Rabu, Februari 27, 2008

Filem Spanish di Petang Selasa...

Keadaan sebelum tengok wayang...

Mula-mula terang...5 minit lepas duduk, gelap!...
Biasalah keadaan macam ini...
Lepas itu filem itu tunjuk nama-nama pengarah, pelakon, tajuk...
Tapi hari ini lain macam...
Keluar tajuk lebih kurang macam ini...
GUILLERMORE DEL TORO PRESENTA
Tak apa, kita tunggu kejap lagi...
Dengar suara budak-budak main permainan macam hide-n-seek...
"D**M IT! This is BAD!"


Aku rasa inilah kali pertama aku menonton filem berbahasa Spanish di wayang dan memang tak faham. Nasib baik ada subtitle berbahasa Korea. Terpaksa menggunakan bahasa ketiga aku yang kurang dikuasai untuk memahami setiap plot-plot filem.

Fuh...agak susah payah nak memahami setiap bait-bait dialog. Tapi agak bersyukur dapat faham jalan cerita ini. Haha...filem Spain, The Orphanage, boleh bagi 7 bintang dari 10 bintang. Babak yang tak hilang dari kepala aku, babak nenek tua terbang kena langgar dijalan raya...siap leh bangun lagi sekejap. Babak ini tiba-tiba berlaku... dengan tidak semena-menanya aku ketawa berdekah-dekah di wayang walaupun pada hakikatnya ia adalah salah satu bahagian ngeri dalam filem ini...

Minggu ini dikatakan agak sibuk bagi aku, antaranya:
1. Mengumpul segala syiling dan cuba mengasingkan antara 50 Won dan 10 Won...
2. Kemas bahan pembacaan aku, dan aku dapati banyak bahan pasal kehidupan wanita, hubungan sesama manusia, atau lebih spesifikasi...cinta sesama manusia.
3.Kenal pasti perbelanjaan 5 bulan lepas berdasarkan segala resit, akaun bank, dan bil-bil yang bersepah dalam laci aku....sekarang dah kosong...
4.Kemas pakaian. Stoking banyak dah hilang...jumpa ***** yang tak pernah keluar dari plastik...
5.Kumpul balik tiket wayang...rupanya banyak betul aku pergi wayang di Korea!
6.Macam biasa...isi lagu baru kedalam iPod (tergolong dalam kesibukan?)
7.Susun balik kotak-kotak kosong...sekarang dah banyak jadi tong sampah.
8.Kemas nota-nota pembelajaran...ada jumpa gambar yang aku lukis ketika bosan dalam kelas...comel betul gambar itu...
9.Jumpa kertas pasal perjalanan aku ke Australia...ini masa aku kemas sudut buku-buku Bahasa Korea...

Haha...saya sudah kemas rumah. Anda bagaimana...?
Esok sibuk nak daftar kelas, nak kemas dewan Kedutaan Malaysia...

Ada dua lagi benda belum selesai yang patut aku selesaikan ketika cuti ini...
Iaitu...kemaskini buku akaun dan membaiki tayar basikal aku...

Isnin, Februari 25, 2008

Tidak Mahu Ia Menjadi LIMA!

Panas, panas, panas...phuk! Jatuh suhu menjadi sejuk...
Kerja Allah nak tentukan suhu dunia yang serba tak menentu...

Aku rasa dalam minggu-minggu akhir ini aku cuba nak memperbetulkan segala waktu-waktu seperti tidur, makan, bermain menjadi seperti sediakala. Kalau tak sebelum ini:

1.Makan apabila lapar...yang kebiasaannya lapar apabila habis bermain dotA di kala pagi yang buta...pukul 2 pagi atau 3 pagi. Penyumbang besar kadar obesiti pada badan aku.
2.Tidur apabila letih...tidur lebih 6 jam, 8 jam atau 10 jam menjadi kebiasaan. Menyebabkan daya berfikir aku menjadi kurang tajam. Sebab itu tak ada idea nak 'update' blog.

