Jumaat, Februari 27, 2009

Seperti menekan butang 'reset'.

Kamu tahu apa yang berlaku pada komputer kalau kamu menekan menekan butang reset yang ada di situ?

Aku pun tak tahu kenapa kehidupan aku seperti baru bermula...

Umpama entri hari ini, aku tak tahu bagaimana aku ingin mulakan.

Aku penat, letih, lesu. Semua yang mempunyai banyak makna.


Isi entri yang aku tertangguh:
1. Masalah kekurangan seluar untuk dipakai hari-hari aku di sini.
2. Kehidupan baru yang baru hangat bermula.
3. Sambungan cerita pasal Boys Over Flower (Edisi Malaysia).
4. Filem yang menang Academy Award.
5. Tak ada dah...

Sebentar tadi aku tengok jadual diet aku yang aku cipta sendiri pada tahun lepas. Rupanya aku memang obses nak kurus ketika itu. (ini aku jumpa ketika mengemas segala barang-barang peribadi)

Barang yang aku jumpa ketika mengemas rumah, dan memberi kenangan terbaik dalam kehidupan sejenak aku 3 tahun lepas:
1. Gambar Polaroid aku bersama ahli Labu-Labi.
2. Ole-ole cik Lela dari Japan (aku nak pergi Japan sesangat!)
3. Key chain Disneyland Hong Kong.
4. Gambar muka berukuran passport bermuka ganas.
5. Catatan jadual pemakanan di Malaysia (senarai mengidam)
6. Koleksi filem Matrix dan banyak lagi DVD filem.
7. Buku 'company'. (aku dah bagi pada orang lain)
8. Duit Korea 5000 won dan 1000 won edisi lama.
9. Segala pas masuk kapal terbang sepanjang 3 tahun lalu.
10. Tag pemberian MAS.
11. Tag pembelian Jeans Levis termahal aku. Rasa membazir.
12. Papan tanda 'Sex Instructor' beli di Gold Coast.
13. Gambar famili aku.
14. Kad raya dari famili aku.
15. Resit penghantaran brooch kepada 'masa depan'.
16. Kad raya aku nak hantar kepada 'masa depan' (tak jadi)
17. Sampul surat ketika jamuan Batch 85.
18. Segala ucapan dalam sampul surat itu. (terima kasih)
19. Sampul tiket trip musim panas 2007.
20. Botol kaca Starbucks perisa Cappucino.
21. Nombor telefon gadis-gadis ketika di matriks Penang.
22. Nombor telefon rakan sebaya masa sekolah menengah.
23. Key chain bergambarkan orang tengah berak.
24. Kotak kasut Vans pertama aku.
25. Skaf Manchester United tahun 2007 dan 2008.
26. Skaf Wallabies ketika Rugby World Cup 2007.
27. Cermin mata ala-ala skema (frameless).
28. Ipod Shuffle 1 gig. (barangan Apple pertama aku)
29. Sarung tangan untuk aktiviti gym.
30. Bedak Dashing dari tahun 2005.(lama aku tak pakai bedak)
31. Resit pembelian komputer peribadi.
32. Buku 'From Bar to the Bedroom'.(jangan baca)
33. Tali leher John Master pemberian pakcik aku.
33. Kaset 'Power Of Love 01'. Ini zaman jiwang karat.
34. Poster Linkin Park saiz A3. Dan buang...
35. Ucapan request Annual Dinner PPMK tahun lepas.

yang paling latest...

34. Magnet watak kartun comel yang letak pada dinding peti ais dan kad ucapan selamat tinggal dan selamat berjaya pemberian 'masa depan' yang tak pasti.



Gila. Banyak betul barangan peribadi aku. Memang letih kalau barang yang statusnya sayang-betul-nak-buang ada dalam kotak. Susah nak pindah. Aku cadangkan masa nak pindah bawa barang yang betul-betul kita sayang dan berguna.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Februari 23, 2009

'Boys Over Flower' versi Malaysia?

Drama bersiri "Boys Over Flower" telah menjadi 'hit' di tiga negara: Taiwan, Jepun dan Korea. Drama mereka di kenali sebagai F4 tak pun Hana Yori Dango (bahasa jepun le).

Aku suka tengok 'Boys Over Flower' versi Jepun. Sebab lebih stylo rasanya mereka berlakon. Tak tahulah versi Taiwan macam mana. Versi Korea pun baru tengok gitu-gitu saja. Tapi ramai wartawan kata F4 Korea lebih kacak. Entah, aku lebih tertumpu kepada bakat lakonan mereka.

Lupa nak masuk ulasan drama ini pada entri lepas.

Drama ini mengisah 4 orang yang kacak yang datang dari 4 keluarga yang berpengaruh besar. Kacak dan kaya. Formula untuk popular tanpa dipinta. Mereka berempat ini dikenali sebagai F4 ketika zaman bangku sekolah, dan mereka dipuja dan dihormati sehinggakan datang sekolah pun tak payah pakai baju sekolah. Mereka boleh melaram, membuat undang-undang tersendiri dan membina ruang makan sendiri. Kira mereka otai la kan?

Drama ini bermula apabila ada seorang gadis yang datang dari golongan pertengahan. Lepas itu pandai-pandailah kamu tengok sendiri. Ok?


Isunya di sini... andaikata drama hit 'Boys Over Flower' dibawa ke Malaysia menggunakan semua pelakon Malaysia. Sekali lagi, andaikata!. Jalan cerita ubah sikit nak masukkan unsur budaya Malaysia, dan macam-macam lagi. Pandangan aku, kekuatan cerita ini berdasarkan aktor 4 orang yang kacak itu (namanya pun 'Boys Over Flower')...

