Khamis, Mac 27, 2008

Bila Ku Cuba Untuk Mendekati-Nya...


Bila ku cuba untuk mendekati-Nya baru ku tahu betapa jauhnya diriku...
Memang benar apabila hati jarang diperlihatkan dengan kebesaran-Nya...
Hati akan cuba mengetuk dada diriku...
Cuba berkata pada diriku...
"Apa yang kau mahu dalam hidupmu...?"

Inilah mimpi yang datang kira-kira 2 minggu lepas. Menyedarkan aku pada pagi buta yang suasananya sungguh sunyi. Jarang sekali aku bermimpi sedemikian. Adakah ianya petunjuk-Nya bahawa aku rindukan sesuatu? Hilang sesuatu yang patut aku cari? Barangkali aku bersyukur, belum terjebak jauh...belum pergi jauh dari sisi-Nya. DIA memanggil aku suruh sentiasa berada disisi-Nya.

Atas inisiatif tersendiri, benda yang aku tak pernah buat sejak aku berada disini...bangun malam untuk mencari-Nya. Malam yang membuka hati aku untuk berbicara sesuatu tanpa bersuara. Cuba melihat masa silam singkat yang lalu...

Baru aku tahu betapa jauhnya jarak aku dengan-Nya.


5 hari lepas aku hampir jatuh demam untuk kali kelima. Tapi nasib baik tidak. Selsema yang teruk pula menghantui diriku. Nafsu makan hilang sekelip mata. Rasa muak menjamah nasi. Setiap kali perut lapar, aku hanya mampu menjamah roti yang disapu kaya. Kalau tak pun makan toast yang dibeli dari ISAAC...

Banyak lagi cerita yang mahu aku karang dan aku kongsi di ruangan hitam ciptaan aku. Ini yang aku mampu untuk kali ini. Terima kasih kepada sesiapa yang pesan supaya meng-update blog.

Antara isi dalam buku yang aku sedang baca "How To Win Friend And Influence People"...

"If the author doesn't like people, people won't like her or his stories"

Dan penulis ini juga berpesan...

"You have to be interested in people if you want to be a succesful writer of stories"


Seperti seorang penyanyi menyanyi kerana ada pendengar, pelawak melawak kerana ada orang akan ketawa, pemimpin wujud kerana ada pengikutnya...dan penulis menulis kerana yakin bahawa ceritanya akan dibaca. Atas sebab percaya aku bercerita, menaip setiap cerita aku...tanpa mengharapkan habuan. Terima kasih aku ucapkan...kerana anda sudi membaca.

Jumaat, Mac 14, 2008

Di Antara 2 Pasangan Ber-CIUM-!

Situasi cium-cium dikhalayak ramai mungkin dah biasa rasanya. Sebab aku bukannya ada di negara sendiri. Negara orang, yang rata-ratanya tiada agama. Tengok tajuk 'post' aku apa pandangan kamu kalau jadi aku. Bayangkan:

Tempat duduk paling belakang dalam bas. Sudah semestinya kerusi di belakang panjang kan? Sekurang-kurang bolehlah dalam 5 atau 6 orang boleh duduk. Disebelah kiri kau, lelaki tengah cium dia punya teman wanitalah. Di sebelah kanan perempuan yang sedang menerima ciuman dari teman lelakinya. Wow...

Aku pula di tengah-tengah. Duduk terbungkang, sebab letih main untuk MSFC. Tak fikir sangat apa yang berlaku di kanan atau kiri aku. Letihkan...dalam kepala "Cepatlah bas sampai...,".

Yang rasa tak seronoknya tengah-tengah layan penat dalam bas (tidur), si perempuan sebelah kanan aku buat suara-suara manja, "Abang, jangan cium telinga..gelilah.". Rasanya perbualan macam ini boleh dikategori sebagai 18SX rasanya.

Sebelah kiri. Ini buat aku bengang campur 'panas' sikit. Tak kisahlah nak cium 'french kiss', 'deep kiss', 'tongue play' ke apa lagi jenis-jenis ciuman yang ada. Jagalah sikit, orang kata jangan gelojoh sangat. Gerak sana, gerak sini. Aku nak tidurlah!

