Rabu, April 30, 2008

Sampah's Reader

Rasanya tak perlu nak bagitahu semua orang;
"Hoi, aku dah format semula komputer!"

Mulanya aku nak menaip sesuatu yang serius, pasal dunia lelaki kalau tak pun mengenai kisah seorang penulis dan seorang pendebat awal tahun 90-an. Tapi macam tak ada 'mood' nak menaip benda-benda macam itu. Lagipun Shahril suruh hantar karya untuk majalah yang akan dia buat dalam masa terdekat ini. Aku terfikir pasal idea ini masa aku tengah belajar mengenai enjin kereta!

Tiada DOTA dalam masa terdekat, tiada Football Manager, tiada Need For Speed...yang ada dalam komputer aku sekarang hanya iTunes yang aku selalu buka. Itu sahaja. Tak tahu kenapa nak format semula komputer, nak kata virus menyerang tidak. Spyware melambak tu biasalah kalau selalu pakai internet. Dah lama tak format, dah format laju komputer aku. Mungkin sebelum ini banyak software yang jarang dipakai.

Hari ini 30 haribulan 4, penghujung bulan dimana awalnya dikatakan bodoh (April Fool). Hari ini hari pertama tayangan Ironman, hari pembukaan Dunkin Donut di sekitar kawasan rumah aku. Hari ini juga Manchester United berjaya melangkah kaki ke final Champion League. Tanniah diucapkan.

Apa patut aku tulis untuk artikel majalah? Kalau cerita macam dalam blog ini takut digelar 'sampah' pula. Sampah pun sampah. Baru-baru ini Utusan Malaysia tak silap ada membuat rencana mengenai peranan blog zaman sekarang. Blog politik adalah blog yang digelar bermutu dan kalau nak beremosi, bercerita benda-benda merapu, bolehlah gelar blog itu layak masuk kedalam tong sampah.
Apa yang masuk kedalam tong sampah? Sampah...

Pembuktian:
Dandelinoid = Sampah
Dandelinoid's Reader = Sampah's Reader
Sampah's Reader = Blog Reader * Blog Reader * Blog Reader

...dimudahkan...

Sampah's Reader = Blog Reader ^ n (n=1,2,3....)

Dandelinoid' Reader = Sampah's Reader
Dandelinoid=Sampah (Reader/Reader)

jika,(Reader/Reader)=1

Dandelinoid = Sampah


Eh, tak jadi rumus aku Sampah ini. Boleh dikembangkan lagi ini. Kalau berjaya boleh buat Sampah's Equation, letak dalam buku teks budak sekolah rendah. Walauapapun, bacalah ayat dibawah ini;

The writer isn't the best judge of his own work. That's the reader jobs.

Isnin, April 28, 2008

Man Utd Vs Barcelona



Sungguh kecewa dengan prestasi Manchester United sekarang. 'Goalless Draw' perlawanan separuh akhir pertama, kalah di Stamford Bridge. Nemanja Vidic sekejap sakit perut, lepas tu masalah hidung berdarah pula. Wes Brown yang terlalu 'ayam' untuk bermain di pertahanan tengah. Evra pula ada risiko kad kuning. Rooney nanti sakit bontot tengah-tengah perlawanan pula. Tapi tanniah kepada Darren Fletcher. Dia kembali.

Walaupun aku tak suka Ronaldo sangat, harap-harap dia kembali menggegar gawang... 38 goals phenomenon.

Sekadar lepas sedikit bahang-bahang kertas terakhir 'mid-sem', Advanced Engineering Math...

Khamis, April 24, 2008

6 Kotak Ubat Gigi...

1, 2, 3, 4, 5 dan 6~!
Wow. Itulah bilangan ubat gigi yang belum dibuka dari kotaknya. Sebelah 6 kotak ubat gigi ada 2 sabun mandi dan lilin kalau nak duduk lama-lama dalam tandas. Sungguh cukup bekalan ubat gigi aku. Dah boleh jimat duit di situ. Oh...duit-duit.

아름다운 마음 상자
"It is not an eloborate speech, but a toughtful mind that moves a person heart"

Ikut hati nak nyalakan lilin ini, lepas itu boleh temankan aku malam-malam nak belajar Matematik. Tinggal satu lagi kertas exam yang perlu aku telaah, dan ianya paling sukar untuk difahami. Sampaikan belajar Matematik tinggi-tinggi macam belajar A,B,C...

Sekejap jumpa si X, lepas tu ada si Y muncul. Oh, didarabkan jadi M, kena cari N. Ingat dah selesai, kena bahagi K. Sebelum muncul K, pasangan dia L atau J kena cari pula. Nak lagi rumit? dX, dY...round X round Y...kadangkala si X, si Y, si Z nak jadi 'prime'...