Siapa pelakon Malaysia yang betul-betul kacak untuk mewakili F4 dalam 'Boys Over Flower' versi Malaysia?

(perbincangan ini dilakukan bersama rakan-rakan di meja makan. salah satu nama dari mereka adalah En. Gu0. Namanya kena sebut, nanti dia mengamuk pula.)

Aku hanya mampu beri 2 sahaja aktor kacak yang aku rasa mampu.

Farid Kamil, Ashraf Sinclair...

Guo pun sama menyebut nama mereka...

Ajeez pun turut sama menyebut nama mereka...

Kamu bagaimana? Sama juga ke?



Baru 2 aktor kacak Malaysia...lagi 2?
Hampeh sebenarnya. Kena akui, Malaysia kekurangan aktor kacak untuk membawa drama 'Boys Over Flower' ke Malaysia.

Bagi cadangan kamu, 4 aktor kacak yang sesuai menjadi F4.


Jangan masukkan Rosyam Nor kalau tak mahu kena sepak. Jangan masukkan Jalaludin Hassan juga. Ciri pelakon kacak 'Boys Over Flower' adalah idola remaja, bukan aktor yang hampir menjadi lagenda. Kalau nak masukkan juga aktor seperti Rosyam Noor, tajuk dia pasti menjadi 'Old Boys Over Flower'. Eh, aku suka juga Rosyam Noor. Tak ada maksud aku nak kutuk Rosyam Nor.

Memang hambar industri lakonan kita. Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Februari 21, 2009

[Bosan Lampau 05] Drama Jepun Terbaik . Mungkin?

Selamat bergraduasi kepada aku. Ini adalah entri aku yang dah terperap disimpan dalam kepala. Baik buang sebelum lupa. Bukan? Sesiapa yang baru bermula nak minat menonton drama Jepun tapi tak tahu apa yang berbaloi untuk ditonton. Sebab aku baru mula nak minat!

Minta maaf kepada En. Guo diatas kelakuan kasar aku, menggambarkan En. Guo adalah seorang berbadan besar dan gemuk pula pada entri mengenai Juara Lagu. 'Mian GUO-Nim'!

PS: 'mian' adalah ucapan maaf dikalangan kawan rapat.

Dan, terima kasih kepada En. Guo kerana menyediakan bekalan drama Jepun yang agak berkualiti. Boleh dikatakan bantuan En. Guo menyelamatkan cuti panjang aku di Malaysia.

Ok. inilah ulasan aku.

Gokusen 01 (5 bintang)
Drama best habis. Kisah seorang wanita yang ingin menjadi cikgu sekolah menengah. Berhati mulia, tapi anak kepada seorang Yakuza. Nak tengok cikgu sekolah berpakaian baju pendidikan jasmani dan membelasah budak-budak jalanan? Ini yang terbaik untuk kamu. Cikgu ini telah diamanahkan menjadi guru mentor untuk kelas budak-budak jahat (nakal ok lah!). Maka cabaran disitu.

Gokusen 02 (4 setengah bintang)
Masih seronok untuk ditonton. Bab gaduh pun masih relevan. Cuma jalan cerita dah boleh agak, sebab agak-agak mirip dengan cerita Gokusen 01. Setiap akhir episod ada nilai murni untuk dipelajari. Cikgu ini telah ditukar ke sekolah lain (bukan dalam sekolah Gokusen 01) dan tugas pun sama: kena pastikan semua pelajar budak-budak nakal kelas dia (dapat kelas jahat gak) semua selamat graduasi.

Gokusen 03 (3 bintang)
Aish. Jalan cerita hampir sama, tapi watak-watak budak jahat dalam Gokusen 03 tak se-stylo Gokusen 02 dan 01. Sebab watak mereka kelihatan poyo sikit. Rasa aku macam nak tumbuk pula watak itu. Alang-alang dah tengok Gokusen 01 dan 02, tengok je la Gokusen 03. Jangan salahkan aku kalau bosan tengah-tengah cerita.

Liar Game (4 bintang)
Wow. Cerita bagaimana nak menipu orang. Permulaan yang mahal untuk cerita begini, dimana seorang gadis secara tiba-tiba ditawarkan duit yang banyak dan bagaimana untuk bermain permainan bernama 'Liar Game'. Habis satu peringkat, dibawa ke peringkat berikutnya sehinggakan bahagian terakhir... Susah nak cakap, bahagian terakhir permainan Liar Game secara kasarnya tanpa lapik aku cakap 'macam syet!'. Macam tadi juga, alang-alang dah tengok, habiskan saja.

Kurosagi (5 bintang)
Ini tak akan mengecewakan kamu. Siapa tak percaya, lantak kamu. Ini drama paling berbaloi kalau beli DVD atau CD. Pelakon lelaki itu (aku tak kenal sangat tapi aku minat), gilak!. Memang cool-person. Mengenai seorang pemuda yang duduk dirumah apartment kecil tapi berbakat untuk menipu orang. Tapi dia menggunakan bakat itu untuk menolong siapa yang telah ditipu. Kira macam Robin Hood la. Drama ini kira meletup, sehingga sudah ada filem dia sendiri. Katanya ada filem kedua menyusul...