Kalau aku fikir-fikir balik...kehidupan yang aku lalui 5 hari lepas boleh dikatakan terlalu membosankan. Tengok Champion League bangun lewat. Tengok English Premier League, bangun lewat. Bangun dari tidur dah kena panggil dengan Ayie main bola...Lagipun dah lama tak main, layan main dengan cuaca separa sejuk...
(P.S:Haha...siap telefon aku suruh turun padang. Terima kasih diucapkan)

Disebabkan banyak terdedah dengan aktiviti luar sambil ditambah keadaan diri sendiri dari segi diet pemakanan, nutrisi serta gizi yang tidak seimbang, aku hampir jatuh demam. Susah payah tak nak kena demam ini. Salah satu cara yang pada pengalaman aku boleh dipakai, minum air dengan kuantiti yang banyak. Aku tak suka demam di Korea.

Kalau aku demam di sini memang aku tak boleh buat apa. Tengok T.V rasa pening, naik bas rasa mual, dengan kata lain tak nak bergerak kemana-mana. Tapi nasib baik bilangan aku demam di sini tidak menjadi lima. Sekadar 4!

Ada satu aku rasa seronok dalam minggu ini. Pancake yang aku buat di rumah Anas (boleh dikatakan rumah Elhafy, Fazlan, Aiman) menjadi bentuk seperti gambar di bungkusan. Kena berlatih selalu nak buat pancake itu bulat, tebal dan rasanya tidak kosong. Lagi seminggu dah nak kena 'warm-up' kepala.

Mula semester baru disini macam kita berlari 100 meter. Tapi takkan tak ada pemanasan badan kan? Nak lari 100 meter dengan lancar kena pakai pakaian sukan, kasut yang sesuai...baru kita boleh lari! Macam itu juga kita sebagai pelajar Dongyang Technical College...

Esok kena pergi perjumpaan dengan En.Hanisan...nasib baik pukul 2 petang.

Selasa, Februari 19, 2008

Dikala Valentine...Coklat Murah!


Memang bangsa yang menggelarkan diri mereka bangsa Korea dengan meriahnya menyambut Valentine. Kalau kata orang Melayunya, Hari Kekasih.
Biarpun apa bunyinya, tapi hari dicipta oleh siapa entah untuk menghargai kekasih.
Tapi...peduli apa aku.
Haha...
Dikala inilah orang yang menggemari makanan berkafein...iaitu coklat rasa seronoknya membeli-belah coklat dengan kuantiti yang banyak.
(Masih beranggapan coklat tergolong dalam makanan berkafein)
Masa aku tengah menaip cetusan ini, dimulut aku ada biskut berisi coklat.
Nyam...nyam...nyam.
Tapi disebabkan coklat aku rasa dengan senang hati aku merajinkan diri aku...

1.Meregangkan kaki yang jarang bersenam...
(Paling jauh berjalan..GS Mart, tak sampai 200 meter)
2.Cuba belajar mengawal bola dengan kaki kiri
(Tak tahu kenapa aku nak buat, tengok tuisyen kendalian Ryan Gigs rasa nak buat)
3.Mengemas rumah yang separa berhabuk.
(Banyak habis masa di depan skrin komputer)
4.Bermain futsal bersama pelajar Korea sekolah menengah.
(Dah tak ada budak nak main...semua sibuk dotA)
5.Pergi perpustakaan baca buku psikologi.
(Dah lama buku ini dibeli...tak ada masa nak sentuh sebab praktikal)
6.Dengan bersungguh-sungguh menonton segala filem siap dimuat turun...
(Sebab dah nak habis cuti...kena habiskan!)

Opps...tekak dah kering. Aku lupa nak beli air.
Aku kalau nak makan coklat secara marathon kena ada air disebelah.
Kalau tak aku akan batuk pada esok harinya...

Nak buat esok? Duduk rumah...

Selasa, Februari 12, 2008

3 Hari...Berapakah Nilai Harimu?

Siapa pernah menilai hari-hari yang berlalu dan berapa wang yang mengalir ketika itu?
Ada? Atau tiada? Waktu singkat yang membosankan akan membuat berfikir seketika mengenai perihal itu dan memuatkan ceritanya di dalam blog hitamnya...

