Jumaat, November 28, 2008
Si 'tukang karut'.
2 mingu kebelakangan ini lebih kerap tengok 'movie' yang tak ada mesej murni. Aku tengok 'movie' pasal adik beradik yang dah tua tapi berlagak kurang matang (penuh carutan), seorang dealer weed yang hisap weed tiap-tiap masa (ayat paling kerap: "Your smell like shit!") dan 'movie' pasal entah apa aku tak tahu, tengok separuh saja. Tajuk dia "Young People F""king".
Aku kena tunggu bulan 12 dan 1 untuk filem berkualiti. Tunggu-tunggu.
Minggu-minggu yang berlalu, setiap minggu aku ada benda nak buat. Malam ini ada perjumpaan, esok pula ada forum. Woot! Aku suka mem-bizi-kan diri. Sebab duduk rumah hanya main Facebook dan tidur. Kalau berjalan-jalan hirup udara kotor Seoul ini bolehlah sekali-sekali tengok perangai manusia yang lalu-lalang didepan kita.
Ramai promosikan blog yang seronok dibaca, kadang-kadang aku mahu jadi seorang pembaca blog saja.
Hey, dah pukul 10 pagi. Aku mahu masak roti dengan telur hancur, tapi telur ada sebiji pula.
Atau, roti bakar ada jem anggur diatasnya dan jus anggur yang baru dibeli semalam?
Atau sekadar makan Kim (rumput hijau hancur yang diletakkan sedikit garam, gaul)?
Tak ada motifkan entri aku kali ini? Terima kasih kerana membaca.
Rabu, November 26, 2008
Kesetiaan pada Pensil Tekan.
Benci melakukan sesuatu menggunakan peratus emosi. Sebab aku lelaki, lelaki yang cuba mengasingkan emosi dan kerja. Sebab itu kadang-kadang aku dikatakan sombong. Padahal aku cuma tak mengambil berat manusia yang lain. Macam kejadian duduk didalam bas sekolah, aku duduk di kerusi kosong sebab penat dengan jamuan makan-makan. Ada sahaja gadis cantik nak duduk, aku boleh berfikir lama pasal itu. Baru aku bagi kerusi itu kepada gadis cantik itu, dan berdiri dalam bas.
Patut aku meletakkan sedikit emosi dalam aktiviti seharian aku, termasuk menaip isi blog?
Owh, tidak. Aku tak gemar menulis kritis. Kadang-kadang aku menulis sebab melebihi had, rasanya. "Mian-hae" (minta maaf dalam bahasa Korea). Selepas ini aku isi-isi dengan benda-benda menarik ok? Dah tak seronok baca blog aku sekarang ini, sebab ada unsur emosional. Aku pun tak suka kalau aku baca balik. Err, aku bukan penulis yang baca isi yang aku karang. Cuma masa aku menaip, kurang enak dengan hati. Cuma diturutkan juga.
Aku tengok blog lain dah berubah-rubah wajah. Letak itu, ini. Kenapa aku jenis yang bukan seperti angin? Sekejap ke sana, ke mari. Tukar link dan tema?
Sebab aku setia?
Mari aku ceritakan benda yang aku katakan setia pada konsep yang aku fahami.
Rumah Lego Murah
Dulu aku ada rak penuh dengan lego yang diberi oleh keluarga aku. Bukan lego jenama lego. Lego yang harganya RM 3, dan boleh penuh satu balang biskut Mary yang besar. Alah, lego kecik bentuk 4 segi. Ada warna hijau, kuning, biru dan putih. Dengan banyak lego (kira-kira semua hargnya lebih 3 ringgit, maknanya banyaklah kan?), aku bina rumah yang besar. Ada kereta depan rumah. Tak ada bentuk, cuma dalam imiganisi aku sahaja. Satu hari adik aku pecahkan reka bentuk rumah aku, efeknya?. Aku tak keluar bilik seharian. Jenuh mak aku pujuk dengan pujukan McD dan Pizza Hut. Aku buat tak layan. Satu keluarga aku nak bina balik macam aku buat, ada atap, kereta. Mereka panggil aku dan katakan rumah dah 'repair'. Aku tengok, bukan seperti hasil kerja aku buat. Aku sambung merajuk dalam bilik.
Komik Doraemon.
Setiap kali keluarga aku berjalan-jalan ke Kompleks PKNS, aku pasti pergi kedai Marwilis. Kedai buku ada disitu. Ada banyak komik yang menarik dibaca. Aku suka kumpul komik Doraemon. Aku ada banyak jilid buku Doraemon. Satu hari, ada majlis dirumah aku. Aku rasa sejak waktu itu, buku aku hilang 1. Semalaman aku cari jilid mana yang hilang. Semua sibuk mengemas, aku menambah 'kemasan' ketika itu. Siap dimarahi bapa aku sebab cari benda yang tak penting. Ketika ini tak adalah merajuk macam tadi, cuma aku pening kepala kemana pergi komik aku pergi. Isk, pernah juga jilid pertama majalah GEMPAK hilang. Rupanya adik aku simpan dalam beg dia.
Apa lagi..?
Tak keluar dalam kepala benda yang sangat setia. Ha! Aku bukan lalang, sekejap Chelsea, sekejap Liverpool, sekejap Arsenal. Macam ini. Malam ini ada game Man Utd Vs Sunderland (kira cikai la) dan Chelsea Vs Arsenal. Kekadang aku boleh skip game penting Chelsea Vs Arsenal sebab aku lebih suka Man Utd. Bodohkan?
Handset pertama aku adalah Nokia Butterfly. HP masih ada pada aku. Boleh pakai lagi. Sepatutnya dijual. Aku simpan dalam laci, sebagai tanda HP pertama aku. Masa aku balik Malaysia aku dikelilingi rakan sebaya yang memakai HP siap ada Bluetooth, MMS dan nada ringtone yang canggih. Aku cuma vibrate sahaja. Nada dering pun nada dering yang bodoh dalam HP itu.
......
......
Bukan aku tak ada duit nak beli pensil tekan baru. Cuma aku suka pakai suatu benda yang untuk tempoh lama. Inikah istilah kesetiaan yang sesuai ditafsirkan? Kalau sesama manusia, tak pasti samada aku pernah berlaku khianat. Rasanya tidak.
Kalau bab bercintan tu...Opps! Tak pernah cuba, maka tiada pengalaman. Mengong.
Itu bukan isu penting, aku sudah berpunya atau tidak!
Persoalannya, mana pensil tekan aku?
Selasa, November 25, 2008
Kenapa aku memilih Ipod?
Terima kasih kepada Naam dan Hisham pasal pengetahuan mereka tentang Ipod Touch.
PS: Lepas ini jangan tanya melalui YM tentang Ipod Touch. Malas nak layan.
Apa itu Ipod Touch?
Sejenis gadget keluaran Apple. Ada aplikasi emel, melayari web melalui web browser Safari. Safari adalah salah satu web browser yang menarik dan ringkas. Ada pendapat mengatakan taraf dia lagi tinggi dari Firefox, ada kata sama taraf. Tapi aku masih suka guna Firefox sebab dah biasa. Ipod Touch boleh main game, buat graf matematik yang susah (kena ada aplikasi tertentu), boleh letak note, boleh main lagu, boleh tengok video, boleh main Facebook, boleh chatting. Boleh letak gambar.
Ipod Touch juga boleh disertakan aplikasi mengawal iTunes melalui Ipod. Macam mana? Asalkan ada WiFi, dah boleh kawal iTunes di komputer hanya melalui Ipod.
Kenapa Ipod tidak lain?
Aku suka sebab senang nak cari lagu. Dari aku pakai Ipod Shuffle sampai Ipod Touch, aku puash hati dengan gadget ini. Mudah sangat menekan-nekan button. Ipod ini benda yang 'cool'. Ada design yang menarik, nipis. Belakang silver. Skrin warna, lawa pula itu. Cara nak masukkan lagu pun senang. Pilih manual function, drag lagu dari iTunes masuk ke dalam Ipod.
Siapa tak tahu apa itu iTunes, pergi download secara percuma dari Apple.com. Siap ada tutorial lagi cara nak pakai iTunes. Memanglah Ipod tak boleh pindah lagu dari Ipod ke komputer. Ini perkara yang kontra bagi siapa yang tak suka Ipod. Alasan Apple buat macam ini sebab nak jaga hak pencipta. Tapi masalah ini kecilkan bagi siapa pengguna Ipod?
Ipod Touch.