Aduh, sungguh rumit Advanced Math For Engineering. Dah namanya belajar. Ingat hari ini dikatakan 'my lucky day'. Hari ini kena hantar projek kumpulan aku, tapi kena 'welding' dulu baru boleh hantar. Aku ingat nak suruh Heng Chiang weldingkan semua sebab aku malas nak hidu asap 'arc welding' ditambahkan lagi risiko rambut terbakar kalau tak berhat-hati. Nasihat aku, kalau nak jadi tukang 'welding' berjaya jangan botakkan kepala.

Tapi Heng Chiang datang lambat, aku cuba paksa diri aku nak siapkan cepat projek kumpulan aku ini. Zzz...Tung, tang...Kling, klang...siap! Kira dikatakan lawa juga oleh Hyeong kelas aku yang pernah pegang gelaran 용접왕 (Raja Welding).

Lepas itu ada exam Fluid Mechanics. Ini dengan tenangnya aku jawab, walaupun ada lopong dua soalan. Aku yakin jawapan aku adalah betul, perasaan ini bukan jarang sekali muncul. Lebih-lebih kalau kita sangka soalan bakal keluar susah.

Tapi hari tak selalunya cerah. Ujian terakhir aku Refrigeration sedikit mengundang keresahan. Malas aku nak cerita, dah kesilapan aku. Sebab itu aku kemas hadiah tahun baru masa aku dapat masa aku buat praktikal dulu. Sabun, ubat gigi, shampoo, conditioner...set kelengkapan mandi. Motif utama aku sebenarnya nak fikirkan ayat ini:

아름다운 마음 상자
"It is not an eloborate speech, but a toughtful mind that moves a person heart"

Rabu, April 16, 2008

Ahjumma? Ahjossi..?

Banyak berjalan, luas pengalaman. Aku nak tambah. Banyak berjalan, banyak lihat orang, boleh update blog selalu. Baru perasan, kebanyakan aku menulis blog berdasarkan pemerhatian aku di luar rumah. Dengan kata lain aku mandaoat inspirasi kalau aku berjalan-jalan, sekalipun aku berjalan ke padang untuk bermain futsal.

Aku bukan nak cerita perjalanan 5 minit dari rumah ke padang futsal, tapi masa balik dari Itaewon Selasa lalu. Saja nak penuhkan perut dengan kebab. Dah lama tak pekena makan daging. Al-maklum duduk sini yang halal susah dicari, haram? Oh, dimana-mana...Hari ini memang baik betul Min Yeong Ki bagi habis awal...

Berbalik kepada tajuk blog aku, macam ini cerita dia. Lepas beli keperluan dapur macam kicap, sos cili, ayam dan makan kebab, dengan segera aku bersama Dause pulang ke rumah. Nak kejar waktu Maghrib. Masa dalam bas, aku berdiri hampir-hampir dengan pemandu bas. Biasalah waktu begini, bas senang penuh. Waktu puncak, orang balik kerja, balik sekolah, balik dari kolej...

Dah ada dalam bas, tengok orang itu, tengok orang ini, baca iklan, baca kad pengenalan pemandu bas (di Korea mereka letak gambar dan nama pemandu bas, sebab nak senang orang 'complain'). Aku tengok gambar pemandu bas itu, "Wow, makcik bawak bas tu!," kagum aku dalam hati. Susah nak jumpa pemandu wanita. Dulu pernah ada bas kat area rumah aku di Gecheok 2 Dong ada pemandu bas wanita. Lagi ganas bawa bas dari lelaki.

Makcik ni pun sama juga pada pemikiran aku. Dia punya brek, main tekan terus...kalau aku brek macam ini secara automatik kena hambur segala perlian terus ke telinga aku. Kalau bapa aku nak pantau stail pemanduan aku...Masa di Yoeido Park Station, ada lah gadis (ahgassi) nak turun dari bas. Dia tak dapat keluar masa pintu dibuka maka dia berteriak dalam keadaan bas yang sesak.

"아저씨, 내릴 거에요. 문 좀 열어 주세요~"
Pakcik (Ahjossi), nak turun ni. Buka pintu sekejap.

Aku tahu yang pemandu bas ini bukan lelaki. Itu pun sebab aku hampir dengan pemandu bas. Tengok respon si pemandu ni, macam buat 'dono', sebab tak dengar atau si gadis tadi memanggil dengan gelaran pakcik. Tak tahu kenapa dia tak buka pintu. Aku tergelak kecil. Macam mana perasaan si pemandu bas tu kalau orang berteriak Pakcik (Ahjossi) pada dia. Entah...

Macam pembantu rumah tu lelaki tapi panggil orang panggil 'Bibik' atau seumpama dengannya...

(Halmi rindu nak baca blog aku, nah aku bagi...)

Selasa, April 08, 2008

Meniti minggu-minggu hangat...

