah sampai ke Ulsan. Kalau kamu agak kabur dengan kenyataan yang bakal dikeluarkan, kamu memang tak tahu menahu langsung apa-apa tentang gadis Korea.

Ok. Aku mengeluarkan kenyataan rasmi:

Gadis-gadis di Ulsan memang lawa habes!
(berbanding dari Seoul, kot)

Ketika aku mula-mula sampai disini, selepas seminggu aku dah keluarkan kenyataan ini. Tapi, aku tak nak dikatakan aku seorang yang 'sangap' atau kata 'ala ko, semua perempuan ko cakap lawa!'. Aku diamkan untuk beberapa tempoh yang lama, aku tahu ia memang kenyataan yang benar sama sekali.

Faisal (senior aku yang dah lama duduk sini), rupanya dia bersetuju dengan aku. Selepas itu, ditambah dengan pendapat-pendapat lelaki lain yang sebaya dengan aku. Tapi masih tak cukup kuat aku nak katakan pada orang lain tentang kenyataan ini.

Dan, tengahari tadi... bertambah seorang lagi dengan burger di tangan melihat pintu UoU, mengeluarkan ayat...

"Kau tak perasan ke, perempuan kat sini lawa-lawa?"

Ia sudah cukup bahawa aku bukan seorang yang buta dengan kecantikan wanita. Ramai sudah bersetuju. Sudah lebih 5 orang mengatakan sedemikian. Ini antara alasan kenapa mereka dianggap lawa,

(ini adalah dari penglihatan lelaki yang rata-rata sudah memiliki buah hati, aku tak termasuk ok?)

1. Mereka tidak mengenakan make-up yang tebal dan meleret-leret.

2. Rupa agak natural, tak seperti anak patung yang banyak di Seoul. (sekali tengok dah boleh tahu muka gadis Seoul telah melakukan pembedahan).

3. Pakaian mereka agak ringkas. Tak terlalu berat dipandang. Tak terlalu seksi. Rata-rata hanya mengenakan gaun labuh dan T-shirt yang ada tulisan didepan.

4. Tak kecoh atau kepoh. Kira macam betul-betul feminin. Tak seperti di Seoul (pengamatan aku), suka buat bising dalam subway atau bas.


Aku tak diskriminasi. Ia hanya pengamatan dari kebanyakan lelaki (lebih 5 sudah banyak, bukan?). Tak percaya, aku tak peduli. Datang sini dan nilai diri sendiri.

Nasib baik tak ramai orang Korea yang boleh baca blog dalam bahasa Melayu. Aigu!.

HAHA.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, April 15, 2009

Kelayakan memegang Telefon Bimbit.

Aku antara manusia yang tak layak memegang Telefon Bimbit (TB), kot. Mana tidaknya, TB aku yang berjenama LG saban hari hanya menjadi alat mengejutkan aku supaya solat Subuh, bangun dari tidur petang dan tidur untuk tempoh 20 minit.

Kiranya, TB aku tarafnya bersamaan jam loceng!.

Memang aku tak layak memilik TB. Aku memang tak berminat pada TB se-sangat. Aku pun kadangkala hairan pada manusia yang memiliki 2 nombor dan 2 TB yang aktif setiap hari. Beruntungnya syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi. Di Malaysia pun, aku menggunakan nombor yang dipakai oleh adik aku, erm.

Bulan ini, aku mempunyai bil telefon yang sangat sikit!. Aku pun tak tahu kenapa, walaupun aku kerap menggunakan khidmat pesanan ringkas luar negara. Adakah kerana aku pelanggan tetap sejak 2 tahun yang lalu? Mungkin.

Ini adalah senarai pemanggil dan terima panggilan untuk tempoh sebulan.

Acap- Call sebab suruh 'cop' tempat duduk masa kuiz.
Pire- Tanya pasal tikel kapal terbang Musana punya.
Yuhan- Ucapkan 'Good Luck' tentang Minggu Kesenian Warisan sebab aku tak dapat datang.
Yuhan- Dia tanya aku pasal sistem permainan congkak.
Amirul- Tanya ada kelas ke tidak.
Anas- 2 kali tapi tak berjawab. Rupanya dia cari Zhaf.
Sood- Aku test alat bebas tangan, kali pertama pakai.
Faisal- Pasal projek BBQ.
Faisal- Call balik sebab tak jadi.
Atip- Tak angkat.
Yuhan- Tanya dah siap belum soalan kuiz kesenian. Rupanya aku kena buat soalan sikit.

