Ahad, Januari 27, 2008

Converse Dan Vans???...Dilema Lelaki di Korea...


Converse? Vans?...argh!
Tak tahu mana satu, tapi macam berat nak ke Vans pula kali ini.
Dah lama sangat pakai Converse sebagai kasut 'first choice' aku.
Aku ada juga kasut lain macam tapi masih tetap dengan Converse...
Sedap dipakai dan ringkas dilihat...tak serabut.
Semakin buruk kasut aku pakai, bermakna semakin sedap aku pakai...
Haha...ada juga manusia macam ini.
Kasut terakhir aku beli adalah kasut futsal Nike 5...
Tapi untuk main futsal atau berkaitan dengan sukan sahajalah...
Kasut Converse yang aku pakai ini dah berusia hampir 2 tahun...
Tengok gambar bawah ini...
Yang putih aku beli bulan 12 tahun 2005...
Yang hitam aku beli bulan 2 tahun 2006...




Tapi selepas hampir 2 tahun, aku bercadang nak pakai Vans pula...
Sebab Vans dah banyak pilihan sekarang...bukan apa...
Kalau di Korea ini, kalau kita pakai satu kasut pasti ada lebih 3 orang pakai kasut yang sama dengan kasut kita...
Sebab disini tak banyak pilihan nak dibuat kalau nak beli kasut...
Pandangan aku terhadap dunia fesyen kasut di Korea...
Begitu juga dengan baju, seluar, snowcap, jaket, sweater, jumper...dan lain-lain.
Kira senang kata tak seronok dunia peragaan lelaki disini...
Haha...aku cakap macam aku lelaki metroseksual...
Aku tak macam itu...takkan aku nak pakai macam orang Korea pakai...
Pakaian yang mengarut, serabut kepala aku tengok...
Yang paling dibenci, lelaki memakai baju pink...
Pakai beg yang macam hand bag wanita...ramai pula tu...

Yang penting aku tetap aku...
Tiada rupa untuk dibanggakan, tiada aset untuk didagangkan...
Aku tetap aku...

P.S: Tolong bagi komen pasal patut aku beli kasut Converse atau Vans...

Khamis, Januari 24, 2008

Salji Itu Ada Enam Bucu...

Dua hari yang lepas...

Tak sangka hari ini aku dapat lihat satu benda yang jarang aku perasan...
Salji itu ada enam bucu...
Jernih dan berkilau...

Cerita dia macam ini. Aku, Shi dan Yeong Min kawan sekerja aku pergilah keluar belakang kilang sebab nak buang sisa kilang macam kotak-kotak dan plastik. Biasa keluar buang sampah tak payah pakai kad keselamatan nak buka pintu belakang.
Hari ini nak dijadikan cerita tengah-tengah syok baling-baling sampah ke tong sampah yang besar (sebenarnya taklah membaling...nak sedapkan cerita), salji turun dengan tak semena-menanya. Tak macam hari lain, hari ini rentak turunnya agak perlahan...
Umpama perlahannya gerimis...
Mamat si Yeong Min pula menyanyi sambil buang sampah...
Aku dengar dia nyanyi pasal saljilah...
Yang aku dengar...
"Nun...nun...nun..."
('Nun' dalam Melayu adalah salji atau mata)
Aku tak ambil hirau yang penting aku siapkan kerja aku, masuk dalam kilang...
Lepas kami bertiga dah siap, pergilah tolak troli nak masuk kilang...tengok pintu kilang tertutup rapat (pelik...sebab selalu dalam keadaan terbuka sedikit).
Yeong Min cuba nak buka pintu...semangat dia tarik pintu...tapi masih tak boleh.
Aku tak adalah cuak mana, tapi takkan nak mengharungi kesejukan angin...
Yeong Min dengan gelabahnya telefon sana, telefon sini...