Code Blue (4 bintang)
Ala-ala House, ER. Siapa yang suka bidang perubatan kecemasan, ini saat cemas kamu. Kisah 4 budak baru (trainee) menjadi skuad pertolongan cemas sebuah hospital. Uniknya, helikopter dalam drama ini. Sebab setiap kali berlaku kecemasan, akan ada helikopter terbang. Aku tak suka bidang perubatan, tapi tengok drama ini aku tahu sikit-sikit tentang cara nak hentikan darah, potong tangan di kawasan kejadian. Ngeri erk? Tahun 2009, filem Code Blue akan dikeluarkan...

Hana Kimi (5 bintang)
Drama separuh gila, masih boleh kawal lagi kegilaan itu. Lawak habis, dan ada unsur romantik yang tidak keterlaluan. Kisah 3 asrama, yang boleh masuk hanya pelajar yang kacak-kacak sahaja tak kisah kamu bodoh dalam pelajaran. Lepas itu, ada seorang perempuan berpura-pura menjadi lelaki untuk menyelamatkan karier kekasihnya dalam asrama itu. Aku bagi 5 bintang, kamu pasti faham apa maksudnya.

Prosposal Daisakusen (5 bintang)
Di Malaysia, disebut Operation Love. Penuh unsur romantika, tak boleh disangkal lagi. Kisah seorang lelaki yang kecewa melihat kekasih hati berkahwin dengan lelaki lain. Biasakan, ada perasaan menyesal lepas itu cakap sorang-sorang kat belakang. Siapa sangka ada orang dengar luahan hati kamu, dan ingin membantu kamu mencapai impian kamu? Biasanya perempuan suka cerita begini, tapi tak salah kalau kamu lelaki hendak menonton pun.

Zettai Kareshi (3 setengah bintang)
Erm. Terus kepada isi. Seorang wanita inginkan lelaki ideal muncul dalam hidup dia. Seorang saintis tahu tentang hal itu lalu diberikan ciptaan dia, robot lelaki yang penuh perasaan cinta terhadap manusia. Isu berat nak kupas, maca cerita A.I. Robot berusaha sedaya upaya nak cintakan manusia, sanggupkah kamu mencintai robot? Itu je.

Galileo (4 bintang)
Untuk siapa yang minat drama seperti CSI. Seorang saintis yang berlagak terlalu cool menyelesaikan suatu masalah. Saintis ini selalu dipaksa seorang inspektor wanita supaya menyelesaikan kes-kes paranormal yang berlaku di daerah mereka diami. Bahagian menarik adalah ketika saintis mendapat ilham: kalau dia berada di jalan, dia akan capai batu merah dan menulis rumus-rumus fizik, kimia atas jalan sambil berfikir. Kira saintis yang fleksibel menulis rumus di mana-mana walaupun pada tong sampah besi.

Kisarazu Cats Eyes (Lebih dari 5 bintang!)
Ini drama yang penuh kegilaan! Superb duper! Kalau kamu nak belajar budaya Jepun yang jarang diketahui bolehlah menonton drama ini. Serius lawak tak kering. Drama remaja, sekumpuan lelaki yang masing-masing ada masalah sendiri telah dikejutkan bahawa salah seorang dari mereka akan mati dalam masa 3 bulan (tak silap kot). Mereka sedaya upaya nak hiburkan kawan dia, untuk mencapai impian kawan dia sebelum mati. Merompak kereta, buat konsert, keluar ke Tokyo dan macam lagi. Filem dia pun sudah keluar!



Cuaca sejuk di luar. Aku hanya mampu menggerakkan tangan di papan kekunci.

Kebosanan mencipta kelainan.

Jumaat, Februari 20, 2009

[Bosan Lampau 04] SAW Ke-Lima (SAW 5)

Aku rasa edisi Bosan Lampau ini nak review filem yang sudah aku tengok, aku minat, dan aku kutuk. Ia bukan hanya filem, drama sekali boleh masuk kot...

Ok. Hari sejuk dan aku bakal grad. Semalam aku menonton filem SAW Kelima.

Sesiapa yang tak minat filem bersiri SAW, mungkin akan kata filem ini tak faham. Aku setuju dengan perkara itu, tapi SAW kekuatannya adalah kekejaman menggunakan manusia sebagai objek untuk bermain permainan yang berkaitan dengan nyawa.

Semakin lama semakin ngeri cara pengarah ini membunuh manusia! Abaikan sedutan filem memotong manusia sehingga terkeluar isi perut, badan terbakar, badan meletup, tangan dimasukkan ke dalam mesin kisar. Aku nak ulaskan isu jalan cerita ini...

Aku suka jalan cerita SAW. Memang penuh psiko.

Pandangan aku mengenai SAW 01 sampai ke lima:

SAW 01:
Peranannya hanya nak tarik penonton setia macam aku. Maka dengan itu, filem pertama memang adalah yang terbaik. Ramuan ini juga digunakan untuk filem Matrix. Pertama untuk kedua. Kamu mungkin kagum dengan filem pertama, ramai yang setuju.

SAW 02:
Permainan dalam sebuah rumah. Sekumpulan manusia telah dikumpulkan dalam sebuah rumah untuk bermain permainan yang dicipta oleh Jigsaw. Tapi Jigsaw memang pandai berkata-kata dalam filem ini. Sebab filem kedua hanya menguji kesabaran manusia sahaja iaitu merujuk kepada inspektor yang hampir menangkap Jigsaw. Ada kejutan dalam filem ini, iaitu muncul perantis kepada Jigsaw: Amanda.

