Selasa, Oktober 30, 2007

Owh!...1,2,3...5 kali!

"Their War, Our World"

Siapa tak kenal caption kat atas tu kan? Haha...walaupun secara rasminya minggu lepas minggu peperiksaan belum habis, tapi saya dah 2 orang kawan lagi telah ke panggung IMAX untuk menonton Transformers! Kalau dibilang, dah 5 kali menonton cerita yang sama...2 kali di wayang bersaiz biasa, 2 kali di monitor komputer saya sebesar 17 inci, dan sekali di IMAX Yongsan!!

Sebenarnya nak rasa perasaan apabila kita berada dibawah kelangkang Optimus Prime (ayat ini dah ada orang salah paham...gelak sahaja la), terasa macam kita ini adalah watak dalam filem itu; dengan robot bersimpang-siur, terbang sana-sini...satu perkataan yang boleh disimpulkan...menakjubkan!

Saya memang berminat dengan robot yang boleh berubah-rubah, dari kecil saya dah tengok cerita Transformers, yang dulunya Megatron badan berkotak-kotak, tak ada seganas macam dalam filem sekarang, begitu juga dengan Optimus Prime; ada cermin lori kat badan dia, memang silau!!...

Begitu juga dengan Bumble Bee, kalau sesiapa yang ikut jalan cerita sebenar, Bumble Bee itu adalah kereta Volkswagen kuning! Bukannya kereta Chevrolet yang sporty, lebih-lebih lagi kereta Chevrolet itu hanya 3 biji d-DUNIA!...Alasan produser tak nak samakan dengan cerita Fully Loaded (tak ingat tajuk sebenarnya...)

Haa...sesiapa yang berminat dengan Beast Wars: Transformers, bolehlah juga pinjam DVD dari saya, ini cerita yang berkaitan Transformers pada tahun 1980-an; perang yang ingin ubah sejarah supaya berpihak pada Megatron. Dalam cerita ini,robot semua dah ber-evoulusi, masih 2 pihak yang sama; satu berpihak kepada Autobots yang ada sekarang dan berpihak kepada Decepticons yang ada sekarang. Kiranya watak yang ada ini adalah nenek-moyang mereka. Katanya Steven Spielberg nak buat filem. Tak tahulah, sebab jalan cerita ini memang panjang. Tapi bagi saya sebenarnya watak yang paling best adalah Starscream. Tak tahulah kenapa dia macam 'kacak'. Mungkin dia adalah orang kuat Megatron...

Sebenarnya tak nak update blog sampai Khamis ini, sahaja nak isi...tunggu la cerita saya selepas ini...tajuknya "20 Batang"...20 batang apa? Tunggulah hari Khamis ini tak pun hari Jumaat...

Ini poster masa pembukaan, kalau nak wallpaper best, saya ada.

Sabtu, Oktober 27, 2007

Selepas seminggu, cerita 2 hari...

"Huh!"
Itulah perasaan kalau dah habis minggu ujian pertengahan semester. Ini bermaksud pengurangan pengambilan kafeein setiap hari sebab setiap kali saya nak menghadapi peperiksaan biasanya saya akan mengambil 2 cawan kopi berbanding hari yang tiada tekanan; sehari secawan.
Minggu ini memang merupakan minggu yang penuh dengan tekanan, perhatian 100 peratus, dan memerlukan tempoh yang lama untuk bertahan menghadap buku. Bila tiba sahaja minggu macam ini secara automatiknya saya akan menjadi kurang stabil atau dengan kata lain "mengong". Tak tahu la pula apa makna yang sebenar yang tercatat dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Minggu ini sahaja saya kerap kali mengemaskan meja. Macam ini; hari ini saya ada ujian Fluid Mechanical, maka saya akan memenuhkan meja saya dengan bahan yang berkaitan dengannya, buku lain jadi bahan perhiasan rak sebelah. Bila habis ujian tersebut, saya akan kemas meja semula dan letak buku yang akan dipelajari...
Bayangkan kalau saya ada 10 kertas ujian, adakah saya akan kemas meja sebanyak 10 kali? Mmmmmm...nasib baik minggu ini saya ada 4 kertas...4 kali kemas meja...