Luar Korea.
3 kali telefon famili.
1 kali telefon Ujang, tapi panggilan hanya sekejap sebab ada masalah kat dapur kot. Dia seorang tukang masak yang ada pengetahuan baik dalam fizik dan kimia.
1 kali telefon... (nama dirahsiakan)

Aku tawarkan kepada warga Malaysia yang berada di Korea, aku sudi telefon kamu di siang hari walaupun berbincang pasal 'langit itu biru' atau 'padang itu hijau'.

Kebosanan mencipta kelainan.

Ahad, April 12, 2009

Bosan Lampau 07: The Godfather Trilogy

Ini bukan ulasan filem yang pernah keluar di pawagam pada tahun 1972. Cuma kenapa aku merasakan patut kamu menonton filem ini.

Aku kesuntukan masa hendak menonton filem-filem, kena mencari filem yang betul-betul berkualiti dan terbaik untuk mengisi hari Sabtu aku. Aku 'google' filem terbaik sepanjang zaman, dan ramai memberi kritikan baik terhadap The Godfather.

Aku pernah tengok 30 minit pertama filem pertama trilogi ini. Kamu tahu berapa lama durasi trilogi ini?

The Godfather - 2 jam 57 minit.
The Godfather Part 2 - 3 jam 22 minit.
The Godfather Part 3 - 2 jam 50 minit.

Soalan pertama kepada yang ada hati nak menonton. Sanggupkah kamu berada di depan komputer atau apa-apa alat penayang yang kamu mampu beli selama hampir 10 jam?

Aku gagahkan diri, dan ia terlalu amat berbaloi untuk ditonton!.

Cerita pasal apa? Pasal sebuah keluarga yang sempurna, tapi menjalankan perniagaan haram. Kira ala-ala mafia, dan mereka adalah mafia Italy. Nak tahu lebih lanjut, pergi cari kat Wikipedia.

Antara pengajaran aku dapat ambil dari filem ini walaupun ia filem yang dikategorikan 19 SG:

1. Utamakan keluarga. Keluarga adalah aset hidup kamu. Tanpa keluarga, kita tak kemana. Siapa yang sudi bersama dengan kita ketika susah dan senang?

2. Setia dan percaya. Mencari kawan mudah, bukan? Tapi siapa yang betul-betul kamu percaya? Ada kawan, rapati dan hormati sebaik-baiknya.

3. Hormat. Aku amat respek gaya cium tangan oleh pengikut mafia. Hormat bukan saja sesama keluarga tapi musuh sekalipun.

4. Bersopanlah ketika bercakap. Kita tak tahu, sepatah ayat yang keluar dari mulut kita boleh membawa kepada pertumpahan darah. Hati-hati bila berkata!

5. Pentingnya peranan wanita dimana-mana. Jangan abaikan bila mereka ada. Cubalah hidup membujang sampai mati, cubalah.

6. Anak adalah segalanya kepada ibu bapa. Pernah ada kawan umur kurang setahun dari aku kata, anak adalah harta terbaik bila kita jadi ibu bapa. Apalagi, buat anak ramai-ramai, tapi dengan cara halal, ok.


Filem Itali jarang dapat tempat di persada filem dunia, pada pendapat akulah. Filem saga The Best Of Youth dan filem The Godfather antara filem-filem memaparkan budaya dan bangsa Itali. Aku dapat simpulkan, keluarga berbangsa Itali sangat-sangat mementingkan hubungan kekeluargaan, adik beradik.

Kata Yasmin Ahmad, tema keluarga adalah tema filem yang harmoni dan magis (aku main tibai betul ke tidak ni).

The Godfather Trilogi, antara filem yang masuk dalam filem kesukaan aku.

Aku suka kritikan orang pada bahagian terakhir filem ini, mengenai The Godfather itu sendiri...

...He slowly puts on a pair of sunglasses, drops an orange from his hand, slumps over in his chair, collapses to the ground, and dies, completely alone...


Ingatlah orang tersayang yang sedia ada disekeliling kamu.

Kalau bosan dengan visual lama dan gaya percakapan yang berlapik-lapik, ini bukan filem kesukaan kamu.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, April 08, 2009

"Jwa-Sang" dan 'Prank'

Aku mulakan dengan kemaafaan, mengenai entri lepas. Rata-rata hati mereka terusik, padahal aku tak merujuk sesiapa yang aku kenal. Adeh!

Aku bahagikan kepada 2 hari ini.

01. Jwa-Sang

Hari-hari aku berada di Ulsan, dah ramai orang dalam kelas percaya ada budak bukan kulit secerah mereka berada di kalangan mereka (ia merujuk kepada aku). Dalam kelas 'Heat Transfer', aku suka mengambil kerusi di bahagian tengah. Aku suka duduk kerusi baris ketiga dari depan, tapi kelas ini mempunyai ramai budak skema, belum mula kelas baris kerusi itu dipenuhi orang.