SAW 03:
Perantis Jigsaw, Amanda. Dia adalah seorang survival permainan jigsaw (tak silap permainan dimana kalau gagal, kepala akan menjadi daging burger!). Kali ini Jigsaw hampir mati, tapi masih sempat menyediakan permainan menarik untuk diikuti. Siapa sangka kali ini, watak yang bermain bukan manusia asing (ada juga watak asing, tapi untuk mencipta permainan kepada Amanda ini, faham?), Amanda telah menjadi bahan ujian Jigsaw. Ini memang kejutan tak sangka-sangka. CLAP 2X! . Babak paling celaka adalah membunuh perempuan yang mengandung, jahat dan kejam. Moral cerita ini adalah jangan memasukkan emosi dalam perbuatan jahat kita.

SAW 04:
Ini filem hanya sekadar membuka kembali cerita-cerita sebelum ini. Bahagian kabur dari filem-filem SAW dahulu diceritakan kembali. Menariknya, semua cerita sebelum ini memang berkaitan antara satu sama lain. Jangan lupa Jigsaw dah mati ketika ini, siapa yang lakukannya? Itu yang menjadi misteri dan ramuan untuk mengekalkan penonton menonton filem ini sehingga habis.

SAW 05:
Aku baru tengok semalam, walaupun filem ini dah lama keluar. Filem kali ini adalah untuk menonjolkan watak perantis Jigsaw lain, tapi bukan Amanda sebab Amanda dah mati dalam filem kedua. Perantis lain adalah orang dalam FBI itu sendiri, Agent Strahm. Ejen ini telah menggunakan cara Jigsaw untuk membalas dendam dan itu menyebabkan Jigsaw tertarik untuk menjadikan Agent Strahm seorang kawan. Jigsaw juga mengajar kawan dia tentang beza pembunuhan dan harapan. (berat sangat tema isu kali ini). Tengoklah, banyak sangat nak cerita sebab baru tengok semalam kan...




Filem bersiri SAW adalah filem yang membawa aku sehingga ke pawagam. Dari 5 filem SAW, 3 daripadanya aku menonton di pawagam. Excited? Yer.

Kalau nak tengok SAW, tengok dari awal lagi seronok, kot.

Apa-apa pun, kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Februari 18, 2009

Cinta Tunggal oleh Fakhrul Anour

Mungkin kamu semua akan kata aku seorang mamat jiwang karat. Takpun lelaki yang jiwanya lemah tapi bukan bapuk ye. Apa-apa pun kamu nak kata, aku suka novel melayu sulong aku setelah hampir lebih 3 tahun aku tak pernah terniat nak beli novel melayu. Bukan sebab aku menyampah dengan novel melayu, cuma sumber hati ingin membaca tidak ada.

Dan, berjalan-jalan di MPH Bookstore di Shah Alam, memang tak merugikan. AKu ditakdirkan untuk melihat buku ini, sehingga ada perasaan menyesal kalau aku tak beli buku itu.

(buku itu aku belek-belek lebih 5 kali di kaunter sehinggakan penjaga kaunter wanita itu mengatakan komen sendiri, "ceritanya best!")

Ini adalah muka depan novel itu:


Mungkin penulis ini, Fakhrul Anour tak sepopular penulis Melayu yang kamu kenal (aku pun tak berapa tahu bidang penulisan novel Melayu). Aku selalu baca cerpen si penulis ini dalam majalah Gempak. Aku mempunyai majalah Gempak dari siri pertama, sehingga munculnya majalah Utopia yang lebih berbaloi dibeli.

Ulasan novel ini (aku kadangkala merapu kalau dalam kepala tak ada storyline menulis blog):

Novel ini aku bagi 4 setengah bintang dari 5 bintang. Tinggi erk? Mungkin sebab dah lama aku tak baca novel Melayu sebab itu aku rasa macam 'best' semacam. Novel ini berlatar masa yang panjang, dari sekolah menengah sampai satu masa yang aku pun kurang pasti. Lebih kurang 15 tahun macam itu rasanya. Cerita cinta zaman sekolah mungkin lapuk untuk dicanangkan sebagai cerita cinta yang baik, tapi aku rasa cerita begini masih lagi menarik minat aku.

Mungkin aku ada kenangan cinta zaman sekolah menengan yang tidak kesampaian kot...

(aku tak nak hurai cerita aku)

Cerita ini temanya adalah kesetiaan wanita pada lelaki (pandangan aku), yang sanggup untuk tempoh yang lama tidak memandang lelaki lain. Lelaki dalam cerita ini adalah lelaki bodoh bagi aku sebab tidak menghargai kesetiaan wanita (susah tu nak cari yang setia, kan?). Tapi disebabkan kesetiaan cinta wanita ini tak berbalas, wanita ini berubah watak. Dari seorang yang baik, menjaga batas maruah menjadi gadis liar dan berfoya-foya.

Part wanita ini berubah menyebabkan aku rasa terlalu sedih sangat dengan kehidupan wanita tersebut. Wanita ini menjadi sangsi, bermasalah, dan banyak perkara negatif berlaku.

Pengakhiran yang aku tak jangka (aku ulang, pandangan aku ok?), tak silap 2 perenggan terakhir menyebabkan air mata lelaki jantan jatuh. (ini aku segan ni nak cerita tapi ini adalah simbol bahawa novel ini begitu dekat dengan aku)

Aku ulas punya lebat, Fakhrul Anour akan bagi novel free tak untuk karya dia seterusnya? Harap-harap sesiapa yang rapat dengan Fakhrul Anour bagitahu tentang entri ini....(kedengaran aku agak poyo disitu)

Lagi satu, novel ini sudah banyak kali muncul dalam mimpi aku. Aku pernah bangun dari tidur memikirkan nasib wanita dalam novel itu, punyalah aku rasa kasihan sangat pada wanita itu...

