Ahad, Jun 29, 2008

Lensa Memisahkan Manusia...

Tembok Berlin memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur, tapi ianya sudah diruntuhkan! Korea Selatan dan Korea Utara pula hanya dipisahkan hanya lantai konkrit yang seekor kucing mampu melepasinya, tapi itu disebabkan fahaman politik dari US dan Komunis suatu ketika dulu akibat Perang Dingin. Mereka menjadi simbol mangsa fahaman politik kuasa negara besar...dan tertulis, termaktub dalam karangan buku sejarah.

Bukan 'apa itu komunis?' yang aku mahu ketengahkan, hanya sekadar picisan idea tentang dunia manusia yang baru kulihat apabila aku menggengamnya; lensa. Apabila kita berada dihadapannya, selepas bunyi klik diperdengarkan pelbagai istilah akan terbit, tidak kisahlah ianya dari kamus Oxford, Dewan Bahasa yang entah jilid keberapa tapi membawa pengertian yang sama. Model, objek atau apa-apa lagi membawa pengertian yang skopnya semua situasi apabila berada di depan lensa...

Kalau dibelakangnya?

Sama juga. Paparazzi mungkin gelaran yang dikenali masa kini. Mereka merakam detik kematian puteri Diana, mereka merakam aksi Zidane menanduk Materazi, mereka merakam Sir Alex Ferguson merangkul Piala Eropah kali kedua dalam episod sejarah hidupnya, mereka merakam 2 pasangan dijinjang pelamin tapi ketahuilah ada satu fakta yang mereka perlu ketahui. Tiada siapa akan merakam gaya mereka mereka merakam peristiwa lain. Kalau ianya ada, mungkin apabila diminta...

Mereka melihat dunia dengan gaya mereka sendiri. Mereka mlihat manusia dengan fikiran tersendiri. Memori masa singkat manusia tak mampu memperlihatkan apa yang mereka lihat dalam masa sedetik. Tapi berbeza kalau mereka ada sesuatu ditangan mereka...sebuah lensa.

Aku ingin turuti langkah mereka yang bersedia tidak berada dimana-mana kepingan gambar. Sentiasa berada dibelakang lensa melihat dunia eksotik mereka, dengan cara dan olahan sendiri.

Itu semua kerana sebuah lensa...
Idea pemisahan manusia yang berlaku secara tidak langsung. Bukan seperti Tombok Berlin dan DMZ di Korea Utara dan Selatan...

Rabu, Jun 25, 2008

100 Soalan Survey!

Erk, rasanya aku bukan manusia yang suka melakukan survey secara rambang yang wujud di laman web mana-mana, tapi 100 soalan yang aku baca dari blog seseorang rasa macam nak buat pula. Mungkin kebosanan memaksa melakukan segalanya...