Memang niat nak ubah tempat duduk, tapi malang nasib aku. Tak ada 'port' yang OK. Duduk, pasang niat nak tidur. Baru lelap sekejap...Minah sebelah tegur aku "Minta maaf encik, boleh alihkan kaki. Nak turun," Haha..bayangkan betapa letihnya aku. Terbungkang dalam bas. Tak senonoh.

Sambung tidur...ZzZzZzZzZzZzZzZzZzZz...

Bunyi handset, lagu Big Bang rasanya. Macam kenal. Tapi pelik dia tak angkat. Kuat sangat sumbat lagu dari iPod dia. Ditambah dengan novel Melayu ditangan. Malas nak cakap siapa, siapa yang sama-sama naik bas tahu siapa orangya...

Sabtu, Mac 08, 2008

Aku Mengidam...Air Mangga!

Kedengaran seperti ibu mengandung yang mengidam...
Tapi sebenarnya lelaki yang baru mem'bersih'kan kepalanya...
Tak tahu kenapa aku nak minum air mangga tiba-tiba...
Ceritanya macam ini...
Aku hari ini habis kelas awal...
Mula pukul 2.00 PM, habis pukul 2.35 PM...
Sebab?
Hari ini hari pertama kelas Solid Works (Buat 3D Design)...
Dah habis aku tak terus balik rumah, pergi bilik Mus...
Nak 'bersih'kan kepala...kononnya...
Sebab?
Aku rasa rimas bila nak mula belajar balik Advanced Engineering Math...
Rambut panjang, selesai satu soalan...kepala macam berasap...
Ambil keputusan...tinggal 3 helai rambut atas kepala...
Atas permintaan saudara Naim...
Buat 3 line sebelah kanan kepala aku...
Atas permintaan saudara Hanif...
Petang itu pula main bola, meriah jugalah...dah ramai turun main...
Budak sebaya aku dengan junior setahun bawah aku...
Malam pula pergi Myeong Dong...naik bas!
Tak pernah naik bas pergi sana....
Kalau kamu jadi aku, rasanya penat tak kehidupan aku?
Aku letih...exhausted...penat macam nak mati (피곤해 죽겠어!)
Lepas balik dari Myeong Dong, aku lepak sekejap di bilik Mus...
Ingat sekejap, tapi letih sangat, ambil dalam sejam...
Sambil tengok Mus main dotA...pakai Venomancer...sampai GODLIKE...
Tapi sekejap, Dewa @ Skit @ Dause tak bagi pegang GODLIKE lama-lama...
Budak-budak dah habis main aku ajak Su balik rumah...
Sebab rumah dia dekat dengan rumah aku...
Tapi...sebelum nak balik rumah...
Aku singgah 7-Eleven...
Jumpa Shan, Teck Seng dan Yuhan...tengah cari snek tengah malam...
Aku cari apa?
Air Mangga satu botol...
Habis bayar, sebelum keluar pintu 7-E lagi aku dah togok botol air mangga...
Uhhh...perasaan aku ketika ini macam semacam...
Orang kata..tengah 'high' rasanya...
Dah separuh botol aku minum di tengah malam ini...
Masa aku tengah taip cerita ini...
Aku masih minum air Mangga tadi...
Sedap rasanya...

Selasa, Mac 04, 2008

Penungguan Itu Menggilakan?

Selalu kita dengar dari mulut si pemuisi, penyajak atau si bijaksana yang pandai berkata-kata mengatakan "Penungguan Itu Menyeksakan"...

Itu lah hakikat kita terima kalau kita yang menjadi si penunggu. Si penunggu yang sentiasa menunggu. Memang rasa terseksa walaupun ianya 5 minit sekalipun. Aku baru sahaja menonton 2 filem yang menimbulkan persoalan "Penungguan"; -si ibu yang menunggu anak, anak yang menunggu kedua ibu bapanya, lelaki yang mencari cintanya- dalam cerita August Rush dan -lelaki yang menunggu wanita selama 54 tahun- dalam cerita Love In The Time Of Cholera.

Banyak filem sebegini yang mengupas persoalan mengenai hidup seorang yang menunggu sesuatu. Tapi kita kadang-kadang lupa ada insan disebelah kita ingin bercerita perasaan dia menjadi seorang penunggu. Aku gelarkan ia sebagai Hyeong, agak kerap duduk di sebelah aku ketika sesi pengajian semester lepas.