AKu dah baca 2 kali...

Lagipun aku baca novel begini ketika bosan.

Tak sangka...kebosanan mencipta kelainan.

Yer...

Apabila bosan, yang hambar bakal menjadi seronok.

Sebab itu aku cuba berkata...

Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, Februari 17, 2009

5 minit pertama...

Kalau kamu ialah seorang peminat fanatik kehidupan orang berbangsa Korea, mungkin aku bersifat perkauman sedikit.

Baru sahaja kapal terbang mendarat, semua dah sibuk nak keluarkan beg bimbit mereka. Bukan itu sahaja, kelihatan macam berada di pasar malam, tapi dalam gaya elegan pasar malam. Bising-bising pula tu...

Setibanya di lapangan terbang, naik 'train' pun begitu. Makcik (ahjumma), golongan tipikal Korea yang tak berubah sikapnya walaupun bangsa Korea sudah popular di dunia dikatakan bangsa maju. Memang kena ubah sikap ahjumma-ahjumma supaya tidak menjadi manusia yang serabut dengan persekitaran yang sibuk...

Aku sudah berada di persada yang penuh kelam-kabut!!!

Keluar dari kastam, dengan carutan pemandu teksi (gaya kecewa sebab kita tak nak naik teksi dia). Itu pun nak mencarut! Ingat aku tak reti bahasa dia???

Sesiapa yang datang dari Malaysia, yang dapat 'first impression' seperti, "Orang Korea best!". maaflah ye. Aku tak mahu berdebat isu ini. Mungkin salah satu sebab aku datang sebagai seorang pelajar yang perlu adaptasi kehidupan mereka, dan kamu adalah pelancong yang menginap di Korea hanya beberapa hari.

Hari ini terkilan la...

3 kali Cathay Pacific hidang makanan, sekali sahaja dia bagi nasi.

Beras dah mahal erk?


Hari selasa yang sejuk. Negatif 4. Semalam aku jadi hos rancangan 'Man Vs Wild', berjalan di suhu negatif -7 (rasanya) dengan memakai t-shirt Labu-Labi, sambil menyorong beg.

Sejuk, hambar, ngantuk. Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Februari 14, 2009

Pekerja KTM Berhad tanpa seragam dan gaji.

Tergesa-gesa aku nak menaiki komuter ke UKM. Ingat boleh terus beli tiket dari kaunter, tapi orang jaga kaunter barangkali cirit-birit ke tandas. Aku lebih gemar beli di kaunter kerana aku kurang gemar mesin beli tiket, tidak mesra. Mungkin kalau pengarah KTM baca blog aku, tolong-tolonglah ubah mesin itu. Sebab benda yang aku nak cerita adalah perkara sebenar mengenai mesin beli tiket itu. Takpun buat papan tanda besar-besar, cara-cara menggunakan ke...

Ulang kembali, aku gemar beli dari kaunter yang ada manusia, tapi hari ini dia ke tandas dengan cirit birit. Barangkali...

Aku beratur di mesin itu, adalah depan aku 7 orang sedang beratur. 2 minit, 3 minit, lepas itu7 minit macam itu masa berlalu. Agak ‘fed-up’ dengan situasi itu. Aku pun cuba bertanya tentang apa yang berlaku. Maka perbualan aku bukan dengan seorang sahaja, tapi 7 orang.

Latar belakang: KTM Shah Alam.
Watak: Aku (AK), 7 orang dari negeri Kelantan, seorang wakil cakap dari kumpulan iu aku gelarkan sebagai XX.

AK: Ada masalah apa encik?
XX: (dalam loghat kelantan) Nak pergi KL. Nak beli tiket...

(nasib baik aku faham sikit loghat kelate, terima kasih jasa balok, pokchu, elhapi dan shi)

AK: Owh, tak tahu ke. Macam gini...
Tak semena-mena jurucakap kumpulan itu menyerahkan not RM 10 sebanyak 3 keping.
AK: Eh, ok. Biar saya ajar.

Aku mengajar cara-cara membeli tiket menggunakan mesin. Bahagian yang paling aku nak gelak, adalah mereka terus mencucuk not RM 10 terus ke tempat memasukkan duit. Tapi duit mereka tidak di terima. Bukan sebab kerana duit tidak laku, mana taknya. Belum pilih stesen terus cucuk duit, mesin mana reti oi!

Aku pun ajar satu demi satu.
1. Pilih stesen mana yang hendak pergi.
2. Pilih samada pergi sahaja atau ulang alik.
3. Tengok pada papan elektronik, ia menunjukkan nilai wang yang perlu dimasukkan.
4. Masukkan not kertas pada tempat sepatutnya, dengan merapatkan not kertas ke sebelah kiri. Jangan masukkan duit yang renyuk.

Aku bukan selalunya hati murni seperti aku lakukan hari ini. Ianya kerana aku terlalu menghargai masa, nak bergegas katakan. Tapi, kesiankan 7 orang tadi. Mungkin belum biasa hidup di dalam suasana bandar. Nak pergi KL pula tu. Cabaran, apa-apa pun, seperti kata Kong a,k,a Ijaidi, KL beb!.