Ramai dah tahu pasal Iphone. Ipod Touch ini macam Iphone tapi tak boleh telefon orang sahaja. Yang lain sama. Boleh download lagu, boleh melayari internet dan sebagainya. Aplikasi boleh di download dari Apple Store dari pelbagai negara. Dengan syarat, ada Apple ID. Benda ini boleh dibuat di iTunes. Tapi ada masalah mengenai 'Payment Method'. Aku tak tahu pasal itu, sebab aku buat ID aku dah lama. Cuba tanya siapa-siapa yang baru buat ID, macam mana pasal Payment Method.
Aku cadangkan letak alamat negara US sebagai alamat ketika buat Apple ID. Sebab apa? Sebab Apple Store US banyak aplikasi percuma yang menarik. Lain kalau nak aplikasi berbayar. Itu terpulang pada kamu, nak lagi seronok kena bayar (pakai kad kredit). Mana ada benda yang bagus tak payah bayar?
Sleep Mode dan Off Mode.
Setiap kali Ipod dipinjamkan, pulang pada aku dalam keadaan OFF! Syet. Aku tak suka. Ipod Touch ini lebih macam komputer kecil. Bayangkan macam mana komputer nak ON, lama ke cepat? Sudah tentu lama. Aku tak suka tunggu lama-lama nak buka Ipod aku, nak cepat sahaja. Nak pilih lagu, terus sumbat dalam telinga.
Pasal bateri jalan ke tidak ketika SLEEP Mode. Aku tak pasti, pengalaman aku dari Ipod Nano 3rd Generation dan Ipod Touch, bateri tak berganjak. Kalau pakai OFF Mode, huh. Banyak bateri hilang. Aku cadangkan pakai SLEEP Mode, tapi nak pakai OFF Mode, suka hatilah. Itu Ipod kamu, kalau Ipod aku, jangan!
Firmware
Macam aku cakap, Ipod Touch ini macam komputer kecil. Komputer beroperasi guna Window, Mac, Linux dan macam-macam lagi. Ipod Touch operasi sistem dia orang panggil firmware. Kira macam Ipod ini version berapa. Huraian aku tak berapa betul, tapi konsep dia lebih kurang macam begini.
Nikon D80 sekarang kebanyakan firmware 1.1, tapi siapa yang beli awal tahun 2008, firmware masih 1.0. Ipod Touch 2nd Generation dah siap firmware 2.1, tak payah risau. Aku kena risau, tapi aku dah update. Untuk pengetahuan, aku pakai Ipod Touch 1st Generation. Firmware aku adalah 1.4 ketika itu. Aku update dengan cari siapa-siapa ada firmware 2.1. Yang ada ketika itu Naam. Aku minta dari dia, dah aku buat seolah-olah jailbreak. (Jailbreak adalah cara nak hack sistem dalam Ipod, ini adalah 'illegal'). Jailbreak bahaya, kalau silap buat, Ipod jadi besi buruk yang cantik. Jual pun tak laku.
Peringatan jangan jailbreak Ipod. Berani buat tak apa. Nasib baik aku tak gagal. Fuh.
Servis produk Apple.
Jangan terkejut kalau beli Ipod umpama beli selipar tandas di supermarket. Ambil Ipod, bayar kat kaunter. Tak payah ngada-ngada nak cuba disitu. Memang boleh. Cuma jarang dibuat orang. Aku pun pelik kenapa aku tak cuba juga. Mungkin sebab aku yakin dengan Ipod rasanya. Dah lama aku pakai Ipod pula tu.
Ipod Touch aku pernah rosak, pixel pada skrin aku pecah. Tak ada gambar nak terangkan macam mana pixel pecah itu. Beruntung aku sekarang ada di Korea, Apple Service Centre memang mantap. Macam pergi klinik. Hantar pada pakar. Dia ambil Ipod, tak payah surah warranty. Mana surat warranty Ipod? Tak ada. Nombor belakang Ipod adalah bukti itu adalah sah dari Apple. Aku bagi Ipod yang rosak, bagi pada dia. Dan aku dapat yang baru! Tanpa mengenakan bayaran! Tapi syarat dia masih dalam tempoh warranty.
Fungsi GENIUS.
Apple sekarang ada memperkenalkan fungsi GENIUS. Syarat nak guna GENIUS adalah perlu ada ID Apple. Apabila sudah ada ID, melalui iTunes, komputer akan hantar semua data-data lagu yang ada dalam iTunes kepada pusat GENIUS. Kalau pakai US GENIUS, dihantar ke US lah. Tempoh ini akan memakan masa, tapi memang seronok adanya GENIUS.
Macam mana nak guna GENIUS. Andaikata suatu hari kita nak dengar lagu yang sama rentak dengan Paint It Black oleh Rolling Stones. Klik pada lagu, tekan GENIUS. Hasilnya, iTunes akan tunjukkan kepada kita playlist yang kita mahu. Lagu yang hampir sama, melodi, rentak. Kadang-kadang GENIUS sediakan lagu yang patut kita dengar, tapi tak ada dalam iTunes. GENIUS cuma promosi lagu sedap didengar berdasarkan lagu yang kita mahu GENIUS kan. GENIUS kan?
Artwork.
Artwork ini tak penting pun tak apa. Cuma siapa yang pakai produk Ipod terkini, Artwork macam suatu yang patut ada. Cara senang nak dapat Artwork adalah melalui iTunes. Buka iTunes, pergi Preferences, tekan Store, klik pada "Automatically download missing album artwork".
Kenapa aku memilih Ipod?
Mungkin dah terjawab pada apa aku taip diatas.
Rasanya macam banyak soalan aku terima dari rakan sebaya, kurang umur dan lebih umur tentang faedah gunanya Ipod berbanding MP3 lain. Setakat ini rasanya aku nak cakap.
Isnin, November 24, 2008
Jarum patah tak elok disimpan.
Terima kasih buat Gathering Batch 85, himpunan seramai manusia yang boleh yang dijalinkan melalui tarikh datang ke Korea masa hampir sama (ada 2 trip batch aku ni, salah satu yang tak ada pada batch lain. Yeke?), tapi tarikh kami graduasi mungkin berbeza. Itu bahagian sedihnya.
Tak apa. Kita enjoy malam yang kita putarkan 3 tahun lalu. Bersama muka kawan-kawan sekelas di INTEC ketika mula-mula diberi nama pelajar tajaan JPA program Korea. Kelas Busan, Seoul, Taegu dan Taejon. Owh, bagus betul HI-COM memutarkan masa, kami bermain seolah-olah budak-budak walaupun ada yang nak kahwin, bermisai lebat, rambut panjang, pakaian bukan skema seperti menunggu bas INTEC.
Kami membesarlah juga. Kami berevoulusi. Baik atau tidak, kamu pandang dan hakimi walaupun kamu tak layan menentukan siapa kami! Kami seperti kebudakan? Lantak kamu! Kami seperti tak bersatu hati? Itu kata kamu, kami tak mampu tutup mulut kamu.
EH, jauh aku meleret.
Berbalik isu gambar di-delete pada entri lepas. Malam itu, adalah sampul surat yang nama setiap seorang dari batch kami diletakkan. Boleh letak surat pengampunan, mintak halal itu ini, ucapan semoga berjaya pada masa lalu dan macam-macam. Mudah sahaja, tulis apa yang kamu mahu katakan pada kertas kecil dan sumbat pada sampul surat penerima. Macam gambar bawah ini.

Aku buat sesi macam mini-studio, minah ini datang juga meminta gambar ditangkap. Mula-mula Sood ada disitu, tapi dia berlalu pergi sambil kata "Ko layan dialah,". Kalau aku tak layan, mesti dia kecil hati, dahlah hati manusia memang kecil. Aku kosongkan hati. Seperti seorang dungu, aku buat apa yang dia mahu walaupun dia pernah sakitkan hati aku.
Dia datang seperti malam makan malam dimana dia delete semua gambar. Aku pasti dengar ayat, "Boleh delete gambar ini, tak lawa,". Dan agakan aku tepat, dia mahu delete gambar dia!. Aku tarik nafas, pegang kamera aku supaya dia tidak sampai ke tangan dia. Aku kata, "Jangan, please ye,".
Perasaan marah semakin membuak-buak. Dia seolah memaksa. Aku berlalu dari situ.
Kalau aku simpan kemarahan, lama-lama jadi dendam. Jarum yang patah jangan disimpan didalam peti. Seperti hati marah, disimpan jadi parah. Aku ambil sekeping kertas putih, aku tulis segala perasaan marah aku pada kertas itu.
Aku tulis, tulis, sampai aku perasaan marah aku hilang.
Ini cara kalau nak luahkan perasaan marah pada jantina lawan kepada kita. Kalau tak percaya, tengok balik buku Men from Mars, Women from Venus.
Aku letak kertas itu pada sampul surat dia dengan senang hati.
