Khamis, Julai 31, 2008

Ronaldo Nak Pergi? Tak Kisah...

Aku walaupun peminat setia Red Devil yakni Manchester United, aku tak kisah Ronaldo nak pergi Real Madrid atau kelab mana-mana. Biasalah pemain muda, ikut darah muda katanya nak cabaran. Rasanya dia pergi sebab duit! Biarkan...

Tengok kelab-kelab seteru Manchester Utd sibuk beli pemain-pemain. Aku rasa Liverpool antara pasukan yang patut dilihat, sebab mereka ada Fernando Torres dan ditambah lagi dengan 'support striker'; Robbie Keane. Rasanya dua gandingan ini boleh gegarkan EPL rasanya. Nasib baik Liverpool tak beli Gareth Barry. Kalau ada, barisan depan dan tengah dah mantap. Huh...macam tak sabar nak tengok EPL tahun ini. Harap-harap macam tahun-tahun kecermelangan pasukan Merah. Red Devil VS The Reds.

Aku kesian Arsenal, satu-satu pemain muda berbakat mereka keluar. Aku rasa ini risiko letak pemain muda. Mereka rasa mereka berharga, kononnya nak gaji hebat. Pergilah. Pemain muda kan? Tak gitu? Aku rasa Arsene Wenger ada resepi tersendiri. Tak akan nak biarkan kemegahan The Gunner macam itu sahaja.

Aku rasa pemain muda patut tengok macam kuda tua Manchester, macam Paul Scholes, Ryan Gigs dan Gary Neville. Berapa tahun mereka ada di padang sama bersama penyokong yang berganti-ganti saban tahun.

Mmm...entah kenapa aku nak cerita pasal perpindahan Ronaldo. Tak kisah sangat pun dia pergi. Dia lupa yang pemain-pemain MU pujuk Ferguson beli dia dari Sporting Lisbon. Dia lupa dulu dia kena cemuh satu England tapi fan Old Trafford sokong dia.

Biarlah dia pergi. Nani kan ada? Tunggu setahun jadi macam Christiano Ronaldo...

Rabu, Julai 30, 2008

Band IPENG...

Inilah antara gambar-gambar yang telah ditangkap menggunakan D80, masih newbie lagi atau kata lain 'noob'lah katakan. Tak apa. Aku percaya praktis menjadikan kesempurnaan (practice makes perfect). Ini gambar pada minggu lepas, orang kata perjumpaan sulung band yang dikelolakan senior kacak aku (aku main balun) yakni Irfan atau nama glamournya Ipeng. Biasalah perjumpaan sulung, tak boleh jangka semua terhebat, seperti aku katakan sebelum ini, praktis menjadikan kesempurnaan...


Kun (betul entah tidak ejaannya) sebagai bass dan Ipeng sibuk 'tuning' gitar masing-masing



Siapa sangka vokalisnya adalah Jihad Jamarei dari sekolah Maahad ketika dulu? Jangan disangkal bakatnya



Drummer, Sood yang baru mengenal setiap tong-tong dan kepingan-kepingan besi yang ada didepan mata.



Ipeng cakap M ini 'best giler'. Baru dia tahu kenapa orang suka berjamming.



Last perfomance. Kena berdiri baru ada 'perasaan' (feeling)

Ahad, Julai 27, 2008

Kepuasan Selepas Sebulan...

Tak tahu, datang secara tiba-tiba...
Selepas sebulan aku memiliki kamera DLSR aku sendiri, Nikon D80, baru aku memiliki kepuasan terhadap beberapa gambar aku. Itupun muncul setelah lebih seribu gambar aku tangkap sepanjang separuh cuti musim panasku.

Aku rasa, atau aku mahu rumuskan bahawa tak cukup kalau hanya menatap majalah-majalah fotografi, video-video tutorial dimana-mana untuk mendapat gambar yang memuaskan hati. Ada lebih baik keluar kemana-mana sambil ditemani model-model tak berbayar (yakni rakan-rakan sebaya) dan mengambil gambar secara rambang.

Baru aku tahu efek setiap bilangan ISO, apa itu yang dikatakan aperture serta kelajuan 'shutter' (shutter speed). Sebelum ini aku sentiasa kecewa dengan gambar-gambar yang aku tangkap. Kadangkala keluar juga ayat-ayat dari mulut apabila bengang gambar yang ingin dimiliki tidak keluar juga. Mana taknya, gaji sebulan bekerja sambilan aku laburkan kepada kamera aku dan baru sekarang muncul gambar yang aku mahu.