Fizik!? Subjek yang paling mengecewakan saya semester ini. Mana tidaknya, fizik dah lah hanya 2 jam kredit, belajar macam belajar subjek 3 jam kredit, soalan susah macam nak rak. Sebabkan mata pelajaran Fizik, saya hampir tak buka buku Mekatronik...tapi dengan soalan Fizik yang berbintang-bintang (maksudnya susah), macam tak berbaloi belajar Fizik. Senyum sahajalah masa jawab Fizik, jawapan berjela-jela, tapi tak tahu apa isinya.

Habis sahaja ujian Mekatronik, terus saya balik rumah, sambar kasut saya dan main bola malam itu juga. Walaupun gelap tapi bola sepak adalah salah satu cara nak lepaskan segala tekanan dengan positif. Takkan dalam keadaan stress yang tinggi nak bantai ambil dadah? Bahaya...

Balik dari main bola, bantai game sampai pukul 4 pagi...apalagi, kegilaan budak-budak 'batch' saya; DOTA. Dah ramai jadi ketagih pada game ini. Haha...tak apa. Bagus juga, main game yang sama.

Bangun tidur, gosok gigi, awal juga bangun. Dah lama tak bangun pagi dengan hati yang kosong, tak ada bebanan (sebenarnya ada ujian Matematik minggu depan). Hari ini hari sukan rupanya Karnival Sukan PPMK (tengok gambar di bawah), tapi tahun ini saya tak banyak menyertai sukan kaki saya injured. Hari ini cuma main bola, itupun sekali sahaja, lepas tu pergi Yongsan...temankan Amar, Pire dan Pok Chu pergi beli barang komputer dan aksesori yang berkaitan.

Lupa nak cakap...ramai juga berebut nak suruh saya letak nama dalam blog saya. Tunggu! Setiap cerita ada kaitan dengan sekeliling, dan sekeliling saya adalah kawan saya, disini saya tiada ibubapa, hanya kawan-kawan. Jangan risau kepada ANASE, nanti saya akan kupas isu atau persoalan "Berkahwin dengan gadis umur yang kurang, sebaya, atau lebih dari kita". Untuk BLACK PARADE, tak tahu isi apa yang perlu saya kupas, kalau berminat bagi la idea atau pokok cerita.

Ok, dah update sudah blog saya. Malam ini MU menang 4-1 lawan Boro. Nak tidur awal sebab nak rasa perasaan berada di celah kangkang...(jangan salah faham! ayat ini belum dihabiskan...ada kaitan untuk isi blog seterusnya)


Promosi tahun ini untuk Karnival Sukan PPMK, kreatif!

Sabtu, Oktober 20, 2007

Topik Minggu Ini: Sihom Dan Minat

"Huh...sejuk," itulah ungkapan yang keluar dari mulut saya ketika saya bangun pagi. Hari ini saya bangun dengan keadaan yang segar, mungkin saya bermain bola semalam selama 2 jam. Bila sudah bangun maka bermulalah persediaan untuk 'sihom'. Pengunjung blog saya dari korea pasti sudah mengerti makna 'sihom', untuk pengunjung lain 'sihom' kalau dialihbahasakan kedalam bahasa melayu di sebut 'ujian' ataupun 'peperiksaan'. Dan kalau bahasa inggeris dikenali sebagai 'exam', kalau dalam arab, saya dah lupa...nak tahu tanyalah Kamil Halim tak pun Mat Taaq kita.