Ketika aku mahu mula berkemas. Aku perasan ada kelibat dia berhampiran dengan aku. Habis aku berkemas dia datang rapat dan tanya bagaimana perasaan aku tentang kejadian lalu. Aku dengan senyuman, "Tak apa, tak kisah pun,". Aku mampu kata sebegini sebab aku dah tulis semua perasaan marah aku pada kertas.
Andaikata, aku marah tak tentu hala? Owh, manusia kejam jadinya. Orang kejam meletak sesuatu pada sesuatu yang bukan, kan?
Kejadian dalam lif. Sebelum terjadinya episod dia meminta maaf.
Aku masuk dalam lif. Tak ingat dengan siapa aku naik. Secara tak sengaja dia pun masuk dalam lif itu. Dia mulakan perbualan. Biasalah, perempuan akan tanya benda 'simple' sebagai respon adanya manusia dalam lif itu, apatah lagi orang itu dikenali.
Tak ingat dia tanya apa, kami jawab dengan sepatah perkataan. Balasan dari soalan dia yang separa panjang. Biadap ke? Aku rasa amat biadap sekali. Sebab aku tak boleh tengok muka dia ketika itu, marah aku tak hilang lagi ketika ini. Masa aku jawab soalan dia pun, aku pandang kaki.
Jangan lupa eye-contact penting untuk bicara dengan perempuan. (aku tak boleh tenung mata perempuan lama-lama!)
Aku rasa bersalah pula jawab macam nak tak nak. Aku tengok muka dia, muka dia penuh macam mengesyaki yang kami seolah-olah tak layan dia.
Aku pandang dia, aku senyum. Aku tanya pasal filem-filem yang bakal keluar di wayang. Bermulalah, sambung menyambung bicara tadi.
Tak sangka, aku manusia HIPOKRIT ketika ini kan?
Moralnya, maafkan semua orang. Senang kita nak bertutur dengan orang, tak payah jadi manusia hipokrit macam aku. Kan elok kalau semua manusia tak ada sifat dendam.
Ahad, November 23, 2008
Strobist : Dalam Rumah.
Aku baru berjinak-jinak bermain speedlight, tapi aku tak ada speedlight. Poket sekarang tak mengizinkan untuk memenuhi satu ruang dalam beg kamera aku dengan speedlight. Itu bukan batasan untuk belajar sesuatu kan?
Terima kasih kepada Emberg kerana sudi meminjamkan speedlight. Nama-nama yang terlibat sama nanti aku tujukan terima kasih pada entri Strobist 2. Jangan risau. Ini hanya cuba-cuba dalam rumah sahaja.
Lupa nak cakap kepada model aku selama ini: En. Zorro.
Rabu, November 19, 2008
COUPLE Dengan YUNA?
Aku bangun pukul 11 dan lakukan tanggungjawab sebagai pelajar tajaan JPA: Belajar, belajar dan mencipta pengalaman. Teh panas tanpa makanan tengahari. Tak sanggup keluar dari selimut, walaupun aku duduk diatas kerusi menghadap 'slide show' kelas Matematik Aplikasi yang lamanya. Hari ini aku sungguh semangat melakukan kerja Matematik. (pada masa aku menaip benda ini sudah semua soalan aku siapkan!)
Kenapa kerja rumah Matematik menjadi isu dalam entri-entri aku sebelum ini. Sebab matematik cabang ilmu penting dalam kejuruteraan, sekalipun dalam muzik. Melalui matematik, mampu mencorakkan graf jantung berdenyut, spring kereta, aliran haba, rintangan elektrik dan banyak lagi. Bahagian aku belajar hari ini adalah: Not not muzik mampu ditafsirkan melalui matematik. Aku sangat teruja sampai siap.
Lagi 20 minit kelas sejam aku bakal bermula. Musana datang ke rumah aku dan mengadu cuaca sejuk. Tapi aku tengok dia dalam keadaan tak sejuk, tengok pakaian seolah-olah nipis. Aku rasa sejuk sangat. Aku pakai singlet hitam dan pakai jaket tebal. Tak pakai T-Shirt sebab kelas aku sejam.
"Ugh, sejuk. Sejuk. Sejuk..." aku menderita selepas 10 langkah dari rumah.
Sampai kelas aku mencari benda panas, sebagai alternatifnya...teh Java (teh susu dalam tin yang popular dikalangan pelajar Malaysia). Aku beli yang panas dan gosok ditangan. Sejam umpama duduk dalam peti ais. Peti ais pun tak sejuk macam ini.
Aku balik...tidur. Nak sambung, tapi aku pening kepala cara nak mengkamirkan dan membezakan. Jangan ingat pembezaan dan pengamiran zaman sekolah menengah. Ini lagi dahsyat dari itu, jalan kerja terlalu kompleks.
Tidur, tidur. Ingat nak pergi gym, tapi cuaca menghalang aku. Aku batalkan niat aku. Masa petang aku hanya menghadap Facebook (sekarang ramai dah mula gila dengan Facebook seperti mana ketika mula-mula aku menghadap Facebook). Aku seronok dengan ramai kawan-kawan mula main Facebook, tak ada layan komen...tunggu esok hari menunggu respon!
Kelas Jepun tak pergi, gym tak pergi. Hanya Matematik dan tidur. Tekanan sungguh buat Matematik. Aku layan 3 drama sekali harung (kamu semua dah tahukan drama kegemaran aku ketika hari Selasa?). Pukul 11 malam, kerja matematik aku siap!
Umpama batu yang letak di bahu dikuis dengan jari.
Maksudnya, kalau kita tetapkan tumpuan semua boleh jadi dengan mudah. Masalahnya kenapa hari sebegini tak selalu datang?
Aku tak tidur awal. Air teh habis aku buat baru, kira perut aku dah penuh dengan 2 jug teh panas. Eh, teh aku buat tak manis. Untuk menambah panas pada badan sahaja. Kalau nak menikmati teh yang manis baik pergi surau belakang rumah di Malaysia. Itu boleh potong kaki. Minta maaf ye tok siap yang buat air teh. (Tok siak bapa kawan aku, sekarang tak tahulah)
Aku buka Imeem, berchatting dengan kawan-kawan dengan keadaan meja aku masih bersepah dengan kertas yang penuh dengan conteng-conteng. Nombor-nombor. Esok aku kemas.
Yan, dia promosi Yuna kepada aku. Aku pernah terbaca entri Yuna di blog Pak Tam. Asalnya aku nak minta lagu band Couple (aku dah masukkan Couple sebagai band aku minat), Yan suruh layan Yuna. Aku layan juga.
Reaksi pertama aku...
(aku guna ayat Mondok a.k.a Haikal)
...segala tiang-tiang kekuatan aku luhur. (geli ke?)
Aku seolah-olah nak menangis dengar lagu Yuna. Isk, isk, isk.
Baru nak layan Couple untuk seminggu, tapi carta lagu AKU-SENDIRI-PUNYA nombor satu dah dicuri oleh Yuna dalam sekelip mata. Tak apa. Band Couple masih belum semua aku layan.
Apakata COUPLE dengan YUNA? Keduanya sama sedap.
Sejuk. Solat dan tidur. Esok kena main bola dengan sarung tangan tebal. Seram.
Isnin, November 17, 2008
Muffin Coklat Dan Lilin Merah (Artikel Cetusan 2008)
(Dah masuk Cetusan 2008: Majalah Rasmi PPMK Setiap Tahun)
ARTIKEL CETUSAN 2008
PENULIS: DANDELINOID
Tajuk: Muffin Coklat Dan Lilin Merah
Langkah kanan. Langkah rezeki. Aku baru sahaja nak masuk ke bilik Haikal, di pelawa pula makan kek di bilik bertentangan. Apa aku lihat ada kek yang hampir separuh sudah dijamah, hanya beberapa kerat yang tinggal. Aku tanya siapa empunya kek ini, tetamu yang sekian lama hadir mengatakan hari ini hari lahir Syahidan, atau nama yang aku selalu panggil: Sidan-g.
Sambil aku cuba memotong kek, Liyana bertanya kepadaku sesuatu.
“Kau pernah tak sambut besday?”
“Tak pernah bila dah besar,”
“Kira masa kecil-kecil pernah la kan?”
“A’ah,”
“Sidan dari kecil tak pernah…”
Aku terdiam. Memang benar kata orang, apabila kita fikir kita paling teruk dimuka bumi, ada lagi insan yang lebih perit kisahnya. Aku jumpa orangnya siapa dan dia ada didepanku. Selama ini aku rasa superhero-superhero sahaja yang hari lahirnya tak disambut. Beruntung atau tidak. Hari lahir ke-21 baru dia dapat hadiah ideal yang ringkas: kek hari lahir.