100 QuestiOns:~

Name?
Mohd Adib Bin Mohd Yazid
Nick Name?
Adib
Age?
21 (Selalu keliru, samada 21 atau 22)
Birthday?
11hb November 1987
School?
Dongyang Technical College
Height?
168 Sentimeter
Blood Type?
O, Owh, penderma universal!
Religion?
Islam
Hobbies?
Entah, macam-macam...
Personality?
Ala kadar, kata lain, sempoi!
When You're The Happiest?
Pergi melancong bukan dengan duit Fa and Ma...
Your Biggest Complaint Currently?
Kenapa aku tak ada teman wanita? (Sebab memilih...adeih!)
What You Wear When You Sleep?
Er, boxer dan T Shirt, musim panas...musim sejuk semua aku pakai...
A Hairstyle You Like On The Opposite Gender?
Rambut panjang paras bahu...opps!
Ideal Woman?
Mmm, pandai masak sudah...cukup segalanya...
Habits?
Gigit kuku apabila bosan...
Favorite Fruit?
Telan semua, yang penting sihatkan badan...
Favorite Vegetable?
Apa-apa selain brokoli...
Guy Celebrities You Think Are Good Looking?
Keanu Reeves...
Girl Celebrities You Think Are Pretty?
Banyak sangat pulak...Scarlett Johnson?
Gadgets?
Ipod Nano, Ipod Shuffle, Mobile Phone, D80...
Numbers You Like?
24 dan 17
My Bad Qualities?
Makan tak tentu hala...
Favorite Music?
Yang ada dalam Ipod aku itulah yang aku suka...
Your Mood Right Now?
Owh, bosan sekali...amat bosan...
What You Want To Do Right Now?
Sit-up, Jogging...yang berkaitan work-out...
A Kid You Like?
Suka budak-budak yang tak takut dengan orang...
Food You Like?
Makan semua, asalkan kenyang...haram janganlah...
Food You Don't Like?
Kalau lapar, balun jer...tutup muka makan brokoli...
Shoe Size?
Selalu lupa, 8 ke 9...?
AmbitiOn?
Saya nak buka coffee house sendiri...
University?
Belum masuk lagi...
A Movie That Made You Sad?
Banyak, kekadang sebab jalan cerita dia terlalu perfek...
A Childhood Dream?
Nak jadi tukang paip, tapi kena gelak dalam kelas...
Motto?
Hari ini adalah matahari terakhir, maka teruskan perjalanan...
Bedtime?
Tak tentu, biasa lebih pukul 12 malam...
Your Future Hope?
Berjalan seluruh dunia tanpa hirau pasal duit...
Do You Think You're The Type That Laughs Easily?
Ketawa, bila-bila...nak nangis entah bila...
Something You Cook Well?
Bila ada nafsu nak memasak, semua jadi sedap...
Where Do You Live Right Now?
Seoul, South Korea...
An Event That Remains In Your Memory?
Duduk sebelah wanita lawa yang pernah sampaikan salam padaku...
What You Say Often?
Tak tentu. "LOL", "This is bad, man", "Owh, damn..."
Have You Ever Gone Out Of Country?
Korea, Australia...tunggu-tunggu, negara menyusul....
Favorite Colours?
Hitam, Orange, Merah, Putih...
Favorite Mall?
Tak suka pergi tempat ramai orang...
When You See A Guy, Where Do You Look First?
Muka...sekali sudah. Tak elok banyak kali...
Love is?
Wind, Sun, Farting, Illusion, bla..bla...
Mother's Name?
Siti Azizah Bte Sujak
Father's Name?
Mohd Yazid Bin Abdul Basir
Mother's Occupation?
Cikgu tadika...
Father's Occupation?
Tak tahu posisi mana, tapi di kilang PROTON...
Dream?
Jadi macam dalam filem JUMPER, terbang sana, terbang sini...
Further Study Or Working?
Belajar memerlukan duit, bekerja menambahkan duit...kerjalah!
Science Or Art?
Dua-dua, cuba menggangu kestabilan otak kiri dan kanan...
Who Is Your Best Friend?
Naim, dia nak request jadi kawan baik aku...
Listening To Music Or Watching Television?
Dua-dua, mana boleh dipisahkan dua benda ini?
Favorite Sport?
Bola sepak, rugby, bola keranjang, bola tampar, formula 0ne...
If You Suddenly Got Million?
Tunaikan rukun Islam kelima, 30 peratus untuk pelaburan, lain?
A Drama That You Had Fun Watching?
Prison Break...masuk penjara sebab nak keluar penjara...
A Movie You Had Fun Watching?
Soalan ini tak sesuai untuk aku, sebab aku movie-mania...
Stress?
Seminggu sebelum peperiksaan...
Destressing Methods?
Aktiviti yang meletihkan badan...antaranya bersukan.
What You Want To Learn?
Psikologi...Art Of Dealing, bahasa-bahasa dalam PBB...
What You Want To Do?
Tidur, masak sebab ada orang nak datang nanti...
If Your Girlfriend Was Dying?
Tak ada teman wanita, tapi kenapa tanya kematian...?
When Do You Feel Like You Hate Yourself?
Buat perkara yang menghilangkan kepercayaan orang...
About Relationships Before Marriage?
Tak suka ber'couple' lama-lama sebelum kahwin...
Lifestyle Principle?
Ingat Allah, ingat keluarga, ingat dosa pahala...
Weather That I Like?
Separa gelap, ada daun jatuh...angin bertiup (Autumn Scene!)
When Is Your TV Time?
Bila ada World Cup, Euro, UCL, EPL..
Precious Friends?
Ada, tapi dia dah...malas nak cakap...
Life Is?
Unik...
Favorite Drink?
Coffee...
Favorite Song?
Memory Remains by Metallica...
Favorite Cookies?
Biskut Danish, kalau ada coklat didalamnya...wow!
If You Break Up With Your Girlfriend, You Would Do?
Aku nak cakap yang aku minta clash walaupun dia nak sebenarnya...
A Teacher You Respect?
Cikgu Saedon yang kuat merokok dan pernah memiliki jentera pengorek...
Introduce Your Family?
Ada 2 perempuan dan 3 lelaki...aku yang sulong.
Happiness is?
Dimana-mana...
A Birthday Present That You Remember Most?
Suapan kek dari pakcik aku bernama Razif...
Favorite Animal?
Naga...walaupun orang kata tak wujud...
Favorite Plant?
Orkid sebab senang nak jaga...
Favorite Season?
Autumn, dah cakap dah tadi...
Reading Or Jogging?
Kenapa tanya benda yang aku buat kedua-duanya?
If You Had To Choose Between Love Or Friendship?
Love is one but friendship is so big...
If The World Was To Come To An End Tomorrow?
Tak ada yang patut buat melainkan ingat pasal mati...
Singing Skills?
Lagu Hey Ya selalu aku nyanyi masa karoeke...
Dancing Skills?
Aku manusia yang segan untuk menari...
Your Theme Song?
Ghostbusters...
Favorite Books?
Penulisan Barbara, Alan Pease dan Dr John Gray...
Favorite Fruit Tree?
Rambutan sebab senang nak lepak sambil petik rambutan...
What Do You Feel About Relationships Where A Girl Is Older Than The Boy?
Perempuan matang dalam situasi ini...bukankah itu bagus?
If You Were To Die Tomorrow?
Bagi aku peluang duduk di kerusi Old Trafford...
Favorite Perfume?
Tak ada yang selalu pakai berulang...
When Do You Want To Marry?
Kalau dah cukup ilmu rumah tangga...susah nak jaga anak orang...
Yourself 20 Years Later?
Tak suka predict masa depan...
A Country You Want To See The Most?
Holland...
E-mail?
Ada kat tepi tu....
What You Want To Say To Those Who Read This?
Aku manusia yang jujur ketika bosan...
Last Word?
Peace...