Aku disuatu sudut tengok salji turun...
Aku duduk mengcangkung tengok salji yang jatuh atas kotak disitu...
Ada kenalan YM aku beritahu salji ada 6 bucu...
Aku tak tahu, tapi aku dah lama jumpa salji...
Aku tengok dengan teliti...
Dengan mata kasar aku yang bertemankan kaca mata...

Tengok...lihat...teliti...
"Wow!"

Salji itu ada enam bucu...


Isnin, Januari 21, 2008

Pro Evolution Soccer 2008

Cuba nak letak video dalam blog dan tolong kawan-kawan nak mantapkan skill bermain Pro Evolution Soccer 2008. Cubalah di PC (kalau menggunakan controller), PS3 atau PS2 anda.
Skil ini telah diambil dari web PesFaces.com...tak seberapa banyak, tapi boleh membantu...kalau ada skil-skil terbaru yang telah ditemui sila info kepada saya...

Selamat berjaya!!!

R1 (RB on X Box) = Sprint
R2 (RT on X Box) = Trick Button - Normally 'Shift'
L1 (LB on X Box) = Change Player
L2 (LT on X Box) = Formation Button

HEEL FLICK

(Only some of the players are able to do this move: C. Ronaldo, Nuno Gomes, Henry and so on)
While jogging: R1+90 Degrees direction.
While running: R1+L1+90 Degrees direction.




NUGMET

(The example shows the move done to the side of the player)
While standing and holding down R2, press Back and then Forward quickly.




DIVING

Just press L1+L2+R1...
(Cuba banyak kali tapi susah nak jadi dapat free kick atau penalti. Selalu dapat kad kuning sebab diving tak jadi)




DRAG BALL STEPOVER

L1+R1, Then L1 2x





SIDESTEP STEPOVER

Do a sidestep up/or/down+R2 then quickly press L1 x2




ROLLOVER DASH

While running hold L2 then tap quickly R1 x2.




PULL SHIRT

While chasing a player hold LT+RB. (Tiada Video)

DRAG BALL INTO STEPOVER DASH

LB+RB Then 2x LB+RB. (Tiada Video)

Ahad, Januari 20, 2008

Hadaplah Matahari


Pagi yang cerah...

Bukan ada niat nak ciplak tajuk lagu Hujan bertajuk Pagi Yang Gelap...
Cuma nak kongsi keindahan pagi aku hari ini...
Selalunya aku bercerita pengalaman aku selepas sehari...
Tapi kali ini baru selepas sejam...
Aku bukan selalu menjadi 'morning person', tapi hari ini entah angin mana menyuruh aku jangan sambung tidur balik...bangunlah!

Hadapilah matahari!

Tak ada sebab nak keluar pagi-pagi sejuk macam ini...
Aku ingat cuaca pagi sejuk...yelah, hari-hari aku kerja tak jumpa matahari...
Suhu bawah negatif 10, gelap...balik pun macam itu juga...
Hari ini bolehlah dengan tenang berjalan dibawah sinar matahari pagi...
Dan tak sejuk...tak sejuk!

Pergi Seven-Eleven beli kopi Espresso (jangan ingat mahal, rasa dia bukan macam Starbucks atau Coffee Beans)...
Ingat nak bayar bil 'handphone' aku..rupanya minah ini baru pertama kali kerja di Seven Eleven...selalu ada makcik jaga pagi-pagi macam ini...
Tak dapat lah bayar bil...

Balik rumah kejap, basuh selimut, kemaskan buku semester 2, susun balik barang dalam laci, lap meja, lipat baju...dah habis...
Layan kopi seorang diri...
Tiba-tiba dapat panggilan dari Kangnam Gas, ada orang nak periksa tahap keselamatan gas di rumah aku...bagus betul sistem diorang...

Baru pukul 10, nak buat apa? Kalau nak ajak orang lain pergi jalan-jalan...
Mesti tak bolehnya...semua dah jadi macam kelawar dah...
Macam lagu Neon oleh Hujan...