Tetapi ada suatu perkara yang masih menghalang melangkah jauh; lensa aku. Baru aku jumpa batas lensa aku beberapa hari yang lepas. Itupun selepas menangkap gambar seseorang yang diamanahkan kepada aku, tapi mungkin boleh mengecewakan dia (si pengamanah). Ahaks!

Huh. Aku masih mengidamkan lensa seperti Pak Nab. Aku tak mampu memilikinya. Harap-harap esok hujan emas turun di depan rumah aku. Sudah hampir seminggu hujan tak berhenti turun, hampir melenyapkan padang futsal di Anyangcheon.

Jumaat, Julai 25, 2008

Mereka Hanya Tidur Bersama...

Lihat gambar ini...




Ini adalah gambar 2 lelaki yang sedang tidur dalam lingkungan pukul 10 malam. Nama? Dirahsiakan untuk melindungi kebajikan mereka. Yang pasti bukan aku, sebab aku yang tangkap gambar ini. Haha...kejam-kejam. Yang sebelah kanan tidur awal sebab letih bekerja dan sebelah kiri letih sebab 'leveling' game online.

Tapi jangan fikir bukan-bukan kerana gambar ini. Mereka bukan golongan dilaknati Allah (golongan gay), mereka hanya tidur bersama.

Mian, chingudel...!

Rabu, Julai 23, 2008

Aku Ada Disini!

Banyak ura-ura mengatakan aku berada di Malaysia, siapa yang khabarkan begitu?
Mereka ingat aku berada di Malaysia. Apa yang menyebabkan mereka berfikir begitu?

Tapi, sebenarnya aku ada disini...!

Hari ini hujan rintik-rintik lagi. Tak kisahlah hujan atau tidak. Kerja Yang Maha Esa, kita tak mampu nak nafikannya.

Keruk, keruk, keruk...aku garu kepala yang tak gatal.
Kenapanya? Aku tiada ilham untuk menyampaikan benda dalam hati aku, tapi sebenarnya ada. Cuma aku berfikir aku sayangkan blog hitam aku kan. Tak nak pula aku cacatkan dengan cerita politik negara sendiri. Biasalah, negara aku negara demokratik.

"Wak LU!", suara sinis. Dialog dari drama Impak Maksima. Aku tengok sikit. Menyampah pula. Bukan apa, ada Fasha Sandha. Entah kenapa aku kurang gemar gadis sebegitu. Memang dia lawa, ada rupa. Cuma lihat ada perasaan kurang menggemari. Mungkin itu bukan 'taste' aku. Tiap-tiap minggu aku tonton drama Aku Sindarela, menarik!.

Antara drama Melayu yang banyak 'twist' segar, bukan terlalu biasa dipertontonkan. Drama ini juga mempersoalkan adakah kita perlu setia pada cinta yang satu, tapi cinta yang didalangi talam dua muka. Dan...masihkan perlu setia, walaupun ada yang lebih menyanyangi kita telah memberi tawaran untuk memberi peluang meneroki hati?

Aku kurang berpengalaman, walaupun sekadar teorinya aku tahu...

Ingat, "in relationship, its nothing impossible"...LOL...

Sudah berapa kali aku menaip tanpa arah tujuan atau rujukan suatu peristiwa dalam diari kehidupanku. Isi cerita yang meleret-leret, seperti hidupku sekarang tiada perkara yang memotivasikan diri untuk mencapai impian hidup. Takkan nak biarkan aku bersandar merenung langit sambil memikir keadaan 10 tahun akan datang?

Cuma, yang aku tahu, aku masih disini...bernafas sambil memandang langit.

Ahad, Julai 20, 2008

Apabila Aku Menyendiri...

Tik...tik...tik...
"Owh, hujan lagi." rungutku. Inilah kata-kata yang terpancul melihat pagi ahad disulami bunyi hujan yang jatuh menderu perlahan. Semalaman aku tidak tidur, bukannya buat apa, hanya membaca senario politik negara dari pelbagai sudut. Sumbernya bukan hanya surat khabar tapi blog-blog yang bersepah. Menarik, itu pandangan aku setakat ini. Pernah aku mendengar orang tuaku berbicara soal demokratik di majlis keramaian. Biasalah adat orang muda yang kurang umurnya. Kalau disampuk dengan idea kita dikatakan kurang ajar. Baik diam seribu bahasa sambil memasang telinga.

Eh, kenapa aku nak cerita pasal ini pula? Bukan-bukan...

Cuma aku mahu katakan, apabila aku banyak menghabiskan masa sendirian, aku banyak berfikir dan mahu melontarkan idea. Sebab itu cuti tiba, masa aku bersendirian sentiasa ada dan menjadi mangkin untuk aku menaip segala isinya...