Ini adalah buku yang perlu saya tatap untuk minggu ini. Rasanya banyak tak? Bagi saya untuk semester ini kuantitinya sikit berbanding semester lepas. Semester ini saya banyak melakukan 'hands-on', maka kuranglah kertas ujian yang perlu saya tatap. Tapi kali ini ada cabaran saya perlu tangani...

Saya orang yang jenis minat pelbagai sukan. Macam bola, rugby, formula 1, badminton...bla...bla, tapi menolak sukan lisut (baseball) dan golf. Walaupun sukan golf boleh mendatangkan duit yang lumayan, saya masih tak suka. Sebab ini sukan untuk orang korporat, sukan untuk orang yang malas. Sesiapa boleh main golf tak kisah dia menghidapi kencing manis sekali pun.

Okay...minggu ini ada perlawanan paling penting; final Piala Dunia Rugby, perlumbaan Formula 1 peringkat akhir; pertembungan 3 penjuru...juara 2 kali, Fernando Alonso, wakil dari Ferrari dan pendatang baru Lewis Hamilton. Saya berharap Piala Dunia Rugby, Afrika Selatan (nama lain Springbooks) bakal memenangi..dan Lewis Hamilton menang musim ini. Bukan apa, saya tak suka corak permainan England yang mengharapkan gaya permainan seperti 'american football', corak permainan dari seorang 'kickers'.

Dan...kelab bolasepak dari umur saya 9 tahun, Manchester United..kena tengok juga.
Susah kan orang banyak minat macam saya!

Yang penting sekarang apa yang kena belajar dan perlu dibuat sekarang. Itulah nilai saya dapat dari filem "Peaceful Warrior"

"Who are you?"...
"This moment..."...



P/S: Gambar yang telah diedit oleh Action Kamen@ Faiz Hasim, dan kredit untuk Jihad pasal gambar ini...

Rabu, Oktober 17, 2007

Sweet Autumn: Raya 2007


Gambar saya dan budak 'batch' saya;Ramai, Meriah!


Apa saya buat malam raya...

Masa kecil-kecil dahulu, saya memang menunggu hari raya. Sebab raya best....Pada malam raya, pakcik saya selalu balik ke kampung bawa mercun yang banyak sekali. Tapi saya selalu dilarang nenek saya main mercun. Katanya mercun amat merbahaya untuk budak kecil macam saya. Selalunya saya main bunga api yang harganya seikat dalam RM 1 lebih. Tengok sahajalah orang lain bakar mercun sambil hayun bunga api. Bila dah asap banyak, mak saya suruh masuk rumah. Katanya asap ini tak elok untuk budak ada lelah macam saya. Duduklah dalam rumah tengok orang lain anyam ketupat ke, tukar langsir, dan macam-macam lagi......

Ini kali ketiga saya raya di negara lain. Di sini, pada malam raya saya pergi kelas Mekatronik. Sekejap sahaja kelas itu, tak sampai 10 minit dah balik. Saya pergi ke rumah Hanif Fazli, rakan sebilik dia yakni rakan saya juga jemput saya makan kuih raya. Saya pun makanlah. Dah dijemput...Lepas itu, ramai yang tak ada di asrama kolej sebab pergi rumah Naim. Saya mainlah PES (Pro Evolution Soccer) seorang diri sambil diperhatikan Rubhendran di sebelah. Rubhen kata dia nak masak spesial malam ini.. Saya tak tanye dia apa yang spesial malam ini. Saya pun balik rumah selepas habis game yang saya main tadi.


Selepas sembahyang raya, inilah aktiviti wajib...bergambar.