"...bergoncang dinding dengan muzik...
...pancar memancar arak berbau...
...asal mengamuk tekan-tekan...
...siang malam dah terbalik..."

Sebenarnya lagu tak ada kaitan, masa aku tengah taip cerita ini...
aku tengah layan lagu Hujan...

Sambung balik, rasa bosan, pergi GS Mart pula, bolehlah bayar bil...
Beli nasi berbalut kim (rumpai laut) berisi tuna...sekali lagi...
Air kopi berperisa Cappucino...

Lepak bilik kawan, tengok blog, abadikan pagi aku...
Sambil layan HUJAN...
Dengan lirik yang pelik-pelik, adunan muzik yang sempoi...
Aku dah habis karang cerita ini...

Sabtu, Januari 19, 2008

2 Kali Terjaga...(Gelak Seorang Diri!)


Entah apa sebab hari Jumaat ini terbangun lambat, memang lambat.
Aku dengan Dause pergi solat Jumaat hari ini. Gerak dari bilik pukul 12.40 PM. Kalau diikutkan secara logiknya, pasti akan terlepas solat Jumaat. Silap-silap boleh solat Jumaat "4 rakaat". Faham-faham saja...

Habis solat. Makan nasi briyani. Aku tak suka makan briyani kalau ada hal nak buat petang nanti. Tapi kawan dah ajak banyak kali. Aku cuba gagahkan perut aku makan. sebab apa aku tak nak makan, sebab aku akan mengantuk...
kalau dah mengantuk...
nak tidur...
nak tidur kena ada selimut...
nak ada selimut kena balik rumah...
kalau dah ada dirumah...
dah tak ada harapan nak keluar...

Biasalah tu, kalau musim sejuk, memang senang nak lelap dimana-mana.
Dalam bas, dalam subway, dalam teksi, dalam...apa-apa lagi.
Aku sebenarnya nak cerita aku tidur dalam bas. Aku dah tergelak sorang diri bila kenang cerita ini.

Tengah syok tidur petang dalam bas, mengelamun sana-sini...
Aku tidur...dari stesen bas ke stesen bas lain.
Tiba-tiba......bunyi "PANG!"
Aku terjaga, aku ada sedikit gelabahlah. Ingat ada kemalangan terjadi keatas aku.
Itu pasal aku risau naik bas dan tertidur. Lagi satu boleh terlepas nak turun di mana...sambung pasal bunyi tadi.
"Huh!"...ada sedikit kekecewaan sebab tidur petang terganggu...
Nak tahu juga apa yang terjadi, orang Korea lain pun tergamam dengan kejadian itu...
Selidik punya selidik (macam lama pula nak selidik), rupa-rupanya plastik yang dijinjing Acap terjatuh. Tak tahulah apa isi dalam itu...
Aku rasa botol kicap dengan ayam Itaewon...
Siapa tak tahu ke'keras'an ayam Itaewon mesti anggap biasa cerita ini...
Sedikit bengang pun ada sebab bunyi itu...

Abaikan, sambung tidur balik...
Pening-pening tengok sekeliling, aku dah berada dalam alam lain...
Zzzz...zzzz...zzzz

"PANG!"

Sekali lagi terjatuh, Acap tertidur dengan bungkusan jatuh ke bawah. Orang Korea sekali lagi terkejut sebab kejadian itu...aku tersenyum...nak gelak besar pun ada.
Sampai stesen selepas Sindorim, aku buat buku dengan Acap dan Shi. Dalam perjalanan menuju ke rumah ada orang jual Bung-O Pang (roti berisi kacang merah...hanya muncul dan dijual meluas ketika musim sejuk)...bungkus bawa balik...

Dah sampai rumah, aku makanlah sorang-sorang Bung-O Pang. Aku secara tak sengaja aku ketawa besar...Dause yang tengah main game terkejut tengok aku.
Aku gelak sebab pasal kejadian dalam bas tadi...

HAHA!!!