Oleh itu, jangan ditanya kenapa aku begitu aktif sekarang...

p/s: Drama CSI mengajar rakyat Malaysia satu benda yang penting...

Sabtu, Julai 19, 2008

3 Orang Manusia di Old Trafford...



Siapa yang selalu tengok perlawanan Manchester United di Old Trafford mesti selalu ternampak mereka di kaca TV kan? Aku tergelak tengok iklan ini. Setiap kali kamera fokus pada Sir Alex Ferguson memberi arahan, mereka pasti ada dibelakangnya...

Hujung minggu yang tiada apa dilakukan...

Selasa, Julai 15, 2008

Aku Juga Ingin Berdiet~!

Siapa kata aku tidak keluar bekerja dikala cuti musim panas yang membosankan? Selain menghabiskan soap-opera 5 musim One Tree Hill aku juga melakukan kerja luar yakni 'Workout'. Aku cuba berfikir apa gunanya aku menurunkan berat badan? Adakah untuk memuaskan diri sendiri atau menceburi bidang yang memerlukan saiz manusia yang dikira normal menggunakan Body Mass Index?...

Tapi aku masih ingin lakukannya juga atas dasar dunia remaja yang ingin mencuba apa sahaja (harap-harap aku masih seorang remaja!). Dah lama aku tidak memakan makanan ruji sejak kecil iaitu nasi; kalau makan pun bukan dengan kuantiti yang banyak. Makan asas aku sekarang hanya berlegar-legar antara roti, oat, buah-buahan dan susu serta air kosong. Itulah sarapan aku, itulah makanan tengahari dan itu makan malam. Petangnya disulami aktiviti aeorobik berintensiti rendah tetapi jangka masa yang lama seperti berjoging lebih 3 km.

Hasilnya? Dalam seminggu aku hilang 3 kg. Yang menariknya BMI aku telah menjadi normal! Bukan seperti 3 minggu lepas yang tergolong dalam kategori 'overweight'. Harap-harap aku sentiasa berinspirasi untuk meneruskan 'kerja luar' ini.

Sesiapa yang ingin berdiet, jangan lupa mengambil sarapan, makanan tengahari dan makan malam. Nak puasa boleh juga, tengah bulan Rejab kan?

Ahad, Julai 13, 2008

Board Game And A Cup Of Coffee...

Seperti yang dijanjikan aku akan cerita pasal konsep coffee house yang menarik. Satu dalam kebanyakan. Biasa kita sudah tahu cyber cafe, sambil melayari internet boleh minum kopi. Tapi idea sebegitu telah kehilangan identiti, rata-rata nama sahaja 'cyber cafe' tapi dalamnya hanya golongan yang ingin bermain 'game' 24 jam!

Aktiviti berjalan hujung minggu di COEX memang kedengaran agak pelik. Bagi aku, rasanya. Mana taknya tiada apa yang hebat disini melainkan kawasan membeli belah dan mirip kepada Mid Valley di Malaysia. Aku bukannya suka sangat pergi kawasan sepeti Mid Valley tapi tiada apa nak dibuat hujung minggu; lepak bersama kawan-kawan.

Aku, Sood, Elhapi, Ayie dan Duen. Mereka menggelarkan diri mereka 'Batu-Bata' (Labu-Labi mungkin suatu fenomena?), tema perjalanan mereka menghabiskan duit untuk merasa makanan, tapi dengan bajet rendah.

Suatu sudut di COEX Complex ada menawarkan coffee house dan boleh seberapa anda mahu sambil bermain permainan papan atau kad seperti UNO Card, Jengga, Tarrot Card, Chess, Monopoly dan sebagainya. Bayangkan suasana sebegitu bersama rakan-rakan? Adakah meriah? Ya...itu baru sekumpulan belum sekumpulan budak Malaysia yang terlalu bising bermain Jengga di dalamnya.

Harga kopi agak murah dan kurang sedap, dalam lingkungan 3000 Won, yang mahalnya (bagi kami) harga untuk turut serta bermain, 3500 Won untuk sejam. Berbaloi? Berbaloi untuk mencari kelainan menghiasi hujung minggu anda. Kalau sudah bosan sangat bermain permainan komputer seperti DotA, Lineage, Starcraft, Call Of Duty, Need For Speed, inilah tempatnya...


Dalam tempoh sejam boleh memilih permainan yang kita mahu...

Khamis, Julai 10, 2008

Kematian Dan Semua Rakan-Rakan...