Akhirnya kebosanan memaksa aku menatap semula ruangan hitam yang semakin suram dengan idea-idea untuk bercerita. Sebenarnya rasa seronok dapat habiskan buku "Why Men Don't Listen, And Woman Can't Read Maps" tak sampai 2 minggu. Mungkin ianya rekod peribadi aku dalam pembacaan buku ilmiah yang luar dari pelajaran.

Seronok sebenarnya jadi kehidupan pelajar Dongyang Technical College, masa berlalu macam air sungai. Deras mengalir. Rasanya macam minggu lepas daftar kelas, alih-alih lagi 2 minggu dah nak masuk minggu peperiksaan pertengahan semester. Entahlah, kalau bahasa fizik yang disalaherti...momentum belajar macam tak kuat lagi. Haha...

Sejak 2 minggu ini, aku jumpa aktiviti yang rasanya seronok dipraktikkan waktu zaman remaja; joging. Pernah Heng Chiang cakap "Buat apa nak joging, baik kita simpan tenaga joging untuk main bola ke, ". Sebab apa aku rasa joging sekarang seronok? Aku tak akan beritahu sebabnya apa. Klu yang aku mampu bagi, aku tengah kuatkan minda aku atau dengan kata lain menajamkan fokus diri sendiri. Tunggu sahajalah aku cerita, harap-harap umur aku panjang nak cerita pasal benda ini.

Huh! Letih bercampur bosan. Letih sebab main futsal, bosan sebab dah nak 'exam'. Rasa sudah cukup aku 'update' setakat ini. Kalau aku mengomel banyak-banyak pun, timbul rasa bosan nak baca. Betul kan?

Hari itu Syahme @ Syahmy @ Syahmi (nama yang penuh 'trick'), ada buat tag. Ayat dia macam ini:

"Adib- because i'm curious either he reads my blog since i'm obviously his avid reader..."


Aku rasa nak kupas isu kecil pasal "Adakah aku membaca blog orang lain?". Haha. Rasanya aku dah bagitahu jawapan aku pada Sood...

Selasa, April 01, 2008

Kembali Mengenali Perbezaan...

Rasanya dah hampir lebih 2 tahun aku menelaah perbezaan 2 makhluk yang istimewa kehadirannya di bumi ini; Lelaki dan Perempuan. Barangkali sesiapa yang sudah lama mengikuti blog aku pasti tahu serba sedikit isi yang aku kupas dalam buku Man From Mars, And Women From Venus...

Bulan 2 yang lepas, ketika selepas berjalan-jalan di Myeong Dong, aku singgah Kyobo Bookstore sekejap. Tajuk buku serba ringkas "Why Men Don't Listen And Why Women Can't Read Maps?". Ingat sekadar jadi bahan ketawa kalau-kalau bosan nak selak buku ilmiah yang tidak berat. Sekarang dah masuk bulan 3 dan ini bermaksud aku dah habis membaca buku yang aku nyatakan sebelum ini 'How To Win Friends And Influence People'. 30hb Mac lepas aku baru saja selak-selak buku baru ini.

Selak-selak...dah suku dari ketebalan buku aku baca! Hari ini aku dah nak hampir habis. Buku ini dikhabarkan lebih hebat dari Mars And Venus, dan aku setuju mengenainya. Sebab buku ini dia lebih terperincikan setiap kelakuan kita setiap hari. Contoh macam situasi dalam majlis, perangai kita masa kecil, masa zaman sekolah dan kedudukan katil kita.

Tapi huraian yang menarik aku adalah 'Cara Ingin Menipu Perempuan'. Rupanya tidak sesusah yang aku fikirkan rupanya. Buku ini menyelitkan kata-kata ringkas menarik dan lucu sekali tapi membuatkan kita cuba untuk berfikir kembali kelemahan setiap jantina. Salah satu dari quote dari buku ini yang memecah kebosanan kelas eksperimen mekanikal ( lebih-lebih lagi yang mengajarnya Min Yeong Ki).

"Why did Moses spend 40 years wandering in the desert?...He refuses to ask for direction."


Mungkin tak faham dengan ayat sebegini sahaja. Kalau ikut huraian tentang perangai lelaki, pasti kaum lelaki akan gelak. Macam ini, situasi mudah. Kamu berjalan-jalan di bandar yang baru kali pertama menjejak kaki. Tengah seronok berjalan-jalan, sesat!. Apa yang kamu akan buat sebagai lelaki (kalau pembaca lelaki) atau sebagai perempuan (kalau pembaca perempuan)?

Berdasarkan kajian, lelaki akan cuba meneruskan perjalanan dan cuba semula menjejaki jalan-jalan yang dah dilalui. Perempuan dengan segera menanyakan soalan kepada sesiapa. Nak lagi menarik tanya kawan di sebelah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...