Jumaat, Ogos 29, 2008

Summer Target...

Musim kembali ke sekolah sudah bermula! Sekolah? Macam tak sedap, tukar kepada kolej. Bermulanya kelas, bermulanya juga larian dash 100 meter, tak berhenti hingga cuti musim sejuk pula. Ini semester terakhir aku berada di Kolej Technical Dongyang, semester 4. Semester ini pula diancam oleh ABEEK, benda ini penting kalau nak jadi ahli Board Of Engineering di Malaysia.... ambillah, kena extend? Tak kisah...

(Aku nak balik Malaysia juga, macam belajar medic disini! Lama sangat!)

Yang penting cuti kali ini aku sudah manfaatkan lebih baik berbanding cuti-cuti panjang terdahulu. Orang kata, jadikan hari esok lebih baik dari semalam. Ya, kali ini lebih baik dari cuti sebelum ini.

Hari ini dah hari Jumaat, esok Sabtu, lusa Ahad. Dah nak masuk bulan puasa. Suasana puasa disini memang berbeza di Malaysia. Tak ada bazaar Ramadhan tiap-tiap hari, berbuka dengan lauk-pauk yang berbagai jenis dan sahur di pagi hari. Semua perkara macam itu macam impian di sini. Haha...

Tengok orang balik dari Malaysia rasa nak balik Malaysia. Hoh!. Aku rasa post kali ini macam sedikit 'palat', sebab aku baru bangun tidur dan tak tahu nak buat apa dengan kepantasan internet yang super duper mower laju. (Pembekal KT dah naik taraf)

Aku nak layan rancangan realiti 'We Got Married', cari sampin yang pakai setahun setengah yang lalu, baru nak mandi. Sekarang dah sejuk, kena pasang heater nak mandi. Aku tak suka mandi air panas...

Khamis, Ogos 14, 2008

Kenapa Wanita Suka Makan?=Berisi...

Aku baru nak letak ayat 'gemuk' pada tajuk entri kali ini, tapi aku batalkan niat. Aku pernah ber-chatting dengan seseorang, dia kata tak sesuai panggil perempuan gemuk, lebih baik cakap berisi. Sedap juga didengar, katanya.

Aku baru 80 peratus baca buku karangan John Gray yang ketiga, rasanya. Target aku musim panas ini aku nak habiskan buku ini sebelum semester baru bermula. Aku rasa dah nak capai matlamat itu.

Ada satu muka surat dia kupas kenapa sesetengah wanita cara nak hilang stress dia makan dengan banyak. Aku tak pasti benda ini betul ke tidak, aku hanya membaca ulasannya. Buku ini cakap, wanita memang berdiet nak jaga badan. Sebab itu lumrah mereka nak sentiasa lawa dan kelihatan menarik. Walaupun mereka ini rajin berdiet, tapi bila masalah berlaku, ais krim, apa-apa makanan ringan dibantainya. Ini tanda proses wanita itu tidak selamat berbicara sesuatu dengan teman lelaki @ suaminya. Makan dan makan...

Wanita berbicara dengan seseorang apabila dia rasa selamat, rasa bebas untuk berbicara apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan sehariannya. Tapi apabila dia rasa tak selamat nak meluahkan isi hatinya, dia makan dan makan sehingga waktu dia jumpa seseorang sesuai untuk berbicara dengan dia. Bak kata lain, sebagai 'painkiller' kepada akibat tidak tak dapat berceloteh.

Tapi perenggan terakhir ulasannya yang membuatkan aku tersenyum seketika...

Kebanyakan program diet hari ini menggalakkan wanita makan makanan rendah lemak dan bersenam adalah cara terbaik mengurangkan lemak. Apa-apapun, cara paling efektif menurunkan berat badan adalah menghidupkan hubungan, kurangkan tekanan.

Bak kata lain, kalau ada lelaki yang sudi menjadi pendengar setia, tak adalah masalah berat badan dikalangan wanita.

Komen aku: LOL!

P.S: Patutlah buku ini antara yang top, ayat dia 'kacak'!

Selasa, Ogos 12, 2008

Blog Lain? Apa Kurangnya...

Sejak kebelakangan ini ada ramailah juga melawat blog hitam aku yang mewakili diriku untuk bereksperesi menggunakan kata-kata yang mencerminkan hati aku. Walaupun mereka bukan berada di kalangan rakan sekolah, saudara-mara atau yang mengenali diriku, tapi sudi membaca. Terima kasih...

Tapi, pernah dulu orang bertanya kepadaku, aku baca blog orang lain ke tidak?

Mmm, aku baca tapi blog yang jenis selalu mengemaskini dengan cerita-cerita baru. Aku gemar membaca blog yang berkisarkan kehidupan seharian, walaupun bercerita tentang kebosanan diri setiap hari!. Dari blog-blog rakan-rakan, senior-senior atau yang aku kenali bukan sekadar nama, aku selalu melawati blog My Favourite Accident. Sebab apa? Aku rasa terhibur membacanya, suatu peristiwa seharian diolah umpama jalan cerita yang mampu dihayati walaupun ianya dalam tulisan. Bagi aku, ianya menarik.