Rasa seronok, rasa tenang, rasa ringan...
Itulah kata-kata yang mampu aku gambarkan tentang album baru Coldplay; Viva La Vida. Single untuk album pertama tak tahu yang mana satu, Violet Hill ataupun Viva La Vida. Tapi aku salah seorang manusia yang dapat menyaksikan persembahan Viva La Vida sebelum diedarkan kepada umum, itupun di MTV Video Award. Lagu ini kalau dalam iTunes aku, dah lebih 50 kali, itu bermakna terlalu kerap aku dengar! Dikala menunggu bas, aku dengar melalui iPod kesayangan aku, apabila aku bermain DotA, aku dengar melalui iTunes aku.

Owh, lupa! Nak ceritakan pasal perjalanan minum kopi di COEX. Jumpa salah satu konsep kedai kopi yang agak menarik. Board Game atau Card Game sambil minum kopi. Hebat, nanti aku ceritakan yang pasti sebelum datangnya hujung minggu.

Minggu ini secara rasmi aku rasmikan sebagai permulaan nak menurunkan berat badan, target aku adalah 60 kg, mustahil? Moto ADIDAS menyatakan 'Nothing Is Impossible'. Barangkali ini adalah eksperimentasi diriku yang kedua selepas proses berhenti merokok. Sesiapa yang ingin lanjut pasal eksperimentasi yang pertama ada aku letak di 'post' sebelum ini.

Semalam aku dah berlari tanpa henti 1.3 km, 3.3 km sebentar tadi. Esok? Aku letakkan objektif 10 km, non stop...Aku tak tahu jantung, badan, kaki aku mampu menerima atau tidak. Sebab rekod sebelum ini pun hanya 7 km non stop, tapi ianya 5 tahun yang lalu!

Andai kata jantung aku berhenti, itu bermakna hatiku, jiwa, perasaan aku akan mati. Maka, tiadalah penulis meneruskan ceritanya. Kesimpulan kepada kematian.

Mari sama-sama dengar lagu ini, 'Kematian Dan Semua Rakan-Rakan'...

"...No I don't wanna battle
From beginning to end
I don't wanna cycle
Recycle revenge
I don't wanna follow...
Death and all of his friends..."
(Death And All Of His Friends, Viva La Vida by Coldplay)

Selasa, Julai 08, 2008

My Always Summer...

Tajuk 'post' kali ini ianya datang secara tidak sengaja, ketika berbual dengan kawan yang berada di Malaysia. Sengaja nak menyingkap kehidupan meleret kebosanan di kala musim yang sebahagiannya benci dengan persekitarannya. Kalau pembaca yang berada di negara selain negara empat musim, musim panas mungkin suatu yang kebiasaan, seperti Malaysia dan Korea; panas, berbahang, cahaya.

Musim lain terlalu indah untuk diselitkan kedalam pelbagai bentuk literasi yang indah. Musim bunga sudah pasti dengan kemeriahan warna-warni kehidupan primer. Musim luruh menyaksikan daun bertukar warna, menjadi warna suram, meliputi jalan, terbang di tiup angin. Musim sejuk saat dimana menantikan bilanya datang salji, dan menimbulkan kebencian selepas salji turun. Tapi musim panas? Mungkin musim yang tiada bait-bait kata yang sesuai untuk menarik menyingkap keindahan musimnya...

My Always Summer...

Kali kedua aku menghadapi musim panas disini. Musim panas pertama aku menghabiskan masa di meja intitusi bahasa sambil angin air-cond berpusu-pusu menemaniku. Musim panas lepas aku pulang ke Malaysia. Dan ini yang kedua; aku berada disini. Mungkin agak kelihatan bodoh kepada sesiapa apabila melihat diriku. Tak ada perkara nak dilakukan sebenarnya disini. Kalau orang lain pasti sudah tiada disini, seperti rakan lain yang sibuk mem'bunuh' masa cuti ini di tanah lain.

Aku ada disini, aku cuba mencari sesuatu untuk mengisi zaman remajaku. Zaman remaja yang sering dilaungkan sebagai tempoh masa yang berharga sampai dibandingkan dengan nilai permata. Inilah hariku ketika cuti bermula; bermula ketika tengah malam dan penutup hari adalah pagi. Aku bebas mengatur masa; definisi 'kurang efisien' tak biadap untuk dikatakan.

Nikmati hari-hari yang berlalu, hari-hari yang mendatang, yang tiada siapa tahu apa yang berlaku dihadapannya melainkan Yang Maha Esa diatas sana.