P.S: Jangan selalu gelak seorang diri...bahaya!

Khamis, Januari 17, 2008

Hanscorp: Great Memories Last A Lifetime

Siapa Hanscorp: KLIK SINI!

Hari ini masuk 5 hari aku kerja di Kashmir Restaurant. Dan ini masuk 5 jam aku berdiri saja belakang kaunter. Sebab apa? Sebab tak ada pelanggan. Aku pun tak pasti macam mana 'market bisnes' dia. Kalau ikut pengalaman aku kerja dulu (habis SPM aku pernah kerja di salah satu 'fast food' terkenal di Malaysia), sakit juga kalau keadaan berterusan macam ini.

Setahu aku, kalau restoran ke, fast food ke mesti ada 'target sale' mereka. Macam dulu masa di MB (fast food), hari biasa kalau pendapatan kasar dalam Rm 1000 kira sakit juga nak balik modal. Hari minggu pula kena dalam RM 4000-RM6000, itu baru nak 'break even', belum kira untung lagi. Tapi dalam bisnes di sini aku kurang pasti. tapi benda ini yang menarik perhatian aku dan aku akan cuba belajar selok belok 'market' mereka.

Entahlah, kadang-kadang rasa pelik juga, dah dekat 6 petang, adalah dalam 4 orang datang. Itupun orang Korea. Datang minum kopi 2 gelas. itupun masa bayar komplain apa pasal kena tax 10%. Nama pun bisnes, kalau tak nak bayar tax, minum kopi di rumah. Murah pun murah, sedap pula tu. D**n orang Korea!

Pasti pukul 2 petang ada 2 orang mamat Pakistan yang aku dah perasan muka yang beberapa kali datang makan. Chef kata itu orang kanan Bos, tak payah kena bayar. Aku jadi pelik. Kawan Bos makan 'free'. Kalau macam kawan lain datang dari jauh nak jumpa Boss, aku hidangkan teh ke bolehlah 'free'. Aku terdengar dia borak dalam telefon cakap tengah keluar makan tengahari. Makan tengahari di kedai kawan dan ia adalah "Free Of Charge".

Its just seems not right for me...Coz business is business. Friends is Friends...


Kalau bisnes dengan kawan dah campur aduk, 'lingkup'lah bisnes. Mungkin ada orang tak setuju dengan aku...

But its true and its principle in business...


Tak percaya tanya Donald Trump ke Bill Gates ke, tak pun tanya kepada Roman Abromwich. Bayangkan kalau kawan Roman Abromwich ramai, lepas itu datang jumpa nak minta minyak bergelen-gelen. 'Free'...tak payah bayar. Tak yah kata Chelsea nak beli, Telekom Melaka FC pun tak mampu...

Satu benda yang aku belajar dari sini. Seronok kalau macam itu. Aku nak cari kawan yang ada restoran, fastfood. 'Lunch break' lepak makan dengan mereka di kedai mereka. Seronok makan 'free' hari-hari! Perut pun jadi makin besar. Cukup setahun dah boleh beli apartment mewah siap dengan BMW 3 Series, silap-silap haribulan...tapi apa nak buat macam mana. Kedai ini bukan kedai ayah aku, aku hanya berkerja makan gaji. Janji gaji aku jalan, kedai ini jangan lingkup sudah.

One more thing. I really want to learn something here especially in food business coz it really interesting...


Nak solat Maghrib kejap. Mana tahu malam ini ada orang datang makan (harap-harap tak ada...lepak sikit...(Ha-hA..gelak jahat))

P/S: Use free time wisely before its too late...

Rabu, Januari 16, 2008

Dandelinoid And Friends!