Ada juga manusia yang suka buka blog orang lain sebab ada gambar menarik. Aku juga ada mengikuti blog sebegitu rupa iaitu; Watercolour. Gambar yang di sentuh atas (touch-up), dan disulami ayat-ayat yang indah. Tapi kalau ada gambar burung, jangan mudah terpercaya dengan gambar itu. (Minta maaf, Ayie!). Blog yang lebih kurang macam diari harian, aku rasa blog Kak Bashirah paling seronok aku rasa. The G.E.D.I.K.S, aku bilang blog yang aku ikuti terlalu lama, dah lebih 3 tahun? Aku lebih teruja melawat blog ini kalau Kak Bashirah letak gambar makanan dan disertai resepi-resepinya. Nyum...

Banyak lagi blog yang aku ditanda didalam 'web browser' atau di blog aku sendiri. Tapi terus terang aku katakan, aku suka blog yang sering ada cerita baru untuk dikongsi. Maaflah kepada tuan-tuan blog yang telah dipromosikan tapi aku tidak lawati selalu.

Cuma, aku masih terharu, orang mengenali aku sebabkan blog aku. Aku kira mereka ini termasuk dalam list aku 'Who Want To Meet'.

P.S: Aku mahu berjumpa dengan John Gray....

Ahad, Ogos 10, 2008

Summer Trip...

Aku baru pulang menjelajahi universiti Inha, Kyeongbook dan Ulsan. Selepas itu apa lagi, pergi ke pantai. Dan ini kali pertama aku bersama kawan karib aku, D80 mengambil kesana-kemari. Baru kepuasan yang sedikit aku dapat dengan gambar-gambar yang aku tangkap. Selepas sebulan lebih...isk. Lepas ini baki cuti aku nak berjinak-jinak pula dengan cara meng-edit gambar, supaya lebih sedap nak tengok. Sampai sekarang gambar yang aku tangkap tak pernah di usik dengan software-software seperti Photoshop. Mungkin dah sampai masanya.


Ini gambar bagi aku paling terbaik aku tangkap, atau aku yang syok sendiri? Haha...



Lawatilah FlickR aku yang sekian lama aku tidak mengemaskini...linknya? Ada di bahagian atas sebelah kanan. Dandelinoid-->FlickR

Aku nak tidur untuk perjalanan seterusnya, dan saki baki cuti seterusnya...

Isnin, Ogos 04, 2008

Siapa Suka Membanding? Lelaki?

Tadi aku baru bangun tidur petang. Letih sebab buat 'kerja luar' di gym kolej. Aku sebenarnya bukan manusia bertemankan radio berkumandang, tapi aku biarkan komputer aku dengan radio online terbuka, aku baring sekejap. Ingat nak hilang letih 30 minit, alih-alih sejam lebih juga jadinya.

Aku terbangun sebab radio rasanya. Aku tak kenal sangat deejay petang ini walaupun radio 'feveret' aku sekarang; HOT Fm. Aku minat dengar pagi-pagi. Biasa petang-petang ini radio ini bincang soalan yang lebih kurang pasal perhubungan manusia; tak kisah lelaki perempuan, ibu bapa dan anak dan apa-apa lagi.

Hari ini masalahnya dari seorang lelaki, dia cakap "Teman wanita saya suka membanding-bandingkan saya dengan lelaki lain atau dengan bekas teman lelaki lama dia."

Kira macam itulah nadanya. Sebab aku terbangun. Sebab aku lelakikan. Nak tahu apa komen wanita-wanita yang memberi pandangan walaupun secara teori aku tahu kenapa. Aku tekunlah juga dengar jawapan setiap satu persatu. Dan komen aku kalau aku telefon Hot FM...

"Saya masih single, dan saya tak kisah kalau nanti teman wanita saya atau isteri saya nak bandingkan saya dengan orang lain. Lelaki mana tak sakit hati kalau dibandingkan dengan orang lain, walaupun kita ada didepannya. Sebab itu isi hati mereka, mereka dicipta untuk meluahkan apa yang ada dalam hati mereka walaupun nak katakan menyakitkan hati. Saya harap lelaki itu bersabar, kalau masih tak mampu menahan marah, cari perempuan lain."


Tapi kalau aku diminta masalah yang sama 2 tahun yang lalu, mungkin aku memberi jawapan yang bersifat terlalu kelakian atau kata lain penuh egoisme (betul ke penbendaharaan kata ini?). Cuma aku bersyukur aku tahu mengenai perkara ini.

Kalau dulu aku suka juga banding-bandingkan si A dan si B apa yang menarik, apa yang cantik. Tapi ada orang cakap 'relationship' ni macam tunggu bas kan. Kita nak pilih bas berhawa dingin, ada tempat duduk kosong, kerusi selesa. Tapi tunggu punya tunggu tak sampai juga bas yang sebegitu rupa. Kalau ada pun, pemandu bas itu cakap aku tak layak duduk dalam bas itu. Lain kali naik bas apa-apa yang penting sampai destinasi kita nak sampai. Dalam perjalanan rosak, naik bas lain boleh kan?

Bas dengan relationship? Aneh juga kalau difikirkan frasa-frasa ayat sebegitu moden. Yang penting, "In relationship, its nothing impossible,".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...