Isnin, Julai 07, 2008

Sekadar Gambar: Basikal Saya...



Ini mungkin merupakan gambar terakhir basikal aku. Dah nak jual. Untuk sesiapa yang berada di Korea berminat nak cari basikal macam ini, bolehlah hubungi menggunakan e-mail. No telefon? Cari pada sesiapa yang memiliki no aku...

Harga boleh dirunding...

Jumaat, Julai 04, 2008

Ianya Terlalu Sadis Untuk Difikirkan...

Rasanya baru beberapa jam lepas aku 'post' blog, tapi baru tadi aku terasa tersentuh sekejap dengan secebis ayat. Kalau sesiapa layan One Tree Hill, tak silap setiap episod ada letak quote yang menarik dan panjang lebar, tapi aku kurang gemar. Lepas solat Subuh tadi aku carilah quote yang menarik, lucu, tak pun bertemakan inspirasi...

Tapi, aku jumpa quote yang terasa sadis untuk aku memikirkannya...owh, ia merosakkan 'mood' aku meneruskan soap opera 5 musim One Tree Hill...

Inilah quote yang aku jumpa dalam Yahoo!....

"It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone -- but it takes a lifetime to forget someone... "


Ada satu lagi quote aku nak kongsi, sebab ianya pendapat aku apabila kelak ingin mencari pasangan hidup...

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly..." Sam Keen


Kesempurnaan? Kesempurnaan adalah sesuatu yang idealistik, boleh dikatakan sesuatu yang abstrak untuk dinyatakan. Idea yang dicetuskan manusia sendiri apabila berbicara tentang keduniaan; wanita, rumah, kereta, keluarga dan segala-galanya. Senang diluahkan oleh kata-kata, didrafkan dalam segala literasi, apatah lagi dibicarakan oleh jauhari. Tapi apa yang kita tahu, semua adalah dari manusia, kerana manusia itu sukar untuk bersyukur dengan apa yang ada. Tapi berbaloikah mengejar kesempurnaan, atau kesempurnaan itu menjadi ilham untuk berubah dari yang baik kepada lebih baik? Atau kesempurnaan itu hanyalah angan-angan yang sukar dicapai...

Ianya terlalu sadis untuk difikirkan...

Khamis, Julai 03, 2008

Coffee Prince...Damn, Its Too Bad!

Haha...summer break, a long break.
Boleh patah pinggang sebab kebosanan melampau. Padan muka Mohd Adib kenapa tak balik Malaysia. Kan bagus dari hidup tak menentu di sini. Rasanya aku bercuti tak ada plan terancang, kaki bergerak apabila ada seruan yang mengajak. Perut terisi adalah perut berkeroncong dan tidur apabila letih, tapi macam letih sepanjang masa? Pelik...

Kawasan pertama aku berjalan; kawasan pengambaran drama Korea yang meletup pada tahun 2007, Coffee Prince (dalam Korea ia disebut Coffee Perinsee). Memang coffee house itu sebijik dalam drama, tapi alangkah bodohnya aku rasa. Sebab apa aku berkata begitu?

Dah tahukan coffee house ini popular, ada letak kerusi sedikit, hampeh! Habis minum kena 'blah'! Rasanya pengusaha coffee house memang mengambil kesempatan atas nama sahaja. Dia mungkin tak faham konsep coffee house yang santai. Kedai kopi dimana-mana sama sahaja konsep dibawa. Ruang dimana bisnes bertukar-tukar, idea digembar-gembur, menikmati malam, petang dan pagi dengan stylo tersendiri.

Pendapat aku, tak payah pergi. Tengok, masuk sekejap dah cukup, jadi orang batak pun boleh. Baik aku bawa duit yang aku lepak di Coffee Prince pergi Coffee Beans tak pun kedai kopi makcik Gecheok; Coffee Mania. Aku duduk lama-lama tak kisah, biskut dia bagi banyak-banyak, kopi latte dia pun sedap, makcik ini lagi bagus jadi Barista (pakar pembancuh kopi) dari kedai Coffee Prince...


Inilah Coffee Prince, dari luar...

Tapi lagi layan duduk kedai kopi mamak, beli air teh tarik dan roti canai. Duduk depan TV, 3 perlawanan bola sepak sekali gus. Dia pun suka kedai dia ramai, aku pun suka buat macam itu. Customer always right....

Pendapat aku tentang layanan Coffee Prince....owh, damn, its too bad! Ma man...


Prince? Nay...Ayie yang menyedut saki-baki kopi dari gelasnya



Untuk sesiapa yang berminat nak pergi...inilah jalannya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...