Antara sebab aku suka duduk di bahagian tengah adalah kerana cuba mengelak dari dihampiri oleh Kyosu (profesor?). Dia punyalah berminat dengan orang macam aku (tak tahu sebab apa), apatah lagi dia masih menyimpan dendam bahawa pasukan bola sepak Korea kalah dengan Malaysia dalam Piala Merdeka pada tahun 70-an dulu. Sebab perlawanan itu juga, dia tahu di mana kedudukan Malaysia dan di mana letaknya Kuala Lumpur.

Kalau dia menghampiri aku atau budak Malaysia lain, dia akan cakap:

"Eh, pandainya menulis tulisan Korea,"

...dan dia bukan cakap dengan nada perlahan, tapi seluruh kelas boleh dengar. Aku tak suka diperlakukan begitu, yakni mengambil berat lebih dari pelajar lain.

Semalam, dia mengajar, tiba-tiba sebut nama 'AMIRUL' tapi tangan tunjuk pada aku. "Owh, dem. Dia tunjuk aku!".

K: Amirul, amirul....
A: Erk...
K: Kamu Adib bukan?
A: (Ingat nama aku , siap!)
K: Kamu tahu apa makna 'Jwa-Sang'?
A: Erm...(tengah berfikir)
K: Tak tahu rupanya...
A: (Aku tahulah...)
K: Kanan...'Uu', Kiri...'Jwa', Atas...'Sang', Bawah...'Ha'.
A: ... (dia terangkan hanya untuk aku)
K: Faham? Susah?
A: Tak, senang. (sebab aku dah tahu)

Satu kelas gelak.

Aku menjadi popular sekali lagi dalam kelas akibat kejadian itu. Aku amat kurang gemar kalau seseorang guru/pensyarah/profesor tahu nama aku, dan selalu tunjuk jari pada aku bila nak menanyakan sesuatu. Aku kena berhati-hati!

02. Prank

Prank terbaik baru berlaku minggu lepas, dan aku nak taip pasal 'prank' sesama kawan, dan ia adalah prank termantap dalam episod kehidupan aku.

Tapi kali ini, pensyarah yang buat 'prank'.

Minggu lepas, pensyarah Thermodynamic mengumumkan yang minggu ini akan diadakan kuiz. Disebabkan aku tahu minggu ini ada kuiz, aku siapkan semua kerja sehingga lewat malam.

Aku tak cukup tidur...itu satu.
Aku demam lagi...itu dua.

Malam sebelum kuiz, aku tidur lewat malam sekali lagi (pukul 2 pagi), dan aku bangun seawal 5.30 pagi (tapi aku sambung tidur balik) semata-mata nak belajar untuk kuiz. Lepas itu, waktu rehat tengahari pun, aku bantai soalan berkaitan dengan kuiz. 2 jam sebelum itu, aku siap pergi 'library' menelaah. Aku tak suka pergi 'library' waktu siang kerana terlalu bising dengan bunyi tapak kaki orang berjalan-jalan.

Aku masuk kelas, ambil tempat duduk, dan habis bersedia dengan apa jua soalan kuiz yang bakal keluar... kuiz bermula pukul 6 petang.

6.05...bayang pensyarah nak masuk tiada.

6.10...rasa-rasa hari ini tak kelas (bermain teka-teka sesama kawan tentang ketidakhadiran pensyarah pada hari ini)

Ada seorang masuk dari pintu belakang...

"Hari ini tak ada kelas, dan kuiz tangguh untuk minggu depan,"

Terdiam aku...

Habis, usaha aku selama ini?

Serius, aku balik terus tidur dari Maghrib sampai pukul 12 malam.

Bayangkan perasaan kena 'prank'.





Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, April 06, 2009

Belakang Tabir: The Untold Story.

Barangkali sesiapa yang membaca blog aku, pasti membuat konklusi aku adalah manusia yang mengalami kehidupan yang serba lepak dan santai. Aku berjalan kesana-kemari, itu betul.

Kepada yang berfikiran begitu, kamu salah tanggapan. Maaf.

Aku menulis cerita hidup aku, seolah-olah aku adalah manusia yang sentiasa 'cool', tanpa sebarang masalah. Aku gembira dengan kehidupan aku, walaupun ada benda pahit berlaku. Tapi aku cuba mengelak untuk berbuat seperti:

1. Aku putus cinta, dan tulis dalam blog aku.
2. Aku sakit tenat, dan tulis dalam blog aku.
3. Aku menghidapi penyakit berjangkit, dan tulis dalam blog aku.
4. Aku marah pada Makcik tandas, dan tulis dalam blog aku.
5. Aku simpan dendam, dan tulis dalam blog aku.