Tak tahulah blog saya ini setakat mana kepopularitian dia.
Sehinggakan ada orang yakin dengan jenama Dandelinoid dapat mengasah bakat menulis beliau. Mungkin selepas ini pembaca blog saya tertanya siapa Hanscorp yang muncul dalam blog saya. Dia adalah salah satu peminat blog saya (Yuk-s).Dialah yang ingin mengasah bakat tulisan, mengekspresikan perasaan serta berkongsi pengalaman hidup dia dalam ruangan blog Dandelinoid yang serba hitam dan dihiasi tulisan berwarna putih.

Hanscorp telah kemukakan idea ini kepada saya yang beliau ingin meletakkan bahan-bahan tulisan beliau yang dikarang menggunakan pen dan kertas ketika waktu bosan. Atas sebab beliau seorang yang malas menaip, beliau ingin saya membantu beliau mengembangkan bakat saya dengan alasan bahawa blog saya sering dilawati! Tak tahu betul ke tidak...

Setiap kali saya letak karya beliau disini, saya akan mulakan tajuk dengan "Hanscorp: ...", nak jelaskan bahawa itu adalah seratus peratus karya asal dari pemikiran beliau. Harap tulisan beliau menerima komen positif.

dande-L-inoid CreatoR

Selasa, Januari 15, 2008

Memang aku tak pandai...

Aku tak ada niat nak bermisai, dan aku tak ada niat nak bercukur.
Setiap kali aku bercukur aku selalu dapat kecederaan.
Aku malas nak letak krim pencukur, pandang cermin dan bercukur.
Tenung ada misai ke tak, cantas!.
Apa boleh buat, aku kena bercukur misai.
Masalah betul minah tempat kerja aku.
Terkejut bila dia tahu umur aku 21 tahun.
Umur aku dalam Korea berumur 22 tahun.
Dia tak percaya sebab dia nampak aku macam 27 atau 30 tahun.
Alasan dia kerana aku bermisai. Misai aku tak selebat mana.
Nipis-nipis kulit bawang pun ada.
Aku tak faham mentaliti masyarakat Korea.
Ada patut bermisai tak patut di Korea (dia cakap macam itu).
Aku tanya dia balik "Ada peraturan macam itu ke?".
Dia cakap "Tak, bukan macam itu. Kalau tak ada misai lebih kelelakian,".
Aku masih tak faham.
Misai dan kelelakian...
Misai dan umur...
Bukan lelaki bermisai? Apa masalahnya?
Kalau perempuan bermisai...tak berani cakap.
Dia menambah "Cukurlah misai setiap 3 hari sekali.".
Dalam hati cakap "LOL". Makin lebat misai aku.
Silap-silap jadi Sarjan Misai macam dalam drama Melayu.
Suka hati akulah bila masa nak bercukur.

Aku nak cukurlah. Lebat sangat misai ini.
Cukur...cukur...cukur.
Cukur...cukur...cukur.
Arghh!!!

Darah keluar sikit. Tercukur bibir.
Kan aku dah cakap mesti ada kemalangan.
Dah kena dah.
Adeih...pedih!
Memang aku tak pandai bercukur...

Isnin, Januari 14, 2008

Masakan ini...pelik atau unik?

Dunia masakan terlalu luas untuk diterokai, tapi yang kita boleh kenal pasti... masakan ada seni. Seni untuk dirasai, dinikmati bukan hanya untuk diri sendiri tapi orang lain. Seringkali di kaca television memaparkan masakan baru yang diperkenal oleh chef terkenal seperti Chef Wan. Hari ini saya nak bercerita masakan yang telah dibuat oleh pelajar lelaki yang sedang menuntut di Korea...tak tahu apa pandangan kamu semua terhadap makanan ini...

Murtabak Maggi???
Murtabak. Memang murtabak. Cuma berisi inti Maggi. Saya tahu benda ini dari Naim. Siapa sangka mamat kuat tidur bangun awal pagi buat murtabak Maggi. Pagi tadi jumpa murtabak Maggi masa jemput Acap pergi kerja. Pengaruh rakan sebaya...Nak buat murtabak daging mana kami mampu nak beli daging. Mahal...Korea beb!!!