Aku cuba-cuba mengingatkan bila kali terakhir aku menyambut hari lahirku. 15 tahun lalu? 10 tahun lalu?. Secara jujur aku dulu manusia yang tak kisah apa yang berlaku pada tarikh itu, hari lahirku. Kadangkala aku tidur, kadangkala aku merayau. Kalau ada siapa yang ingatkan aku bila tarikh itu tiba, aku rasa gembira, sebab aku tak terlupa. Terima kasih kepada yang ucapkan “Selamat Hari Lahir.
Aku sudah ingat, hari lahir paling bermakna masa aku kecil. Semua saudara-mara berebut-rebut nak suapkan kek ke mulutku. Sampai aku rimas dengan keadaan itu, aku berlari ke arah pak cik kesayangan aku dan duduk diribanya sehingga semua tetamu beredar pulang. Kawan sekolah tadika pula menghadiahkan aku sekotak pensil warna Luna. Disitu aku mula minat nak belajar mewarna. Hari itu aku selalu berimpian setiap tahun akan ada hari sebegini, semua untuk diriku.
Masuk sekolah berasrama, aku lupa semua itu. Tradisi tetap tradisi. Suasana asrama kadangkala menimbulkan cemas, walaupun aku suka keadaan dikelilingi manusia yang ramai. Mana tidaknya, detik 12 malam dan esoknya hari lahirku, mereka berpakat menangkapku dan mulakan majlis ‘tilam burger’. Situasi dimana aku diatas tilam, dan yang lainnya cuba menghempap aku. Kalau tinggi ke siling, itu lagi baik, kata seniorku. Kejam atau tidak. Aku puas seketika, mereka ingat hari lahirku.
Bila aku mula habis zaman bangku sekolah, aku sekali lupa. Disini aku belajar sesuatu dari kaum hawa. Ucaplah “Selamat Hari Lahir” kepada kaum hawa. Mereka pasti menyukainya. Lebih bermakna katanya kalau semakin menghampiri pukul 12. Secara rawak aku ucap kata-kata ini kepada kawan-kawan perempuanku. Apa yang aku dapat? Mereka kata aku sudah matang, mereka kata aku sangat romantis, mereka kata aku sangat prihatin. Owh, aku takut pula nak ucapkan secara rawak selepas ini.
Aku manusia yang mudah lupa tarikh sebegini.
Kring, kring, kring…
Jam telefon bimbit memberitahu sudah hendak masuk 12 malam. Aku bangun dari tidur selepas Isyak. Aku sangat letih hari ini. Gosok mata dan berus gigi. Aku keluarkan muffin coklat dari peti ais dan letakkan diatas meja. Aku cucuk lilin merah yang panjang. Aku nyalakan.
Aku berdoa kepada tuhan kerana hari ini masih bernafas.
Aku tiup lilin itu sambil kata “Selamat hari lahir Mohd Adib,”
Sambil senyum, aku cuit sikit muffin coklat. Aku sambung tidur semula.
Terima kasih kepada diriku, aku tidak lupa apa makna hari ini.
PS: Selamat hari lahir kepada Sidan-g, hari lahir kau mengingatkan aku bahawa aku tidak berseorangan.
Rabu, November 12, 2008
L VS P (Artikel Cetusan 2008)
(Dah masuk Cetusan 2008: Majalah Rasmi PPMK Setiap Tahun)
ARTIKEL CETUSAN 2008
PENULIS: DANDELINOID
Tajuk: L Vs P
Ada 2 jantina manusia yang wujud di dunia, Lelaki dan Perempuan (selepas ini L merujuk kepada Lelaki dan P kepada Perempuan). Saintis-saintis sibuk mencari, mengkaji dan menyelongkar rahsia yang wujud antara 2 makhluk unik ini. Melambak-lambak di pasaran buku menjadikan isu ini bahan cerita mereka; apa L buat? Apa P lakukan? Apa bezanya L dan P?. Walaupun dengan situasi apa mereka cuba gambarkan tentang perbezaan mereka, L dan P bercakap bahasa yang lain, respon yang berbeza terhadap sesuatu berlaku. Dan ini pengamatan saya melalui bacaan hamper sedozen buku dan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
L Vs P: Masa kecil lagi sudah berbeza!
Masa kecil lagi cara kita berkomunikasi dengan bayi L dan bayi P berlainan. Kalau kita cuba buat muka-muka comel depan bayi, depan bayi P kita cakap “Alahai, comelnya dia,” , kalau bayi L? Tak adalah ayat-ayat manis macam diajukan kepada bayi P.
L Vs P: Sensitiviti terhadap manusia di sebelah.
P boleh tahu rumah sebelah ada berapa manusia, nama, apa orang sebelah buat, kekasih dia, rahsia, apa yang mereka fikir. Si L? Hanya berapa kerat dia tahu. Kalau tahu nama pun itu sudah kira terbaik. Siapa yang menjadi ‘posmen’ menjaja gosip-gosip dikawasan kejiranan? Dan tak lain dan tak bukan… (tak salahkan sesiapa)
L Vs P: Pemilihan warna.
Kalau P pergi membeli langsir, baju, owh. Hebat. Dia nak warna satin, nak warna hijau muda, nak warna cadar katil macam itu, macam ini. Tanya L, apa warna yang mereka suka pakai. Dengan ragu-ragu jawab, “Merah, Biru, Hijau”, tak ada pula mereka kata warna ‘maroon’, ‘aqua’, ‘teal’ warna-warna yang diberi nama khas yang pelik. Sebab si L tertumpu pada warna asas sahaja.
L Vs P: Tertumpu dan Luas.
L mempunyai pengamatan mata yang member tumpuan pada satu benda, bukan macam lensa ‘fish-sye’. Macam situasi L cari stoking, cari baju dalam almari. Benda itu ada depan mata, tapi cakap pada kawan “Aku dah cari baju, tapi tak jumpa-jumpa juga,”. Kalau ada ibu yang mendengarnya punyalah ‘fed-up’, dengan selamba kaum P jumpa. Anehkan? Tempat sama tapi si L tak jumpa. Sebab pandangan mata P lebih meluas tapi bukan jarak jauh. Berlainan dengan L, tertumpu tapi jauh kehadapan. Sebab itu L sesuai jadi pemandu jalan.
L Vs P: Ketika masuk ke dalam satu majlis…
Apabila ada satu pasangan L dan P masuk dalam kenduri atau majlis tari-menari., P tahu dengan cepat apa yang berlaku didalamnya. P tahu kawan dia dengan siapa bersembang, siapa tengah bermasam muka antara satu sama lain, siapa musuh dan kawan kepada dia. Lain pula yang berlaku pada L, tak berminat dengan manusia ada didalamnya, apa yang dia tahu, ada makanan, pintu keluar dimana, pintu masuk besar mana, kedudukan meja kerusi, mana lampu yang terang dan malap.
L Vs P: Apabila bersembang.
Si P ada kebolehan bersembang dengan kawan rapat sambil tahu apa yang berlaku atau perbualan disebelah walaupun muka tepat memandang kawan rapatnya. Hebat. Si L tak boleh melakukan seperti itu, itu sebab kenapa si L dapat panggilan telefon ketika berbual meminta untuk keluar dari situ secepat mungkin. Pesanan saya, jangan meminta L berbual ketika L sibuk menonton TV, memang tak dilayan.
L Vs P: Perasa makanan.
L mahir dalam menentukan makanan itu rasa masin dan masam, sebab itu peminum alcohol adalah L. P pula mahir dengan rasa manis, manis seperti coklat. Sebab itu golongan yang minat coklat adalah P. Orang kata, antara L dan P, kaum L senang tahu buah itu dah masak atau tidak. Tapi sebenarnya kaum P yang pandai menentukan buah itu sudah masak atau tidak. Kebanyakan perasa makanan di kilang-kilang makanan adalah kaum P.
L Vs P: Kedudukan yang diminati.
Si L suka duduk dikawasan yang belakangnya ada halangan macam dinding. Lihat sahaja dalam kelas, siapa duduk dibelakang. Tidak pun, kalau di restoran, si L suka tempat duduk yang menghadap pintu masuk. Ini symbol berhati-hati kepada L, mana tahu kalau-kalau musuh yang masuk, tak boleh serang belakang! Si P tak kisah dimana-mana mereka duduk dalam restoran, asalkan berteman dengan kawan-kawan atau kekasih atau dengan anak-anak.
L Vs P: Skil, kemahiran, minat…
Saintis membuktikan L berminat menggunakan otak kiri, dimana lebih cenderung pada matematik. Mereka juga berminat pada bangunan, puzzle, benda-benda yang berkaitan menyelesaikan masalah dan cepat mahir berbanding P. Antara bayi L dan P, biasanya bayi P cepat bercakap berbanding adik beradik L yang lain. Mereka juga mahir belajar bahasa dari kaum L. Mereka juga pandai memperbetulkan tatabahasa berbanding L.