Selasa, Jun 17, 2008

Duduk Dibawah Tempurung...


Siapa yang menilai diri kita?
Orang disebelah kita?
Mereka ada hak untuk berkata...
Itu nikmat mereka ada untuk menilai sesuatu didepan mata...
Nikmat itu siapa yang beri?
Mereka tahu siapa yang memberi...
Tapi kadangkala lupa ada yang layak menilai diri kita...
Manusia yang sentiasa berkata-kata...
Dan manusia yang membisu tanpa bahasa...
Mana satu yang kita mahu?
Apabila tidak berkata-kata, orang mempersoalkannya...
Ditanya dimana tahap kesosialan kita...
Apabila kita terlalu berkata-kata...
Ditanya hak kita mengetahui hak yang lain...
Mana keadaan yang seadilnya?
Ungkapan "Saya rela berada ditengah!" agak lapuk didengari...
Owh, itulah sikap kita...
Jangan mempersoalkan siapa mereka...
Jangan mempersoalkan apa reaksi mereka...
Jangan kritik apa yang mereka sedang lakukan...
Jadilah seekor katak yang bijaksana...
Pada zahirnya katak dilihat jijik...
Tapi tahu siapa diri sendiri...
Duduk dibawah tempurung...
Melihat dunia yang sentiasa mencaci...
Dunia yang memaki keji...
Dunia yang penuh busuk hati...
Jikalau kita tidak mahu menjadi sebuah kebencian...
Yakni kebencian kepada memori manusia lain...
Jadilah manusia yang kurang dikenali...
Manusia yang tidak tahu berjalan...
Manusia yang tidak tahu berkata-kata...
Manusia yang tidak tahu mengucapkan kata...
Mari duduk dibawah tempurung...
Melihat perilaku manusia...
Saban hari semakin keji...