Soto???
Idea dari saya. Ingat nak buat soto, lupa tak ada suhun (tak tahu betul ke tidak ejaan ini atau sebutan ini). Macam dah lengkap, ada nasi impit, ada bawang goreng, ada daging ayam, dan ada telur. Lelaki...main sebat apa yang ada. Janji kenyang. Dah kenyang layan Hujan...Kejap. Saya buat makanan ini tak tahu nak sebut apa. Macam makan nasi impit dengan sup...tak meriahlah soto yang saya buat. Serba kekurangan.

Makeroni Maggi Goreng???
Macam mana nak susun? Maggi Makeroni Goreng? Atau Makeroni Maggi Goreng? Sebenarnya tengah nak update blog, si Hanif datang bilik sambil mulut dia berkata "Lapar, lapar,". Saya pula rajin nak masak. Ingat nak masak makeroni bakar. Tengok resepi... perghh!!! Banyak benda kena cari dan banyak benda nak buat. Kena masak ekspress sebab nak layan dotA malam-malam macam ini. Ada makeroni, ada Maggi, ada serbuk cili, ada bawang, ada gula, ada garam...sos tomato, kicap, sos tiram suruh Muse cari. Kung kang kung kang...siap! Saya pun tak tahu apa yang saya makan...


Ini sahaja masakan yang saya golongkan dalam kategori pelik dan unik. Ada lagi bakal menanti...

Rasa seronok bila masak. Rasanya cuti ini banyak masakan, kuih-muih yang saya dah tahu dan belajar. Roti canai (dah sebut sebelum ini), kuih keria, donut, karipap dan terbaru Pancake! Memang gaya Western makan macam ini untuk sarapan. Sihat sikit...

Sebenarnya masakan pelik-pelik dan unik ini terjadi apabila di dapur tiada sumber masakan, kemalasan, sejuk (alasan tak nak pergi pasar). Yang penting moral disini;

Sentiasa Berfikiran Kreatif Walaupun Anda Malas Dan Penat Sekalipun

Ahad, Januari 13, 2008

Terlalu Indah...Salji Lebat

Putih...putih...bersih...tak seperti warna blog aku berwarna gelap.
Hari Jumaat yang sempurna bagi diri aku. Aku rasa ini kali pertama aku melihat dan pegang salji walaupun musim sejuk dah lama berlalu...dan ia jatuh pada hari Jumaat.

Keluar rumah, tak sejuk. Salji lebat. Indah...
Naik bas, duduk sebelah tingkap. Tengok salji turun. Indah...
Turun bas. Dalam perjalanan ke subway. Salji masih lebat. Indah...
Inilah hari yang terlalu indah bagi diriku...

Habis solat Jumaat, salji masih turun. Indah...
Tak tahu kenapa terasa seronok hari ini. Mungkin kerana turunnya salji.
Antara hari yang patut tergolong dalam diari "Perfect Day"...
Tiada gambar untuk dikongsi bersama, tapi masih dalam ingatanku...

Hari ini aku hanya beli sandwich SUBWAY bersaiz besar dan bungkus ke rumah kawan. Air kelapa bercampur nanas, majalah GROOVE ada di sebelah.
Menonton kartun Eyeshield 21 sehinggalah dibuai mimpi...mimpi yang indah!
Penangan pergi kerja waktu musim sejuk memang mencabar...
Apa nak buat, ini peluang yang muncul...

Cuti lagi sebulan setengah, pergi kerja lagi 3 minggu...
Harap-harap turun salji lagi, ada sesuatu yang aku ingin lakukan ketika salji turun...
Untuk sesuatu yang terindah...
Untuk sesuatu yang terindah...
Untuk sesuatu yang terindah...
Untuk sesuatu yang...
Untuk sesuatu...
Untuk...
U...
...
...
Zzz...
Kroih...
Zzz...Zzz...Zzz...

(Eh, dah tidur dah budak ini? Bukan tengah update blog ke tadi?)