7 orang tadi membontoti aku dari belakang. Kalau dari depan, bukan membontot. Kamu boleh imiginasi bagaimana bunyinya. Jangan fikir bukan-bukannya...

Bab seterusnya...ini menjadikan aku sebagai pemandu pelancong.

XX: Bang, KLCC kat mana?

(baru naik 10 minit dah tanya KLCC? Tak apa. Tak tahu kan)

AK: Tak ingat macam mana bang. Dah lama tak turun KL.

(aku segan betul! )

XX: Ye ke, ini keretapi terus pergi KL Sentral ke?
AK: Iye.
XX: Bang, kalau nak pergi ke Muzium Negara macam mana bang?
AK: Erk, entahlah bang.

(dia tua dari aku, tapi panggil aku abang, itu lagi aku segan. Untuk elakkan terus disegani, aku tanya seorang makcik, suruh dia bantu 7 orang ini)

AK: Bang, tanya makcik ini. Dia duduk area KL.
XX: Owh, terima kasih ye sebab beli tiket tadi.

Sampai di KL Sentral, aku cuba berjalan gaya ala-ala pekerja kolar putih di Korea. Gaya berjalan dengan agak separa laju. Dengan niat meninggalkan kumpulan tadi, tapi aku rasa menyesal buat begitu. Andaikata aku berada di tempat mereka...

Aku rasa susun atur cerita ini macam terabur. Aku tak boleh sambil chat sambil menaip isi blog. Macam hilang ‘nafsu’ keluarkan cerita...

Valentine? Maaf. Aku tak gemar, walaupun aku gemar lagu Ballad of Micheal Valentine nyanyian. Cuba kamu dengar, ianya lagu ‘feveret’ aku sejak bulan Januari lagi.

PS: Wei, (kepada yang berkenaan). Cencurut pun takkan kau tak tahu?

Apa-apa pun, kebosanan memang mencipta kelainan.

Khamis, Februari 12, 2009

Gangguan menjelang senja ketika tidur petang.

(Cerita ini bukan fiksyen seram, ianya hanya hiburan menjelang senja)

Aku keluar awal pagi, nak beli barang-barang nak dibawa ke tempat pengajian aku nanti. Tinggal lagi seminggu sahaja kaki aku berlegar di tanah air Malaysia. Aku sengaja pergi seorang diri sebab banyak benda aku nak beli, dan banyak tempat nak kena pergi. Kalau bawa adik aku, sudah pasti akan timbul perasaan sedikit bengang dengan fiil budak-budak. Biasalah budak…

Tengahari, aku sudah siap dengan tugasan aku. Ingat nak tidur tengahari. Paginya tadi hujan, aku terkenalah juga masa berlari-lari kearah kereta. Maka, tengahari itu, aku mandi ingat nak labuhkan mata. Baru nak lelap…

Kena hantar mak aku pergi bank, kedai roti. Masa di bank ada masalah dengan jumlah pelanggan disitu (ada ramai pelanggan, itu je). Aku menunggu diluar bank dengan keadaan berdiri selama sejam. Sejam mungkin tempoh agak lama kalau tidak berbuat apa-apa. Habis urusan bank, kena pergi tempat lain. Beli keperluan dapur.

Ingat dah selesai urusan menjadi ‘driver’ peribadi mak aku. Baru nak lelap selepas Asar, kena hantar tilam ke nursery (betulkah ejaan ini). Macam aku kena menunggu selepas Maghrib untuk lelap mata. Tengah layan kartun Digimon (cerita lama zaman aku sekolah menengah), aku membungkang depan TV, sehinggakan ada tetamu kejutkan aku tanya mana famili aku.

Aku seorang diri dirumah. Aku cakap mak ayah aku pergi entah ke mana.

Aku sambung tidur dalam bilik dimana atapnya ada lubang besar (cencurut pun boleh jatuh beb!).

Baru dalam 20 minit aku tidur…

Kring, kring, kring (bunyi HP berbunyi, tapi sebenarnya vibrate sahaja, Cuma aku tak tahu macam mana bunyi vibrate)

Aku: Erm…(gaya malas nak cakap)
Pemanggil Lelaki: Zara ada?
Aku: Erm…Zara mana?
Pemanggil Lelaki: Ini bukan no Zara ke?
Aku: Erm…(aku letak panggilan)

Selepas 2 minit…

Pemanggil Lelaki: Hello, saya nk cakap dengan Zara. Please…
Aku: Erm….
Pemanggil: Awak ini siapa…?
(fikiran jahat aku menguasai minda)
Aku: Saya BF (boyfriend) dia. Kenapa?
Pemanggil Lelaki: Eh, dia cakap dia ‘single’? Sorry yer… tak ada niat nak kacau awek orang. Nak tanya dia kat mana saja.
Aku: No prob. (aku senyum jahat!)
Pemanggil Lelaki: Sorry erk. Ok.

Panggilan berhenti sampai situ. Aku pun sambung dengan tidur senja aku. Tapi, aku ingat dah tak ada orang kacau, ada panggilan lain pula muncul, si pemanggil adalah wanita. Macam marah keadaan dia. Pemanggil Wanita: PW. Aku: AK.

