(Cerita ini diambil dari blog lama saya...proses pemindahan isi blog lama. SEKIAN)
Dah lama aku tak buka ruangan blog ni, bukan apa tak ada benda nak diperkatakan. Maklumlah, aku manusia yang kurang menzahirkan perasaan aku. Dengan kata lain, lebih baik simpan dalam hati tak pun kat padang. Entahla.....
Hari ini pulak tangan nak menaip sesuatu untuk isi blog, tapi buntu tak ada idea. Alik-alik kenalan aku ni bagi idea pasal kopi...kopi lagi...minuman 'feveret' aku...haha...tapi mengenai kawan aku yang agak selalu minum kopi bersama aku...
(2 Minggu sebelum Final Exam)
AK-aku
Sh-shah (bukan nama sebenar....dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu)
Sh-wei...ko balik malaysia biler?
Ak-skejap lagi...balik x tau nak watpe..blur...
Sh-ko balik ni banyak masa nak sampaikan benang terputus tau?
SH-u know wht i mean?
AK-erk...x pham
Sh-bkn sampai benang terputus...
Sh-tp sambung balik...
Ak-cuba ckp direct...x phm dow...
Ak-benang? terputus?..wtf...
Sh-cr lah dia balik...paham tak?
Ak-lor...ingat senang? cr baru..wakakaka
Sh- dia ada yg baru ko tau kan? better try 1st...
Sh-ko tau ke tak..?
Ak-tau...so?
Sh-sowi dib
AK-takpe..no hal la...hehe
Aku rasa kelakar la bila teringat benda-benda lama macam ni...bukan apa...kalau orang lain, mahu tak sedihnya bila dapat tahu orang yang kita suka dah ada yang lain (pengalaman kawan-kawan aku la). Tapi aku nak ucapkan terima kasih kepada dia...sebab dia aku dah mula berminat nak tahu pasal perhubungan antara lelaki dan perempuan...
Sembang-sembang dengan 'member', ceritalah pasal GF dia dengan lebatnya, datang pulak 'member' satu lagi, cakap dia bukan losser (maksud dia dah dapat pengganti), hal lain pulak, gaduh plak, minta clash, si dia dah pandai melebih-lebih, tak macam dulu...
Kamu tak berminat ke nak tahu kenapa kejadian ini, perilaku ini, perbuatan ini berlaku....
Berpegang kepada kata-kata "Setiap sesuatu ada puncanya"...ke-gunggem-an aku semakin membuak-buak. Misalnya....
1.Kenapa perempuan menunggu panggilan daripada lelaki....
2.Kenapa bila perempuan dalam telefon buat gaya acuh tak acuh....
3.Kenapa lelaki bersikap sambil lewa padahal sebelumnya dia seorang yang romantis...
4.Kenapa kalau si perempuan tak dapat berhubung untuk tempoh yang lama, si perempuan jadi bimbang...
5.Kenapa lelaki kecewa apa yang dibuat untuk perempuan dipertikai...
6.Kenapa lelaki sukar minta maaf...
7.Kenapa perempuan mempertikai kesalahan lelaki walaupun sudah meminta maaf...
Mmmm...rasanya ni sikit jer kot antara benda-benda yang aku kurang mengerti...nak jawapannya pandai-pandai lah cari..nak tanya aku boleh jer...tapi dalam 3 hari selepas aku post blog ini. Aku dah nak balik malaysia...untuk yang pertama kalinya dalam tempoh hampir 2 tahun!. Huhu..lama sungguh aku berada di Korea ni...
Petang tadi, aku jalan sendiri kat bandaraya Seoul (secara 'detail' tempat dirahsiakan). Adalah 2 jam aku merayau kat kawasan tu. Dalam subway, aku nampak ada seorang minah ni (agak cute) baca satu buku yang tajuknya agak menarik...99 Places To Meet Your Soulmate...tajuknya dah buat aku tertarik 'giler' nak baca. Tapi aku sempat jeling sikit la...page depan yang dia baca.
"...Go to places where people are interested in things that you are not interested in..."
Tempat yang aku tak suka? Library?...Haha...macam macho je. Mungkin balik malaysia ni aku cuba lepak kat perpustakaan besar Shah Alam...kalau betul?...Jodoh di tangan Tuhan....
(Dedikasi kepada orang yang suruh aku update blog...terima kasih)