Rabu, Januari 09, 2008

Drama, Filem, Kartun...

3 benda berbeza, cuma nak cerita kehidupan hujung minggu aku baru-baru ini.
Hanya nak cakap 3 benda; Drama, Filem dan Kartun...

SHAUN THE SHEEP


Aku kalau pegang remote Astro (cerita masa balik Malaysia) mana ada nak tukar ke channel Disney ke, Animax ke, yang aku tahu Starsport, ESPN, Discovery Channel. Satu hari adik aku tak pergi tadika, sebab dia tahu abang dia ada kat rumah. Dia pegang remote control tak bagi aku tukar channel. Aku pun layan dia tengok Disney channel seharian, dan ini yang aku suka tengok dalam banyak kartun; Shaun The Sheep. Aku sedut cerita ini dari torrent, semua 40 episod. Tengok dalam masa setengah hari. Aku gelaklah seorang diri sambil Dause geleng kepala tengok aku macam ini. Mana taknya, cerita kambing tanah liat, tak bersuara, hanya pergerakan...

COFFEE PRINCE

Antara drama Korea yang masuk dalam list aku "Wajib Tengok". Aku tengok sebab ada minah ini yang setahu aku memang ayu. Alih-alih berlakon boleh macam lelaki!!! Antara sebab aku tengok cerita ini kerana ramai dah tengok. 17 Episod, sama dengan 17 jam... habis hujung minggu aku dengan drama ini...
Cublah tengok, kira berbaloi. Tak sampai tahap leleh air mata sangat (bukan macam cerita Korea lain). Dari 5 bintang aku bagi 4 setengah, sebab tak ada yang sempurna di dunia ini...



P.S I LOVE YOU


Sebab apa nak tengok? Bukan kerana aku tergolong dalam mamat bunga. Tapi kerana aku ada kawan yang mamat bunga. Dia baca buku ini, tengok khusyuk sangat baca...nak pergi klinik gigi baca, dalam bas baca, dalam subway baca...kalau dah tengok kawan kita seronok sangat mesti nak tahu apa isi buku itu kan? Alang-alang dah keluar di pawagam berhampiran. Sengaja nak pergi tengok pagi-pagi, nak set kepala nak jadi morning person. Kira antara tiket wayang terawal aku beli, pukul 9.10 minit pagi. Yang tak seronoknya masa tengok filem ini, semua yang datang dengan pasangan masing-masing. Tak kisahlah tua atau muda. Orang tua pun bawak bini dia sekali...aku seorang diri mencanguk tempat duduk paling strategik dalam wayang...yang penting ada popcorn temankan aku sampai habis. Ngam-ngam...



Itu sahaja aku nak cerita hari ini...

Khamis, Januari 03, 2008

Kembali ke permulaan...

Bangun pukul 2 petang, tidur pukul 6 pagi.
Sarapan pukul 12 tengahari, makan malam pukul 11 malam.
Ini adalah kehidupan tidak sihat aku ketika cuti musim sejuk dan hari aku bernekad bangun awal semata-mata nak pergi Seoul National University...tempat permulaan kehidupan aku sebagai pelajar di Korea. Tujuan sebenar tak ada, tapi saja nak set jam di kepala...bangun seawal pagi. Ini adalah hari sebelum aku kena bangun pagi buta untuk pergi kerja (kira training) pada esok hari.

3 orang; aku, Anif dan Fazlan. Angkat kotak berisi hadiah untuk dibagi kepada guru bahasa kami dahulu (guru: son saeng nim). Agak letih juga angkut barang mendaki bukit nak pergi Languange Institute. Tak ada benda nak buat sebenarnya di sini. Sempat jumpa budak-budak 67 dan beberapa cikgu yang kenal dan ada disitu. Biasalah, kalau mulut manis cakap benda baik nak mengampu cikgu...