PW: Hey, awak siapa? Ni bukan no Zara ke?
AK: Ha? Ohh, cari Zara juga ke?
PW: Ni siapa ni?
AK: Awak ni dah masuk orang kedua salah nombor.
PW: Kira awak ni yang cakap awak BF Zara, kan?
AK: (Alamak…garu kepala). Ala, memain je.
PW: Awak tahu tak, awak dah kecewakan kawan laki saya. Berani erk awak buat macam itu!
AK: Apa masalah dia dengan Zara? (cuba alihkan cerita)
PW: Awak wat apa sibuk nak tahu? (nada jerit wanita marah)
AK: Ok, ok. Saya bersalah. Saya ingat gurau biasa saja…
PW: Awak ini memang tak ada adab langsung! Benda macam ini jangan gurau…

Aku macam dipersalahkan, padahal mereka sepatutnya bersalah atas kesalahan mengganggu orang tidur petang (bagi aku kesalahan serius, melainkan panggilan penting).

PW: Awak ini bla, bla, bla….tak jaga hati orang….bla, bla…main lepas je cakap.
AK: (aku memang tahap nak campak HP ke arah siling berlubang atas kepala)
PW: bla…bla…
AK: WOI, KORANG TAHU TAK? AKU NAK TIDUR! DAH SALAH NOMBOR, SALAH LAH! APA PASAL NAK EMO TAK TENTU HALA? AKU KENAL KAU KE? KO KENAL AKU KE?

Mak aku: Apa pasal jerit nak dekat Maghrib ni?
(Adik aku muncul depan pintu bilik sambil kata, “Abang mengigau”)

PW: …

Panggilan itu terhenti. Aku pun tak pasal-pasal marah kat wanita dalam telefon itu. Aish, ada juga manusia yang ambil serius panggilan salah nombor.

Pengajaran: Tutup telefon anda kalau nak tidur lebih lena. Jangan mempermainkan panggilan salah nombor, padah. Lebih-lebih lagi kalau si pemanggil wanita. Lelaki ok kot, sebab aku memang selalu mempermainkan.
HAHA. Hidup kadangkala bosan, tukarkan ia kepada suatu yang lain. Kebosanan mencipta kelainan.

Selasa, Februari 10, 2009

Soalan Lazim: “Ko update blog tak?”

(Entri ini panjang, permulaannya meleret tapi ditengah ada isi bermakna, dan disimpulkan dengan hemah pada pemikiran penulis. Sesiapa kurang gemar entri isu serius tapi merapu diawalannya, sila pergi dari sini)

Soalan lazim yang selalu diutarakan sejak mempunyai blog. Aku pun kadangkala tertanya juga kenapa soalan itu keluar juga padahal aku sentiasa mengisi sesuatu yang kadangkala aku anggap entri ‘sampah’.

PS: Aku ingin menaip entri yang penuh bermakna, tapi idea sebegitu tak muncul-muncul jua.

Ini adalah entri aku selepas 7 hari aku tidak serius dihadapan komputer. Sekarang aku lebih gemar membaca blog orang lain, memberi perhatian terhadap isu semasa yakni krisis kewangan global, isu kerajaan di Perak, tidak lupa gosip artis (aku kurang gemar, tapi ada siapa buka cerita itu, hanya memasang telinga sahaja). Sensitiviti aku terhadap manusia yang dulu pernah bersama aku juga tiba-tiba terangsang (ini bukan kenyataan lucah, sekadar penyedap cerita).

Mana tidaknya, aku sanggup korbankan hujung minggu aku lepak bersama kawan satu sekolah menengah. Kalau dikira masa yang berputar, lebih 4 tahun barangkali aku tidak bertemu. Entah kenapa sekarang teringin nak jumpa. Lupa nak terangkan bahawa kawan aku adalah lelaki, bukan wanita. Aku tak nak dikelilingi gosip yang menyatakan aku kaki perempuan.

Hujung minggu yang sibuk, ingat nak membuta selepas memenatkan diri merayau-rayau di UM. Secara tak sengaja ada ajakan bermain bowling sehingga 4 frame. Memang aku tahap ‘exhausted’ habis. Cuma aku terkilan satu benda hujung minggu aku…

Aish, mengeluh terhadap kehidupan terumbang-ambing…

Aku bencilah entri seolah-olah diari yang secara tidak langsung!

ZZZ. Bertindak secara rasional!

(Idea hendak menaip entri panjang tersentak apabila munculnya seekor cencurut jatuh dari siling yang berlubang di dalam bilik. Aku tak melatah OK!)

Apa-apa pun…

Masih ditakuk sama.

Kebosanan mencipta kelainan.

Begitulah kehidupan berlalu…

Begitulah kehidupan berlalu, tak semuanya sama jalan cerita, apatah lagi skrip yang diberi. Kita hanya watak picisan (ayat Pak Tam). Ada jalan kehidupannya umpama roda, sekejap diatas, sekejap di bawah. Ada juga seperti roket terbang ke udara, naik naik dan terus naik. Turunnya entah bila hendak jangka. Jangan lupa kita hanya manusia, hanya mampu merancang, sebaik perancangan hanya Dia Yang Satu.

Sejak kecil kita diberi didikan supaya jadi insan yang sebetulnya insan di mata masyarakat. Orang sekeliling mahu kita jadi seperti doktor, peguam, bla…bla. Maka mahu jadi doktor, asuhannya bagaimana?

Mungkin aku masih mentah hendak menilai kehidupan remaja. Kadang-kadang aku masih terperangkap dalam jiwa untuk berada di zon selamat atau zon cabaran. Zon selamat dimana kamu pejam mata untuk tidak melihat apa berlaku di sebelah kamu, dan hanya fikirkan ‘aku adalah aku’. Prinsip hidup untuk berada di zon selamat, barangkali begitu cara dan gayanya.