Setibanya di rumah amnan tengah tidur dengan nyenyak sekali. Barangkali kelas hari ini terlalu sibuk. Saya duduklah di depan komputer peribadi saya ini. Saya baca Utusan Malaysia, Berita Harian, tengok blog saya....dah lama tak update blog. Ramai juga suruh saya selalu mengemaskinikan blog, tapi saya selalu tak ada masa nak jenguk blog selalu. Perut tetiba lapar, ketika ini baru pukul 9 malam, saya pun pergi Tomato Kimbap saya beli Jumok Bap (nasi yang dikepal dengan ikan tuna..sedap). Pakcik yang kat kaunter cakap "thank you", dah lama saya tak kedai dia. Saya selalu juga beli Jumok Bap sebagai sarapan saya. Hanif Fazli 'buzz' saya kat yahoo messenger, dia cakap Rubhen nak masak malam ini. Saya sebenarnya nak pergi bilik dia sekali lagi, nak ambil video dari komputer dia.

Saya datang sana, saya tengok Rubhen sibuk memotong ayam dan tumis bahan-bahan yang dikisar. Saya tanya dia masak apa. Dia cakap "Dah raya masaklah rendang,". Selepas beberapa minit, saya makan nasi dengan rendang yang dia masak. Sedap....

Saya balik rumah, saya terkejut Amnan pakai baju melayu sambil bermain komputer. "Malam ni jer raya...," kata Amnan. Betul juga kata dia. Esok, lepas aktiviti raya di Kedutaan Malaysia, lepas pintu keluar dari situ....habislah raya tahun ini. Sambung balik cerita tadi. Saya habiskan malam raya ini dengan mencuba program baru yang telah diperkenalkan oleh Toinx. Saya cuba-cuba sampailah subuh. Dah pagi raya...

Solat raya, makan apa yang patut di Kedutaan Malaysia, bergambar...dan habislah raya tahun ini. Sebelum terlambat saya nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN


Ini ada gambar 'kelas', posing seperti ambil gambar masa tingkatan 5...


Awal-awal serius sikit...kaki silang, duduk gaya tegap...



...dan gaya bebas!


P/S: Gambar sumbangan Pak Nab dengan kamera dia...

Isnin, Oktober 08, 2007

Luka lama berdarah, Impian lama menjadi mimpi

Tak sangka, permulaaan buruk pasukan rugby England dapat tiket ke suku akhir. Dan di suku akhir mereka bertemu pasukan yang mereka tewaskan untuk merangkul gelaran juara dunia. Bagi pasukan Wallabies, ibarat suatu mimpi ngeri ketika itu; dikalahkan hanya melalui drop goal dari seorang pemain bernama Jonny Wilkinson...pasukan Wally berharap perlawanan kali ini adalah penebus kekecewaan, pemuas dendam. Itu yang mereka harapkan, tapi langit tak selalunya cerah... Wallabies dikalahkan sekali lagi, dengan cara yang hampir sama, tiada 'try' dari England dan hanya mengharapkan penalti ataupun drop goal dari bintang mereka JONNY WILKINSON...

Apabila dendam perlu dilunaskan...


Usaha yang bersungguh-sungguh dari Daniel Vickerman


Antara tulang belakang pasukan Wally, George Gregan...


Jonny Wilkinson:Sekali lagi menjadi duri, sekali lagi namanya menjadi musuh...


Pulang awal, ditangan yang sama yang memalukan diri mereka di tanah sendiri dahulu


Cerita yang sama untuk pasukan dari Hemisfera Selatan, negara yang ingin menobatkan diri mereka sebagai negara rugby, menetapkan rugby adalah sukan no 1 di tanah air mereka, tumbang sekali lagi. Impian untuk merangkul sekali lagi World Cup setelah memenanginya pada edisi pertama, membulatkan hati sekali lagi untuk membawa piala kembali ke negara mereka. Permainan 80 minit yang menarik, mendebarkan, semangat juang yang tinggi dari kedua-dia pasukan amat mengkagunmkan. Pemenang memang dianggap layak menjadi pemenang, tidak seperti perlawanan ENG VS WALLABIES yang amat membosankan...


Sekali lagi Haka bergema, gema yang menggerunkan lawan, tapi bukan pada perlawanan ini...