Dah habis settle barang bagi kepada Kim En Yong son saeng nim, kami bertiga pakat nak makan waffle...mana boleh lupa makanan ini. Beli 2; satu perisa coklat, satu letak fresh cream. Cantumkan kedua-duanya. Nyam, nyam...hari ini kira nasib aku baiklah. Makan tak kena seluar, tak kena tangan, tak kena kasut...Kalau ada gambar kami makan, memang boleh terliur.

Satu lagi destinasi WAJIB pergi kalau dah melawat SNU; Hansot. Terletak beberapa meter dari pintu gerbang SNU. Seafood Mayo ditemani teh Java..haha. Dah makan sembang sekejap dengan mak cik (ajumma) jaga kedai itu. Aku cerita kelentong sikit cakap kami student bahasa, belajar disini..padahal, pelajar Dongyang Techical College. Cakap benda betul nanti panjang cerita pula...

Ha...aku tiba-tiba teringat nasihat dari buku karangan Dale Carnegie. Tak apalah. Aku cerita lain kali sebab dah mula kerja esokkan...

Ngantuk...

Selasa, Januari 01, 2008

dande-L-inoid

Kira-kira 2 tahun yang lepas...
Ujian psikologi JPA yang aku ambil dulu antara sebab kenapa aku memerlukan blog. Kerana nak meluahkan kegembiraan aku, pandangan aku, pengalaman aku...

"Awak mungkin boleh memimpin sesuatu kumpulan, awak boleh susun jadual sendiri dan boleh ikut, tapi awak ada kekurangan sesuatu. Awak perlu sentiasa keluarkan apa yang ada dalam isi hati awak. Kena keluarkan jangan jadi duri dalam diri kita..."


Itu antara reaksi mereka (kaunselor) terhadap keputusan ujian itu. Baru-baru ini Hasrul ada bagi web mengenai kemampuan otak kiri dan kanan kita. Banyak juga soalan yang perlu dijawab, dan result akhir;

53 peratus otak kiri, 47 peratus otak kanan


Untuk pengetahuan, untuk meningkatkan penggunaan otak kanan, kita perlu berkreatif. Berbanding otak kiri, aku selalu guna otak kiri dalam seharian memandangkan jurusan aku adalah kejuruteraan.

Kenapa aku nak beritahu benda ini? Sebab aku bercerita mengikut kreativiti aku dalam ruangan yang aku cipta sendiri, dengan identiti tersendiri, bayangan gelap aku sendiri. Dan aku namakan watak ciptaan aku sendiri bernama; dandeLinoid .

Dandelinoid bukan nama yang aku cipta, tapi nama ini ada dalam semua Windows Media Player dalam komputer masing-masing. Aku hanya ambil dari situ. Sebenarnya tak adalah hebat mana jenama dandelinoid. Hanya sekadar nama...

Kenapa aku suka simbol "L"? Bukan aku ingin jadi seperti Ryuzaki dalam cerita Death Note. Cuma secara kebetulan huruf L ada satu sahaja dalam nama dandelinoid dan ianya berada di tengah!!. Disebabkan blog ini aku dah tak suka bermain-main dalam Friendster, dan disebabkan itu juga buang semua gambar...tak berminat nak menambah kawan dalam 'Friends List', nak komen gambar orang lain...

Aku bukan seorang cool (ada orang buat kesimpulan pasal diri saya berdasarkan cerita aku). Hanya manusia biasa, tak ada nama untuk dibanggakan, tak ada rupa nak didagangkan...macam ayat di sebelah;

Just a simple man with a simple minded...


Aku tak ambil peduli kepada sesiapa yang nak cop aku dengan istilah poyo, nak letak komen atau shout yang menyakitkan hati. Yang penting aku akan terus bercerita mengenai sekeliling aku; tak mengharapkan sebarang komen dari sesiapa melawat blog aku, kalau letak komen, aku ucapkan jutaan terima kasih...sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua dan kepada ciptaan aku;
dandeLinoid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...