(Aku tak tahu nak cakap ini sajak ke tak. Aku ingat nak lepas tekanan sebab 'exam', alih-alih jadi macam ini.)

Sabtu, Jun 14, 2008

Harap Ianya Cepat Berlalu...


Sekali lagi aku ulang, aku tak patut menjejaki ruangan ini!
Tak patut, tak patut!

Argh, aku rasa sampai disini saja aku perlu menaip.
Menghilangkan ruang 30 minit sebelum sepak mula antara Itali dan Romania.

Bebanan kepala terasa sungguh berat rasanya.
Terlalu banyak input tapi dia output dalam tempoh terdekat.
Tidak tahu mana yang patut aku mulakan.
Walaupun aku dah bermula sedikit demi sedikit sejak minggu lalu.
Adakah belajar terlalu awal mengundang kegelisahan?

Tak patut, bukan?
Aku ingin masuk kedalam dimensi masa peperiksaan
dengan hati tenang...

Dan, ianya masih jauh!
Aku ingin bercuti dengan tenang...
Sepertimana cuti-cuti sebelum ini...
Bukan maksud 'result' sebelum terlalu baik...
Cuma berbaloi dengan usaha aku...

Aku tak mampu berhenti menaip!
Owh, ianya bergerak terlalu pantas!
Aku dah banyak bercerita.

Aku harap minggu ini cepat berlalu.
Rasanya aku tak tidur malam.
Esok ada kelas, kelas pada hari SABTU!
Dan 'exam' pada hari Isninya!

Aneh, tiada 'study week' seperti di universiti Malaysia.

Alamak, banyak pula idea datang dari kepala.
BERHENTI! Ya...
Aku cuba...
Dan, ini ayat aku terakhir....
Pasti? Tidak...

Habis, aku berhenti!

Selasa, Jun 10, 2008

Eksperimentasi Diriku [Edisi Blog]

Aku memulakan cerita dengan perkataan:
Blog
Suatu fenomena untuk penulis bebas berbicara tentang apa yang kita suka. Suka, artis, politik dan sebagainya. Ada juga lebih berani menjadikan blog sebagai laman meluahkan perasaan benci pada sesuatu. Terpulang kepada individu yang sekarang lebih popular digelar 'blogger'.
Berkembanglah dunia penulisan bebas. Tapi itu bukan benda yang mahu aku cerita pada pagi buta ini. Pernah dulu aku tidak mengemas kini laman penulisan bebas ini dan ianya fenomena biasa rupanya. Walaupun aku gelarkan hari ini sebagai penulisan bebas, aku masih mengehadkan beberapa perkara yang ku bilang tidak perlu untuk berbicara. Takkan aku perlu bercerita mengenai kisah dalam kelambu kelak apabila aku sudah berumah tangga? ( Aku tiada usaha ke arah itu lagi.) Walaupun aku gemar memasuki laman politik atau komentar politik dunia atau negara sendiri, aku tidak sesekali akan menjadikan politik sebagai paksi kepada setiap pendapat yang aku ingin utarakan.

Bawah ini aku kepilkan artikel yang seratus-peratus benar. Aku menjadikan diriku subjek untuk dimanipulasikan. Aku tak tahu kenapa begitu berani mahu mendedahkan sejarah gelap (adakah ianya gelap?) yang dulunya menjadi inspirasi pembabitan aku kedalam dunia blog ini.

Terpulang apa yang kamu bicara tentangku, pastinya semalam adalah sejarah, esok adalah misteri dan hari ini adalah penghargaan, aku percaya penghargaan itu adalah untuk diriku. Huh?
(Dialog lawak dalam filem Kungfu Panda 'Yesterday is History, Tomorrow is a Mystery, Today is a Gift, and The Gift Is You!' )

Dah nak masuk separuh kedua Italy Vs Holland. Klik gambar bawah ini. Terpulanglah kalau nak baca ke tidak. Ianya datang dari hati yang bertunjangkan penyesalan.
(Klik GAMBAR)

Sabtu, Jun 07, 2008

Ke-Bosan-an!