L Vs P: Banyak dan satu.
Si P mampu melakukan pelbagai dalam benda dalam satu masa. P mampu menguruskan anak sambil menjahit, masak lauk sambil menonton TV atau mendengar muzik dan telefon. Apabila L masak dan sembang dengannya, habis dimarahinya. Keadaan ini menjelas situasi si P boleh menggosok gigi sambil bersembang ! Apabila L berus gigi, dia berdiri pandang cermin, tengok air, sudah berapa isipadu air yang keluar dari paip! Dalam perbualan seharian pun dah menjelaskan segalanya, “Apa yang ibu kamu buat di rumah?” Anak menjawab “ Ibu basuh baju, kemas rumah, jaga adik, memasak,”. Cuba soalan ini tuju kepada si L, “Ayah tidur,” “Ayah kerja,”.
L Vs P: Bercakap, cakap, cakap…
Mari kita lihat kaum L yang pergi memancing, mereka duduk 5 jam, 9 jam dan boleh berkata tanpa apa-apa. Kalau kaum P, mereka lihat suatu yang gila. Sebab mereka dah boleh berbincang beratus-ratus topik tanpa henti yang berkisarkan kehidupan seharian mereka. Dan yang bertambah kagum, selepas mereka pulang, mereka masih boleh telefon dan bercakap untuk 4 ke 5 jam lagi. Adakah bapa-bapa kita setelah habis kerja pulang ke rumah dan banyak bercakap? Lain pula pada ibu-ibu kita.
L Vs P: Menonton soap opera, drama, filem…
Apabila ada 5 orang L dan 5 orang P duduk setempat menonton drama, pastinya si L suruh si P tutup mulut dan senyap. Apabila ada iklan, si L menanya kepada si P kenapa watak itu jadi macam itu macam ini, padahal si P dah menangis teresak-esak mengenangkan watak drama tadi. Sebenarnya si P bukan sahaja faham jalan cerita, tapi eksperisi muka yang menunjukkan riak sedih, gembira, dan sebagainya. L tak mampu memahami benda-benda sebegini.
L Vs P: Wajah muka.
Suatu pagi seorang L (bos) datang ke pejabat, si P, seorang kerani tegur muka bos monyok semacam. Biasakan? Cuba kerani itu L, peduli apa muka bos monyok atau tidak. Si P mampu baca eksperisi muka kawan-kawan dia yang lain. Si P juga ketika berbual boleh menunjukkan muka gembira, muka sedih, muka masam. Si L ada satu muka sahaja. Ada orang menangis sebelah, dia muka macam itu. Ada kawan menang cabutan bertuah, muka pun macam itu. Inikah alasan dikatakan L memang ‘cool’ dan ‘rilek’?
L Vs P: Berjalan dan sesat.
Mudah sahaja. Kalau sekumpulan L dan sekumpulan P sesat dalam bandaraya besar. Kumpulan mana akan mula bertanya? Kumpulan P. Kaum L tadi boleh sahaja nak bertanya, tapi sikap ego memang tak boleh lari dari L. Lebih baik cuba dulu, sesat lagi baru tanya. “Malu bertanya sesat jalan”. Mana wujudnya dan siapa yang cipta ayat ini?
L Vs P: Siapa yang tengok sebenarnya?
Playboy, Penthouse atau apa-apa majalah lucah yang popular di dunia ini menjadikan target lelaki adalah pembacanya. Majalah seperti ini menunjukkan wanita yang (tuutttt). Cuba majalah yang penuh dengan gambar-gambar lelaki yang (tuuutttt). Jarang si P baca, bukan jarang rasanya, tak ada. Siapa yang baca sebenarnya? Lelaki, lelaki GAY. Apa yang si P baca? Majalah-majalah gosip, majalah fesyen macam Vogue, MAG, Elle dan lain-lain.
L Vs P: Respon.
Si P lebih tertumpu pada manusia di sekelilingnya dan muka dan si L pada bentuk objek. Apabila bertentang mata, si L menipu ,dengan cepat si P tahu dia ditipu. Pssst…cara nak menipu si P adalah dengan berkata melalui telefon, mesej, benda yang tak menunjukkan riak muka. Bayi P lebih suka kalau ibu mereka sentiasa ada disebelah berbanding bayi L. Ada trak permainan yang besar dan kereta kebal yang bergerak sendiri mungkin sudah memadai. Pada hari mula persekolahan, si P boleh tahu nama kawan meja sebelah. Si L boleh melompat, berlari, bermain polis sentry, tapi masih tak tahu nama kawan mereka.
Kesimpulannya, L dan P banyak perbezaan. Ini baru sedikit dari apa yang boleh saya kumpul dalam artikel ini. Beza penutup tandas L dan P, dengan siapa L dan P pergi ke tandas, apa yang L dan P bualkan apabila sesame jantina, cara percakapan L dan P dan macam-macam lagi. Apa yang kita perlu lakukan, fahami kenapa semua ini berlaku dan kenapa kita diciptakan berbeza antara satu sama lain. Jadikan kehidupan seharian kita rujukan, dan belajar daripadanya.
PS: Banyakkan membaca. Tak rugi.
Selasa, November 11, 2008
Daun luruh dan kami bermain-main...
Aku sekarang semakin gila berfoya-foya dengan kawan sebaya atau atas atau bawah.
Tapi, tak bermakna aku lupa untuk mengisi sesuatu.
Banyak benda dalam kepala mahu mengata "Masuk dalam blog woi!". Tapi kadangkala otak kiri aku kata jangan, sebab aku manusia yang tak boleh bergerak bebas sel-sel dalam kepala. Nak lepak satu bahagian logik sahaja, disergah idea baru nak berganjak ke sebelah kanan. Kompleks?
Mari lihat gambar-gambar tak seberapa...bukan di sini. Di web TheLabuLabi.com
Gambar Yellow Ring aku masuk TheLabuLabi.com . Aku mahu promosikan apa itu Labu-Labi tapi tak ada entri yang berkaitan. Kali ini sesuai? Barangkali...
Aku mahu letak info sedikit mengenai hidup aku sebagai Ipod User, jenuh aku jawab benda sama pada pengguna Ipod Touch baru. Gadget cool kena tahu apa fungsinya.
Lagi satu, nak cerita pasal negativiti aku pada gadis cantik. Semuanya bermula dengan kasut. Kasut biasa sahaja. Baru hari ini terfikir pasal benda itu.
Aku juga mahu katakan sesuatu pasal, pasal, pasal apa..?
Aku mahu tidur...
Jumaat, November 07, 2008
(Musim Pertama) Budak Jahat : Ponteng Solat Jumaat
Aku banyak idea untuk menulis, kekadang datangnya macam banjir, kadangkala pula macam kosong kepala nak tulis apa. Tapi aku banyak benda nak cerita.
Cerita lama cerita lapuk tapi aku suka ingati kembali. Sejarah hidup kita siapa nak karang dan abadikan kalau bukan diri kita. Lain pula kalau aku seperti orang kenamaan, kan.
Masjid dengan rumah aku di Malaysia punyalah jauh. Masa aku darjah lima, aku boleh bawa motor tapi bapa aku bawa motor pergi tempat kerja. Nak tak nak aku kena naik basikal meredah laluan estet getah, rumah-rumah orang kampung, kedai ABC (ada 3 tak silap dalam perjalanan sampai ke masjid), rumah kawan aku, tapak projek highway yang berdebu. Terasa macam susahkan kalau nak ke masjid? Peluh campur debu-debu. Basikal aku dulu bukan basikal ada gear yang popular masa aku sekolah rendah. Semua berebut-rebut nak pakai basikal ada gear, rasa macho boleh tackle perempuan nama Mastura lah katakan.
Mastura tu gadis kira 'hot'. Sebab dia cantik. Darjah lima dah boleh bezakan siapa cantik atau tidak. Tapi aku kenal Mastura ini sebab dia sekelas dengan aku, meja dekat-dekat. Memori yang aku ingat pasal dia, rumah dia kedekut bagi air sirap masa raya. Tahulah aku budak-budak nak kutip duit raya banyak-banyak. Tapi janganlah kedekut bagi sirap!
Berbalik cerita tadi...
Aku selalu pergi solat Jumaat sama rakan-rakan aku yang sekepala. Rakan-rakan yang akan pulang dari solat Jumaat dengan ais kepal di tangan. Ais kepal, tempat aku ada lagi. Sedap dan murah. 40 sen dah puas. Satu hari ini, hari Jumaat, aku pergi siap-siap nak pergi masjid. Tapi tak semena-mena adik aku 4 tahun nak ikut aku. Aku memang malas nak bawa adik aku suruh dia duduk belakang. Aku kena kayuh lebih laju.