SABTU (9th February 2008)
(Myeong Dong-Kyobo Bookstore)
Perjalanan singkat dengan niat yang satu pada awalnya...membeli kasut.
Sebelum ini aku pernah membuka post supaya ada sesiapa patut memberi cadangan samada aku patut memilih Vans atau Converse. Kebanyakan jawapan yang diterima lebih berat kepada Converse. Tapi aku memilih untuk berubah angin...VANS yang dipilihnya. Kasut serba ringkas...dengan corak kain yang aku gelar seperti kain pelikat hijau. Bertali dan bukan slip on. Setelah diberi diskaun,harganya:
---46000 Won atau RM 157---
Kelaparan di kala musim sejuk memaksa aku dan Aiman mengambil keputusan untuk singah sebentar di Lotteria bagi memenuhi kehendak nafsu makan kami.
---7000 Won atau RM 24---
Setelah itu Aiman Adnan ingin pula pergi ke Kyobo Bookstore untuk mencari bahan ilmiah yang sepatutnya. Kami melalui jalan yang singkat, ini semua berdasarkan pengalaman aku berjalan-jalan mencari kesemua syarikat penerbangan di pusat bandaraya Seoul pada tahun lepas bersama Firdaus Fadzil dan Hanif Fazli. Kebiasaannya sebelum aku membeli sesuatu buku yang baru, aku membuat sedikit homework; buku apa yang patut dibeli dan apa yang aku dapat kalau membacanya?. Tapi pergi tanpa sebarang pelan, aku memilih buku yang tajuknya agak menarik; "Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps".
Harganya lebih kurang dengan buku-buku aku sebelum ini.
---16500 Won atau RM 56---
Perjalanan pergi balik memerlukan tambang;
---2000 Won atau RM 7---

AHAD (10th February 2008)
(Oryu-Dong-Bupyeong-Gasan-Guro CGV)

Akibat terlalu melayan filem Oskar dan drama-drama, aku memilih untuk keluar dengan tanpa sebarang tujuan yang realistik. Hanya berjalan-jalan dan terus berjalan. Oryu Dong adalah tempat tinggal pertama aku di Korea. Yang berubah adalah kaunter jual tiket subway. Yang pasti tak berubah; Orang Tua yang ramai...bermain permainan yang entah apa-apa atau merapu pada pemikiranku.

Bupyeong adalah kawasan seperti Myeong Dong. Cuma kawasan ini hanya dibawah tanah dan jauh dari pusat kota. Aku tidak pasti samada harga disini jauh lebih murah atau tidak. Pada pendapat aku, yang relevannya ramai pekerja asing yang rata-ratanya berbangsa Indonesia ada disini. Tak tahu kenapa begitu ramai disini. Mungkin kebanyakan remaja disini mendapat duit raya yang banyak dan ingin membeli sesuatu bagi memenuhi jiwa keremajaan mereka.

Begitu juga di Gasan Digital Complex atau nama lamanya Karibong. Kawasan membeli belah yang sentiasa ada potongan diskaun 30 hingga 70 peratus sepanjang tahun. Aku rasa memang betul-betul ada sale. Sebab apa? Butik Adidas yang sebelum ini aku pergi memang lengang semacam boleh membuat aku rasa sedikit rimas berada didalamnya. Tak sempat aku nak tengok bola Teamgeist yang ada diskaun 50%. Habis aku pusing satu kawasan membeli belah disini. Di sini memang menawarkan pelbagai jenama dengan harga yang mampu dimiliki. Berdasarkan purata pelanggan Korea yang berpusu-pusu kesini.

Aku sebenarnya bukan ingin menonton wayang di Guro CGV tapi kedai buku dibawahnya. Di sini aku ketandusan majalah-majalah berbahasa asing disini. Di kedai ini boleh dikatakan menawarkan pilihan yang banyak sedikit. Ingat nak beli UNITED Magazine, tapi tengok tarikh yang ada disitu edisi November lepas. Tanya yang terkini, tak ada lah jawapannya.
Tiada barang dibeli, tambang bas dan subway:
---4100 Won atau RM 14---

ISNIN (11th February 2008)
(Mokdong-Myeong Dong)