PS: Aku tak putus cinta, aku tak sakit tenat dan menghidapi penyakit berjangkit. Aku tak marah Makcik Tandas dan tiada dendam pada orang lain.

...dan perkara-perkara yang membuatkan orang cuba kesiankan aku. Sebab pernah dulu aku menulis entri yang penuh emosional. Akibatnya, ada orang takut nak mendekati aku, nak bertanya pada aku tentang sesuatu.

OK, entri penuh emosional aku cuba elak. Itu sudah pasti.

Awal pembabitan menulis blog, aku menulis umpama diari. Aku pergi suatu tempat dan ceritakan mengenai tempat itu, dan berjumpa dengan siapa dan mengapa. Akibatnya? Aku mempunyai stalker (aku amat membenci 'stalker').

OK, entri berbentuk diari aku cuba elak. Tapi aku tulis juga.

Sebenarnya aku bukanlah manusia yang serba 'cool' seperti yang diceritakan dalam blog ini. Aku juga seperti rakan sebaya yang lain, menikmati waktu belajar yang formal ditaja oleh pihak tertentu. Aku juga sibuk dengan pelbagai 'kerja rumah' dan menelaah pelajaran sebab tahapnya bukan seperti kolej, tapi universiti. Paham-pahamlah...

Aku mempunyai bakat menceritakan suatu benda itu dengan lebat, yakni pandai menokok tambah cerita umpama jalan kehidupan aku seperti drama ataupun wayang layar perak. Kadang-kadang, benda itu biasa saja. Aku meletakkan sedikit 'perasaan' pada jalan cerita supaya aku sedap nak menaip dan orang pun layan membaca. Bukan begitu?

Aku tak suka orang tahu aku tengah jatuh sakit dan tulis dalam blog. Seolah-olah seperti menagih simpati orang, tapi terima kasih kepada yang ucapkan 'Semoga cepat sembuh!'. Aku pasti menghargai kamu sebagai insan yang mengambil berat atas kemanusiaan dan bukan kerana minat pada aku sebagai seorang blogger yang tak 'feymes' (bernada 'poyo' bukan?).

...

(mengeluh tiba-tiba entri ini menjadi panjang)

...

Erk, aku mengalami kejutan budaya kot. Kerja yang terlampau banyak, tidur tak menentu, makan apatah lagi. Tidur seawal 3 pagi umpama menjadi biasa. Kuiz setiap minggu seperti rutin tetap. Pergi library macam pergi kedai makan. Akhirnya, aku jatuh demam sampai sekarang...

HAHA.

Apa-apa pun, aku akan cuba menaip entri yang terbaik yang berlaku di sekeliling aku.

Bosan?

Baca blog lain. Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, April 03, 2009

Tiada lagi Faizal Tahir dalam bilik.

Seminggu yang lalu...

Di suatu petang, selepas pulang dari kelas petang...

Edisi Faizal Tahir.

Aku: Siapa...sebenarnya aku tanpamu...
Musana: Mungkin saja dengan teman lain...
Aku: ...yang bisa...

Edisi Tomok.

Aku: Sejarah mungkin berulang...
Musana: Aaaa...


Mungkin kalau duduk kebosanan secara tiba-tiba, aku tiba-tiba menyanyikan salah satu lagu yang masih hangat-hangat, contohnya lagu Cuba oleh Faizal Tahir. Aku melalak tak habis lagu, sebab ada orang akan menyambut selepas itu...

Tidak Musana, Acap pun boleh jadi juga.

OK. Noktah. Situasi itu tak akan ada lagi dalam bilik aku sekarang. Dan aku merindui saat-saat menyanyi lagu Faizal Tahir dengan perasaan serta bersambung-sambung.

Sebab apa? Ada orang berbangsa bukan Malaysia, dan dia berbangsa Korea.

Waa...aku dapat roomate Korea.!


Dan...aku juga merindui menyanyikan lagu Mirotic oleh DBSK dan Gee oleh SNSD.

Nampaknya, aku terpaksa tangguh hasrat aku masuk OIAM 3 tahun akan datang, sebab tak ada ruang nak praktis.

PS: Tomok macam 'syet', dia betul-betul macam seorang penyanyi berbanding zaman 'rambut belah tengah' dulu-dulu. Aku sekarang neutral terhadap Tomok, dulu aku memang memangkah (benci suara sengau) Tomok.

Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...