Lupa nak cakap, dalam perjalanan itu ada bukit tinggi, selepas keluar dari estet getah. Pasti aku termengah-mengah mengayuh mendaki bukit. Kalau motor senang sahaja. Ini basikal!
Seperti biasa, rakan-rakan aku akan kumpul depan rumah Hafiz Ahmadi (si gemuk yang berlagak otai tapi dia baik. Bapa dia garang, mak dia pun sama. Aku pernah tengok dia sebat anak dia depan rumah). Kami lepak depan rumah dia dulu, sebab ada pohon beringin besar. Sekarang tahun 2008 jadi bilik gerakan komuniti di sini.
Aku bawa adik aku tunggu bawah pohon besar ini. Lama betul aku tunggu (tunggu semua benda rasa lama). Datang Hafiz Ahmadi dengan porot boroi dia.
"Wei, aku malas nak pergi. Aku ada projek dengan Zaki,"
"Projek apa? Takkan aku nak pergi sorang-sorang,"
"Pergi ngan adik kau,"
"Dia kecil, mana reti halau anjing," aku balas.
"Padan muka, nanti kena gigit anjing,"
Aku tambah sekali lagi, laluan di estet getah kadang-kadang ada anjing mana muncul. Pernah kami lalu ada anjing kejar. Tapi ramai-ramai di tambah dengan adanya Hafiz Ahmadi dan kawan lain, tak takut.
Hafiz Ahmadi cakap dia nak pergi rumah Zaki. Sebab mak bapa Zaki tak ada di rumah hari ini. Dia nak cuba main game baru. Emulator King katanya.
Aku dengan serba salah pada amanah mak aku suruh bawa adik aku pergi solat Jumaat, aku heret sekali adik aku pergi rumah Zaki. Rumah Zaki ini depan padang. Rumah dia ini port kami lepak. Pernah dulu suatu musim main kereta Dash Yankuro, kami curi semua kotak-kotak di kedai Sejahtera (kedai popular dengan komik Dik Cerdas) bawa ke rumah Zaki nak buat litar macam dalam animasi Dash Yankuro. Boleh buat tu.
Dulu tak ada PS, tak ada Wii, tak ada X Box. Ada cuma game tape. Ramai-ramai kami kumpul rumah dia main game Street Fighter. Abugit! Kuasa dari Ryu. Rindu zaman kecil-kecil. Sampai rumah Zaki, ada 3 basikal depan rumah belum termasuk aku. Hafiz Ahmadi jalan kaki. Tapi nak suruh aku 'carry' dia depan aku. Nak mati apa. Dia gemuk pula tu.
Masuk-masuk sahaja, ada Adli, ada Faridzuan dan Zaki. Sedang khusyuk main game Emulator King, banyak betul game dia ada. Sekarang mereka tengah main Goofy Adventure. Adli tanya aku...
"Wei, apsal ko bawa adik ko, bahaya,"
"Aku nak letak dia kat mana, mak aku suruh bawa,"
Zaki mencelah.
"Tak kisah, jangan adik ko report sudey,"
Hafiz Ahmadi menjengil mata pada adik aku dan berkata-kata seolah menjerit...
"Report kat mak ko, aku pukul ko!"
...lepas itu dia gelak-gelak. Adik aku sebenarnya jenis kuat pukul orang, termasuk aku walaupun ketika itu dia masih kecil. Pernah aku gaduh dengan dia, aku kalah. Dia anak ketiga, panas baran, cepat melenting tak tentu pasal. Aku selalu jadi mangsa dia. Pernah suatu ketika dulu dia rosakkan model kapal terbang yang diperbuat dari ubat gigi Darlie. Aku menangis seharian tengok model kapal terbang aku buat sendiri hancur lebur, tak makan. Mak aku pelawa makan Mc Donald pun aku tolak tepi. Adik aku kejam masa kecil-kecil...
Tapi sekarang adik aku macam harimau dijinakkan oleh Hafiz Ahmadi. Senyap tanpa kata.
Masa pun berlalu. Dari game itu ke game ini, bertukar-tukar tangan pada keyboard. Adik aku duduk atas katil main dengan kereta kawalan jauh milik Zaki. Kalau dia buat benda aneh-aneh di rumah Zaki, habis aku ditempelak rakan-rakan pula.
Tengok jam. Masa macam dah sesuai nak balik rumah. Tak boleh balik lambat-lambat. Petang ada kelas sekolah agama pula. Dalam perjalanan aku 'carry' dia di belakang basikal, aku cakap sesuatu pada dia.
"Fiq, kalau mak tanya khutbah pasal apa, cakap pasal Nabi Muhammad,"
Adik aku mengangguk sahaja. Aku risau dalam hati. Itu soalan bakal diterima tiap-tiap minggu sebagai bukti memang aku pergi solat Jumaat: "Khutbah cakap pasal apa?".
Bagus juga mak aku buat macam itu, aku tak boleh main-main atau tidur masa khutbah, Kena dengan betul-betul. Dah macam satu 'habit', aku memang tak tidur masa dengar khutbah. Dengar betul-betul.
Aku 'parking' basikal aku dalam sebelah basikal adik perempuan aku. Dalam hati, dub dab dub dab. Dan masanya, aku melangkah masuk letak kopiah di rak bapa aku. Aku nak masuk bilik cepat-cepat...tapi mak aku tanya soalan emas dalam perjalanan aku masuk ke bilik...
"Khutbah pasal apa hari ni?"
Aku tak jawab. Tak suka menipu depan-depan. Aku diam. Cuma aku jawab "Hmmm....", buat seolah-olah berfikir apa yang patut dijawab.
Adik aku datang. Dia jawab, "Pasal Nabi Muhammad,"
Fuh, kelegaan yang tak terhingga. Rasa tak sesak nafas ketika itu. Aku menipu juga sebenarnya cuma aku tipu mak aku dari mulut adik aku. Bila besar macam begini, rasa menyesal pun ada, rasa lawak pun ada, rasa diri ini kejam pun ada. Ajar orang menipu.
Sekarang, adik aku masuk sekolah agama menengah, sama sekolah yang aku masuk seminggu sahaja masa aku tingkatan 4. Selepas itu aku sambung belajar di MRSM Muar. Adik aku lagi alim dari aku, walaupun jalan perjalanan belajar sama dengan aku. Masuk sekolah agama yang sama, dapat result UPSR yang sama dan pelbagai lagi. Dia hafal Al-Quran, hadis, tafsir lagi banyak dari aku masa sekolah menengah. Puasa sunat lagilah.
Hadiah terbaik aku untuk dia adalah PSP aku.
Tapikan...
Jahat tak aku masa kecil-kecil?
Bersambung episod akan datang...
Khamis, November 06, 2008
Minoriti dan Majoriti (PPMK Election)
Pssst...aku tak mahu dikatakan aku buat bodoh sahaja mengenai isu ini. Ini bukan isu kecil yang perlu dipandang sebelah mata. Maka aku mahu memberi ulasan pilihanraya pertama yang menggunakan konsep seperti amalan demokrasi sebenar. Kempen dalam masa tertentu, dan undi. Syabas.
Pertama kali, aku ucapkan selamat berjaya kepada yang bertanding dan rata-rata sebahagaiannya adalah kawan sama tahun (sama batch la), senior aku dan junior aku. Kalau kamu mampu apa salahnya bertanding? Ini peluang kamu menonjolkan kamu siapa sebenarnya.
Aku rasa seronok tengok keadaan kempen, dalam kesibukan hari-hari belajar kamu semua masih sanggup menghantar SMS, melalui Yahoo Messenger, dan menampal poster. Tapi kenapa minggu ini penuh dengan pilihanraya? (Pilihanraya US, pilihanraya di kolej dan PPMK)
Kolej aku pun sibuk kempen, tapi aku menyampah dengan parti pelajar nombor 3: tak layan weigugin (orang asing) macam aku. Dia bagi manifesto pada pelajar lain tapi tidak pada aku yang lalu didepannya. Kamu pasti dah hilang undi dari aku. Ada wujud sikap double-standard. Aku ingat badan pelajar yang ada sekarang, yakni yang mereka dipilih tahun lepas. Punyalah baik pujuk weigugin (orang asing) macam aku bertanya masalah pelajar Malaysia, tanya pendapat nak menambah baik keadaan kolej dan sebagainya. Bodoh keterlaluan kamu mengamalkan double-standard pada pengundi kamu.
Motifnya: Jangan kamu fokus pada pengundi majoriti, minoriti jangan dilupa.
Minoriti ada kesinambungan kecermelangan minoriti. Tapi siapa yang mahu melihat minoriti? Isu ini disangkal dalam drama Jepun, LIAR GAME. Konsep minoriti dan majoriti kamu boleh dilihat dari sudut pembangkang dan pencadang (penyokong).