2 urusan penting kena uruskan hari ini. Laporan Penilaian Praktikal dan menambahkan tempoh lanjut menetap di Korea. Hantar laporan bermakna salah satu syarat wajib untuk 'graduation' sudah lepas. Ak tertarik dengan nama blog seseorang They Call Me Alien. Kalau jadi seperti kami warga asing disini, anda akan dapat kad yang macam kad pengenalan Korea tapi ada ayat diatasnya "ALIEN REGISTRATION CARD". Aku adalah alien disini. Sistem untuk berurusan disini tidak sama di Malaysia. Duduk sekejap... isi borang..hantar borang...siap!. Paling cepat aku berurusan disini adalah 5 minit, uruskan pasal hal pergi balik Malaysia-Korea (Re-Entry). Hari ini entah kenapa ramai sangat, kene tunggu 30 minit (lama tak 30 minit?). Nak tambah tempoh duduk disini bukan percuma, kena bayar. Tapi boleh tuntut dari JPA.
---30000 Won atau RM 102---
Hanif Fazli kerja di restoran Pakistan maka selalulah makan daging-daging, atau kategori berat-berat. Dia pula teringin nak makan macam McD atau Burger King. Perut aku pula lapar. Kalau ngantuk disorongkan bantal, tidurlah ia. Begitu juga aku. Jihad Jamarei ikut sekali ke Myeong Dong atas dasar mencari ketenangan.
Makanan tengahari:
---4200 Won atau RM 14---
Dah jalan-jalan, petang pula menjelma, petang suram yang serba sejuk.
Kopi panas perlu dicari bagi menikmati petang suram di Myeong Dong.
5200 Won atau RM 18
Tambang subway kena ambil kira:
3300 Won atau RM 11

Berapa jumlahnya? Haha...aku dah tak nak kira. Begini kehidupan kalau anda berada bandaraya yang tersenarai sebagai sara hidup kedua termahal di dunia, Seoul. Apa-apa pun tema bandaraya ini cuba fahamkan:
SEOUL, Soul Of Asia!

Jumaat, Februari 08, 2008

Habis praktikal...Ulasan Filem Oskar!

Agak lama tak 'update' muka hitam ini. Dah habis buat praktikal dan masih ada cuti musim sejuk sebulan lagi. Mustapha kata cuti adalah cuti, rehatkan badan...kalau dah masuk semester baru ada penyesalan kenapa tak menikmati cuti yang diberi. Maka dengan itu aku menikmati cuti aku dengan bersungguh-sungguh. Antara aktiviti pertama aku buat selepas habis kerja adalah melayan, menonton filem yang bakal bertanding untuk Anugerah Oskar (Oscar Film Award). Tak tahulah remaja yang sebaya dengan aku minat filem yang bertemakan tema yang berat, perlahan, setiap kata-kata perlu difahami, kebanyakan berdasarkan perjuangan, atau cerita sebenar...

Jom baca ulasan aku pasal filem-filem yang masuk Oskar tapi aku belum tonton lagi...

Atonement


Budak kecil. Apalah tahu sangat pasal jiwa menggelodak yang dikenal pasti sebagai cinta. Cinta masa usia yang mentah menyebabkan kesilapan dalam berkata-kata. Tak mengapa kalau tiada kesan jangka panjang. Kalau kata-kata budak kecil yang selalu dikatakan 'jujur' menyebabkan dua jiwa manusia lain terseksa, saling menunggu, menerima takdir hidup yang bukan mereka pilih? Budak itu membesar dan ingin membetulkan kesilapannya...memberi kehidupan bahagia kepada manusia saling bercinta dalam novel yang dia karang yang bertajuk Atonement...

Gone Baby Gone


Kehilangan kanak-kanak seringkali menimbulkan kerisauan dalam suatu komuniti. Ada yang berfikir kanak-kanak yang diculik dibunuh, diperkosa atau dijual. Ada tak dikalangan kita tidak berfikir sedemikian, dan menganggap ada faktor lain yang mencurigakan? Lakonan Casey Affleck, adik kepada Ben Affleck sebagai pengarah filem ini. Mungkin kalau tengok cerita ini ada kesedaran untuk menjaga anak kecil andaikata kita bergelar ibu bapa...

Into The Wild


Filem berdasarkan cerita sebenar. Seorang remaja yang lari dari kesibukan kota. Dia juga ingin lari dari kehidupan manusia yang streotaip...masuk sekolah, masuk kolej, masuk universiti, beli kereta, rumah, dan membina keluarga...Dia berazam tak mahu menjadi manusia lain yang jadi hamba duit, bermula dengan menghapuskan rekod kewangan, identiti sendiri, berjalan hampir seluruh Amerika dan akhir sekali menetap di 'Magic Bus'. Pengakhiran cerita yang sedih...aku suka ayat terakhir yang dia tulis dalam diari dia..."Alone, its scared!"