Mahukan cabaran? Apa cabarannya pula? Mendaki gunung, berdakwah dan sebagainya adalah cabaran, takrifannya lebih kearah positif. Bagaimana kawan kita memilih untuk terus mencabar diri di jalanan. Pasti istilah ‘rempit’ muncul dalam benak fikiran kamu. Entah…aku tak tahu apa aku sedang perkatakan. Cuma neuron otak menyambung antara satu sama lain, berfikiran rambang dikala 4 pagi di salah satu kampus UM.

Ingatan aku hanya pada kata-kata yang pernah aku katakan dulu…dan ianya muncul dan ditujukan kepada aku.

B: Ko duduk sana tak ada life macam kita orang, kan?

A: A’ah. Itulah life aku…

Memang lumrah manusia tidak bersyukur. Nak itu, nak ini. Padahal sudah terang lagi bersuluh ada jalan terbaik telah terbentang. Pejam mata dan lalui, ingat siapa pernah kamu temui didalam perjalanan kehidupan kamu. Siapa yang pernah hulur tangan ketika susah, siapa yang melambung kamu ketika kamu berjaya, siapa yang memujuk kamu bila menitis air mata…

Jalan aku masih panjang…

“Apabila berjalan seiring bersama seorang Raja, jangan lupa tangan siapa yang berada dibawah,”

Psst… aku mengarut bukan-bukan.

HAHA. Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Februari 02, 2009

Malam Ahad, selepas 10 malam.

Penangan antibiotik, muka lebam (ubat tak kena). Tak pasal-pasal muka aku jadi sembam, bibir jadi macam Angelina Jolie, tangan macam Incredible Hulk. Semua membesar!!!

@#$%$^@%^^%#^@%%#@
(Tengah memendam perasaan pada doktor yang suruh makan ubat ini)

Rasanya ini kali pertama selepas 3 tahun lebih, aku makan ubat antibiotik. Dah lama tak sakit macam begini, sekali kena, pergh. Memang terlantar. Terlantar pun sempat tengok perlawanan akhir tennis Australian Open.

Perlawanan semalam dikira agak menarik, walaupun tak semenarik perlawanan separuh akhir Nadal VS Verdasco. Bolehlah jadi hiburan masa tengah-tengah badan tak sedap begini. Nasib baik tak sampai 5 jam lebih perlawanan hari ini, taubat aku memang menyampah dengan sukan tennis kalau lebih 5 jam. Lama sangatlah.

Lepas tu menunggu tengah malam, perlawanan Chelsea VS Liverpool.

Aku dah tahu keputusan itu. Liverpool menang minit akhir. 2-0.

Komen aku:
Aku rasa Chelsea bukan pasukan yang aku rasa Chelsea sebenar. Dulu Chelsea bawah Maurinho, punyalah hebat gaya permainan mereka. Tapi ada sesuatu yang tak kena dibawah kendalian Scolari. Tak hebat macam 2 musim lalu. Aku memang mengharap Chelsea menang semalam.

Aku memang tak suka Liverpool. Harap maaf. Tapi aku boleh menyanyikan lagu You’ll Never Walk Alone (lagu rasmi peminat Liverpool).

(Menaip sambil mengusap bibir ala-ala Angelina Jolie dengan tangan ala-ala Incredible Hulk)

HAHA. Kebosanan mencipta kelainan.

Pagi Ahad, menunggu 4 petang.

Ingat, ada 4 kejohanan penting dalam dunia tennis.

Wimbledon
French
US
Australia

(Soalan ini diajukan kepada salah satu pelajar Universiti tak-tahu, ia bernilai kira-kira RM 10,000. Pelajar itu tak berjaya menjawab. Alangkah ruginya)

Aku bukan salah seorang peminat fanatik sukan tennis, tapi aku juga ada pemain ‘feveret’ aku: Andy Roddick. Tapi…hampeh. Dia kalah di tangan Roger Federer.

Ok. Aku rasa tak ada ‘mood’ nak menaip hari ini. Sekadar nak bagi tahu aku buat kerja gila, mungkin disebabkan aku demam aku gila? Barangkali. Mana taknya aku sanggup menonton perlawanan tennis yang agak hebat (dalam kebanyakan berita sukan luar negara, ia perlawanan paling mencabar dan seronok). Ianya perlawanan antara 2 Spaniard:

Fernando Verdasco VS Rafael Nadal

Tak silap ada salah seorang kawan aku meminati Nadal. Siap beli majalah tennis, dia beli pun sebab ada gambar Nadal di cover majalah tersebut. Siapa yer? En. Prebet ke?

Bayangkan aku berada di hadapan televisyen sejak 4 30 petang hingga 10 20 malam pada hari yang sama. Ini sukan yang memakan masa yang agak lama, nak ambil servis satu hal. Servis batal satu hal. Tengah sedap dapat point, kena tengok ulang tayang kalau tak puas hati oleh salah seorang pemain. Memang lama!!!

Perlawanan ini (Verdasco VS Nadal), kalau tengok jam Rolex besar sebelah pemain ia memaparkan jangka masa perlawanan sudah menunjukkan lebih 5 jam. Lebih tepat 5 jam 14 minit.

Rupanya memang sukan tennis memang lama. Patutlah tak ramai sangat minat berbanding sukan bola sepak.

Rasa menyesal ada juga tengok tennis ini. Apa nak buat dikala demam.

HAHA. Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...