Kalau semua satu suara, yang dapat dilihat kepincangan. Ada pro, ada kontra. Percaya atau tidak, satu pihak sahaja yang wujud, dilihatnya kabur itu semua sempurna. Yang sempurna hanya satu, Yang Maha Esa.
Tapi jangan lupa 5 November...terima kasih siapa ucapkan. Ramai pula nak letak nama di sini, terima kasih banyak-banyak.
Jangan lupa mengundi.
Remember, remember the fifth of November
Gunpowder, treason and plot.
I see no reason, why gunpowder treason
Should ever be forgot.
Rabu, November 05, 2008
Guo, gadis dan...
Selasa, November 04, 2008
Fahami situasi ini. (Cik Tarzan MARAH dengan COOKIES)
Biasalah aku dengan kamera aku, ambil sana, ambil sini. Tarzan diatas; gelaran seorang manusia yang memanggil aku Cik dan bukan Encik (walaupun tangan aku macam perempuan, orang kata), entah kenapa pula Tarzan dipilih (ini bertambah bingung juga). Berbalik cerita tadi. Ok,itu tak apa. Suka hati aku apa nak ambilkan, kamera aku pula tu. Macam mana aku nak mulakan. Perasaan marah sangat, marah meluap-luap. Nak sahaja aku 'sound' dia, tapi aku masih tak faham sangat-sangat. Apa yang berlaku?
Semua mahu aksi mereka diabadikan, dan gambar yang mereka mahukan adalah:
Seorang wanita berada di tengah dan lelaki-lelaki mengelilingi wanita itu. Aku tak mahu sebut nama dia. Kalau aku kata COOKIES pasti kamu tahu siapa.
Punyalah baik aku mengambil pose-pose mereka, dan kebanyakan dalam gambar itu mahu gambar ini dalam tangan mereka yakni ingin memiliki sebagai koleksi peribadi. 2 snap, 3 snap, 4, 5 sehingga 10 gambar dalam keadaan begini.
Aku rasa gambar tadi ada 2 yang OK. Takkan dari 10 tak ada yang bagus langsung. Dah berbulan aku pakai kamera macam ini pula tu. Berbulan-bulan aku belajar mencuba sudut terbaik untuk pose potrait. Aku marah, geram. Geram habis.
Wanita tadi yang dikelilingi lelaki datang pada aku dan tanya:
"Nak tengok gambar tadi?" soal dia.
"Owh, boleh saja," aku pun tunjuk pada dia.
"Gambar ini buruklah. Boleh awak delete?" soal dia lagi.
"A'ah. Ini macam buruk. Nak delete ini kan? OK," aku balas.
"Bagi sekejap, nak delete apa yang tak lawa," pinta dia.
"Eh, jangan delete. Boleh touch-up sikit," aku seolah-olah merayu.
Dia delete 1, 2, 3....
...sampai 10 gambar dia bersama lelaki-lelaki lain tadi.
Dia tekan-tekan. Muka dia macam risau. Aku pun risau juga. Dia tanya:
"Mana gambar saya tadi?"
Aku tengok isi kamera aku, dan aku menjumpai suatu perkara...
DIA 'DELETE' SEMUA GAMBAR TADI!!!
Lebih telinga berdarah lagi, dia tanya balik mana gambar dia. Menjadi masalah pada aku, kalau lelaki-lelaki tadi tanya mana gambar tadi, aku nak jawab apa? Nak aku tipu, nak cerita perkara sebenar? Nak aku cakap ada wanita buat dajal pada gambar-gambar mereka?
Dia pun buat muka sedih kenapa gambar dia tak ada. Dan cakap 'Gambar saya tak ada tak apa...' sambil berlalu dengan muka 'innocent'. Ya, dia tak kisah. AKu?
Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku kata sesuatu menunjukkan reaksi marah...
Fahami situasi aku.
Isnin, November 03, 2008
Menyusun makanan dalam pinggan.
Menyelak-nyelak album lama, aku jumpa gambar pancake aku. Pancake dalam kategori berjaya, maksud aku pancake aku lawa dan tengok sahaja mampu menyiurkan. Sebelum ini aku selalu juga buat pancake, tapi tak lawa. Warna dia tak sekata.
Bodoh. Nak makan sahaja, kenapa lawa-lawa?
Macam Annual Dinner tadi, masa aku ambil buahan-buahan dan kuih-muih, aku susun dengan kreativiti aku sendiri. Letak nenas elok-elok. Kek coklat tingkat-tingkat. Honey dew di tepi, tersusun. Ada orang tanya, aku tak berapa kenal. Macam junior bawah aku, tapi terima kasih kerana menegur walaupun aku tak kenal. Erk, aku popular? Mustahil. Tak percaya.
"Eh, dah susun pun susun balik dalam pinggan?"
"Nak makan, kena lawa-lawa," jawab aku.
Aku punya tabiat, makan benda tersusun? Entah. Aku nak tunjuk pancake aku buat masa sahur bulan Ramadhan lalu. Ini boleh sebiji macam gambar pada pek tepung pancake. Cubaan berkali-kali. Lawa pancake aku! (aku angkat bakul)



Rahsia: Kawal api. Bagi kecil sahaja dan biar lama. Bahagian atas pancake ada lubang-lubang, baru boleh terbalikkan. Lawa tak pancake aku?
Sabtu, November 01, 2008
Once In A Lifetime (He_Sham)
Perbualan eksklusif bersama YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
Petang tadi saya terlibat dalam mengendalikan forum YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertajuk “Globalization & The True Realities. Forum ini dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) di Korea Universiti.
Mungkin tajuk ini terlalu jauh dari ruang selesa (comfort zone) seorang pelajar kejuruteraan. Saya dapat lihat dari belakang melalui bahasa badan (body language) yang terdapat ramai hadirin yang agak sukar mencerna apa yang disampaikan. Syukur kerana Tun dapat mengesan hal tersebut dan menerangkan istilah-istilah dan konsep-konsep globalisasi, krisis ekonomi dan tukaran wang asing secara ringkas.Tetapi saya rasa bertuah kerana mengambil subject elektif Understanding Globalization semester ini.
Saya tak nak bercerita pasal isi forum tu sebab semua orang boleh search jer kat internet. Apa yang saya nak kongsikan ialah perbualan eksklusif bersama Tun sewaktu kami minum bersama-sama selepas forum itu. Hanya AJK PPMK sahaja yang diberi peluang ini jadi saya mahu kongsi bersama-sama.
BTW saya akan tuliskan dalam bentuk point-point penting bersama nota tambahan untuk menjadikannya lebih berkesan:
1. Apa buku yang Tun rekemenkan untuk bakal pemimpin negara seperti kami? (soalan Dan,Presiden PPMK) Saya rasa elok banyakkan membaca buku mengenai sejarah Malaysia, sebab ramai yang tak tahu sebenarnya sejarah negara kita. Sesiapa yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum oleh sejarah itu sendiri. History repeat itself.
2. Apa rahsia kesihatan Tun, walaupun dah berusia 83 tahun masih sihat? (soalan Azmizal, Pengarah Forum) Tu kena tanya isteri saya.Sambil ketawa. Datin juga menyambung jenaka Tun dengan menyatakan bahawa kalau nak tahu rahsia dia kena bayar royalti dulu :P
3. Bagaimana pula dengan waktu tidur Tun? Saya pergi ke tempat tido pada pukul 10 malam, tetapi selalunya saya akan baca buku dahulu dan tidur daripada pukul 12 sampai 6 pagi.
4. Saya dapat lihat bahawa ciri-ciri pemimpin generasi baru ialah bukan kepada pengkhususan tetapi lebih kepada skop yang lebih meluas. Apa komen Tun mengenai perkara ini? (soalan Hishamuddin, Presiden Kelab UMNO Korea)Sebagai pemimpin kita perlu tahu serba sedikit mengenai semua jenis perkara. Jack of all trades. Kalau IT kita tak perlu tahu untuk buat program, cukup sekadar faham konsep IT secara umum.
5. Pendapat Tun mengenai UMNO dan BN sekarang? UMNO dan BN harus buat kaji selidik untuk memperbaiki dan mengetahui kelemahan mereka. Terdapat banyak pemimpin sehinggalah ke ahli yang makan rasuah dan korupsi. Bagaikan dah jadi satu budaya dalam UMNO / BN. Kita kena ubah perkara ni secepat mungkin sebelum rakyat menetapkan dalam minda mereka bahawa UMNO / BN adalah satu cara untuk mengaut keuntungan peribadi.