Aku gila? Aku terlalu emosional?
Mmm, akukah yang patut mengklasifikasikan perasaan aku?
Rasanya tak perlu. Ada orang disebelah akan menyedarinya.
Tapi jikalau aku bosan? Tiada siapa akan perasaan.
Kadangkala aku menghadiri majlis keramaian yang menghiburkan
sekalipun aku katakan...
"BOSAN!"
Bermain permainan komputer yang menghiburkan...
Banyak kali aku katakan...
"BOSAN!"
Terlalu bosan aku semakin suka bermain 'games'
yang ada dalam telefon bimbit aku...
Dan sebenarnya ianya terlalu...
"BOSAN!"

Tapi situasi sebenarnya aku ada kerja dan latihan latih tubi
sempena peperiksaan akhir semester ini.
Aku lupa nak 'post'kan artikel mengenai eksperimen...
Eksperimen yang ku kira lama dan berjaya setakat ini.
Bertajuk "Eksperimentasi Diriku"...
Aku rasa aku manusia yang ada merengnya...
Membuka sejarah sulit dan hitam...
(Patutkan aku menggelarkannya hitam?)

Esok pula ada majlis minum teh di perkarangan kedutaan...
Aku kurang gemar menghadiri majlis yang memerlukan protokol pakaian contohnya formal atau casual, dan seluar jeans tidak dibenarkan...
Ia memberi gambaran padaku...
Ianya pasti "BOSAN!"
Sudah hampir 3 bulan aku tidak menyarung jeans...
Sekarang aku lebih selesa dengan seluar khaki...
Selalu aku pakai kesana-kemari didalam kawasan sekolah menengah...
Ianya ketika dulu, dan hingga hari ini...
Ku rasa seluar macam ini bebas masuk kemana-mana situasi...
Yakah? Entah...perlakuan bosan memaksa jemariku menari...
Menari tanpa irama untuk memikat si pembaca...

Tapi lebih baik aku mengisi sesuatu, kan?
Aku kepilkan gambar yang baru aku 'scan' dengan scanner terbaru...
Baru sampai petang tadi, berbaloi dengan duit aku laburkan...
3 in 1; Printer, Scanner & Photostat...


Terang! Boleh jadi 'seeder' e-magazine...

Selasa, Jun 03, 2008

Boy And Man...

Tafsiran kedua-duanya dalam bahasa Malaysianya terlalu cukup mengklasifikasikan bahawa Boy adalah budak lelaki yang kecil dan Man adalah lelaki yang sudah dewasa. Definisi apakah itu lelaki terlalu banyak dibicarakan sehinggakan hari ini kita tidak boleh berpegang pada satu sumber.

Transformasi dari budak lelaki (Boy) kepada seorang lelaki (Man), itu yang aku mahu tahu. Adakah ianya berubah kerana satu faktor yang malar pada masa tertentu?
Adakah kerana dengan siapa kita berkawan?
Adakah kerana suatu peristiwa menyakitkan hati?
...terlalu banyak yang ku fikirkan. Zaman remaja yang ku bilang kian suntuk untuk mengukir sejarah yang patut ku kenang pada hari kemudian, itupun jikalau diizinkan-Nya.

"Real man don't share a feelings.."

Setuju! Tapi bukan merujuk kepada 'Real Man' disitu. Tapi ayat seterusnya. Itu yang aku cuba atasi selama ini tapi ternyata gagal. Aku tertarik dengan lawan kepada jantina diriku kerana dapat meluahkan setiap warna-warni perasaan, gembira, sedih, marah, sayu... Aku mengakui aku takut untuk menangis. Aku benci untuk marah. Kadangkala aku boleh tersenyum untuk situasi yang kurang mengizinkan aku berbuat demikian. Walaupun orang kata seorang blogger seperti aku mampu menceritakan tiap bait-bait cerita, adakalanya aku secara seratus peratus tidak mampu berbuat demikian yakni menceritakan episod disebalik duka dan kesedihan (rasanya penbendaharaan kata yang sama). Mungkin aku mampu cuma aku takut...

Aku menulis hari ini kerana aku terbaca nota yang aku catat sesuatu didalamnya. Nota ini aku tulis semula dengan saiz yang besar pada kertas putih.

"When I was a child, I spoke as a child. I understand as a child. I thought as a child. But, when I became a man, I put away all childish things..."
Sir James Farmer 1930s

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...