Aku agak kekok untuk pertama kalinya seorang manusia berbangsa asing lagi-lagi berbahasa ketiga pada diriku bercerita bagaimana dia kehilangan kekasihnya. Sudah menjadi kebiasaanku menjadi pendengar setia kepada manusia yang ingin bercerita, tidak kisah ianya berkisarkan masalah atau sekadar pandangan.

Ceritanya mudah sahaja;
(Selepas beberapa minit berbicara mengenai cuti panjang yang lepas)
Hyeong: 애이니 아직도 없냐...? (Masih tak berpunya?)
Aku : 없는데...갑자기 왜요? (Tak ada...kenapa?)
Hyeong: 그냥...만났던 여자 친구 만났어...어제...(Tak ada apa-apa, terjumpa kekasih lama semalam)
Aku : 아...그거 첫 사랑이에요? (Itu cinta pertama ke?)
...kami berbual dalam 20 minit.

Aku memang tak faham kenapa dia tiba-tiba nak berbicara perihal sebegini. Agak kekok keadaan aku dalam kelas ketika itu. Ketika ini 'lecturer' tengah berbicara perbezaan budaya Barat dan budaya Timur di hadapan kelas. Ketika ini juga aku memasang telinga menangkap setiap kata-kata perbualan Hyeong di sebelah aku. Cerita cintanya agak kasar nak kutakan agak mendatar...mungkin dia tidak pandai mendramatiskan cerita. Atas sebab apa aku nak ceritakan cerita dia didalam blog aku? Kerana ayat terakhir sebelum dia menamatkan perbualan, ketika 'lecturer' menamatkan kelas amat menarik untuk dimasukkan dalam kamus hidupku...

기다리기는 미쳤어!
Penungguan Itu Menggilakan!

Isnin, Mac 03, 2008

Hanya kerana ianya pertama...

Aku kembali ke laman hitam yang menjadi coretan hidupku yang ku kira semakin malap. Kalau rak buku tidak disentuh, habuklah jadinya. Apatah blog aku ini. Ada suatu penbendaharaan kata yang sesuai untuknya...?

Kebiasaan aku memikir, mengarang dan menaip sesuatu isi blog aku ketika aku mendapat suatu idea. Yang pada kebiasaannya selepas peristiwa yang seronok, memberi efek kepada jalan kehidupanku dan menginsafkan diriku. Di waktu ini selepas aku tidur selama 3 jam, aku mendapat idea bercerita kehebatan ayat atau peristiwa yang berlaku PERTAMA kalinya...

Seperti frasa ayat:
Lelaki Melayu Terakhir
Perempuan Melayu Terakhir
Last Man Standing
Subjek Terakhir (Drama)
Surah Terakhir (Drama)


Ayat-ayat seperti ini kadangkala atau boleh dikatakan kerap kali digunapakai untuk menunjukkan simbol kemegahan atau unik. Tapi seperti sebelum ini aku perkatakan. Aku tidak mahu berbincang mengenai TERAKHIR, tapi yang PERTAMA.

Ada yang mahu aku ceritakan cerita Sabtu lalu yang dimasukkan PERTAMA dalam hidupku kedalam blog ini. Hanya kerana ianya pertama bagiku orang berbicara.

Pokok persoalannya disini...adakah kita menghargai apa yang berlaku yang PERTAMA dalam hidup kita selama ini? Setiap manusia sekurang-kurangnya menghargai kali pertama bernafas di dunia ini...Hari Lahir. Perkara PERTAMA dalam hidupku ada yang manis, ada yang pahit. Ingin ku mahu senaraikan tapi terasa ada sebahagiannya aku patut jadikan rahsia.

Benda yang PERTAMA kita miliki pun ada nilai sentimental disitu. Kebanyakan masih aku simpan sampai sekarang. Contoh:
1. Telefon Bimbit PERTAMA: Nokia Butterfly.
2. iPod PERTAMA: iPod Shuffle.
3. CD Music PERTAMA: Hybrid Theory. Zaman tak ada MP3.

Argh...esok dah mula tahun dua pengajian Mekanikal, masih di tempat yang sama.
Tak sangka semua cepat berlalu. Terasa waktu PERTAMA kali aku jejak di Dongyang Technical College macam semalam. Sebelum aku tamatkan coretan merapu ini, aku pesan hargai yang pertama dalam kehidupan kita.

P.S: Baru habis tengok filem Kata-Kata Cinta...ada babak tak faham.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...