Juno


Siapa tahu filem "Thank You For Smoking"...buah tangan dari pengarah cerita tersebut. Filem yang patut diberi pujian. Mengenai gadis berumur 16 tahun nekad untuk melahirkan bayi yang dikandungnya sambil dibantu ramai pihak. Walaupun sekadar cerita biasa, ada mesej untuk difahami...aku tergelak tengok cerita ini. Bukan lawak bodoh, sekadar kata-kata biasa tanpa memek muka yang lucu...tengok pukul 3 pagi pun akan rasa hilang nak tidur...

Michael Clayton


Hero tua, George Clooney. Filem mengenai rahsia kematian sahabat Michael. Setiap perkara yang berlaku mengenai kes yang disiasatnya menimbulkan kesangsian dan mengambil jalan sendiri untuk selesaikan kematian kawannya. Bukan cerita pembunuhan biasa. Walaupun agak perlahan...aku amat suka cerita macam ini. Tak tahu kalau umur 20-an ada minat cerita macam ini...

Sweeney Todd


Filem muzikal! Filem muzikal antara yang berjaya menarik minat aku hingga ke saat akhir filem ini. Sekali lagi gandingan pengarah Tim Burton dan Johnny Deep. Latar belakang gelap, imej psiko, kekejaman, darah memancut...tapi disulami dengan muzikal yang seronok didengar...aneh kan? Filem kejam dengan adunan lagu yang mengasyikkan. Apa-apa pun tanniah kepada Johnny Deep, boleh menyanyi juga mamat ini... Memang patut tercalon Best Actor untuk Oscar.

The Assassination Jesse James


...ada sambungan lagi tajuk itu."...By The Coward Robert Fodd". Robert Fodd menjadikan pembunuh yang dikehendaki lewat akhir 1800-an sebagai idola. Ingin hidup dengan dia, bersama-sama merompak. Tidur diatas katil, merasai tiada jari seperti Jesse James...akhir sekali merasakan kehidupan bersama Jesse James menjadi suatu bebanan... Filem berdasarkan sejarah. Gandingan Casey Affleck dan Brad Pitt, endurasi filem 2 jam setengah. Sanggup nak tengok?

Sabtu, Februari 02, 2008

Sajak Berbahasa Korea Pertamaku!!!


Haha...jangan terkejut aku boleh menyajak...
Lagi istimewa bukan dalam bahasa ibunda sendiri...bahasa lain, bahasa Korea!
Aku tak tahu macam mana aku boleh ter'tulis' sajak ini...
Mungkin masa aku taip sajak ini, aku tengah dalam keadaan 'high' rasanya...
Aku tak ambil dadah macam Fasha Sandha yang 'high' dalam cerita Anak Halal...
Siap terjun bangunan...'feeling' layan benda putih-putih itu...
Zaman sekolah aku tak pernah aku terlibat aktiviti berbahasa...
Melainkan aku masuk pertandingan berbalas pantun, dapatlah naib johan...
Kuiz Bahasa Melayu anjuran perpustakaan...dapat naib johan juga...
Kalah dengan senior perempuan aku,kalah sebab aku tak layan novel A.Samad Said.
Banyak pula aku nak cerita, tapi aku memang suka bercerita...
Aku pernah dapat tempat ketiga pertandingan bercerita, ini memang tuah...
Aku datang lambat masuk kelas, cikgu denda suruh bercerita di depan kelas...
Sebab bakat terpendam aku, aku bercerita pasal seorang mahaguru memberi ujian kepada anak-anak muridnya memetik mangga dihutan...
Sebenarnya jalan cerita sama dengan "kisah potong ayam tanpa siapa melihat"...
Dah aku layan kelentong, pusing-pusing, nak kasi menarik...

Dahlah, siapa yang faham bahasa Korea...hayatilah sajak aku dibawah ini...