Try pertama dari All Blacks, barangkali dia juga adalah penyebab kekalahan All Blacks; McCalister


Frederic Michalak; seperti kata Anas; seorang 'legend', seingat aku dialah penggerak utama ketika World Cup 2003 dahulu


Pemain muda All Blacks, Dan Carter, cedera terlalu awal, meninggalkan padang dengan perasaan hiba


All Blacks kalah sekali lagi...keperwiraan negara rugby bakal dipertikai

Sabtu, Oktober 06, 2007

Salah ke kalau saya memilih...



Begitu kebudak-budakan aku dengan gaya bergambar macam tu...haha. Terima kasih kepada En Haikal Samsudin yang ajar aku nak upload gambar. Sekali lagi nak ucap terima kasih kepada Ustaz Kamil Halim yang sedikit sebanyak membantu mewujudkan blog ini. Asalnya saja-saja nak buat blog, tengok macam dah menjadi satu trend. Tengah-tengah nak tunggu cerita aku download nak siap, dengan gatalnya tangan aku klik sana, klik situ, sampailah aku tekan www.blogspot.com...haha. Dah hampir 2 jam aku dah siap blog aku dengan tema "Black". Aku suka blog cerah-cerah macam warna putih tapi setelah 'usha-usha' ramai pula yang menjadikan putih sebagai tema blog masing-masing. Sebelum ini aku terbaca blog kepunyaan saudara Azri Idzuandi atau gelarannya Ayie, dia menggunakan tema "Black And White"...perkataan pertama yang keluar dari mulut aku "cool!".

Kenapa saya suka warna hitam?
(Macam iklan petronas "Kenapa saya suka rumah saya tapi dengan gaya serius bukan gedik-gedik)

Sebenarnya aku tak suka warna hitam. Walaupun iklan-iklan sering memaparkan ke"kacak'an kehitaman, aku masih tidak memilih hitam menjadi warna kegemaran. Aku sebenarnya suka warna hijau. Maka janganlah disalah anggap bahawa aku suka warna hitam pula. Kan ada caption kat bawah pasal KEHITAMAN...tu aku ambil dari satu majalah REMAJA kalau tak silap aku (Aku sebenarnya tak suka majalah REMAJA, sebab banyak sangat unsur-unsur yang bermain dengan psikologi).

Satu dunia memang pasti akan cakap hitam itu ada kaitan dengan kegelapan, kejahatan, kejahilan, ketandusan...sebab itu zaman ke-bodoh-an Eropah dikenali sebagai zaman Gelap, dan gelapitu secara automatiknya adalah hitam. Kalau bermain 'games' ke, yang jahat dapat title "The Darkness"...tahula band British The Darkness tu tak betul (tak ada kaitan)...kalau tengok filem-filem seram ker mesti nak gelap macam Sleepy Hollow, filem bunuh-bunuh kena tempat gelap macam filem bersiri SAW. Kalau drama melayu pula, kalau hisap dadah kat lorong kegelapan.

Apa-apa aje lah!

Yang penting dunia masih ada keseimbangan. Kalau populasi seluruh dunia ini nak warna putih atau yang funky, terang bak kata bahasa pasar disini...warna striking...habis siapa nak pilih hitam? Kalau nak pergi gig mesti pakai baju hitam baru layan. Takkan nak pakai tie pula? (Dialog dalam drama KAMI..tengoklah...best!)
Apa-apa pun, tak kisah la dia hitam ke putih, atau dia suka warna itu dan dia suka warna ini...yang penting kita tak racist!

Ini aku kepilkan lirik A.C.A.B (All Cops Are Bastard!), band budak skin-head...entah masih hidup atau tak, tapi lagu dia masih diingati peminat underground macam En.Shi kita, lagi satu, gambar tu...hero macam Batman pun suka hitam kan? Tak semestinya hitam tu jahat kan? Kan? Kan...(siapa yang paham pasal kan kan ni jangan kecoh pula)

racial hatred everywhere
life are threatened and live in fear
some people just don't care
see the destruction and despair

don't you know you're just the same
you are live in the same game
theres nothing to judge by the colour
and nothing to win by hating each other

so yellow, brown, black and white
stop racial hatred and start to unite
UNITE!