6. Relevankah diteruskan program Dasar Pandang ke Timur ini? Memandangkan kos hidup yang meningkat di Korea ini? (soalan Ajay, Naib Presiden PPMK)Kerajaan memperuntukkan berbilion ringgit untuk sektor pendidikan. Kalau ada ribuan pelajar yang dihantar ke sini tentu ia membebankan kerajaan tetapi dengan jumlah yang kecil seperti ratusan pelajar adalah sangat sesuai. Kerana kos ini kecil jika dibandingkan dengan jumpah belanjawan untuk pendidikan negara kita.
7. Melalui pilihanraya yang lalu terdapat banyak pihak yang menyatakan bahawa BN menang tipis berbanding kemenangan majoriti seperti pilihanraya sebelum ini kerana faktor blog. Tetapi apa yang dapat saya perhatikan kebanyakan kawasan yang tewas adalah kawasan yang agak terpencil dan kebanyakannya tidak mempunyai internet. (soalan Hishamuddin, Presiden Kelab UMNO Korea)Sebenarnya itu adalah undi protes. Mereka tidaklah menyokong pihak pembangkang sebagai tanda menolak wakil-wakil rakyat yang sedia ada.
8. Adakah sesuai jika kita mengamalkan sistem pemerintahan seperti Korea, dimana seorang pemimpin tidak boleh memerintah lebih dari pada 2 sesi berturut-turut. Saya juga lihat kerajaan Jepun memiliki kerajaan yang bagus. (soalan Vincent, Biro Pendidikan PPMK)Mana ada bagusnya, pernah ada ahli politik Jepun meminta pendapat saya bagaimana cara untuk memperbaiki sistem kerajaan di sana. Tempoh untuk menukar kerajaan setiap 2 tahun adalah tempoh yang terlalu singkat kerana kerajaan yang baru dibentuk mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Setiap sesi pemerintahan amat berbeza dan setiap pemimpin akan cuba membuat perubahan yang berbeza jadi kalo tempoh hanya 2 tahun, mereka tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk menjayakan matlamat mereka. Kalau pemimpin itu memang tidak mampu seelok-eloknya kita tukar as soon as possible. Tapi kalau dia seorang yang elok dan mampu memimpin, kita jangan tukar. Ini lagi elok untuk pembangunan negara.
9. Bagaimana Tun menguruskan stress dan kerisauan? Sebab Tun telah menjadi Perdana Menteri bagi satu tempoh yang panjang.Saya sebagai Pengarah Forum pun dah tak dapat nak tidur sebab risau.(soalan Azmizal, Pengarah Forum) Buat apa nak risau, kalau kita risau pun bukanya boleh selesai. Jangan risau sampai tak boleh tidur. Bila masa untuk tidur, kita tidurlah.
p/s- struktur ayat telah diolah bagi menyampaikan isi-isi penting kepada pembaca.
Point Menarik:
* Eye contact sangat penting ketika berkomunikasi.Memang tak dinafikan seat saya depan Tun tetapi Tun banyak menjawab soalan dan berbual sambil memandang saya. Mungkin kerana saya cuba mendengar dengan berkesan. Mengekalkan eye contact, mengangguk secara yang bersesuaian bila bersetuju dengan point yang disebut. Mirrowing, mengulang semula ayat terakhir yang disebutkan setelah mengolahnya. Bukan parroting, mengulang semula dengan ayat yang sama. Semua orang yang bercakap menghargai jika kita mendengar dengan bersungguh-sungguh. Saya juga dapati bahawa jika kita follow-up setelah sesorang itu menjawab soalan dengan pertanyaan yang lebih lanjut. Perbualan akan menjadi lebih menarik kerana orang yang bercakap dapat merasakan bahawa pendengar betul-betul faham dengan apa yang telah diperkatakan.
* Jangan serius atau gelabah sangat walaupon dihadapan orang kenamaan. Saya pasti mereka pun tidaklah mengharapkan layanan yang berlebih-lebihan. Agak lucu kerana ada yang takut untuk menuangkan air teh kerana takut tertumpah kerana menggigil. BTW saya minum teh hijau dari teko yang sama dengan Tun :) Ada juga yang kurang selera makan. Saya tambah dua tiga kali mee goreng tu, selera kerana sambil mendengar kata-kata hikmah dari Tun :P
* Tun sangat romantik. Mengisikan mee goreng sendiri dan memberikan buah kepada Tun Siti Hasmah.
* Tun Siti Hasmah amat lemah-lembut, seorang pelajar wanita mengakui hal ini :P
* Letakkan humor dalam perbualan bila berjumpa dengan orang kenamaan. Yang pertama ialah akan lebih rapat kerana mesra dan yang paling penting ialah sebagai tanda kita tak gelabah atau gugup di hadapan mereka. Saya sempat bergurau selepas minum petang itu, ketika ramai AJK PPMK mengambil gambar dengan Tun saya berkata ” Semua ambil gambar dengan Tun, saya nak ambil gambar dengan Boss Tun la macam ni(sambil menunjukkan ke arah Tun Siti Hasmah) hehehe :P
* Jangan hanya menumpukan kepada watak utama, watak-watak sampingan juga penting kerana mereka menyumbang kepada kejayaan watak utama. Ketika semua orang sibuk mengerumuni Tun untuk mengambil gambar dan memintak sain, saya mengambil peluang untuk berborak bersama setiausaha peribadi Tun yang berjalan keseorangan. Secara jujur saya rasa Tun takkan ingat orang-orang yang berebut mengambil gambar beliau. Tetapi setiausaha beliau menanyakan nama saya lagi tu selepas berborak (terlupa perkenalkan diri dahulu :P )
Dialog bersama Setiausaha Tun:
* Saya: Sure perkara ni dah biasakan bagi Tun? ( Sambil menunjukkan ke arah orang-orang yang mengambil gambar dan sain Tun)
* Setiausaha TUN: Aah, memang biasanya macam ni. Waktu di Melborne minggu lepas pun meriah macam ni juga.
* Saya: Terima kasih kerana menjayakan program hari ini.
* Setiausaha TUN: Sama-sama, terharu juga Tun masih dihargai seperti ini setelah bersara.
* Saya: Tu lah.
* Setiausaha TUN: BTW siapa nama ni?
* Saya: Saya Hishamuddin Mohamad, Presiden Kelab UMNO Korea.
* Setiausaha TUN: Owh, ok la saya masuk dulu ke dalam kereta.
* Terima kasih kepada Azmizal kerana memperkenalkan saya kepada Tun secara peribadi.
Dialog bersama Tun:
* Azmizal: Saya perkenalkan Presiden Kelab UMNO Korea, Hishamuddin.
* Tun: Owh, nice to meet you. Pergi tak Persidangan Agung UMNO (PAU) nanti?
* Saya: Pergi. Tun pergi tak?
* Tun: Saya dan isteri “belum” jadi ahli UMNO
* Saya: Hehe. Nanti kalau Tun masuk balik kita jumpa :)
Sekali Seumur Hidup...
Lagu Ukays. Ini kali pertama aku jumpa Tun Mahathir didepan mata. Kalau orang main game online boleh kata 'rare'. Susah nak jumpa. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Takkan aku nak cerita semua ucapan dia. Cuma aku nak katakan ucapan dia membuka minda.
Aku dengar, dan sambil kata, mak ai. Superb, mantap, marvelous.
Tapi macam biasalah, gambar aku ada ke tak, aku tak jamin. Aku ada gambar orang sahaja. Biasalah, semua orang nak merakam detik keemasan mereka. Diheret ke sana, ke sini. Aku? Tumpang gembira.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang membawa aku berjalan-jalan ke Sindang, walaupun pada awalnya aku menunggu jawapan dari Nizam (aku dah sebut nama kau dalam blog aku. Sukalah tu). Tapi tak tiba-tiba, nasib baik rakan sebaya yang bawa. Ucapan penghargaan aku beri. Aku karang benda ini selepas exam Math (aku panggil 'kongsu' selepas ini)
Aku pulang. Aku tidur sampai esok pagi. Aku bangun. Buka buku. Baca, latih tubi, tekan-tekan pensel, selak-selak latihan, bincang.
Kamu semua rasa aku boleh jawab soalan tak berdasarkan usaha aku?
Perasaan macam...aku tak tahu macam mana nak cakap. Dalam bahasa Korea dia, AKAPPTAA. Perasaan macam benda itu boleh buat, tapi sebabkan sesuatu...aku terlepas.
Aku benci masa. Ayat lapuk: Masa mencemburui kita.
Esok Annual Dinner PPMK. Pakai baju apa? Baju 3 tahun lepas. Selagi tak dimakan lipas, dan dicanai anai-anai. Aku akan memakai selagi ada orang kata, "Belilah baju baru. Dah lama tuh,".
Ayat aku berterabur kan?
Semua kerana KONGSU!