한국에 온 지 이제 거의 일 년이 되어간다.
아직도 이 언어교육원 앞에 있는 큰 나무가 똑바로 서 있다.
이 나무를 보자마자 “가을 동화”에서 나온 어떤 말이 갑자기 생각이 났다.
“다시 태어나면 뭐가 되고 싶어?......”
“......나무......”
내가 200원 짜리인 커피를 마신 후 이 자리에 앉고 담배피우기를 시작했다.
왜 내가 이 나무에 대해서 쓰고 싶을 걸까?
이유는 뭘까?
이 나무는 나에게 선생님들, 친구들과 함께 지내는 추억이 다 있다.
이 나무로, 그들의 모습을 볼 수 있기 때문이다.
그들의 모든 말씀을 들을 수도 있다.
그들의 공부하는 동안 어떤 분위기를 발견할 수도 있다.
그들의 웃음을 생각할 수도 있다.
그들의 행동을 어떤지에 대해서 대답할 수도 있다.
이 커피를 마신다.
이 200원 짜리인 커피를 친구들도 마셔본 적이 있다.
내 생각에는 이 커피의 맛이 별로인 것 같다.
왜 내가 매일매일 똑같은 커피를 마시는 걸까?
이유는 뭘까?
이 커피로, 이 건물이 무슨 색깔인지 알 수도 있다.
이 건물이 어디에 있는지를 알 수도 있다.
이 건물 밖에서 여러 사람들이 하는 행동을 볼 수도 있다.
이 건물 안에서 뭘 하고 있는지를 알 수도 있다.
이 담배를 피운다.
마찬가지로 사실 담배도 맛이 없다.
왜 내가 이 건강을 해치는 담배를 자주 피우는 걸까?
이유는 뭘까?
이 담배로, 내가 기쁠 때 노는 시간이 다 기억이 난다
내가 슬플 때 도와 준 친구들이 다 기억이 난다
내가 걱정할 때 선생님의 말씀이 다 기억이 난다.
내가 선생님이 담배 피우지 말라는 말이 다 기억이 난다.
내가 이 큰 나무, 담배, 커피를 다시 보았다.
반가운 추억이 다 이것들에 있다.
내가 나무 앞에 서 있다. 혼잣말을 한다.
“나.......이런 추억을 다 잊어버리면 어떻게 하지? 어떻게?......”
이 나무 앞에 내가 약속을 했다. 만약 내가 잊어버리면.......
다시 이 나무, 담배, 200원 커피를 봐야 하겠다.


Pokok yang aku jadikan subjek dalam sajak aku...mesti ada yang tahu pokok ini ada dimana kan?

Jumaat, Februari 01, 2008

Bermula Dengan Sampah, Diakhiri Dengan Sampah!!!


Aku gelak lagi, aku ambil ayat ini dari status rakan sekerja aku...Shi!
(Nama gelaran dia, nama sebenar Aiman)
Kehidupan pekerja kilang semakin hari semakin bosan...
Aku dah nak habis sebulan kerja di sini...
Semakin hari aku dah tak ada kerja nak dilalukan...
Dan kami...dengan sukarelanya...tanpa disuruh, tanpa diarah, tanpa paksaan...
Buang sampah hari-hari...
Mula kerja dengan buang sampah, nak balik nanti buang sampah lagi...
Memang sentiasa kosong tong sampah kilang...sehingga menyusahkan orang ramai...
Hari ini hari terakhir aku bekerja dengan Ajumma, Hyong, Noona yang kami jumpa masa mula-mula sampai dulu...
Bermula besok orang lain amik alih kerja waktu siang...
Maka, kami berfikir kehidupan saki baki di kilang akan menjadi bosan sekali lagi...
Tak seronok sebenarnya kalau tak ada kerja nak buat...
Sebab itu kami ambil inisiatif sendiri nak buang sampah...
Dengan gaya kami, dengan waktu yang tak sesuai buang sampah, dengan troli sampah...
Aku rasa dah muak pakcik belakang nak bahagikan sampah...
Sebab kami rasa-rasanya buang sampah 3 kali sehari...
Tak perlu sebenarnya, biasa sekali sehari...
Memang untung kilang ini dapat pekerja macam kami...
Kerja buang sampah ini bagus...
Sebab apa?
Boleh lari dari kebisingan mesin-mesin...
Boleh lari dari kebosanan yang teramat sangat...
Boleh lari dari kepanasan...
Boleh tengok matahari bersinar...
Boleh tengok salji mencair...
Boleh rasa kesejukan musim sejuk dengan pakaian nipis...
Dan macam-macam lagi...
Ada satu fakta yang kami selalu jumpa di tempat buang sampah:

"30 Kotak Susu Boleh Diubah Menjadi Segulung Tisu"

Haha...aku lapar, nak makan Ramen Bokki...
Dan minum...French Vanilla Cappucino...kopi murah dan sedap di GS Mart...


(5 minit lepas baru balik dari GS Mart, 7 minit lepas baru bersembang dengan pemilik blog yang baru; Ikhwan)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...