Rabu, Oktober 03, 2007

2:25 am-Lampu Meja


Tut...Terang......
Tut...Gelap......
Tut...Terang......
Tut...Gelap semula......

Inilah peneman aku waktu pagi buta...lampu meja, hanya sentuh titik pada lampu saja boleh terangkan keadaan meja aku dalam sekelip mata. Tengok handset, jam baru menunjukkan pukul 2:25 pagi. Pagi yang malang, tak boleh lelapkan mata...entah kenapa pagi itu aku tak boleh tidur seperti biasa. Badan letih...tapi mata tak nak lelap. Pelik!

Aku cuba hidupkan PSP aku dengan niat nak tidur dengan lagu jazz tak pun lagu melankolik yang boleh lelapkan mata. Inilah lagu yang aku dengar kalau nak tidur tanpa disedari...
Romance2 (Soundtrack Drama Autumn In My Heart)...
Kitaro - Mirage...
Kitaro-Moondance
The Battle-Gladiator
Walk Away-Reshmonu

2 minit, 3 minit, 4 minit...suku jam, 25 minit dan 30 minit......aku tak boleh tidur! Aku cuba pula angkat "dumb bell" dengan harapan bila penat, boleh tidur dengan selesa. Aku pergila usung pemberat 10 kg ke ruang tamu. Macam orang gila, angkat besi pagi-pagi buta pukul 3 pagi. Dalam 15 minit macam tu, terus aku baring. Pejam mata, fikir yang indah-indah...
.......
Memang gelap kalau pejam mata, pejam, dan pejam.........
Tengok jam, baru pukul 3:30...rupanya aku tidur ayam...perut tiba-tiba berbunyi. Laparlah pula...
Pergi dapur, cuba cari makanan yang ringkas...tanpa kanji. Cornflakes dengan susu. Aku "on" suis komputer aku. Sambil makan, tengok filem Ocean 13...
Tengok jam lagi...baru pukul 4:12...aku rasa nak campak jer handset aku ke dinding sambil mulut aku mengomel..."Kenapa lambat betul nak pagi?"...dah tak ada mood nak tengok filem...
Cucuk Joystick...main PES6 seorang diri...2 match dah tutup...
Sekali lagi mulut rasa nak kunyah...pergi lah hendap peti ais, ada M&M Crunchy...ngap..ngap..ngap...dah separuh isi habis...
Baru aku terfikir, rupanya tidur malam satu pembaziran yang tidak nyata...dah la membazir, memenatkan diri esok hari, dan meletihkan kepala! Cuba kita kira...
1.Main lampu
-memerlukan elektrik nak hidup...elektrik bukan free...
2.Dengar lagu
-PSP tak kena caj semula ker?...Nak caj pakai apa?
3.Cornflakes
-Siapa beli?...Beli pakai duit kan?...
4.M&M
-Sedap memanglah sedap...sedap pun ada nilainya...
5.Komputer
-setiap kali hidupkan komputer, tenaga sama memerlukan
10 biji lampu perpendaflor

Nak sahur juga, buat sandwich...letak tomato, telur, sos cili...
kena masak telur, masak telur pakai gas...
Muwahahahahahahahahahahahaha......
Inilah akibat tak tidur malam, berfikiran tak waras...tak rasional
Pukul 6 pagi barulah aku boleh tidur, tapi tak ada gunanya kelas hari ini mula pukul 9...padan muka!
Nasihat saya:
"Tidurlah dengan secukup-cukupnya..."

(Tulis inipun sebab nak "bunuh" masa yang lambat berlalu...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...